Sunday, June 21, 2009

Pesanan Untuk Perokok

rokok

Sebut sahaja asal rokok, semua orang tahu.
Budak kecil tadika pun sudah tahu apa itu rokok, cuma mungkin mereka tidak tahu apa kegunaan rokok dan mengapa rokok ini dihisap oleh orang besar sehingga kadang tu mereka pun terikut sama.
rokok

Untuk entri kali ini, aku bukanlah hendak bercerita panjang pasal sejarah rokok, keburukan, kebaikan atau banyak hal lagi berkaitan rokok.
Cuma beberapa perkara yang aku boleh anggap sebagai teguran atau pesanan atau luahan rasa dan apa2 sahaja yang berkaitan dari aku yang merupakan seorang yang tidak merokok.
Dan juga mungkin mewakili sesiapa sahaja yang tidak merokok.(itu jika mereka sependapat dengan aku.:)

Di sini aku ada senaraikan beberapa perkara yang datang dari pikiran aku sendiri samada berdasarkan pengalaman,pemerhatian,kajian,bacaan dan pelbagai lagi yang berkaitan 'masalah' yang dibawa oleh perokok samada mereka sedar atau tidak sedar.

Semuanya aku rangkumkan dalam satu tajuk, pesanan untuk perokok.

rokok

1)Jangan merokok di tempat awam
Aku tidak tahu samada perokok tahu atau tidak berkenaan larangan merokok di tempat awam.Rasanya semua tahu. Antara tempat yang aku lihat selalu adanya perokok ialah di kedai makan atau warung atau dimana sahaja yang disifatkan tempat yang 'kurang formal'.Masalah akan timbul jika asap yang dihisap oleh perokok ditiup angin dan menuju ke tempat orang yang tidak merokok. Tahukan anda wahai perokok bahawa asap rokok sangat menyakitkan hidung kami(yang tidak merokok).?
Berdasarkan pengalaman aku apabila keadaan ini berlaku terpaksalah aku beralih arah sedikit atau kadang tu bernafas secara perlahan2 untuk mengurangkan asap yang masuk ke hidung. Adakah hendak disalahkan angin yang bertiup atau salah aku berada ditempat awam.?

2)Jangan 'tap' abu rokok merata-rata.
Sebenarnya aku tidak tahu la istilah yang aku guna untuk 'tap' tu betul tidak. tetapi perlakuannya ialah apabila sudah sedut dalam 3/4 kali, kemudian abu rokok dibuang dengan cara 'ketuk' secara perlahan. Masalah akan timbul apabila mereka yang tidak bertanggungjawab 'tap' abu rokok di lantai walaupun terang lagi nyata ashray berada di depan mata.!. huh. pelik dan ajaib. Kalau la abu tu dikumpul dan diletakkan dalam rumah sendiri kemudian suruh sapu, mungkin baru sedar abu rokok itu mencacatkan pandangan.
rokok

3)Jangan buang puntung rokok merata-rata
Puntung rokok senang untuk dikenalpasti. Kalau tidak warna kuning warna putih.(warna lain aku tak tahu la ada tak).Kalau anda hisap rokok di atas jalan ketika menunggang atau memandu, boleh la dikatakan tiada tempat untuk buang puntung rokok. Tetapi kalau dah ashray ada depan mata, kenapa hendak dijentik lagi puntung yang anda hisap ke tanah atau tempat lain.? Itu tidak termasuk lagi dengan yang menyelitkan puntung rokok dimana sahaja tempat yang ada sedikit ruang walaupun sebesar duit 5 sen!.

rokok

4)Jangan merokok di dalam bilik orang yang tidak merokok.
Ini aku tidak pasti samada banyak berlaku atau tidak. kalau bilik anda sudah memang ada perokok aku tidak boleh kata apa. tetapi kalau semua dalam bilik semuanya tidak merokok, kemudian datang perokok hendak hisap rokok. Agak janggal la sikit.Tetapi macam dalam bilik aku berlaku juga sekali sekala. Dan biasa bila dorang tanya boleh hisap rokok tak.? Aku akan jawab hisap kat luar ah..Bagaimana pun ada ketikanya juga aku benarkan mereka hisap sebatang dan apabila dah habis aku akan buang ashray(biasanya botol) ke dalam tong sampah supaya susah untuk cari ashray lagi selepas itu.

5)Jangan galakkan/ajar orang lain merokok.
Adat berkawan. Ada kawan yang merokok dan tidak merokok. Tidaklah menjadi masalah besar untuk berkawan dengan sesiapa. Kalau anda merokok, merokoklah. Itu untuk diri anda selagi tidak menysahkan orang lain. dan jangan cuba untuk megajar kawan anda yang tidak merokok untuk turut sama merokok. Kawan kawan juga, kesihatan masing-masing.(Boleh ke aku kata begitu.?)

rokok

6)Kalau boleh jangan pinjam duit untuk beli rokok.
Sepatutnya kekurangan duit boleh dijadikan alasan untuk berhenti merokok. Tetapi lain pula penyelesaiannya. Sanggup pinjam duit untuk beli rokok. Bukanlah hendak kata tiada duit langsung. tetapi bukankah itu satu alasan yang bagus untuk kurangkan merokok. Contoh cam aku, kalau kawan pinjam duit untuk beli makanan, aku tidak kisah pun. kadang tu aku sahaja lupakan wang yang aku pinjamkan, kira halal. Ala, dengan kawan takkan seringgit dua pun hendak berkira kan.Makanan OK.
Tetapi bila ada kawan yang hendak pinjam duit nak beli rokok, aku pun tegur la juga walaupn secara direct atau indirect.

rokok

7)Kalau boleh jangan suruh kawan yang tidak merokok untuk membeli rokok.
Alah, pesan beli pun hendak berkira..alasan untuk ini sama seperti alasan untuk atas. Sepatutnya ini juga boleh dijadikan alasan untuk kurangkan merokok, tetapi keadaan itu digunakan untuk membeli rokok yang membawa kesan kepada diri sendiri dan orang ramai.

8)Anda rasa pasangan/kekasih anda suka orang merokok.?
Cuba anda tanya pasangan anda,. mereka suka atau tidak. kalau mereka pun merokok, apa boleh buat. konferm la jawapannya sehati dan sejiwa. Kalau yang tidak kisah, mungkin juga dia tidak kisah apa yang akan berlaku pada anda dan mungkin juga dia sudah puas menasihati anda tetapi anda je buat tidak kisah.
So kalau dalam keadaan seorang merokok dan seorang tidak merokok,
siapa yang menjaga hati siapa.?

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

---------------
Aku tahu ramai perokok di luar sana yang tahu keburukan dan kesan yang dibawa oleh rokok.
Dan banyak juga daripada mereka yang sudah berusaha sedaya upaya untuk berhenti merokok walaupun terlalu sukar untuk mereka kerana sudah berada di tahap ketagih.
Walau apapun alasan anda, rokok tetap rokok. Kesan yang dibawa olehnya bukanleh sedikit, tetapi makin bertambah kerana ia melibatkan anda dan juga melibatkan orang lain disekeliling anda.
rokok

Berusahalah untuk berhenti sedikit demi sedikit.
Kerana dengan berhenti merokok, banyak yang anda selamatkan. duit anda, diri anda, orang sekeliling, persekitaran anda. Anda sedar bukan.?

Kemahuan,keazaman dan usaha akan menentukan samada anda akan berhenti merokok ataupun terus merokok seterusnya menyusahkan banyak pihak.

rokok

---------------------------------

Anda seorang perokok.?
Atau
Anda bukan seorang perokok.?
Anda ada sesuatu yang ingin dikongsi samada cadangan teguran, peringatan atau apa2 sahaja.?
Tidak kira samada anda seorang perokok atau tidak.
Jangan malu untuk kemukakan pandangan dari perspektif anda:)

--------------------------------

Suka entri ini.?

5 comments:

Anonymous said...

Aku sokong 100%!!!

Tapi kadang2 aku kesian plak tengok makhluk2 ni... Yela, dah jd "ke-tergantung-an" derang dgn rokok tu.

Aku harap sapa2 yg nak berhenti merokok tu, mulakanlah niat murni anda. Kurangkan sikit2 dulu (sehari sebatang). Minta tolong kawan2 tu.

Aku tau lebih susah nak "mengubati" berbanding "mencegah".

p/s : aku bukan benci orang yg merokok, tapi aku benci perangai derang yg tak sedar derang dah mengurangkan jangka hayat org sekeliling derang tuh...

adenaufal on June 26, 2009 at 8:13 PM said...

wah bagus nie blog...
maaf tak bisa bahasa malay, hehehe..
tapi karena aku sudah berkunjung, maka segera berkunjung ke blog aku yela..?

ikh wanzm on November 13, 2009 at 6:02 PM said...

Bravo Bro ... kupasan dgn gaya santai .. mengenai perokok dan kesan nya ...
Mohon copy gbr2 perokok di blog ini, untuk diclipkan video untuk tontonan pelajar sekolah menengah, bgi penginsafan diri mereka2 yg terlibat hehehe ... :)

Mommy Fara on February 24, 2011 at 11:23 AM said...

hi, singgah menyinggah....saya copy paste salah satu pic awak ye? jgn isau, sy link kan skali entri awak yg sgt bergune nie...tq!

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted