Friday, February 29, 2008

Tera Copy

1 comments



Copy your files faster and easier

TeraCopy is a compact program designed to copy and move files at the maximum possible speed, providing the user a lot of features:

* Copy files faster. TeraCopy uses dynamically adjusted buffers to reduce seek times. Asynchronous copy speeds up file transfer between two physical hard drives.
* Pause and resume file transfers. Pause copy process at any time to free up system resources and continue with a single click.
* Error recovery. In case of copy error, TeraCopy will try several times and in the worse case just skips the file, not terminating the entire transfer.
* Interactive file list. TeraCopy shows failed file transfers and lets you fix the problem and recopy only problem files.
* Shell integration. TeraCopy can completely replace Explorer copy and move functions, allowing you work with files as usual.
* Full Unicode support.

TeraCopy Pro

You can also buy a Pro version of the program that lets you do the following:

* Select files with the same extension/same folder
* Remove selected files from the copy queue
* Get free updates and priority support
* More features coming soon!
File size : 0.69Mb

yeeaahhh



Paid-To-Click

Comments





Crank up the velocity on your paid-to-click earnings up to 2 cents per click and 100% referral earnings! You can be sure to keep in the fast lane with a guaranteed 13 links to click everyday and only a $10 withdraw minimum! We pay via AlertPay and E-Gold.


Sunday, February 24, 2008

Goldfish 3D Screensaver

2 comments

Sambil-sambil anda membiarkan screen komputer kosong dan ditinggalkan begitu sahaja, apa salahnya kalau dihiasi dengan ikan-ikan yang berenang-renang riang mengikut arah tujuannya sendiri..
tidaklah ditinggalkan kosong sahaja ataupun dihiasi dengan screensaver yang lama..

Goldfish 3D screesaver menjanjikan pemandangan yang dapat menyejukkan pandangan mata dan mengurangkan stress anda dengan melihat ikan-ikan yang berenang. Dengan bunyi air yang kedengaran seperti anda betul-betul sedang memelihara ikan didalam akuarium.

Dengan jumlah ikan maksimum yang boleh diletak pada satu masa sebanyak 5 ekor, dan bunyi desiran air dan jumlah tumbuhan yang hidup meliar boleh di'control' ditambah pula keadaan akuarium yang seperti mengalami siang dan malam, pasti membuatkan anda tidak puas melihat screen komputer anda....('',)








yeeaahhh


Get Paid To Click On Ads And Visit Websites

1 comments


Earn Money

At Bux.to, you get paid to click on ads and visit websites. The process is easy! You simply click a link and view a website for 30 seconds to earn money. You can earn even more by referring friends. You'll get paid $0.01 for each website you personally view and $0.01 for each website your referrals view. Payment requests can be made every day and are processed through AlertPay. The minimum payout is $10.00.

Earnings Example
» You click 10 ads per day = $0.10
» 20 referrals click 10 ads per day = $2.00
» Your daily earnings = $2.10
» Your weekly earnings = $14.70
» Your monthly earnings = $63.00

The above example is based only on 20 referrals and 10 daily clicks. Some days you will have more clicks available, some days you will have less. What if you had more referrals? What if there were more ads available?

Join now and receive a $0.05 Sign-up Bonus

Earn Money

Thousands of satisfied members that have received their payment. Proof of Payments.

Availability Limited!
Hard to find active members? Why not let us do the referring for you? We have a limited amount of un-referred members left for sale. Packages with 15, 35, 100 and 500 referrals are available now. You can pay with your MasterCard, VISA, American Express, Discover, Diners Club, JCB, Cheque or by Wire Transfer. Our available packages.




Saturday, February 23, 2008

CCleaner 2.05.555

Comments

Software yang sangat baik untuk membuang apa-apa yang tidak diperlukan dalam komputer tetapi anda tidak tahu dimana letaknya file-file tersebut.



CCleaner (formerly Crap Cleaner) is a freeware system optimization and privacy tool. It removes unused and temporary files from your system - allowing Windows to run faster, more efficiently and giving you more hard disk space. The best part is that it's fast! (normally taking less than a second to run) and Free.

Cleans the following:
  • Internet Explorer Cache, History, Cookies, Index.dat.
  • Recycle Bin, Temporary files and Log files.
  • Recently opened URLs and files.
  • Third-party application temp files and recent file lists (MRUs).
    Including: Firefox, Opera, Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, Office XP, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip and more...
  • Advanced Registry scanner and cleaner to remove unused and old entries.
    Including File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs, Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons, Invalid Shortcuts and more... Backup for registry clean.
  • Windows Startup tool.








file size:2.57Mb

MY BLOG


Masyarakat Barat fobia angka 13

1 comments


LIF yang tiada tingkat 13.

TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut:

Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya.

Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?


Demikianlah keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13.

Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia.

Penduduk terbabit percaya yang 13 adalah angka yang membawa sial, angka yang disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.

Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau 'friggatriskaidekaphobia'.

Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.t

Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan.

Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan.

Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib.

Masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.

Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang.

Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.

Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu.

Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307.

Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William.

Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.

Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan. Daripada Microsoft Office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan Microsoft Office 14.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sial, disumpah atau berhantu? Persoalan itu saya ajukan kepada seorang rakan yang kerap menggunakan angka 13 dalam kehidupannya. Jersi sukannya bernombor 13, nombor telefonnya juga memiliki angka 13 dan banyak lagi kaitan nombor itu dengannya.

Jawapan yang diberikan oleh rakan saya itu adalah: "Tak ada apa-apa yang berlaku pun...'"

sumber: www.wikipedia.com, www.nationalgeographic.com, www.crystalinks.com

INFO: Fobia terhadap angka

  • Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yang fobia terhadap angka empat kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat' dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yang dicampur iaitu '1+3 = 4'.
  • Dalam budaya masyarakat Itali, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'.
  • Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sial tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial atau disumpah.

Thursday, February 21, 2008

Folder Vault 2.0

Comments




Folder Vault is a file-security program allowing the user to hide, lock, encrypt and protect files and folders in the blink of an eye. Folder Vault uses advanced folder locking & hiding technology to password protect folders and files. hide folder, lock folders, encrypt folders; ultimate windows file system security program...

With one master password Folder Vault will protect your files, folders and even entire drives from being viewed, deleted, renamed, removed or accessed. Encrypt and hide your folders, files, pictures, documents in a flash. Folder Vault is completely portable and can protect data on removable drives such as usb flash drives, memory sticks, SD cards, laptops, etc...

Folder Vault has advanced features such as "Stealth-Mode", allowing the user to run the program completely hidden to prevent other snoopers from even knowing it exists.

Folder Vault uses advance security features allowing you to hide your folders and files from Windows, Dos and even Safe Mode.

Encrypt your files and folders in your "Vault" using 256 bit Advanced Encryption Standard (AES), also known as Rijndael, a block cipher adopted as an encryption standard by the U.S. government... Use Folder Vault's Log feature to view malicous login attempts. Other features of Folder Vault include: Auto Protect and close your vault, Auto-Shutdown your PC, Erase recent document history, Auto-Empty Recycle Bin, Clean Internet Explorer History, Clear Internet Explorer Address Bar History, Erase Internet Explorer Temporary Internet Files & Cookies, Can't be uninstalled without the owners permission, Hide from Add Remove Programs..

file size : 3.27MB

MY BLOG


Desktop Wallpaper Calendar

Comments





It's very easy to use, yet extremely powerful.

Desktop Wallpaper Calendar is a dynamic semitransparent calendar on your desktop with an ability to add notes/reminders to each date.

Your notes and reminders are always visible on your desktop and you can easily edit them by just triple-clicking on dates on your desktop image.

Use your favorite wallpaper images in the background and let the program change them at selected intervals.

Huge number of user definable options to tailor the desktop to fit your needs.



MY BLOG


Wednesday, February 20, 2008

Lock Folder Without Any Software,

1 comments

Many people have been asking for an alternative way to lock folders without the use of any software. So, here you go.

1. Open Notepad and copy the below code
2. Change your password in the code it's shown the place where to type your password.
3. Save file as locker.bat .
4. Now double click on locker .bat
5. I t will create folder with Locker automatically for u. After creation of the Locker folder, place the contents u want to lock inside the Locker Folder and run locker.bat again .


************************************************
cls
@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== type your password here goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End

Bigfoot Masih Misteri

Comments


KELIBAT Bigfoot yang didakwa berjaya dirakam.



Kewujudan monyet gergasi di Malaysia jadi tanda tanya kerana jasadnya belum ditemui

DI MANA menghilangnya Bigfoot yang digembar-gemburkan wujud dan bersembunyi di sebalik rimbunan hutan Khatulistiwa di negara ini sekitar 2006?

Mungkin itu persoalan yang tercetus pada minda kebanyakan rakyat negara ini tatkala memikirkan mengenai misteri spesies hidupan misteri itu.

Sejak beberapa pihak mendakwa pernah terserempak dengan makhluk misteri itu sekitar hutan Johor, kisah berkenaan dengan pantas mencetuskan fenomena menggemparkan tidak saja di kalangan masyarakat negara ini malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ramai pihak termasuk pengkaji Bigfoot antarabangsa menjejakkan kaki di belantara negara ini untuk memburu makhluk berkenaan dengan harapan dapat membongkar misteri kewujudan makhluk itu yang sudah terlalu lama membingungkan ramai pihak.

Bagaimanapun, seperti juga buruan di kebanyakan kawasan lain di seluruh dunia, misteri kewujudan Bigfoot di hutan Semenanjung Malaysia, masih kekal sebagai misteri sehingga kini lantaran masih tiada jasad makhluk aneh itu ditemui.





ANTARA replika tapak kaki Bigfoot.


Walaupun operasi mencari selain penyelidikan besar-besaran dilakukan bagi membongkar enigma yang terselindung di sebalik rimbunan belantara berkenaan, tiada siapa yang pernah menangkap spesies hidupan itu hidup-hidup.

Menyingkap fenomena ketika itu, laporan media dan akhbar secara berterusan menyebabkan kisah Bigfoot di hutan Malaysia menjadi berita sensasi selama berbulan-bulan lantaran jika benar Bigfoot wujud di negara ini, maka ia akan mencatat sejarah kepada misteri dunia.

Seterusnya laporan yang diberikan akhbar sehari ke sehari menyebabkan pemantauan di hutan Johor diperketat bagi mengesan kehadiran makhluk berkenaan.

Sepasukan saintis dan pakar tempatan juga ditubuhkan Kerajaan Johor pada Januari 2006 bagi menjalankan ekspedisi mengesan makhluk itu malah sepasukan penyelidik di peringkat antarabangsa turut 'turun padang' bagi memburu Bigfoot di Malaysia.

Bagaimanapun, melewati masa sehinggalah ke saat ini, masih tiada penemuan sebenar mengenai makhluk itu menyebabkan Bigfoot kekal menjadi antara misteri dunia yang masih tersimpan rapi.

Misteri kewujudan makhluk misteri setinggi antara dua meter hingga 3.6 meter itu tidak hanya wujud di sesebuah negara; membuktikan ia bukanlah legenda sesuatu kaum.

Makhluk besar berbulu itu dikatakan bersembunyi di hutan atau wilayah yang sukar dijangkau manusia, di seluruh dunia. Di Amerika Utara, ia dikenali sebagai Bigfoot atau Sasquatch. Di Asia, terutama kawasan Himalaya, ia digelar Yeti manakala di kawasan Amazon, Amerika Selatan gelarannya adalah Mapinguari. Yowie adalah nama makhluk itu di Australia.

Pelbagai pendapat dikemukakan mengenai haiwan itu antaranya teori Bigfoot-Giganto yang menyatakan makhluk itu mungkin sejenis monyet gergasi prasejarah yang hidup ketika zaman Pertengahan Pleistocene.

Monyet gergasi itu dipercayai hidup di beberapa kawasan Asia termasuk China dan Asia Tenggara serta Amerika Utara sejak zaman purba. Bagaimanapun, akibat suatu faktor misteri, spesies purba itu akhirnya pupus daripada muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dulu.

Akan tetapi, terdapat segelintir kumpulan monyet gergasi itu yang terselamat daripada pupus dan menyembunyikan diri daripada pengetahuan dunia sehingga kini. Kumpulan monyet itulah yang didakwa sebagai kumpulan Bigfoot yang sedang dijejaki misterinya sehingga kini.

Ramai mendakwa terserempak dengan Bigfoot dan mereka menggambarkan makhluk itu bertubuh tegap dan besar; gigi besar; mata warna merah; bulunya berwarna perang gelap atau merah kehitaman yang panjang meliputi seluruh tubuh.

Bigfoot dikatakan tidak menyerang atau mengganggu manusia sebaliknya malu jika terserempak dengan manusia malah sering berpindah kawasan. Ia hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosok badannya pada pokok bagi menghilangkan kegatalan pada tubuh.

Makhluk yang dikenali sebagai 'Orang Mawas', 'Orang Utan', 'Hantu Jarang Gigi' dan 'Siamang' di kalangan masyarakat Orang Asli Johor itu juga hidup dalam kumpulan iaitu satu keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak.

Kisah terawal mengenai Bigfoot dilaporkan pada 1811 apabila seorang juru ukur Kanada mendakwa menemui jejak kaki besar dipercayai milik makhluk itu di Jasper, Kanada.

Gelaran 'Bigfoot' (kaki besar) kemudian digunakan secara meluas oleh media selepas wujud satu lagi penemuan di Bluff Creek, California, pada 1959.

Foto Bigfoot paling terkenal diambil pada 1967 di California Utara, Amerika Syarikat, bagaimanapun keasliannya masih diperdebatkan.

Dakwaan kewujudan Bigfoot hanya tersebar menerusi dakwaan sesetengah pihak yang pernah terserempak dengan spesies misteri itu selain beberapa gambar yang kononnya berjaya merakamkan kelibat makhluk itu.

Selain daripada dakwaan dan gambar itu, tiada lagi dijumpai jasad sebenar Bigfoot untuk dipertontonkan kepada umum sekali gus mencetuskan misteri sama ada kewujudannya benar atau sekadar momokan.

Bagaimanapun, memikirkan sama ada Bigfoot wujud atau tidak; mungkin boleh dilihat daripada persepsi begini - masih ada banyak spesies hidupan yang tidak diketahui manusia, malah setiap tahun, ada saja spesies hidupan baru yang direkodkan dalam katalog hidupan biologi dunia.

Berikutan itu, maka tidak mustahil adanya hidupan di bumi yang masih tidak diketahui manusia dan mungkin Bigfoot adalah satu daripada spesies itu.

Bagaimanapun, kajian dan pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan Bigfoot masih diteruskan. Pelbagai usaha dilakukan pengkaji fenomena paranormal ini dan manusia hanya mampu berharap untuk menemui makhluk itu suatu hari nanti atau Bigfoot akan terus kekal misteri, sama seperti kesahihan kewujudan UFO.

FAKTA: Bigfoot

  • Spesies makhluk misteri yang fizikalnya menyerupai monyet atau gorila.
  • Misteri makhluk aneh ini mula wujud pada 1811 apabila seorang juruukur Kanada mendakwa menemui jejak kaki besar dipercayai milik makhluk itu di Jasper, Kanada.
  • Gelaran 'Bigfoot' kemudian digunakan secara meluas oleh media selepas wujud satu lagi penemuan tapak kaki besar di Bluff Creek, California, pada 1959.
  • Foto Bigfoot paling terkenal diambil pada 1967 di California Utara, Amerika Syarikat, bagaimanapun keasliannya masih diperdebatkan.
sumber:bharian

Sunday, February 17, 2008

The Best Collection Of Panggilan Hangit....

2 comments

Kalau sebelum ni ada panggilan hangit selebriti, sekarang koleksi terbaik panggilan hangit...
memang kelakar kalau didengar betapa gabranya mangsa yang terdiri dari orang awam.. dan yang merancang suma tu tak lain selain kawan atau kenalan terdekat mereka.....
ada dalam 18 panggilan yang terdapat dalam koleksi ini.....


MY BLOG


Friday, February 15, 2008

Mengapa Wanita Terus Menjadi Mangsa...

Comments

Sekadar luahan hati...

Sedih betul megenangkan nasib kaum hawa yang terus menjadi mangsa kepada apa sahaja.. lelaki pun mungkin ada yang menjadi mangsa tetapi bilangannya yang tidak seberapa berbanding wanita yang menjadi mangsa...samada secara sukarela, terpaksa ataupun sedar tetapi tidak dapat mengelak dari terus menjadi mangsa keadaan...dan pemangsa pula tak lain tak bukan dari golongan kaum adam majoritinya....

Kalau nak bercakap pasal ni panjang lebar topiknya..kalau dilihat pada wanita yang lari dari rumah atau hilang, statistik yag dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan peningkatan yang membimbangkan..seramai 6027 gadis hilang sejak Mei 2004 dan kebanyakan yang hilang adalah golongan remaja berumur antara 14 higga 17 tahun...-hmetro

Pada aku la, kalau gadis tu sendiri yang nak menghilang kan diri apakan daya... tak berpikir panjag.. pastu bila dah jadi mangsa kepada apa-apa baru la nak meyesal... pada aku bukanlah apa..kadang tu kasiha juga.. tp kadang tu pada muka je..pandai buat masalah pandai la nak tanggung akibatya....

Yang kasihannya adalah gadis yang ditipu atau dipaksa untuk mengikuti samada teman rapat atau teman lelaki.. kalau lelaki tu bawa lari dan kawin kat tempat lain, bagi aku, walaupun jahat tetapi masih boleh diterima(0.0001%) sebab bertanggungjawab atas apa yang di buat dan bukanlah untuk menjadikan perempuan tu pelacur atau apa.. dia nak menjadikan isterinya dengan cara yang salah....

Yang menjadi masalah paling besar ialah perempuan yang samada lari atau hilang tetapi menjadi mangsa kepada sindiket-sindiket tertentu samada tercampak ke lembah pelacuran atau apa sahaja yang pasti buka untuk kebaikan perempuan itu tapa kerelaan.. ulang, tanpa kerelaan..... sedih sungguh... apalah nasib mereka dikemudian hari.. kalau yang ditemui semula tu ok la juga.. selamat walaupun menempuh cabaran yang sangat perit.. tapi cuba bayangkan yang sampai sekarang masih tak dengar khabar berita...

Satu lagi masalah yang selalu terlepas pandang (mungkin). ada yang menyalahkan perempuan itu sendiri atas apa yang berlaku padanya seperti dilarikan oleh teman lelaki.. ada yang mengatakan perempuan ni bodoh kerana tak dapat berfikir dengan waras kerana mengikuti teman lelaki kemudianya dijual kepada idividu-individu yang tak bertaggungjawab..tetapi pada hakikatya teman lelaki itu lah yang bodoh dan jahat macam syaitan.. menghasut perempuan.. rasanya tak ada perempuan yang sanggup menjadika diri mereka sebagai mangsa kalau mereka tahu begitu akhirnya.. tetapi lelaki ni tak puas-puas memujuk dan mengambil kesempatan pada wanita yang hatinya sememangnya lembut (walaupun ada yang menafikanya)..

Tapi apakan daya.. itulah senario memang berlaku sekarang dan akan terus meningkat melainkan ada pendekatan yang berkesan untuk mengatasinya samada dari pihak mangsa (perempuan) ataupun lelaki (mangsa)...
janganlah terus menzalimi kaum hawa.....
mereka juga inginkan hehidupan yang normal seperti orang lain..


Dimanakah mereka ketika ini...?


Monumen buatan di dasar laut

2 comments


PENYELAM melakukan kajian di bawah permukaan laut.


Teori awal pengkaji mendapati piramid dibina di daratan Jepun dipercayai tenggelam akibat dihempas tsunami ribuan tahun lalu


KETIKA pelbagai misteri membabitkan piramid di Mesir dan piramid kaum Maya di Amerika Selatan masih membingungkan penyelidik, satu lagi lokasi piramid ditemui di Jepun sekitar 1990-an malah lebih pelik ia dijumpai di dasar lautan.

Pelbagai persoalan tercetus tatkala melihat piramid berkenaan terus berdiri kukuh di dalam laut melewati masa - siapa yang membina piramid di dalam laut, untuk apa dan bila ia dibina? Mengapa tidak bina saja di atas darat?


Bingung dengan pelbagai persoalan itu, penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar teka-teki yang menyelubungi piramid misteri berkenaan.

Sebelum itu, piramid pertama mula dijumpai di pelbagai wilayah di negara matahari terbit itu sejak 1950-an sekali gus meninggalkan persoalan mengenai hubungan bangunan berbentuk itu dengan tamadun purbakala setempat.

Sejak itu, beberapa lagi piramid purba ditemui ditinggalkan dengan permukaannya tertutup debu dan tanah, dipenuhi pelbagai macam tumbuhan liar sehingga bahagian luarnya tampak seperti sebuah gunung yang tinggi.



KESAN tinggalan yang ditemui di dasar laut Jepun.

Bagaimanapun, sejak Mac 1995, sesuatu yang mengejutkan turut ditemui - penyelam yang menyelam di laut negara itu mendapati piramid tidak saja ada di atas daratan tetapi juga di dalam laut. Mereka menemui lapan lokasi peninggalan piramid sekitar Hiroshima hingga di laut Pulau Yonaguni.

Tapak tinggalan pertama adalah sebuah bangunan empat segi yang tidak begitu jelas bentuk binaannya kerana ditutupi karang sehingga bahagian buatan manusianya tidak dapat dipastikan.

Selepas itu seorang penyelam lain turut menemui sebuah piramid di kedalaman kira-kira 13 meter di bawah permukaan laut Oklahoma Selatan pada musim panas 1996.

Penemuan itu semakin menaikkan semangat pasukan penyelidik untuk membongkar rahsia yang tersembunyi di dalam laut Jepun. Gerakan mencari diperhebat dan kumpulan penyelam kemudian menemui lebih banyak monumen dan bangunan buatan manusia di dalam laut.

Mereka turut menemui kesan jalan yang panjang dan luas, tangga dan pintu melengkung yang tinggi dan megah serta batu raksasa yang dipotong dengan sempurna seolah-olah kawasan itu pernah didiami manusia suatu ketika dulu.

Beberapa bulan kemudian, kalangan arkeologi Jepun sekali lagi menemui bangunan berbentuk piramid yang sangat besar di kedalaman 33 meter di bawah permukaan laut, tidak jauh dari pergunungan Sinaguni yang terletak kira-kira 450 meter dari Hiroshima.

Bangunan raksasa berukuran 80 meter panjang, 200 meter lebar dan 30 meter tinggi itu terletak di sebuah kawasan luas yang kelihatannya digunakan untuk menjalankan upacara tertentu dengan kedua sisinya terdapat pintu menara raksasa.

Pelbagai penemuan itu semakin membingungkan penyelidik - masakan terdapat manusia yang hidup di dalam lautan dan ke mana menghilangnya manusia itu ketika ini?

Ahli arkeologi berpendapat bahawa kewujudan piramid di bawah laut itu mungkin bukti awal adanya peradaban zaman batu di Jepun yang masih belum diketahui sesiapa.

Ahli geologi, Profesor Masaki Kimura yang menjadi pengkaji pertama meneliti misteri itu menyimpulkan bahawa bangunan lima tingkat itu adalah buatan manusia.

"Bangunan ini bukan binaan yang wujud akibat alam semula jadi. Di sekeliling bangunan ada yang mirip seperti jalan dan ini semakin membuktikan bahawa ia adalah buatan manusia," katanya ketika mula mengulas penemuan itu lebih 10 tahun lalu.

Profesor Kimura percaya bangunan itu berusia lebih 5,000 tahun lalu berdasarkan stalaktit yang ditemui gua dalam lautan itu.

Beliau juga berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk mengetahui siapa yang membina monumen berkenaan atau apa tujuannya.

"Bangunan ini mungkin istana dewa daripada agama zaman dulu dan digunakan untuk memuja dewa tertentu, sama seperti penduduk Hiroshima yang percaya pada dewa Nirai-Kanai yang dapat mendatangkan kesejahteraan dari laut kepada mereka.

"Berdasarkan catatan, pada 10,000 tahun silam, tidak ada manusia yang mampu membuat monumen seperti ini tetapi kini mungkin ada bukti peradaban manusia yang sebaliknya.

"Hanya manusia yang memiliki teknologi peringkat tinggi baru mampu menyelesaikan projek seperti ini, bangunan yang sebegini raksasa harus menggunakan mesin tertentu baru dapat membinanya," katanya.

Terbaru, profesor itu menampilkan teori terkini selepas meneliti dan menjalankan kajian lebih 10 tahun terhadap piramid berkenaan.

Beliau mengatakan bahawa piramid itu sebenarnya bukan dibina di dalam laut tetapi ia sebenarnya berada di darat tetapi tenggelam di dalam laut akibat dihempas tsunami ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, teori itu masih dipertikaikan penyelidik lain. Rekod menunjukkan tsunami terbesar menghempas Yonaguni pada April 1771 dan ia dianggarkan setinggi 40 meter dan dipercayai mampu menenggelam serta memusnahkan peradaban tepi pantai itu.

sumber: www.nationalgeographic.com, www.erabaru.or.id

FAKTA: Piramid di Jepun

  • Dipercayai berusia lebih 5,000 tahun lalu.

  • Satu daripada piramid itu berukuran 80 meter panjang, 200 meter lebar dan 30 meter tinggi.

  • Selain di Jepun, piramid turut dikesan wujud di Mesir dan Amerika Selatan.

  • Teori mengatakan piramid itu sebenarnya dibina di darat tetapi tenggelam di dalam laut akibat dihempas tsunami ribuan tahun lalu.

  • Thursday, February 14, 2008

    PDF Viewer

    1 comments

    Sambil-sambil menikmati nescafe malam-malam boleh gak uploadkan software PDF viewer yang ada dalam simpanan pc aku ni... kegunaan viewer ini tak lain tak bukan untuk baca file PDF dari mana-mana pc yang tiada adobe reader... nama pun PDF viewer....:)...

    Selain tu, bagusnya PDF viewer ni ianya dalam bentuk 'portable'... so senang la.. tak perlu nak install sampai masuk system file... boleh bawa dalam pendrive, saiz file pun tak la besar sangat, nak dowload pun tak amik masa yang lama....
    Kat sini ada 2 PDF viewer.. boleh pilih mana-mana yang berkenaan... fungsi pun tak la jauh beza..

    Dan sebelum terlupa, untuk PDF viewer yang kedua tu, terima kasih diucapkan kepada fuad yang bagi cadangan kat aku pasal viewer tu.....


    MY BLOG

    FILE SIZE----- 1.45 MB



    MY BLOG

    FILE SIZE-----3.94 MB


    Wednesday, February 13, 2008

    MARIO FOREVER (GAME)

    1 comments

    Game kegemaran aku masa kecik-kecik dulu.. tapi dah besar ni tak main sangat la pula game cam ni.. main pun sekali-sekala je...tapi layan apa game cam ni.. x la perlu 3d card or pape yang kebanyakan game perlukan sekarang ni.. cuma install dan main je terus....






    MY BLOG


    Tuesday, February 12, 2008

    Bergaduh Kerana Lelaki

    Comments



    Gambar di atas cudah cukup menunjukkan betapa ganas perempuan sekarang ni.. segelintir la...
    yang sedihnya bukanlah apa... bergaduh kerana berebut lelaki...dengan berpakaian sekolah, dikawasan sekolah, terkangkang sana sini ditonton oleh orang lain yang pada mereka mungkin suka melihat perlakuan tersebut... memalukan sungguh..kalau dah kecik macam ini..besar nanti bagaiman la pula.. tapi apakan daya..itulah krisis yang melanda remaja masa kini.. itu belum lagi ambil kira kes-kes lain yang berlaku., mencuri, minum arak, berjudi, berzina, merogol, buang anak, memukul....banyak untuk disenaraikan...

    Mungkin kes ini jadi 'terkenal' sebab adanya rakaman yang dibuat oleh individu yang tertentu.. sedangkan kalau diikutkan lebih banyak lagi kes-kes seumpamanya yang berlaku malahan mungkin lebih teruk daripada itu...sempat juga la aku tengok video tu dalam laman youtube...
    klu nak komen video tu teruk, pada pendapat aku tidak la seteruk mana berbanding rakaman lain-lain dalam youtube yang mengarut apa entah..tapi, oleh kerana itu yag hangat sekarang ini so memang la teruk dari pandangan masyarakat sekarang...

    Pada aku semua ini menjurus kepada sesuatu.. keruntuhan nilai moral dan akhlak remaja masa kini...

    Tadi masa baca akhbar ada bagi tahu yang lelaki yang menjadi rebutan perempuan tersebut sudah berada di Kuala Lumpur kerana masalah peribadi.. tak pasal-pasal lelaki, perempuan, sekolah, dan yang berkaitan jadi 'glamour'.. klu pasal mengharumkan nama sekolah tu boleh la dibanggakan.. ini... entah la apa perasaan mak ayah dorang sekarang ni dengan perlakuan nak remaja mereka..

    Masa bersekolah dah macam nak rak berebut lelaki...entah-entah lelaki tu dapat dijadikan suami dikemudian hari pun tak tahu...pada aku tak la salah semuanya pada perempuan, lelaki pun ada salahnya..itu dorang punya hal masing-masing...tapi apa yang membuatkan mereka tidak dapat membezakan mana satu yang baik dan mana satu buruk sungguh menyedihkan.. nanti bila dah nama jadi busuk dan terkenal sebab perlakuan mereka.. baru nak menyesal...

    Sedarlah adik-adikku,... perjalanan hidup masih panjang.. banyak lagi liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi.. jadilah insan berguna.. janganlah menyesal kemudian hari....



    Sunday, February 10, 2008

    NFS Carbon wallpaper

    Comments

    Nak kata aku ni peminat Need For Speed tu, tak la sangat, adalah sikit...dari siapa aku dapat gambar-gambar ni pun dah tak ingat dah... terima kasih la kepada pemilik asal gambar-gambar ni...:). sambil-smbil buka pc ni terjumpa la gambar ni.. kadang tu cantik juga kalau buat wallpaper.. mana la tau ada yang berjiwa 'sport'...:) so apa salahya kalau aku uploadkan kat cni...
    klu sapa yang nak tu click je kat gambar pastu nanti ble dah kuar gambar sebenar just right and choose 'save image as.."...



























    PDF to WORD Converter

    Comments

    Memandangkan file PDF merupakan file yang tidak boleh di'edit', sudah tentu menjadi masalah kepada sesiapa yang memerlukan maklumat dari file tersebut samada untuk copy atau mengubah keseluruhan apa yang terdapat dalam file PDF. Oleh itu, PDF to WORD converter ini sangat berguna kalau melibatkan pengubahsuaian atau copy dari pdf terutamanya kepada yang masih berstatus student...☺..


    Free PDF to Word Doc Converter

    How to edit PDF files without purchasing an expensive PDF editor? How to extract text/images from PDF files? What you need is a PDF to Word Converter.

    Free PDF to Word Doc Converter is such a desktop document conversion tool to convert Adobe PDF file to Microsoft Word Doc file - and it's totally for FREE

    The program can extract text, images, shapes from PDF file to Word Doc file and preserve the layout. It can convert all the pages, or any pages range of the PDF file.

    And it is a standalone program - you can convert PDF to Word Doc without Adobe Acrobat Reader or Microsoft Word installed!


    Key Features:

    • Convert PDF to Word and preserve the original layout of your PDF in an editable Word Document.
    • Extract text labels, graphics, shapes from PDF file into Word Doc file.
    • Convert all the pages, or partial pages of PDF file to Word file.
    • Support Adobe PDF 1.0 - 1.6 formats.
    • Can automatically open the output Doc file when the conversion is done.
    • Several PDF to Word conversion options are available for a better result.
    • Convert in a high speed.
    • Easy to use software.
    • Totally for FREE


    Saturday, February 09, 2008

    THE BEST OF CODEC COMBINATION DOWNLOAD

    3 comments

    Sejak kebelakangan ini banyak sangat file jenis video yang pelbagai dan menyusahkan sesiapa sahaja yang tidak mempunyai codec untuk sepatutnya untuk video tersebut.. kadang tu dengan hanya install satu codec masih tidak mencukupi untuk beberapa jenis video, so...

    Kepada sesiapa yang mengalami kesukaran untuk memainkan video didalam komputer ataupun laptop anda, inilah penyelesaiannya.. gabungan 3 codec yang dapat memberikan kepuasan sepenuhnya kepada anda..
    Storm codec, K-lite mega codec pack dan Combined-Community-Codec-Pack..

    Kebiasaannya dengan hanya Storm Codec dan K-lite mega codec pack sudah memadai untuk memainkan semua video untuk pc samada file jenis avi, rm, rmvb, mpeg, 3gp, 3gpp, flv, swf, RealMedia, QuickTime, MPEG-2, MPEG-4 (DivX, XviD, 3ivx, MP4, FFGS, H264...), AC3/DTS/LPCM, VP3/VP6, HDTV, Theora, TTL2, APE, FLAC, AAC, Subtitles, OGG/OGM, Matroska, MPC, Voxware, FLC, 3GP/AMR dan bermacam-macam lagi.. kehadiran Combined-Community-Codec-Pack cuma memantapkan lagi kemantapan yang sedia ada..

    Selamat men'download'....:)



    STORM CODEC

    DOWNLOAD HERE





    K-LITE MEGA CODEC PACK

    DOWNLOAD HERE





    Combined Community
    CodecPack

    DOWNLOAD HERE





    Banner X-Change

    aizuddin.com

    .

    Related Posts with Thumbnails
     

    Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted