Jika dalam post sebelum ini dinyatakan siapakah Ramlang bin Porigi, kali ini isu sama yang sangat hangat diperkatakan. Pengakuan daripada empunya badan berkenaan apa yang berlaku pada hari tersebut (pengakuan sumpah saiful bukhari).
Lebih 'menghangatkan' keadaan apabila sebelum ini ustz yang dianggap pro kerajaan ,muncul di Permatang Pauh dan memberi ceramah untuk kempen pihak PKR. Maka sekali lagi berlakulah bidas membidas antara pihak yang bertelagah.(paham-paham je la).
Daripada apa yang telah dijelaskan oleh beliau, beliau hanyalah disuruh datang untuk mendengar sahaja dan beliau tidak mengetahui siapakah yang mengatur, menulis teks ucapan sumpah tersebut. dan apa yang dapat dipastikan daripada pengakuan tersebut, jelas sebenarnya beliau sendiri tidak bersetuju dengan sumpah tersebut.
Apakah ini merupakah salah satu lagi konspirasi politik yang tidak menjadi.? Apakah keadaan sekarang ini menunjukkan politik semakin meresap kedalam bidang keagamaan.?.Siapakah dalang sebenarnya disebalik semua ini.?
Apapun sekalung tahniah diucapkan kepada Ustz Ramlang bin Porigi kerana pendedahan dan pengakuan tersebut. Biarlah rakyat jelas apa yang telah berlaku sekarang memandangkan keadaan politik nagara kita yang semakin nazak.

p/s : jika dahulu satu pihak panas dengan Ramlang porigi, tapi kini pihak lain pula yang panas dengan pengakuan ustz ini.
Suka entri ini.?


