Sunday, June 28, 2009

Tips Untuk Buat Pasangan Anda Marah


Kalau anda baca tajuk ini dan rasa ada ksilapan pada tajuk, ini bermakna anda salah.
Kerana tajuknya aku sudah pikir dua tiga kali dan memang betul tajuk tu.:)


Kalau sebelum ini kia selalu dihidangkan bagaimana untuk mengawal kemarahan, bagaimana untuk menjaga perhubungan dan pelbagai lagi perkara yang positif,
tapi kali ini kerana aku ada rasa jahat sikit, aku akan berkongsi beberapa tips untuk buat pasangan anda marah..ha3.JAHAT AKU NI.HA3

Dan semestinya aku sangat tidak menggalakkan untuk sesiapa untuk mengikuti apa yang aku taipkan disini,cuma untuk berkongsi pikiran jahat sekejap.:). Manalah tahu kot² ada pasangan di luar sana yang terlalu baik sehingga tidak pernah marah/bergaduh.:)

Dan kepada yang sudah berumahtangga, anda ditegah untuk membuat semua ini, kerana kehidupan suami isteri ni lain sikit. Tak boleh gurau² sangat pasal benda macam ini.
KEna pikir anak, mak mertua, pak mertua dan banyak lagi. Kalau yang bercinta, biasanya mereka berdua je. mak ayah pun jarang tahu. Kalau yang tahu pun sedikit je.:)

Tips² jahat dari aku adalah seperti berikut.,,,memang jahat aku ni.ha3

1)Keluar makan dengan orang lain tak sejantina
Ini boleh dikatakan antara cara paling cepat untuk buat pasangan anda marah. Lagi bagus kalau anda makan berdua. Kalau yang perempuan makan je dengan sesiapa kawan lelaki anda, dan kalau yang lelaki ajak je mana² kawan perempaun anda untuk makan bersama. Kalau Si dia tanya, jawabla, 'ala, takkan makan dengan kawan pun tak boleh'..

2)Jangan ikut sangat cakap pasangan anda.
Kalau ikut cara ini, biasanya kemarahan akan datang secara perlahan². Mungkin kali pertama anda tidak ikut ok lagi, cuba anda buat selalu, makin marah dibuatnya.
Nanti akan keluar ayat seperti ini' awak sekarang sudah tak dengar sangat cakap saya'
kemudian anda jawab je 'takkan saya selalu je nak dengar cakap awak, saya pun boleh berpikir juga'.

3)SMS/call dengan orang lain.
Aku tidak pasti samada cara ini cepat atau tidak. tetapi kalau anda yang sms anda anda balas je.Kalau yang perempuan ada lelaki sms, kata la ada lelaki hendak bertanya khabar, kalau lelaki pula, cuba telefon kawan perempuan anda di depan si dia dan bagitahu hendak bertanya khabar sebagimana kawan lelaki pasangan anda bertanya khabar. Adil bukan.:)

4)Berkenalan dengan seorang ketika program
Bagi yang suka join program atau aktiviti, anda boleh luangkan masa seketika untuk berkenalan dengan sesorang yang tidak sejantina ketika program. Anda berkenalan tu pastikan bf/gf dia tak ada ye.:). KAlau ditanya tidak cukup ke dengan akwan yang ada, anda jawab sahaja 'jauh berjalan luas pandangan, banyak kawan luas pikiran'.
Kan siap peribahasa lagi tu.:)

5)Add kawan yang tak sejantina dalam web sosial.
Bagi mereka yang memiliki akaun myspace, friendser, tagged dan macam2 lagi, Add je kawan yang tidak sejantina banyak² dalam profile anda. Permulaannya mungkin si dia tidak tahu, lama-kelamaan dia akn perasan juga. So nanti kalau dia tanya kenapa banyak sangat kawan lain, anda jawab la "dorang yang add, saya approve je", dan kalau anda kantoi, anda buat pula alasan ini "la, saya ingatkan kawan lelaki yang letak gambar perempuan kat profile dia."..tiba² idea jahat mencurah²

6)Selalu tinggalkan pasangan anda ketika keluar bersama.
Cuba anda bayangkan, gf kata hendak pergi tandas, so lepas dia keluar tandas cari anda sudah tidak anda, rupanya anda pergi main game.:)
ataupun kalau perempuan, kalau bf anda main game, sedang dia best main game tu, anda tinggalakan dia dan pergi shopping.:)

7)Buas ketika keluar ke bandar.
Tidak kira la lelaki atau perempuan, apabila anda sampai ke shopping complex, cuba jatuhkan barang yang ada berdekatan anda. tetapi awas, jangan jatuhkan barangan yang cepa pecah. nanti anda kena bayar.:)
Jatuhkan barangan seperti sudu ke, roti ke, berus gigi ke dan macam² lagi.
Kemudian anda merungut "kenapala la dorang susun barang maca ini"
Kalau tiap² kali keluar macam itu, tidak ke berbulu pasangan anda.:)

8)Tengok orang lain ketika keluar dengan gf/bf anda.
Kalau anda lelaki senang sahaja, anda tengok je semua perempuan yang ada di sekeliling anda semasa anda berjalan dengan gf anda. kalau yang cantik tu anda tengok je sampai hilang dari pandangan. Kalau gf anda tanya kenapa tengok anda jawab "dah dorang yang lalu depan kita"
Kalau yang perempuan kalau anda berjalan dengan bf anda, bila ada jumpa lelaki lain anda cakap kat bf anda "hensem la lelaki tu"..ha2. mahu operang besar ni.


-------------------------------------------------------------------
Sudah, aku rasa setakat itu sahaja tips aku kali ini.
kalau diteruskan lagi makin berjela2 pula entry bersifat jahat ini.
Kalu hendak buat jahat bukannya susah pun kan.?

Sekali lagi diingatkan anda sama sekali tidak digalakkan untuk membuat apa yang telah aku taipkan.Nanti susah aku dipersalahkan.ha3.

Oh, satu lagi, memandangkan kadang tu aku ni hipokrit juga (ada orang kata ke.?:). maka aku dan gf aku terkecuali dalam tip2 di atas..ha3..


Suka entri ini.?

11 comments:

miSs siv on June 28, 2009 at 6:35 PM said...

hahaha..
entry nie best!!!!

unwanted on July 1, 2009 at 3:56 AM said...

siv,
ko jgn cuba nk try lak.
nnt aku diperslahkan.ha3

mello on November 3, 2009 at 5:26 PM said...

ni bukan stakat boleh marah.. silap haribulan kena tinggal neh..huhu

LiLohOnEy on November 3, 2009 at 6:33 PM said...

hebat pengalaman ni bro..

kena balik try neh~

hahaha^^

unwanted on November 3, 2009 at 6:48 PM said...

LiLohOnEy, jgn try. kn nnt aku diperslahkan pula..
ini cuma sekali sekala datang idea jahat..ha3

Anonymous said...

tu je???

ssh...nk paling senang...

kutuk kaw2...pastu gelak kuat2...sampai dier malu...

hahaha...

compem...marah dan xkan jupe ag...huhuhu

Wen on January 15, 2011 at 4:04 AM said...

hahahhaah maacm berguna tips ni wakakkakka

Meow Meow Gemok on March 29, 2011 at 12:15 AM said...

mngerikan tips ni suma

Anonymous said...

wtf la..

Khansaa on October 31, 2011 at 11:25 PM said...

sye amat sdey arie nie...sbb apew X tw....ttbew jew..hihihihihihihhh,,,,he he he he ..

shy gurlzz on November 15, 2011 at 11:13 PM said...

hehehee ... x psl2 mgamuk sakan laky aq .. hahah

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted