Sunday, December 21, 2008

Kejahatan Berterusan


Bunuh kerana panik

SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang panik dan ketakutan selepas melahirkan anak luar nikah dipercayai bertindak kejam dengan menghentak bayi yang baru dilahirkan sehingga mati sebelum mencampaknya ke luar rumah.

Sebelum kejadian di Kampung Bujang, Merbok itu, kira-kira 5 petang kelmarin, remaja itu dikatakan berkurung lama di dalam bilik tanpa disedari oleh keluarganya bahawa dia dalam proses melahirkan anak.

Bagaimanapun, tembelangnya akhirnya terbongkar apabila bapanya yang meninjau kawasan di belakang rumah mereka menemui satu mayat bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat.

Menurut sumber, bapa remaja yang mengesyaki ia hasil perbuatan anaknya kemudian menyoal remaja terbabit.

--------------------
p/s: agaknya bagaimana perasaan perempuan itu apabila dia sudah dewasa nanti ek. Yang aku tahu, hidupnya akan terseksa kerana mengenang kisah lama dan semestinya ramai lagi yang berada di luar sana yang masih tidak sedar perlakuan mereka dan persoalannya dimanakah lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan perempuan itu.?..
--------------------


Suka entri ini.?

1 comments:

Anonymous said...

xpatot2....bertanggung jawab la oit

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted