Monday, January 19, 2009

Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik


Mana perempuan tak mahu cantik.? Kalau ada, aku rasa tipulah..:). rasanya semuanya mahu kelihatan cantik. Tak kira la untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang ataupun untuk tatapan umum. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Umpama Isi dengan kuku. (eh, betul ke peribahasa aku ni.ha3)

Dan semestinya ada cantik dan ada juga yang 'kurang'. Hendak buat macam mana. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, perempuan cantik sentiasa mendapat perhatian dan senang sahaja untuk meminta tolong. Tak mintak tolong pun ada yang tawar diri nak tolong. Kalau yang tidak cantik.? sentiasa menjadi 'mangsa' diskriminasi terutamanya dari kaum lelaki. betul bukan.?

so, aku pun malas cakap banyak. Jom baca kebenaran tentang diskriminasi yang berlaku antara perempuan cantik dan perempuan tidak cantik.

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi…

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato' mana bela ni….

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni…..

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu…

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh….

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!

---------------
Bukankah dunia ini sungguh tidak adil.:). Itu bahagian perempuan. bagaimana kalau anda baca pula keadaannya bagi lelaki hensem dengan lelaki tidak hensem.?
---------------


Suka entri ini.?

8 comments:

skyjamil on October 16, 2009 at 1:49 PM said...

haha..kelakar la dikriminasi ni...mungkin ada kebenarannya tapi sekurangnya perempuan yg kena dikriminasi cmni lebih berdikari..

unwanted on October 16, 2009 at 10:50 PM said...

yang pandai berdikari takpe la.
tp sian pula yang akan rasa terpinggir..

Anonymous said...

haha...memang hidup sesungguhnya tak adil...

Nur_iman_hanna on November 26, 2010 at 11:24 AM said...

mintak share yer

missG on January 7, 2011 at 2:19 PM said...

suka entri ini. mintak share!

Tie Ra on May 6, 2011 at 12:01 AM said...

alahai,tulisan yg kuning tu..sakit mata nak bace... :)...but nice entri..

ros on July 29, 2011 at 7:30 PM said...

nak share ye.amat suke dgn kenyataan tu seme, mmg betul!

RARA SHOP on August 4, 2011 at 2:29 PM said...

Hari pertama join benda ni byr RM20,Lepas promot link kat FB ada 3org join bawah rara dapatlah RM60 tolak modal RM20 dapatlah untung bersih RM40.Nak join jugakah??

Jom Cari Duit Raya 2011.. Berbaloi!
SISTEM SEMUDAH ABC..
1. DAFTAR
2. BUAT BAYARAN RM20 KEPADA PENAJA ANDA
3. PROMOSI LINK PENAJAAN ANDA
4. TERIMA BAYARAN DARI AHLI BARU

Daftar Sekarang!
http://rm20.biz-2u.com/?id=rara

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted