Friday, April 11, 2008

Kisah Pembunuhan Oleh Hazwan dan Lagunya


Kisah ini aku dengar dari member aku yang mengisahkan pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bernama Hazwan. Siapa yang dibunuh..? nanti aku akan jelaskan selepas ini kerana dari apa yang aku dengar dan baca, terdapat beberapa versi yang berbeza tentang kes ini.
Apa pun jalan cerita beliau, hukuman yang diterimanya ialah DIHUKUM GANTUNG. Dan, menjadi kekeliruan juga ialah ada yang mengatakan beliau sendiri yang meminta hukuman tersebut, ada yang mengatakan beliau memang dikenakan hukuman gantung. tapi aku rasa beliau DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG, memandangkan apa yang telah dilakukan oleh beliau.

Sebelum aku menjelaskan kenapa kes ini menjadi lebih menarik, aku jelaskan dahulu rentetan yang membawa kepada hukuman gantung terhadap beliau. MAAF, AKU SENDIRI TIDAK DAPAT PASTIKAN VERSI MANA YANG BETUL..

Berikut adalah 2 versi yang berlainan tahu melibatkan pembunuhan yang beliau lakukan.

VERSI 1

Beliau merupakan orang yang seperti biasa yang mempunyai kekasih( tidak perlu dijelaskan lanjut la bab ini). Kemudian beliau telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya. semuanya berjalan lancar sehinggalah seminggu sebelum hari pernikahannya, tunangnya telah memutuskan pertunangan tersebut dan kembali kepada ex-bf yang lama..(tidak dapat dipastikan sebabnya.). dan tanpa diduga beliau telah berjumpa face to face dengan ex-bf dan berlakulah pembunuhan tersebut. mungkin ketika itu beliau sudah tidak dapat berfikir dengan waras memandangkan kehilangan orang tersayang,.

VERSI 2.

jalan cerita sama seperti di atas, cuma ada yang mengatakan beliau telah membunuh kedua-duanya, tunangnya dan ex-bf tunangnya..dan selepas itu beliau telah menyerah diri dan meminta hukuman gantung dikenakan ke atasnya.



Tetapi, apa yang menjadikan kes ini lebih menarik, terdapat desas-desus mengatakan beliau telah mencipta dan menyanyikan sebuah lagu, khas untuk tunangnya dan mungkin juga sebagai pengajaran kepada orang lain berdasarkan apa yang telah berlaku kepada beliau.

aku sudah mendengar lagu tersebut dan menghayati liriknya...sungguh, tersentuh juga hati ini walaupun sedikit. lagi-lagi memandangkan apa yang telah berlaku kepada beliau.
lagu tersebut diberi tajuk : Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta


yeeaahhh


lirik lagu: Cinta Tiga Segi aka Perangkap Cinta

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan


SEKALI LAGI AKU MINTAK MAAF KERANA TIDAK DAPAT PASTIKAN SAMADA BENAR ATAU TIDAK BELIAU YANG MENCIPTA LAGU TERSEBUT DAN BAGAIMANA PEMBUNUHAN TERSEBUT BERLAKU KERANA CERITA YANG SAMPAI KEPADA AKU BANYAK VERSI YANG BERBEZA. SUKAR UNTUK MENENTUKA MANA SATU YANG SEBENAR KERANA TIADA BUKTI YANG KUKUH..



Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted