Saturday, January 03, 2009

RM1juta.. Gila Duit Atau Patriotik.?


Tadi semasa aku menyusuri alam maya ini, terjumpa la satu berita yang sudah agak lama bertarikh 25Sept. Tahukah apa yang membuatkan aku begitu berminat dengan berita ini.? Seorang pendengar ingin saman sebuah stesen radio sebanyak RM1 juta. Wow, banyak tu. Hendak tahu kenapa.? anda baca sendiri dan anda suba nilaikan, adakah dia bersemangat patriotik atau mata duitan seperti en. crab(sponge bob).:)


Duit malaysia
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Seorang guru muzik yang juga pendengar setia Radio X-Fresh FM hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil di sini untuk menuntut ganjaran RM1 juta seperti yang dihebahkan dalam promosi dari semasa ke semasa menerusi frekuensi 103.00fm.

Asni Annuar, 36, selaku plaintif menamakan Airtime Management & Programing Sdn. Bhd. sebagai defendan dalam saman tersebut. Tindakan saman itu difailkan melalui Tetuan Adnan Seman & Associates.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa radio tersebut antara lain membuat tawaran seperti: "Dia orang cakap kalau tiada lagu-lagu antarabangsa, radio kita orang mesti tak popular,'' "Bagus sangat ke lagu-lagu macam ni...,'' "Ingat ...1 juta tau, kalau kita orang putarkan lagu-lagu macam ini...'', X-fresh FM 100% muzik Malaysia'' itu dipercayai untuk menarik perhatian pendengar.

Lebih menarik, dakwa plaintif lagi, radio tersebut telah membuat tawaran RM1 juta kepada pendengar jika dapat mengesan sebarang lagu antarabangsa diputarkan oleh stesen radio tersebut terutamanya lagu-lagu dari negara Indonesia berdasarkan kepada contoh-contoh lagu yang diperdengarkan ketika promosi radio tersebut disiarkan.

Pada 20 Januari lalu lebih kurang pukul 7.25 pagi, plaintif mendakwa telah mengesan stesen radio itu telah menyiarkan lagu berjudul My Heart yang telah dinyanyikan Ebi dan Mila dari Akademi Fantasia 5 semasa konsert Akademi Fantasia. Plaintif percaya bahawa lagu tersebut walaupun dinyanyikan Ebi dan Mila tetapi ianya tetap merupakan lagu antarabangsa memandangkan lagu tersebut adalah gubahan komposer Indonesia, Anto Hoed dan Melly Goeslow dan dinyanyikan Acha Septriasa dan Irwanshah dan telah dimuatkan dalam album runut filem My Heart iaitu sebuah filem popular Indonesia.

Duit malaysia

Setelah berjaya mengesan lagu tersebut, plaintif menyatakan telah membuat aduan melalui surat bertarikh 25 Januari lalu dan mendakwa berhak mendapatkan ganjaran RM1 juta seperti yang ditawarkan jika berjaya mengesan lagu antarabangsa sebagaimana promosi yang disiarkan.
Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) yang menjalankan siasatan menyatakan radio tersebut telah mendakwa tawaran dan promo merupakan sebuah gimik pemasaran radio. Dan, tiada pemenang yang akan ditentukan menerusi promo tersebut yang mana jelas merupakan alasan pihak defendan untuk lari dari tanggungjawab membayar tawaran melalui promosi yang telah dibuat.

Melalui penjelasan yang diberikan SKMM, plaintif mendakwa, adalah jelas promosi dan tawaran radio tersebut berniat mengelirukan dan menipu pendengar sekiranya ia gimik semata-mata. Sehubungan itu, plaintif menuntut RM1 juta sebagai bayaran yang dijanjikan, faedah lapan peratus setahun dari tarikh tindakan difailkan sehinggalah penghakiman, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai.


Suka entri ini.?

1 comments:

Anonymous said...

bodoh

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted