Tuesday, December 30, 2008

Ah Long Dipukul.

1 comments

Kalau sebelum ini kita selalu dikhabarkan dengan tingkah laku ah long yang ganas, seperti memukul, mengugut, mengacau,. Tapi kali ini, aku mengkhabarkan pula bahawa kali ini ah long pula yang dipukul.
ah long dipukul
Tidak tahu la bagaimana peristiwa ini boleh berlaku,tetapi mestilah berkaitan hutang piutang bukan.? Sepanjang aku tengok video ini aku setuju aja. Biarkan dorang dipukul Padan muka. Tidak perlu belas kasihan.kalau aku ada pun aku join sekaki..ha3.

video ini ada sedikit keganasan yang mungkin tidak sesuai bagi mereka yang tidak suka melihat keganasan.

DOWNLOAD NOW

aku juga tidak menyalahkan ah long seratus peratus. Memang tindakan mereka yang berperlakuan ganas memang patut dipukul pun.:), tetapi aku juga marah kepada peminjam-peminjam kepada ah long ni. Sudah terang ah long ni jahat, tetapi masih ada yang bebal dan sengal yang meminjam dari ah long ini.

So, patutkah cadangan diperluas iaitu peminjam juga perlu dipukul...ha3..

Monday, December 29, 2008

Aduhai Siti Nurjambul..

5 comments

Siapa yang tidak kenal dengan akak siti kita ni. Selain terkenal dalam bidang nyanyian, beliau juga terkenal dengan pakai tudung tapi jambul tersembul. Semakin hari semakin luas kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari..:. Boleh dikira siti ni seangkatan dengan Shaharizat, cuma aliran mereka yang berbeza.. Eh, boleh ke kutuk menteri ni.. Kan tak pasal2 aku kena ISA...ha3.Ala sekali sekala dia tak marah kot..:)

Berbalik kepada siti. Terdapat beberapa gambar siti yang dirakam ketika beliau menghadiri majlis kenduri teman rapat doto k. Aku tak tahu la majlis sempena apa,. Cuma litupan tudung dikepala dianggarkan tinggal dalam 40% sahaja. Apa yang agak tidak kena, yang lain semuanya elok bertudung sehinggalah siti sedikit mencacatkan pemandangan..


Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza
Dato Siti Nurhaliza

Nanti kalau ada yang kata ikut pandai siti la hendak pakai apa pun, so, ini jawapan aku siap2. ikut pandai aku la hendak post apa pun..:)

Sunday, December 28, 2008

Budak Sekolah Dengan Jari Tengahnya.

5 comments

Al-kisah. Maka tersebutlah kisah. 3 orang budak sekolah berjalan-jalan mencari port. Selepas terjumpa port berehatlah mereka. Sambil mereka berehat terasa bosan tidak melakukan apa dengan jarinya tengahnya. Lalu berkatalah seorang dari mereka. 'apa kata kita ambil gambar sambil tunjukkan jari tengah, lagipun jari kita ini tidak berbuat apa-apa'



Maka bergambarlah mereka dengan jari kesayangan mereka.Simbolnya cukup dikenali ramai, FUCK. Tidak diketahui gambar mereka tersebar di alam maya. kasihanlah mereka.
Padan muka pun ada. Apakan daya segalanya telah berlaku. Oh, apalah nasib mereka...

Rahsia Bulan Lahir

3 comments

Adakah bulan lahir mempengaruhi tingkah laku dan perlakuan anda.? Seperti biasa apa yang ditunjukkan adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan semata-mata. Tiada kaitan dengan kepercayaan tahyul dan karut. Semuanya adalah sekadar pengetahuan am.:).

Setelah anda membaca rahsia bulan lahir, apa kata anda baca pula rahsia hari anda dilahirkan..
selepas itu bolehlah dibuat perbandingan.:)


JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu
daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
intelligent, bijak dan genius
personaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamerkan marahnya
tidak suka benda yang remeh-temeh
suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan
ada harapan untuk merealisasikan impiannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
perlu belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

personaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi, jujur,
pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jangan terlalu moody


APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka diberi perhatian
sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan
pandai menyelesaikan masalah orang lain
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
cuba kawal emosi
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang amat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
permikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera, seni dan muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk di rumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros


JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai lemah lembut
mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood
idea yang terlalu banyak di kepala
bersifat sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan dan pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih dan cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji adalah musuh
sesiapa yang menegur adalah kawan


JULAI

sangat seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
agak pendiam kecuali dirangsang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan
mudah dipujuk dan bercakap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring, pengasih serta penyayang
layanan yang serupa dengan semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang lain melalui pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk di rumah
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan
tidak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tidak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tetapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orangnya agak tegas dan berkepimpinan
pandai memujuk orang lain
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam dan teliti
cepat berfikir
fikiran yang berdikari
suka memimpin dan dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat ditimpa penyakit
belajar untuk relax
sikap kelam kabut
romantik, pengasih, penyayang
suka mencari kawan


SEPTEMBER

sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat cermat, teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin dan terperinci,
amanah, setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yang tidak diketahui
orang yang banyak berfikir
daya penaakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
banyak simpan rahsia
suka sukan, hiburan dan melancong
kurang menunjukkan perasaannya
luka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
sistematik


OKTOBER

suka sembang
suka orang yang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah
pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi yang mudah terusik
suka berangan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong, bidang sastera dan seni
pengasih ,penyayang dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


NOVEMBER

banyak idea
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran ke hadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang sangat halus dan tinggi
bagus untuk jadi doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya
tidak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari orang lain
otak yang sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yang tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
suka duduk di rumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi
benci pada kongkongan
suka berlawak
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Random Wallpaper

Comments

Selonggok wallpaper yang aku tidak tahu dalam kategori mana..:)

Klik untuk besarkan gambar, kemudian right click n save image as..










Apabila Pemimpin Duduk Semeja

1 comments

Entri kali ini adalah dalam kategori lawak..
Cuba anda bayangkan, apa dialog yang akan berlaku jika pemimpin2 besar negara kitaseperti Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz , Pak Lahdan juga KJ duduk semeja.

Jom kita baca dan hayati sama2...
*dialog ini rasanya lebih kepada mengutuk pentadbiran paklah..:)



waiter : ok tuan-tuan nak minum apa?

anwar : saya seorang humanist, peka kepada kesusahan rakyat jadi bagi saya minuman biasa rakyat marhaen saja, teh o ais satu dan sebab saya sudah biasa dengan makanan jail bagi nasi kosong dan ikan kembung goreng satu. air teh tuh tolong test dulu takut-takut ada ARSENIK!

nik aziz : bung nuar panggil ambo ko?

anwar : dok eh.

waiter : che det pulak nak order apa?

mahathir : ni apa nama bagi roti sudahlah, emak saya pesan kalau makan kena berhenti sebelum kenyang. roti nih belum kenyang dah habih sebab tu saya bukak kedai The Loaf kat Langkawi sinun. tauhu sumbat dengan pulut panggang feveret saya ada dak? pulut panggang ni kat Kedah nun depa panggil pulut udang. ayaq bagi jus tembikai dalam gelas yang ada payung berkembar dua.

waiter : assalamualaikum, tuan guru nak makan dengan minum apa?

nik aziz : waalaikumussale, ambo nih baru sudah make nasik ngan budu, kenye lagi. minum air sajo lah. air zam-zam mung ada jual tak?

waiter : air zam-zam takde dalam menu tuan guru

nik aziz : kalau gitu bagi ambo air kosong aje lah.

waiter : Pak Lah nak makan apa?

Pak Lah : bagi nasi kandar Perth satu

waiter : maaf Pak Lah kami tak jual nasi tu

Pak Lah : takpa takpa kita boleh hantar helikopter pergi Perth dan bawa balik nasi tu ke Malaysia.

waiter : tapi Pak Lah kedai tu dah tutup sebab tak laku, jual mahal sangat.

Pak Lah : ok kalau begitu saya nak order nasi yang paling mahal kat sini. apa nama dia?

waiter : nasi Hadhari

Pak Lah : menarik tu? kenapa nasi ni mahal sangat?

waiter : nasi ni ada 10 ramuan dan mendapat sijil pengiktirafan halal oleh Washington.

Pak Lah : ooooooo hebat hebat.

waiter : minum Pak Lah?

Pak Lah : ermmm bagi jus epal… eh jus oren kot… sekejap… air sirap bandung satu.. eh itu dah minum kelmarin.. bagi ni… air kelapa.. ahh ihh uhh bagi champagne la senang!

nik aziz : ehem ehem Pak Lah order ayor apa tu?

Pak Lah : err bukan dia pok nik, tershashul pulak. hehe. Bagi Kopi Tongkat Ali sechawan. jangan jeles naaa.. saya masih pengantin baru sebab baru lagi kawin dengan beras saya.

Anwar : bukan beras lah bodoh, birassss! beras tu yang dah naik harga, biras tu yang naik ataih Pak Lah malam2.

Mahathir : OK, semua dah order makan. kita teruskan kepada agenda kita mai berkumpul kat sini malam ni. bincang pasai rasuah atau bahasa lembut dia apanama… apanama… politik wang. Pak Lah, yang hang kensel jambatan bengkok aku pasai pa? tiba2 dok buat *tahana lagu ni.

Susuk hitam tiba-tiba muncul entah dari mana dan lembaga itu pun mengeluarkan suara…

KJ : Maaf semua saya lambat sikit, jam kat jalan tadi. ada beruk terlepas daripada Zoo. besar-besar pulak beruk kat jalan raya tadi. mujur bila tengok kereta saya dia tak lompat naik, tapi dia jalan tunduk macam kawad hormat pulak. barangkali beruk jinak kot.

Pak Lah : haaa itu dia penasihat saya mai dah. hang tanya dia Che Det… tanya dia… aku tak tau.

waiter : cik KJ nak makan apa?

KJ : bagi la saya tarik nafas dulu, penat lagi nih. terkejar-kejar saya datang ni takut lewat. ermm waiter.. soto mee ada tak jual tak?

Anwar : apa semua ni? nak perli la tu. jangan ingat tulang belakang saya baru lepas operation, saya tak boleh belasah orang. kurang ajar budak hingusan nih. dah lah hitam, dulu ada hati nak mengorat anak aku. izzah tak mau kat hang la, dia kata gigi hang sama kuning dengan gigi Zainudin Maidin.

nik aziz : sabo bung nuar, budak mudo, biaso lah. masih kurang make budu lagi. pok loh mung nasihat sikit anak menantu mung nih jangan nok tunjuk gedebe sangak.

Pak Lah : KJ, menantu kesayangan bapak. Nori sihat? Jibril dah tido ker?

nik aziz : ambo suruh mung nasihat, yang mung dok merepek tanyo malaikat dah tido ke dok tido ni gapo dio. malaikat dia menyembah Allah 24 jey (jam) sehari. dia tak tido macam kito manusio.

KJ : Nori sihat babah, dugong pun tak sihat macam dia. datok nik, jibril tu sebenarnya anak saya yang baru lahir.

nik aziz : haaa sudohhh. (sambil garu kepala)

Mahathir : ni apanama budak ejen Singapore, nih mesti tuan hang Kuan Yew tuh suruh hang kensel projek mega aku. hang tau dak bawah jambatan tu kapai boleh lalu. kapai tu mai port kita dia tak pi port Singapore. genius tak aku? budak *kanyaq macam hang apa tau. makan hasil Pak Mentua. Melayu mudah lupaaaa…

KJ : genius takde maknanya kalau tak masuk Oxford. Hidup Oxford!

kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! ( handphone KJ berbunyi)

KJ : sorry gentlemen, i had to take this call.

pemanggil : hai abe itam ku, sihat ker?

KJ : siapa nih? Maya ker?

pemanggil : hemph.. ini Fasha lah… Fasha Sundel..

KJ : Fasha mana pulak nih

pemanggil : Fasha lah, tak kan tak kenal pula..

KJ : tak kenal pun.

pemanggil : sampai ati abe buat Fasha macam ni.. dulu abe berjanji nak bertanggungjawab, sekarang Fasha dah mengan…

KJ : click ( KJ memutuskan talian )

Pak Lah : Sapa tu KJ? hang jangan nak buat skandal. babah tak suka.

KJ : takdelah babah, pompuan yang call tadi Michelle Yeoh dia cakap tengah shooting kat Australia, filem James Bond baru tajuk The Horny Prime Minister. Dia kirim salam kat babah. Minggu depan dia sambung shooting kat Malaysia.

Pak Lah : OK minggu depan hang panggil Patrick Lim, Kamaludin, VIP-VIP dan orang-orang kenamaan yang gedik-gedik kita buat parti besar-besaran kat Seri Perdana. Kita panggil Lionel Ritchie dan George Benson mai nyanyi.

KJ : chek nak panggil Beyonce dan Mariah Carey datang sama pak.

nik aziz : nauzubillah! kerja syaiton semuo nih. selamatkanlah negaraku ya Allah daripada resuah dan manusia2 sekular.

kamus loghat Kedah
*tahana = derhaka, aniaya
*kanyaq = mentah, berhingus


Saturday, December 27, 2008

Letak Background Pada Pendrive/Drive

13 comments

Adakah anda sudah bosan dengan background pendrive anda yang berwarna putih.? Adakah anda ingin background pendrive/drive anda berlatar belakangkan gambar yang anda suka.? Kalau anda inginkan semua itu, ikutilah tutorial yang sungguh mudah ini..:).

Ini contoh gambar sebelum letak background.
change pendrive / drive background

selepas letak background
change pendrive / drive background

Caranya.

1) Letakkan gambar kegemaran anda pada pendrive/drive anda.
2) Kemudian buka notepad, lepas tu copy code bawah ni dalam notepad.

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
ICONAREA_IMAGE=\IMAGE NAME.jpg

3) Tukarkan 'image name' dengan nama gambar anda tadi. contoh seperti dibawah.
change pendrive / drive background

4) Savekan notepad tersebut kedalam pendrive/drive dengan nama desktop.ini

5) Siap.. anda buka semula pendrive.drive tersebut dan lihatlah hasilnya.(biasanya tekan back kemudian foward balik.:)

Friday, December 26, 2008

Tambah 'copy to/move to' pada Right Click

4 comments

Bagaimanakah cara biasa anda gunakan untuk move atau copy folder/file.? Biasanya anda cut atau copy kemudian buka folder yang hendak diletakkan. Begitu bukan.? Kadang-kadang cara ini agak menyusahkan ditambah lagi 'send to' hanya untuk my document atau folder tertentu sahaja.

Kali ini ada penyelesaian yang mudah untuk semua masalah anda. Anda boleh tambahkan 'copy to/move to' pada right click anda.

DOWNLOAD NOW
Jika anda download file ini, terdapat 2 file reg. satu untuk copy to, satu untuk move to. Saiznya.? TERAMAT KECIL..0.62KB

Bawah ini ditunjukkan bagaimana ia berfungsi.

BEFORE
add copy to/move to

INSTALL
add copy to/move to

AFTER
add copy to/move to
add copy to/move to


Bukankah kerja anda menjadi lebih senang..?:)

Apabila Michael Jackson Menjadi Zorro

Comments

Anda kenal Zorro.? Ala, cerita pahlawan yang memakai topeng hitam tu. Anda kenal Michael Jackson.? Semestinya anda kenal bukan.? tetapi tahukan anda apakah persamaan mereka berdua.? Zorro bukan penyanyi, Michael Jackson pula bukanlah watak superhero..

Jom kita tengok apakah persamaan antara mereka berdua ini..
Jawapannya tidak lain tidak bukan. Penutup muka mereka..:)


Tak tahu la kenapa Michael berpakaian sedemikian rupa.


Mungkin ada sebab disebaliknya kot. Mungkin dia tak tahan cahaya matahari..:)

Tahukah anda bahawa Michael Jackson telah memeluk agama Islam.?

Thursday, December 25, 2008

Penyangak Friendster

2 comments

Semenjak kebelakangan ini begitu banyak comment-comment lucah yang muncul di friendster. Geram juga aku. Aku pun dah tahu bukannya buka link lucah pun nanti. Cuma buat gempak je letak gambar lucah. dengan harapan ramai orang akan tertarik dan akan klik pada gambar tersebut.

Walaupun ramai yang sudah mengetahuinya, tapi manusia tidak akan habis dari klik benda-benda cam ni selagi tidak habis comment ni. Cuma bagi yang ada friendster dan ada menerima comment yang berbentuk lucah, terus delete. Jangan sibuk pikir hendak tengok apa yang ada. Tiada apa-apa.


Ini antara comment jenis baru di friendster
Ini jenis comment dalam pertengahan tahun lepas

INGAT, jika anda ada menerima comment ini dalam friendster anda, terus delete. dan jika anda ada melihatnya dalam profile orang lain, juga JANGAN KLIK.

Misteri Haiwan Laut di Guinea

3 comments

Dulu aku ada terbaca haiwan laut yang masih misteri ditemui di Republik Guinea. So, hari ini aku terjumpa gambarnya. Dan seterusnya aku terus kembali mencari berita tersebut dalam arkib kosmo untuk bulan Disember 08. dan aku jumpa jua akhirnya.
khas untuk tatapan semua..:)

Berita ini sudah lama sebenarnya. mungkin sudah setahun.tetapi saintis masih lagi tidak dapat kenalpasti haiwan apakah itu.
mungkinkah anda tahu.?.:)

misteri

Laporan Kosmo.

LONDON - Sekumpulan saintis masih lagi binggung berhubung identiti satu raksasa laut yang ganjil ditemui di sebuah pantai di Republik Guinea pada tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah penduduk kampung dirakamkan melihat raksasa tersebut yang sebahagian badannya terdampar di pantai terpencil itu.

Raksasa itu mempunyai empat tapak kaki, ekor, selaput dan badan yang besar.

Saintis-saintis yang mengkaji haiwan itu menyatakan mereka masih tidak mendapat sebarang petunjuk bagi mengemal pasti raksasa berkenaan. - Agensi

Lagi Gambar

misteri
misteri
misteri
misteri

--------
sehingga sekarang tiada siapa yang tahu haiwan apakah ini..
menunjukkan betapa alam kita ini penuh dengan misteri yang tidak terungkai.
-------------

Balasan Mencuri

1 comments

Gambar bawah ini ada sedikit unsur keganasan yang tidak patut dilihat kot. Tapi tidak mengapalah. apa yang realiti perlu dipertontonkan. Moga menjadi pengajaran kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pencuri atau yang hendak mencuri..
Patut semua pencuri jadi macam ini, baru berkurangan kes mencuri dan merompak..:)





Tutorial : Cara Mudah Letak Subtitle.

8 comments

Pada kebanyakan peminat movie atau cerita bersiri yang mendapati cerita kegemaran mereka tidak dilengkapkan dengan subtitle, mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk meletakkan subtitle pada cerita kegemaran mereka. Ini kerana mereka beranggapan untuk melakukan demikian, mereka memerlukan software khusus untuk membuat semua itu. Benar. memang ada software untuk itu.

Tetapi tahukah anda ada cara yang lebih mudah untuk membolehkan anda menonton cerita kegemaran anda yang ada subtitle tanpa bersusah payah untuk install software yang hanya khusus untuk subtitle.?

DISINI ADA PENYELESAIANNYA.

1) Semestinya sudah ramai dari anda mempunyai media player classic bukan.? Kalau ada boleh teruskan pada step 2. Kalu tiada boleh merujuk sini. k-lite-mega-codec-pack-442
Photobucket


2)Ok, saya andaikan anda telah mempunyai file cerita dan juga file subtitle. kalau anda masih tiada file subtitle, boleh cari di Subscene.com, (ini yang biasa aku guna)

3) Selapas anda mempunyai keduanya. Langkah yang paling penting ialah,

- Letakkan file movie dan subtitle dalam satu folder yang sama.

-Rename file movie atau file subtitle, asalkan nama keduanya adalah sama. Yang berbeza adalah, bagi file movie, mungkin berakhir denagn avi@rmvb@ atau apa² sahaja format asal.

-pastikan file subtitle berakhir dengan .srt@.sub

Subtitle tutorial
4) setelah selesai, anda boleh play movie dalam media player classic dan anda akan lihat keberkesanannya..:).

Ingat!. rename keduanya sama nama, file movie biarkan dengan formatnya. file subtitle berakhir dengan .srt @ .sub

SELAMAT MENCUBA>>:)

Prison Break season 4 Episode 16 : Sunshine State

Comments

Dalam episode ini permulaan cerita menunjukkan Scofield sudah siap dibedah tetapi beliau ditempatkan di suatu tempat yang tidak diketahui dan jauh dari orang ramai.
Seseorang telah menceritakan yang seseorang dalam hidupnya masih hidup. siapakah orang itu.? manakala member lain meneruskan hasrat untuk mendapatkan scyla dan ditambah pula dengan kehadiran Alex Mahone yang tida seketika dalam episod sebelum ini.:). adakah semuanya berjalan lancar.? So, apakah kesudahannya.? Jom saksikan Prison Break season 4 Episode 16 : Sunshine State
Photobucket

DOWNLOAD LINK.

link rghost.ru

link megaupload

link shareator.net

link 6giga.com

link yabadaba.ru


LINK SUBTITLE
try dulu. aku x pasti jadi yang mana satu..saiz pun kecik je sub ni..

link usaupload.net

link bizhat.com

Wednesday, December 24, 2008

Petra Nabila : Dahulu dan Sekarang

8 comments

Aku masuk-masuk dalam internet ni, tiba-tiba terbuka la satu page yang tunjuk gambar Petra Nabila. Apa.? tidak kenal siapa Perta Nabila. Dia mula menggegarkan arena sukan olehraga ketika Sukma pada tahun 2002. Walaupun seorang wanita, tapi gayanya persis seorang lelaki. Lariannya jauh meninggalkan atlit2 lain untuk memenangi pingat emas dan memecahkan rekod sukma. Tapi itu dahulu. selepas sukan tersebut, dia terus senyap tanpa sebarang berita.

Bagaimanakah keadaan beliau sekarang.?
sebelum itu apa kata kita lihat dahulu keadaan dia semasa di zaman kegemilangannya dahulu.

DAHULU
Petra NabilaPetra Nabila


SEKARANG
Petra NabilaPetra Nabila
Petra Nabila

--------------------
No komen. Tapi daripada apa yang aku baca dia seorang yang baik..
--------------------

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted