Friday, October 31, 2008
Kisah Tali Gantung
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman.. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Norman Ditangkap Khalwat.?
Labels: artis malaysia

Dunia artis sekali lagi digegarkan dengan bergitu hangat. Pelakon ditangkap khalwat. so tidak perlu aku bersembunyi siapakah gerangannya kerana semuanya sudah tersebar di dada² akhbar. Norman Hakim dengan sorang pelaon wanita yang cantik juga la, memey.
Umum sudah mengetahui rumahtangga Norman-Abby pun bergolak. So ditambah lagi dengan masalah seperti ini. Huh, dapat ke Abby terima Norman lagi selepas ini.? Entah, aku pun mana boleh jawab. bukan rumahtangga aku.:).
Kalau dibaca laporan dari Kosmo, Norman menyatakan dia bukanlah berkhalawt. Dengan pelbagai alasan yang diberi. Entah la, aku pun tidak dapat menyatakan kepastian 100%, tetapi bukankah semua itu sungguh mencurigakan.?dan terbaca juga apa yang dinyatakan oleh Abby
'Biarlah semua orang menilai'
Random Wallpaper ( I )
Labels: wallpaper
'Budak Baik' Dicari
Labels: luahan rasa
Kenapa dikatakan demikian.? sebabnya ialah tajuk akhbar : Anak kemaruk cinta beri air ubat tidur kepada ibu . ye bagus tu, idea yang sangat bernas tidak terpikir oleh seorang yang berpikiran normal . Tujuannya.? Kerana ingin melarikan diri untuk mengikuti teman lelaki.
ye, itu dia. Satu tujuan yang sangat bagus. Disokong oleh aku sepenuhnya. 100% menyokong.
Kenapa saya tulis sedemikian.? baca lagi di bawah.
Pertamanya, maaflah kalau Si Norazi ni membaca post aku ni.:), Ini yang sebenarnya, dia ini memang bodoh. anak tak mengenang jasa ibu. orang tua membesarkan dari kecil, besar² bagi ibu minum ubat tidur semata² nak lagi mengikut teman lelaki. Aku yang membaca sebelum ini pun sakit hati. Masih ada manusia seperti ini rupanya. Pelik lagi ajaib. Maaflah kalau terkasar bahasa.
Tetapi sekarang semua ini sudah jadi kebiasaan. lihatlah sekarang. lari sana sini, lepas itu bila ada masalah baru hendak kembali ke keluarga. baru nak balik Malaysia. Tahu juga balik. ingatkan hendak teruskan aja.
So kalau ditanya apakah pandangan aku kepada golongan sebegini ditimpa masalah.
jawapan aku adalah. PADAN MUKA.
Wednesday, October 29, 2008
Anti-Genuine Advantage for Microsoft XP WGA & Office OGA
Adakah anda sudah mencuba cara manual [ LINK ] tetapi tidak berjaya.? Selepas ini, anggaplah anda sudah berjaya menghapuskan masalah tersebut..(cam promoter lak aku..☺)Ini merupakan salah satu software yang digunakan untuk menghapuskan semua itu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah install seperti biasa dan masalah anda akan selesai.:)


Tuesday, October 28, 2008
Tahukah Anda.?
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?
p/s: semestinya yang paling menarik no 29 dan 30 ni kan. Sebab aku pun tidak perasan no 8 tiada.:)
Monday, October 27, 2008
Chelsea(0) vs Liverpool(1) Full Highlights
download here
.
Saturday, October 25, 2008
Teruknya Manusia Moden
Merangkumi segenap lapisan umur, tidak kira lelaki atau perempuan, besar atau kecil,
persoalannya Selamatkah dia, mereka dan kita.?
Lihat sajalah keadaan persekitaran kita. Segalanya sukar untuk dikatakan selamat walaupun 90%.
Jenayah boleh berlaku dimana-mana. bayi dibuang, perempuan dirogol, lelaki dibunuh dan macam² lagi jenis jenayah sekarang ini.
Lihatlah keratan akhbar metro semalam, 24/10/08. Kes jenayah tersenar dalam top 5. semua jenayah ada. Nilailah sendiri betapa teruknya sebilangan manusia moden ini.
Ini baru saja kes yang dilaporkan, bagaiman dengan kes yang tidak dilaporkan.? angkanya mungkin meningkat jauh lebih tinggi. Tetapi, bukankah itu pengorbanan yang perlu dibayar untuk sebuah kemodenan.?Dan, jika keadaan ini berterusan, masalah ini tidak akan berkurangan. malahan akan bertambah, selagi tiada langkah drastik dan bersungguh² untuk membendung perangai buruk manusia moden ini.
Selamatkah dia, mereka dan kita.?
Friday, October 24, 2008
Internet Download Manager 5.14 + Patch.
Kali ini aku ingin berkongsi download manager.
bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, ia merupakan software yagn sangat berguna untuk download apa² dari internet. juga berguna untk menambah kelajuan download seperti yang telah digunakan oleh aku.[lihat sini].
dan sebelum terlupa, software ini di dedikasikan kepada kawan aku, rosed.:)
11) penting untuk diingatkan, jika ada diminta update, jangan update kerana ini software crack.:)
Cinta Tiga Segi (horror version)
Labels: download, video
kali ini aku bawakan lagu cinta tiga segi yang sangat melucukan...
sampai aku sendiri tergelak nak pecah perut...
kalau tak percaya dengarlah lagu ini..:)
lagu ini menggunakan rentak dan irama seperti lagu sebelum ini, tapi dengan lirik yang berbeza.(download link ada kat bawah)
Kalau nak download lagu ini, klik je link bawah ni..:).

Thursday, October 23, 2008
Aksi Tayangan Perdana
tidak lain tidak bukan, aksi tayangan perdana dua orang budak sekolah di sebuah sekolah di Dungun, Terengganu.
Khabarnya sekolah tersebut sudah diserbu bahagaian pendidikan negeri tterengganu. Dan dua orang budak ini pun sudah menghilangkan diri.
Amat memalukan dan mendukacitakan apabila kes ini berlaku. semua yang terlibat malu, adik-beradik,ibu bapa apatah lagi. tempias juga terkena pada pihak sekolah,daerah pun malu..ish² apa nak jadi.

Aku juga ada melihat video klip ini. entah la, aku nak kata apa ntah. bengong pun ada. bodoh pun ada. dan padan muka pun ada. baru tahu betapa malunya. lagi² perempuan. dah la muka tersebar. kalau lelaki tu, walaupun orang tahu, tetapi tidak la tahu rupanya sebenarnya melainkan orang terdekat. yang perempuan.? banyak orang tahu. Adik, adik dah glamour sebenarnya tau..
Tetapi kalau ada time aku berperasaan baik, kasihan pula kat perempuan ni. dan betapa jahatnya pula lelaki tu. senang macam ni la, x tahu la jika anda setuju atau tidak. kedua-duanya pelajar ini memang bodoh dan bangang.
Bawah ni aku amik dari arkib kosmo.

KUALA TERENGGANU - Belum pun reda isu rakaman klip video aksi panas membabitkan pelajar, kes seumpama itu dikesan berlaku pula di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Dungun, di sini.
Klip video berjudul 'Tayangan Perdana' itu menggemparkan pelajar sekolah tersebut kerana melibatkan seorang pelajar perempuan yang selama ini dianggap berakhlak.
Paling mengejutkan, aksi ghairah itu dirakam oleh seorang remaja lelaki menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah kelas kosong di sekolah itu.
Turut mendukacitakan, aksi tersebut berlaku dalam keadaan pelajar perempuan belasan tahun itu berpakaian sekolah lengkap dengan lencana.
Wartawan Kosmo! yang meneliti klip video itu mendapati ketika rakaman, kedengaran suara seorang remaja lelaki mengarahkan pelajar perempuan melakukan aksi-aksi ghairah.
Aksi panas yang baru mahu bermula itu bagaimanapun tidak berterusan apabila pelajar perempuan itu mengesahkan kepada pasangannya bahawa dia 'uzur'.
Seorang peneroka Felda yang hanya mahu dikenali sebagai Kasiman, 46, berkata, rakaman klip video lebih dua minit itu dipercayai dibuat baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, klip video itu dipercayai beredar dan menjadi sebutan di kalangan orang ramai di tanah rancangan berkenaan kira-kira seminggu lalu.
"Klip itu kemudiannya dikatakan jatuh ke tangan peneroka Felda lalu tersebar dengan begitu pantas hingga dalam tempoh 24 jam saja ramai orang tahu.
Prison Break Season 4 episod 8 : The Price
Mendebarkan juga episod kali ini. Sepatutnya semuanya berjalan lancar, sehinggalah seorang daripada rakan mereka berpaling tadah. dan kesudahannya dia mati juga. padan muka..ha3.
Tapi yang paling best kat ending dia, lelaki berjambang(yang muka poyo tu) tertangkap juga akhirnya. tidak sabar untuk episod seterusnya..:).
semestinya semua link di kreditkan kepada asscrewz.com..
RAPIDSHARE :
PART 1
PART 2
----------------
MEGAUPLOAD :
PART 1
PART 2
----------------
DEPOSITFILES :
PART 1
PART 2
-----------------
SHAREDZILLA :
PART 1
PART 2
-----------------
FLYUPLOAD :
PART 1
PART 2
-----------------
SENDSPACE :
PART 1
PART 2
-----------------
BADONGO :
PART 1
PART 2
Wednesday, October 22, 2008
My Download Transfer Rate
sekarang record baru aku ialah 1.539MB/sec..:)

Sekadar berkongsi kegembiraan..:).semalam aku ada download prison break episod lapan.
biasanya dalam 50KB/sec.
tetapi semalam aku pergi ke cc tempat aku belajar sekarang, dan apa yang mengejutkan...
transfer rate menjangkau 600KB/sec.
so aku download prison break tu dalam 5 minit sahaja..:).
Akibat Perlakuan Sumbang.
KUALA LUMPUR: Akibat perlakuan sumbang masa lampau dengan teman lelaki, seorang bakal pengantin kini dibelenggu ketakutan dan trauma selepas diugut, rakaman aksi seksnya akan disebarkan kepada orang ramai.
Malah, mangsa yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta di ibu kota dikatakan terpaksa menangguhkan perkahwinannya selepas diugut bekas teman lelakinya itu supaya terus melayan nafsu serakahnya.
Difahamkan gadis yang tinggal di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, berkenalan dengan lelaki terbabit sejak Mei 2004, tetapi mangsa memutuskan hubungan pada 5 Jun lalu selepas tidak lagi mempunyai persefahaman sebelum dia bertunang dengan lelaki lain.
Bagaimanapun, bekas teman lelaki gadis terbabit tidak puas hati lalu mengugut mangsa supaya terus bersamanya jika tidak mahu rakaman seksnya tersebar
Read More
Mangsa membuat laporan polis pada Sabtu lalu berhubung kejadian itu.
Sumber polis berkata, pada awal perkenalan, mangsa yang berumur 23 tahun dikatakan dipaksa dan dipujuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit di sebuah hotel bajet di Pandan Perdana di sini.
Katanya, mulanya mangsa menolak, namun selepas beberapa hari dipujuk selain lelaki terbabit berjanji akan bertanggungjawab, mangsa akur kepada lelaki terbabit.
“Kejadian itu berlaku di hotel sama dan bekas teman lelaki terbabit dikatakan menabur janji akan setia bersamanya hingga akhir hayat.
“Akibat termakan janji dan demi membuktikan cintanya, mangsa berulang kali mengadakan hubungan kelamin setiap kali mereka berjumpa,” katanya di sini, semalam.
Bekas teman lelaki wanita itu mencadangkan supaya aksi mereka di ranjang dirakam, kononnya untuk simpanan peribadi dan kenang-kenangan.
Mangsa yang pada mulanya menolak, akhirnya akur dan merelakan perlakuan sumbangnya dirakam selepas beberapa kali didesak lelaki kasanova itu.
Lelaki terbabit dikatakan menggunakan alat perakam video dan telefon bimbit untuk merakam perbuatan sumbang mereka.
Sumber itu berkata, selepas rakaman berkenaan, kelakuan lelaki terbabit mula berubah dan sering berkasar dengan mangsa walaupun hanya disebabkan masalah kecil.
“Mangsa sering ditampar dan diterajang selain diketuk dengan topi keledar oleh lelaki terbabit.
“Tidak tahan dengan perlakuan ganas itu, dia meminta untuk berpisah dengan lelaki terbabit dan pada mulanya semuanya berjalan lancar,” katanya.
Menurut sumber itu, pada 9 Julai lalu, lelaki terbabit menghubungi mangsa dan mereka dikatakan mengadakan pertemuan di rumah mangsa kira-kira jam 12 tengah malam.
“Dalam pertemuan itu, lelaki terbabit mengajaknya ke sebuah hotel untuk mengadakan hubungan seks, namun ditolak mangsa.
“Mangsa memberitahu dia sudah bertunang, tetapi alasan itu tidak diendahkan lelaki terbabit yang terus mendesak dan mengugut akan mengedarkan rakaman asmara mereka kepada tunang dan keluarga,” katanya.
Pada 24 Julai, lelaki terbabit sekali lagi menghubungi mangsa dan kali ini mangsa terpaksa akur dan menyerahkan tubuhnya kepada lelaki terbabit kerana terlalu takut rakaman asmaranya diketahui umum.
Selepas melempiaskan hawa nafsunya, lelaki terbabit berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi dan akan memusnahkan bukti semua hubungan terlarang mereka.
Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila kira-kira jam 12.30 tengah malam, 9 Ogos lalu, lelaki terbabit menghubungi mangsa dan mereka mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di Ampang.
Sumber itu berkata, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, seorang lelaki dipercayai kawan kepada bekas teman lelaki terbabit memberi sepucuk surat kepada tunang mangsa bertujuan menjatuhkan maruah dan cuba memporak perandakan hubungannya.
“Dia turut mendedahkan hubungan seksnya kepada tunang mangsa dan mengugut akan mengedarkan rakaman video dan gambar,” katanya.
Menurutnya, polis berusaha mengesan lelaki terbabit dan dia dipercayai menyembunyikan diri sejurus mengetahui mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Sunday, October 19, 2008
WhileYour Lips Are Still Red-Nightwish : mp3
Labels: download, mp3, video
lagu daripada Nightwish yang bertajuk While Your Lips Are Still Red.
Nightwish - kumpulan yang nampak seperti keganasan, sebenarnya agak kelembutan.:)
aku rasa ok apa lagu ni. rugi sesiapa yang tak dengar..
memang best. Orang kata apa, touching...:)
kalau sesiapa yang nak dengar dulu.klik button play je kat bawah ni.
kalau hendak tengok video clip, bawah ni.(youtube)
Nak download..? klik bawah ni.
Apa.? mana liriknya..? nah ada kat bawh ni.. ok settle n enjoy..:)
Young heart for love not heartache
Dark hair for catching the wind
Not to veil the sight of a cold world
Kiss while your lips are still red
While he's still silent
Rest while bosom is still untouched, unveiled
Hold another hand while the hand's still without a tool
Drown into eyes while they're still blind
Love while the night still hides the withering dawn
First day of love never comes back
A passionate hour's never a wasted one
The violin, the poet's hand
Every thawing heart plays your theme with care
Kiss while your lips are still red
While he's still silent
Rest while bosom is still untouched, unveiled
Hold another hand while the hand's still without a tool
Drown into eyes while they're still blind
Love while the night still hides the withering dawn
Kiss while your lips are still red
While he's still silent
Rest while bosom is still untouched, unveiled
Hold another hand while the hand's still without a tool
Drown into eyes while they're still blind
Love while the night still hides the withering dawn
Friday, October 17, 2008
Seman Si Mat Rempit
Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.
Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.
"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"Jais... Jais..."
Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
"Ni rumah encik Jais ke?"
Ani tergamam.
"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."
Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.
Sofea Jane di Rumah Terbuka DSAI
Thursday, October 16, 2008
Perairan Malaysia Khazanah Harta Karun
Labels: misteri
Selama beratus tahun itu jugalah khazanah berkenaan terpegun melewati masa. Kehadirannya di dasar laut yang asing itu sekadar menjadi mainan dan lokasi kediaman buat ribuan ikan dan hidupan laut.
Sehinggalah kira-kira 30 tahun lalu, dengan penuh persoalan yang membenih pada minda, beberapa penyelidik mula menyelam di dasar lautan perairan negara bagi meneroka lokasi misteri khazanah berkenaan.Selepas beberapa ketika mencari pada pelbagai tempat di dasar laut, akhirnya penyelidik menemui satu bentuk tinggalan aneh yang terdampar di dasar lautan luas itu.
Selepas diamati dan didekati, akhirnya penyelidik terbabit menyedari bahawa di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka di negara ini, tersimpan banyak warisan kapal karam purba yang turut menenggelamkan bersamanya khazanah ‘harta karun’ yang tidak ternilai harganya.

Pakar Arkeologi yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Dr Adi Taha, berkata keadaan geografi dan sejarah silam di Tanah Melayu menyebabkan ia memiliki banyak khazanah maritim berupa kapal karam dan harta karun.
“Lokasi tanah air kita yang strategik iaitu terletak di tengah jalan laut yang menghubungkan antara dunia Timur dan Barat menyebabkan ia menjadi lokasi persinggahan pedagang, suatu ketika dulu.
“Keadaan itu juga menyebabkan Melaka menjadi terkenal sebagai satu daripada lokasi perdagangan pada abad ke-15 dan jalan laut sekitar negara kita dipenuhi kapal dagang yang membawa banyak harta atau barang dagangan,” katanya.
Beliau berkata, ada kapal yang membawa barang dagangan berharga itu yang karam di perairan negara akibat pelbagai sebab antaranya melanggar batu karang, dibedil dalam peperangan atau dipukul ribut.
Seterusnya melewati masa sedari zaman penjajahan Portugis, Belanda, British sehinggalah ke Jepun, semakin banyak pula kapal yang membawa pelbagai harta karun, karam di dasar laut itu.
Harta karun yang ditemui dalam kapal karam berkenaan bagaimanapun bukanlah berupa jongkong emas atau permata sebaliknya tembikar, seramik, senjata, wang syiling lama selain pelbagai barang dagangan pada zaman itu.
“Antara usaha terawal dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut dilakukan sekitar penghujung 1970-an apabila Kerajaan Terengganu bersama Jabatan Muzium dan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) menemui bangkai kapal karam tentera Jepun berhampiran Chendering.
“Kapal itu karam kerana terkena tembakan peluru berpandu dan tenggelam kira-kira 30 meter di dasar laut. Kerja penyelaman dijalankan dan lakaran bentuk kapal itu berjaya dihasilkan,” katanya.
Beliau berkata, antara penemuan terbesar dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut dicatat pada 1980 apabila bangkai kapal dagang ‘Risdam’ ditemui di perairan Mersing, Johor. Kapal dagang milik Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) itu sudah berusia 253 tahun dan ia didapati karam pada 1727.
‘Harta karun’ yang ditemui dalam kapal itu adalah 90 gading gajah, kira-kira 100 jongkong timah dan dua tembikar yang dibuat dari Thailand.
Beliau berkata, sehingga kini, lebih 10 kapal karam sudah ditemui di perairan Malaysia dan selain Jabatan Muzium, usaha mencari kapal itu turut membabitkan pihak swasta dan orang perseorangan termasuk pencari harta karun.
Antara kapal karam yang ditemui adalah:
- Kapal ‘Nassau’ milik Belanda ditemui pada kedalaman 27 meter dari paras laut berhampiran Port Dickson. Kapal yang ditemui pada 1993 itu dipercayai karam dalam pertempuran ‘Tanjung Tuan’ antara Belanda dengan Portugis pada 1606. Antara harta karun yang ditemui dalam kapal itu adalah senapang besi, meriam gangsa, kelengkapan pelayaran seperti kompas, 1,000 syiling perak Sepanyol dan bekas minuman.
- Kapal ‘Turiang’ yang dipercayai dari China, tenggelam pada 1370 ditemui pada 1998 di perairan Johor. Ia tenggelam pada kedalaman 42 meter dan seramik yang ditemui dalam kapal itu masih berkeadaan baik.
- Kapal ‘Nanyang’ yang juga dipercayai dari China ditemui pada kedalaman 54 meter dari paras laut, berhampiran perairan Johor. Kira-kira 400 seramik sudah dikeluarkan dari kapal yang tenggelam pada 1380 dan ditemui semula pada 1995 itu.
- Kapal ‘Royal Nanhai’ yang tenggelam pada 1460 ditemui pada 1995 di kedalaman 46 meter dari paras laut, kira-kira 40 batu nautika dari Pantai Timur. Sebanyak 21,000 seramik antaranya buatan Thailand, China dan Vietnam ditemui di dalamnya.
- Kapal ‘Longquan’ yang karam sekitar 1390, ditemui semula pada 1996 pada kedalaman 63 meter dari paras laut dan 23 batu nautika dari pantai Terengganu. Ia membawa seramik dari China dan Thailand.
- Kapal ‘Xuande’ yang karam pada 1540 ditemui pada kedalaman 53 meter dari paras laut dan jaraknya 34 batu nautika dari pantai Pahang. Kapal yang ditemui pada 1996 itu membawa harta karun berupa seramik dari China dan Thailand.
- Kapal ‘Desaru’ yang turut membawa seramik buatan China, ditemui pada kedalaman 20 meter dari paras laut berdekatan Mersing. Kapal yang karam pada 1830 dan dijumpai pada 2001 itu berukuran panjang 30 meter dan tujuh meter lebar.
- * Kapal ‘Singtai’ tenggelam pada 1550 dan ditemui pada 2001 kira-kira 12 batu nautika dari Kelantan. Kapal yang panjangnya 22 meter itu belayar di Laut China Selatan dan ratusan seramik ditemui di dalamnya.
- Kapal ‘Diana’ milik British pula karam pada 1817 di perairan Selat Melaka dan hanya ditemui pada 1993 pada kedalaman 34 meter dari paras laut. Barang seramik dan porselin adalah kargo utama dalam kapal yang mempunyai muatan seberat 11 tan. Antara barangan itu ialah pinggan mangkuk, set teh dan kira-kira 24,000 unit tembikar China daripada jenis biru dan putih.
Wednesday, October 15, 2008
Perhimpunan Ultraman
Labels: lawak, misteri, picture
Terdapat pelbagai jenis ultraman yang hadir, dari datuk sehinggalah ke anak cucu. Tidaklah aku tahu kenapa dan mengapa mereka berkumpul..sehingga kini masih menjadi misteri..:).
Tuesday, October 14, 2008
Kenali Parasit Komputer
Labels: virus
tapi yang lain² ancaman parasit belum pasti lagi. ini kerana ancaman komputer masa kini bukanlah virus semata². banyak lagi parasit² lain yang bertujuan menggangu sistem komputer. Jom kita semak senarai parasit tersebut.
Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan
kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.
Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.
Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.
Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.
Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.
Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.
Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.
Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.
Monday, October 13, 2008
Kenapa SRK Dapat Datuk dan Anda Juga Boleh Dapatkannya

So, cadangan aku kepada sesiapa yang hendak dapat gelaran datuk.
Friday, October 10, 2008
Datuk Shah Rukh Khan..?

Apa, datuk shah rukh khan.? ini penggambaran filem ke ni..?..
Mitos VS Fakta dalam Percintaan
Labels: pengetahuan am
MITOS: Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan suatu bentuk perhatian kepada kamu. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.
Fakta: Cemburu ada batasnya. Itu bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap kamu. Malah, si dia berupaya mengongkong kamu agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.
MITOS: Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya. Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana cinta kamu terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.
Fakta: Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu meskipun kamu tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tiada sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan cara menyalahkan diri kamu, pasangan berupaya membela diri dan melemparkan kesalahannya dengan cara melakukan keganasan seksual.
MITOS: Jika si dia mula memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan ke atas diri kamu sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka kamu berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.
Fakta: Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia seringkali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kamu harus waspada kerana janji-janji itu begitu sulit untuk dipercayai.
MITOS: Setelah melakukan kekerasan kepada diri kamu, si dia dilihat semakin mesra. Sehingga adakalanya kamu berserah sahaja segala perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.
Fakta: Ini merupakan salah satu pandangan yang begitu memesongkan. Sekiranya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, dia patut dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan kamu cari.
MITOS: Janji manis. Sekiranya si dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka kamu akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya itu.
Fakta: Hati-hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki di saat dia memaksa kamu melakukan sesuatu untuknya.
MITOS: Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan kamu sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.
Fakta: Tiada seorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri kamu selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan kamu dengan sewenang-wenangnya.
Widget Tutorial For Friendster / Blogspot
JIKA ANDA SUDAH MENGGUNAKAN WIDGET DARI BLOG INI, ANDA BOLEH JUGA BETULKAN SENDIRI DENGAN 10 LANGKAH MUDAH..
IKUTI CARA BERIKUT..
1) BUKA TEMPAT DIMANA ANDA LETAKKAN WIDGET.
2) RIGHT KLIK PADA WIDGET TERSEBUT, KEMUDIAN PILIH COPY IMAGE LOCATION

3) BUKA IMAGESHACK.US, KLIK SINI UNTUK BUKA
4) PILIH 'URL' DALAM IMAGESHACK
5) PASTE DALAM RUANGAN TADI
6) KLIK HOST IT

7) COPY DIRECT LINK

8) BUKA TEMPAT DIMANA ANDA LETAK KOD ASAL WIDGET.(jika anda tidak ingat dimana anda letak kod, sila rujuk sini.)
9) GANTIKAN IMAGE URL DENGAN IMAGE URL YANG ANDA COPY DARI IMAGESHACK TADI
(pastikan anda berhaTi2 semasa paste url image. hanya gantikan url image)
SEBELUM PASTE(code asal)(klik untuk besarkan)

SELEPAS PASTE (code dari imageshack)(klik untuk besarkan)

10) SAVE DAN SIAP. ANDA BOLEH LIHAT HASILNYA..
P/S: MAAF ATAS KESULITAN..:)











