Sunday, March 30, 2008

aku yang semakin sibuk sekarang...

1 comments

2 minggu lagi minggu exam dan nak mula...
kerja yang semakin melambak mengehadkan masa aku untuk ber'internet'..
itu tidak termasuk lagi kerja yang belum siap...
test senang pun x leh jawab aku ni...
nak tengok cerita yang baru amik dari kawan pun tak tertengok aku...
nk balas komen dalam friendster pun malas. nk post pape dalam blog pun x de masa sangat..

aduh, baru aku tahu, susah juga hidap aku ni...ha3...
ini pun hari ahad, boleh la buka internet kejap... dah la internet lambat... nak kutuk pihak pentadbir lebih-lebih, takut tak pasal-pasal aku kena warning kalau dorang tahu nanti...☺.
inilah cabaran hidup... tak pe, aku leh tempuhi lagi.....('',)..

Wednesday, March 26, 2008

Area 51 lokasi paling rahsia AS

Comments



KAWASAN di luar Area 51 yang terletak di Nevada, Amerika Syarikat.

Setakat ini tiada bukti untuk menyokong dakwaan kawasan berkenaan dijadikan pusat kajian mengenai UFO, ujian senjata canggih

PADA 1989, Bob Lazar dalam satu temuramah televisyen yang disiarkan Stesen Penyiaran Las Vegas, mendakwa yang dia pernah menjalankan satu tugasan berkaitan 'kapal angkasa makhluk asing' atau UFO yang ditempatkan di Tasik Papoose, Selatan Area 51, Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Sejak dakwaan Lazer itu, Area 51 mula menjadi lokasi misteri yang terkenal di kalangan ramai pihak terutama pengkaji makhluk asing dan UFO.


Mereka percaya kononnya di situlah wujudnya satu markas makmal penyelidikan milik Kerajaan AS bagi mengkaji kapal angkasa dan makhluk asing yang terhempas ke bumi.

Teori konspirasi itu berlarutan sehingga kini berikutan tiada siapa yang dapat mengesahkan dakwaan Lazer itu selain tiada siapa yang mampu tampil bersama bukti mengenai aktiviti misteri yang dilakukan di lokasi rahsia itu.

Area 51 sebelum itu lebih dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Ujian Penerbangan Tentera Udara AS dan digunakan sebagai pusat pembangunan dan ujian bagi menghasilkan pesawat tempur canggih untuk negara terbabit.


GAMBAR satelit Area 51.

Ia adalah antara lokasi paling rahsia di AS dan terletak di sebuah daerah terasing di selatan Nevada di mana penduduk tidak dibenarkan memasuki, menghampiri malah mengambil gambar di kawasan berkenaan atau mereka akan didakwa mengikut Seksyen 21, Akta Rahsia Rasmi 1950 (50 USC 797).

Bagaimanapun, aktiviti rahsia serta penyelidikan sulit berhubung pembinaan pesawat tempur selain beberapa laporan kononnya berlaku pelbagai fenomena aneh dan luar biasa di kawasan itu semakin menimbulkan curiga di kalangan ramai pihak.

Ia sekali gus mencetuskan prasangka di kalangan penyelidik ‘UFOlogy’ mengenai kemungkinan Kerajaan AS sudah berjaya menangkap makhluk asing dan merampas kapal angkasa mereka yang terhempas.

Mengikut teori konspirasi itu lagi, pihak kerajaan terbabit kini sedang melakukan pelbagai uji kaji terhadap makhluk itu serta mengkaji teknologi kapal angkasa mereka di Area 51, akan tetapi, Kerajaan AS didakwa cuba merahsiakan penemuan penting itu daripada semua pihak.

Penyelidik juga percaya yang makhluk asing serta UFO yang terhempas di Roswell, New Mexico, pada Julai 1947 juga ditempatkan di Area 51 untuk kajian lanjut.

Misteri mengenai kegiatan rahsia di lokasi sulit itu semakin menarik minat ramai pihak sehingga timbul pelbagai khabar angin antaranya:

Di lokasi itulah kerajaan AS didakwa menyimpan, menyelidik dan melakukan proses ‘keterbalikan kejuruteraan’ terhadap kapal angkasa makhluk asing bagi membolehkan mereka membina pesawat tempur canggih berasaskan teknologi UFO yang mereka temui.

Antara teknologi yang didakwa berjaya dibangun saintis dan penyelidik AS berasaskan penyelidikan terhadap kapal angkasa itu ialah penghasilan pesawat luar biasa dalam Program Aurora.

Kerajaan AS juga didakwa mengadakan kaji selidik dalam pelbagai bidang sains dan sosial terhadap makhluk asing yang ditemui sama ada hidup atau sudah mati malah mereka mungkin sudah mengadakan perhubungan dengan tamadun makhluk asing di angkasa.

Di lokasi Area 51 itu, penyelidik dan saintis didakwa sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan senjata berasaskan tenaga alam seperti kawalan cuaca terhadap ribut, puting beliung atau gempa bumi.

Dakwaan yang lebih menggemparkan kononnya di lokasi rahsia itu saintis dan penyelidik sedang membina teknologi mesin merentas masa.

Segala penyelidikan dan aktiviti sulit di Area 51 didakwa berkait rapat dengan satu pertubuhan rahsia dikenali ‘Majestic 12’ yang ditubuhkan pada 1947 untuk menyiasat segala aktiviti berkaitan dengan UFO dan makhluk asing.

Pertubuhan rahsia yang anggotanya terdiri daripada sekumpulan saintis, ketua tentera, pegawai tinggi kerajaan AS itu ditubuhkan atas arahan eksekutif daripada Presiden AS ketika itu, Harry S Truman.

Mengenai lokasi makmal rahsia di Area 51 pula, ada khabar angin kononnya ia dibina di bawah tanah dan di dalam Tasik Papoose.

Kononnya di bawah permukaan muka bumi kawasan gurun itu, ada satu kompleks teramat besar yang dihubungkan dengan jalinan jalan raya bawah tanah selain wujudnya lapangan terbang khas yang hanya muncul apabila tasik berkenaan terbelah.

Bagaimanapun, pihak Tentera Udara AS menafikan kewujudan ‘Area 51’ sebagai satu daripada tapak operasi yang berada di bawah kawalan mereka.

Bagaimanapun, misteri berhubung lokasi itu semakin membingungkan apabila pada Julai 1996, seorang pemanggil rancangan radio ‘Art Bell's Coast to Coast AM’ yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Victor’ mendakwa dia memiliki pita video yang menyiarkan proses soal siasat pegawai tentera dan saintis terhadap makhluk asing yang dilakukan di Area 51. Makhluk asing itu dipercayai berkomunikasi menggunakan telipati.

Victor mendakwa yang dia berjaya membuat salinan daripada rakaman asal milik pihak berkuasa Area 51 dan menyeludup keluar pita video berkenaan dari lokasi sulit terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti kukuh yang mampu membongkar apa sebenarnya yang terdapat di sebalik lokasi rahsia Area 51.

Mungkin di situ terdapat pesawat angkasa lepas dan jasad makhluk asing; mungkin juga di situ terdapat makmal yang melakukan pelbagai penyelidikan bagi menghasilkan teknologi luar biasa; mungkin di situ juga disembunyikan pelbagai projek rahsia Kerajaan AS atau mungkin di situ hanya terdapat bangunan pejabat bagi operasi biasa tentera AS.

Sehingga kini, aktiviti sebenar di lokasi rahsia Area 51, kekal menjadi misteri. sumber: www.wikipedia.com

INFO: Area 51

  • Terletak di Nevada, Amerika Syarikat.

  • Turut dikenali sebagai Dreamland, Watertown Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake dan juga The Directorate for Development Plans Area.

  • Menjadi pusat penyelidikan dan ujian penerbangan bagi Tentera Udara AS.

  • Menjadi popular berikutan dakwaan kononnya makhluk asing dan UFO yang terhempas di bumi disembunyikan untuk dikaji di lokasi itu.

  • Misteri berhubung lokasi itu banyak disebut dan dijadikan babak dalam filem dan rancangan televisyen antaranya The X-files, CSI, Stargate dan Eureka.




  • Wednesday, March 19, 2008

    Surat Pilihan

    1 comments

    ketika ini semua orang sibuk bercakap pasal politik..(kebanyakan la).
    pilihan raya sudah lepas, so apa sekarang...?..
    sekarang dan masa akan datang adalah untuk melihat dan menilai apa-apa sahaja janji yang ditaburkan oleh mana-mana parti politik..

    walaupun pilihanraya sudah berlaku, tetapi kehangatannya masih terasa. (mungkin sebab BN kalah kot..)..pelbagai topik dibincangkan dimana sahaja.

    tetapi ada satu surat yang disiarkan oleh Berita Harian yang agak menarik perhatian. tentang isi dan apa yang ingin disampaikan oleh penulis surat tersebut.

    sama-samalah kita baca dan hayati....

    SAYA bersetuju dengan pandangan beberapa penulis rencana di akhbar ini berkaitan nasib masa depan orang Melayu dan Bumiputera berikutan beberapa negeri tumbang kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.

    Selepas melihat keputusan pilihan raya, saya akui kematangan politik di kalangan sesetengah pengundi semakin jelas. Tetapi, selepas menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih dan bimbang kerana negeri yang dulunya didominasi Melayu, terutama Perak dan Selangor kini berada dalam genggaman pembangkang.

    Negeri yang berada di bawah kuasa komponen BN, terutama Pulau Pinang juga jatuh ke tangan DAP. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut jatuh ke tangan parti pembangkang DAP, PKR dan PAS. Mujurlah wilayah bukan negeri dan tidak ada Sultan.

    Walaupun di Selangor PKR memperoleh lebih kerusi, iaitu 15 berbanding DAP 13 dan PAS lapan kerusi, DAP tetap parti dominan kerana PKR sendiri tidak dapat menubuhkan kerajaan dan terpaksa bergabung dengan parti lain.

    Yang pasti, gabungan itu bukan dengan BN tetapi DAP dan Pas. Oleh itu, parti itu mempunyai kuasa dan suara besar dalam gabungan itu. Keadaan lebih buruk di Perak di mana DAP adalah parti terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak dengan 18 kerusi diikuti tujuh (PKR) dan enam (Pas).

    Hasrat wakil DAP untuk menjadi menteri besar mungkin tidak kesampaian disebabkan negeri itu diselamatkan oleh undang-undang tubuh Perak yang memperuntukkan menteri besar daripada kalangan orang Melayu beragama Islam.

    Kini, DAP terpaksa mencari menteri besar boneka yang akan memerintah bagi pihak mereka.

    Mungkin wakil Pas atau PKR dipilih tetapi DAP awal-awal lagi menyatakan bakal Menteri Besar Perak tidak mewakili parti tetapi mewakili semua rakyat Perak. Kenyataan ini seolah-olah memberitahu bahawa mereka sebenarnya berkuasa dengan wakil terbesar dalam gabungan Kerajaan Perak.

    Keadaan paling menyedihkan ialah di Pulau Pinang di mana jika kerajaan sebelum ini pun gagal menangani masalah orang Melayu yang miskin dan terpinggir daripada arus kepesatan pembangunan negeri Pulau Mutiara ini, apatah lagi kerajaan yang kurang mesra Melayu kini memerintah dengan majoriti besar.

    Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru awal-awal lagi menyatakan dasar DEB akan dihapuskan yang bermaksud tiada lagi keistimewaan terhadap orang Melayu di negeri itu.

    Mujurlah pucuk pimpinan negeri itu melantik dua Timbalan Ketua Menteri ? seorang Melayu dan seorang India dengan harapan dapat mewakili kaum masing-masing.

    Keadaan di Kuala Lumpur juga agak mencemaskan apabila DAP menguasai lima kerusi Parlimen, empat PKR, manakala satu Pas, BN pula menang di satu kerusi saja.

    DAP sudah menyatakan mereka akan menyokong usaha jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipilih melalui pilihan raya setempat.

    Saya amat faham mengapa kerajaan melantik Datuk Bandar di kalangan orang Melayu adalah untuk mengimbangi kekuatan semua kaum di Kuala Lumpur agar tidak dikuasai satu kaum saja.

    Kaum Cina adalah penduduk majoriti Kuala Lumpur dan dengan jelas menyokong DAP berdasarkan pilihan raya umum 2008.

    Oleh itu, kita sepatutnya sudah dapat menjangkakan mengapa DAP sangat tegas ingin jawatan itu dipilih melalui pilihan raya setempat dan sudah tentu kita dapat meneka kaum mana yang akan dipilih nanti.

    Pada pandangan saya, keadaan yang menyedihkan ini mungkin ada kaitan dengan sikap orang Melayu yang kurang cerdik berpolitik dan membuat pilihan.

    Ia ditambah dengan kesudian orang Melayu, terutama PKR bekerjasama dengan DAP demi mencapai cita-cita masing-masing.

    Harakah, lidah rasmi Pas pula banyak memberikan ruang kepada PKR dalam menyampaikan ideologi mereka.

    Kini saya mula tertanya-tanya, sekiranya Datuk Seri Anuar Ibrahim betul-betul ingin memperjuangkan keadilan, kenapa tidak menyertai Pas sebaliknya memilih untuk menubuhkan parti baru yang lebih memecahkan orang Melayu.

    Jika alasan ingin mendapatkan sokongan pelbagai kaum, Pas kini dikatakan mempunyai kelab kaum bukan Islam mereka sendiri.

    Semua keadaan ini sebenarnya hanya menguntungkan satu pihak, iaitu DAP di ketiga-tiga negeri itu,.

    Ternyata, pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP adalah parti dianggap paling 'cerdik' berpolitik dan menggunakan kesempatan yang ada dan orang Melayu terpedaya dengan 'kecerdikan' itu.

    Jika DAP menggunakan slogan 'Undi MCA sama seperti mengundi Umno/Melayu' yang sangat berjaya mempengaruhi masyarakat Cina, sebenarnya yang lebih jelas ialah 'Undi PKR sama seperti undi DAP'.

    Kini parti yang didakwa tidak menerima Islam itu menguasai tiga negeri dan orang Melayu terus bersorak 'kita berjaya menumbangkan BN'. Maka, terbuktilah pepatah Melayu yang terkenal, menang sorak kampung tergadai.

    Kini nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, orang Melayu harus berfikir secara rasional dan matang pada pilihan raya akan datang supaya pisang tidak berbuah dua kali. Fikirlah masa depan anak bangsa kita dan hanya BN yang sudah berpengalaman mampu memperjuangkan nasib Melayu, kaum majoriti di negara ini.


    Wednesday, March 12, 2008

    Lawak Sin Chan

    1 comments

    Malam2 ni baca lawak pun ok gak..terhibur la sikit aku yang keseorangan ni....☺☺☺☺☺

    Guru : Kenapa awak lambat?
    Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
    Guru: Papan tanda mana ?
    Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah
    di hadapan, jalan pelahan."

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
    Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
    Guru: Bukan, Salah tu.
    Sin Chan:Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam
    mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Apakah formula untuk air?
    Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
    Guru: Apa yang awak cakap tu?
    Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk
    mana Amerika Utara.
    Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat
    kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
    Guru: Betul. Sekarang, Kelas Beritahu saya siapa yang
    jumpa Amerika Utara?
    Kelas: Sin Chan Cikgu!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita
    tak ada 10 tahun dulu.
    Sin Chan: Saya Cikgu!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di
    sebabkan oleh gigitan serangga?
    Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu
    tahu berlaku secara kebetulan?"
    Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari
    yang sama, pada masa yang sama dan juga pada
    waktu yang sama."

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu
    Warna hijau berbintik hitam dan satu lagi
    berwarna merah berbintik biru. !
    Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun
    hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna
    yang sama kat rumah .

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan
    jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
    Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana
    saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama
    seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak
    meniru kerja dia?
    Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!

    *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

    Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti
    Bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
    Sin Chan: seperti cikgu sekarang ni..

    Sunday, March 09, 2008

    Keep Your Favorite Programs Near the Top of the Start Menu

    1 comments

    Do you have a favorite program that you frequently use? Elevate its priority on the Start menu by putting it at the top of the list.
    This ensures that the program will remain on the Start menu and cannot be bumped by other programs, even if you use the others more frequently.

    •Right-click the link to your favorite program on the Start menu and select Pin to Start Menu. Your program will be moved permanently to the top part of the list, just below your browser and e-mail programs.

    Do Not Highlight Newly Installed Programs

    Comments

    Tired of that annoying little window that pops up to tell you that new software is installed?

    If it gets in the way when you're logging off, turn it off completely.

    To do this:

    •Click Start, right-click at the top of the Start menu where your name is displayed, and then click Properties.

    •In the Taskbar and Start Menu Properties dialog box, on the Start Menu tab, click Customize.

    •Click the Advanced tab, and then clear the Highlight newly installed programs check box.

    •Click OK, and then click OK again

    Saturday, March 08, 2008

    Fesyen Bukak-Bukak

    Comments

    'wow, seksi sial...
    nampak lurah tu...'..

    'ish, teruk betul artis-aris sekarang ni..'.

    itu mungkin kata sebilangan peminat-peminat artis tempatan...
    mungkin ada kata-kata lain,ikut selera sendiri..
    yang suka pun ada, yang membenci pun ada..
    cuma bukanlah itu yang hendak diperkatakan...

    tapi seperti sudah menjadi trend kebanyakan artis sekarang ini, bergambar sikit, ada apa-apa sikit mesti nak melaram sampai nampak lurah dada, klu yang over sikit, dah la atas nak tunjuk, bawah pun klu boleh nak tunjuk juga...x kira la dah berkahwin ke, bujang ke, janda ke... menjatuhkan martabat je...

    buka sana, buka sini nanti dah terbuka semua baru tahu... kalau ada sesetengah gambar bogel yang terlepas pada umum baru la nak berdolak dalik.. super impose la.. macam2.. tapi kalau tengok pada perangai tu, cam sah-sah je... bodoh punya artis...


    kalau la terbuka........perghhh


    alamak, sikit je lagi....







    kalau la ada angin bertiup...fuhh..


    lihat dada saya, cantikkan...


    Friday, March 07, 2008

    Test Your IQ Level...

    Comments

    Bagus juga kalau sekali sekala menguji sejauh mana sebenarnya otak kita berpikir secara logik..
    kalau setakat permulaan, mode easy sudah cukup.. tapi kalau rasa boleh pergi jauh dari itu apa kata cuba hard level.. baru naik pening kepala...☺..
    walaupun ada masalah pada final ranking score, tapi sekurangnya dapat tahu juga berapa nilai darjah kepandaian masing-masing..




    Wednesday, March 05, 2008

    Cerita Lawak - Curang.

    Comments

    Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

    Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh.

    Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri

    dengan boyfriend dia tu bersurai.

    Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.

    Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik

    untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu,

    diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan

    putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya

    kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting

    itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.

    Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,

    "aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

    "oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi."

    jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

    Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur.

    Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur,

    si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

    Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata,

    "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

    Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la.....

    Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........

    segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

    Monday, March 03, 2008

    isteri kami semakin curang.!!!..

    Comments

    Tajuk muka depan majalah mastika edisi Februari 2008..
    kalau dipikir dengan pikiran yang tradisional dan kuno, seperti tidak logik perkara sebegini berlaku.. kalau dahulu perempuan melayu terkenal dengan sifat malunya, nak bertentang mata pun malu apakan lagi untuk berlaku curang...betul ke kisah kecurangan semua ini boleh berlaku..??.

    Tetapi itulah hakikatnya.. di zaman nanoteknologi abad ini segalanya mungkin..orang pergi ke angkasa, ke antartika, robot membuat kerja manusia, membuat peralatan bersaiz nano yang mustahil utuk dihasilkan oleh tangan manusia, DAN, kemungkinan isteri untuk berlaku curang pun ada..!!. hebat sungguh cabaran di era ini..

    Kalau sebelum ini kita sibuk memperkatakan masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi,nah, inilah masalah yang semakin menular sekarang.dan semestinya tanggapan negatif ini dibawa oleh isteri-isteri yang tidak tidak reti bahasa. sepatutnya mereka-mereka ini menjaga anak dan bapak dirumah, tetapi entah dimana silapnya mungkin tersilap masukkan 'setting'semasa di awal perkahwinan mereka dahulu, orang lain pula yang 'dijaga'. walaupun kes ini masih dianggap terpencil di Malaysia tetapi menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.

    Kalau dahulu orang berkata apa yang perlu dibayar dengan kemodenan pada masa kini adalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja masa kini, tetapi sekarang mereka perlu mempertimbangkan golongan lain yang ingin masuk sama ke dalam gologan yang merosakkan masyarakat dan bangsa ini..

    Jikalau mereka-mereka ini memberi alasan kerana tidak mendapat layanan yang diinginkan dari suami, tetapi apakah ini cara yang paling baik.?. mendapat layanan dari jantan-jantan lain yang dari mana entah datangnya.. memalukan.. mungkin istilah 'bodoh, bangang dan bengong' masih tidak cukup untuk golongan yang terlibat samada dipihak lelaki atau perempuan.

    Apakah mereka ini tidak mengikuti kursus perkahwinan sebelum kahwin..?. kalau kahwin lari di Siam, mungkin la juga juga,ini tidak, sebelum kawin semua hukum hakam suami isteri dihafalnya..tup-tup..curang dengan suami dan sibuk berasmara dengan jantan lain..kalau setakat buat salah sebab tidak membersihkan rumah atau memasak, boleh la dimaafkan.para isteri pun letih juga.. tetapi kalau dah curang, bolehkah lagi dimaafkan..?








    Kes baru-baru ini yang melibatkan seorang isteri ditangkap khawat bersama lelaki lain sudah cukup membuktikan perkara ini berlaku dalam masyarakat sekarang ini. tidak tahu la samada lelaki tu sudah bersuami atau tidak, tetapi kedua-duanya memang bangang. suami mana yang tidak kecewa melihat isterinya bersama dengan orang lain dalam keadaan yang sangat mencurigakan dan boleh dikatakan mereka sudah melakukan lebih dari itu berdasarkan pakaian yag dipakai dan keadaan persekitaran..

    Perkara ini kalau tidak dibendung awal-awal boleh mejadi barah dalam hubungan suami isteri..dimana lafaz ikrar untuk sehidup semati semasa diawal perkahwinan.?. kita orang islam dan berada di negara islam bukannya orang barat atau seumpamanya yang tidak tahu hulu pangkal...wahai para isteri, jagalah suamimu, wahai para suami, bimbinglah isterimu...............

    Banner X-Change

    aizuddin.com

    .

    Related Posts with Thumbnails
     

    Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted