Monday, November 24, 2008

Siapa Betul.? Rosnah Dah Kahwin.?


Ala, siapa tidak kenal Rosnah Mat Aris, pelakon yang terkenal dengan keceluparan mulutnya sewaktu ketika dahulu. Ok ceritanya seperti ini, tadi aku baca metro. ada satu pihak mengatakan Rosnah kahwin, dan rosnah pula menafikan dan menyatakan yang berkahwin adalah anaknya Rasnor.

So, aku pun turut sama terkeliru. Sehingga sekarang aku masih tidak pasti mana satu yang betul..ha3.tiba² cam bergosip lak aku ni..:).

Bawah ni petikan akhbar metro yang membuatkan aku lagi terkeliru.

bahagian pertama.

-Selepas 15 tahun menjanda, pelakon, Rosnah Mat Aris, 53, akhirnya bertemu jodoh dengan jejaka yang jarak usianya 26 tahun lebih muda daripadanya.

-Pernikahan Rosnah dan Tajul Efendie Isa, 27 itu disahkan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, Ramli Arifin, 49, yang menikahkan pelakon itu di masjid berkenaan.

- “Saya mengesahkan perkara ini sebab saya yang menikahkannya. Selebihnya kenalah bertanya kepada empunya diri,” katanya

-Ramli yang juga Imam 2 Masjid Al-Khairiah berkata, dua saksi ialah ahli jawatankuasa masjid berkenaan turut serta dalam majlis itu.
Ketika dihubungi, dua saksi itu, Mat Salleh Ahmad, 60 (Bilal) dan Sulaiman Said, 60 (Bendahari) mengesahkan menjadi saksi pada majlis pernikahan itu.

Bahagian kedua.

-Rosnah menafikan yang dia melangsungkan pernikahan pada hari itu sebaliknya memberitahu anak perempuannya, Rasnor, yang menikah dengan pasangannya berasal dari Pulau Pinang. Rasnor dan pasangannya dinikahkan di masjid sama pada 30 Oktober lalu.

-“Memang benar ada acara pernikahan di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak tetapi anak perempuan saya, Rasnor, yang menikah. Bukan saya.

-“Buat masa ini saya tak berani cakap mahu menikah lagi. Hendak kata tak mahu bernikah pun tak juga. Apapun, saya mahu ‘lepaskan’ (selesaikan urusan) anak-anak dulu. Saya ini tak ada suami, jadi saya mesti pastikan anak-anak hidup bahagia dengan keluarga masing-masing,” katanya.

PERSOALANNYA. Siapa yang betul.?


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted