Kosmo 15 disember 2008 : Bayi dijumpai dalam mangkuk tandas
JITRA - Seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki baru lahir sedang menghisap jari dalam mangkuk tandas di sebuah pasar di Kampung Tradisi, Sintok di sini semalam.
Bayi lelaki yang masih berlumuran darah dan bertali pusat itu ditemui pada pukul 10.15 pagi.
Ketika ditemui bayi yang sudah kebiruan dan lemah kerana kesejukan sedang menghisap ibu jari tangan kanannya.
Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Changloon di sini untuk rawatan lanjut.
Hmetro 16/12/2008 : Gadis diperkosa selepas larikan diri dari rumah
SUBANG JAYA: Perselisihan faham dengan bapa membuatkan seorang gadis sanggup melarikan diri dari Kuala Kangsar, Perak, ke ibu kota namun akhirnya malang menimpa apabila dirogol ketika menumpang rumah seorang lelaki di Puchong.
Gadis itu dikatakan menumpang seminggu di rumah lelaki itu dan dijejaki bapanya yang turut membuat laporan mengenai kehilangannya di Perak, sejak seminggu lalu.
Pelajar bersuia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus sebelum dibawa bapanya membuat laporan polis, kelmarin.
Lebih mengejutkan, rahsianya terbongkar apabila dia mengaku pernah diperkosa seorang lelaki ketika berada di kampungnya di Kuala Kangsar.
------------------------------------------------------
Hakikatnya, perkara ini akan terus berlaku. kasihan kepada bayi yang tak berdosa. Lelaki yang menyebabkan semua ini memang jahat dan berperwatakan binatang. Perempuan.? kadang tu kasihan juga sebab jadi mangsa. tetapi kalau dirogol sebab melarikan diri dari rumah, aku tidak rasa kasihan, tetapi padan muka..
------------------------------------------------------
Suka entri ini.?


2 comments:
adakah lelaki melayu sudah tiada kualitinya???
ya...haha
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)