Friday, December 12, 2008

Akhirnya Rosnah Mat Aris Mengaku Kahwin


Permulaannya. maaf lah sebab aku sudah malas untuk menjaga hati artis. Bodoh betul menipu. hal kahwin pun boleh tipu. kalau kahwin tu cakap la kahwin. Ini putar belik macam apa. Dulu aku pernah juga post pasal Rosnah ni,Siapa Betul.? Rosnah Dah Kahwin.? dia kata tak kahwin, pendaftar nikah kata kahwin.

Sekarang baru mengaku kahwin. Dulu kata anak perempuan yang kahwin, tak bagi tahu pula di apn kahwin. Bajet nak cover line la tu..Entah apa yang hendak disorokkan. Akhirnya dapat label PENIPU. PADAN MUKA..

Petikan dari bharian.

CIK Normah kadang-kadang hairanlah kenapa artis kat Malaysia yang suka kahwin senyap-senyap tapi tak nak mengaku. Kenapa susah sangat ke nak mengiyakan sesuatu perkara yang sudah terang lagi bersuluh? Yang Cik Normah nak cakap ni mengenai pelakon dan pelawak, Rosnah Mat Aris. Kesian kat kawan-kawan Cik Normah yang diarah untuk mendapatkan kenyataan Rosnah, 53, berhubung perkahwinannya dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun bernama Tajul Effendie, yang mesra dipanggil Blue.

Biarpun sudah mendapat pengakuan dan pengesahan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Gombak Timur, Rosnah masih menafikan perkara yang sebenar hinggakan telefon bimbit teman Cik Normah pun tak diangkat. Takut gamaknya!

Tup-tup sebuah akhbar tabloid melaporkan kenyataan Rosnah yang akhirnya mengaku dan akur bahawa dia sudah bernikah. Haa... baru nak mengakukan? Gitulah! Ceritanya, Rosnah dan Blue bernikah pada 13 November lalu di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak.

Sebelum itu, pada 30 Oktober lalu, anak keempat Rosnah turut bernikah di masjid yang sama. Patutlah Rosnah cuba nak cover line dengan kawan Cik Normah, tak mengaku diri sendiri yang kahwin dan menjadikan alasan anak berkahwin sebagai galang ganti.


Menurut artikel di dalam tabloid itu, Rosnah terpaksa menipu kerana sebab tertentu yang terlalu peribadi untuk dikongsi dan hanya mereka saja yang tahu. Entahlah Cik Normah pun tak faham, mungkin Cik Normah tak berada kat tempat Rosnah kot. Tak apalah Rosnah, janji bahagia.


Suka entri ini.?

2 comments:

Anonymous said...

Tadaaa..kawin sudhaa...
klu bley ltk le gambo Blue tue.
nk nengok..nak nengok..huhuhu

ZuLs de RocKeR on August 19, 2010 at 11:55 AM said...

HAHAHAHA.. org tua nak MAMPOS kawen gn org muda. sudah kenaaa!!! balasan di dunia pn da nmpak. di akhirat lg la.. akhirnya makan ludah sndri..

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted