Friday, July 24, 2009

Internet Terus Membawa Masalah


Aku tak tahu la bagaimana hendak mula.
Marah pun ada, geram pun ada dengan perkhidmatan internet kat tempat aku sekarang ni.
sekejap ada, sekejap tak ada.
dan semalam aku patut hantar assignment, internet pula bermasalah. kena hantar hari ini.


Itu satu hal, satu lagi, mediafire pula kena block sekejap. tak tahu la aku lama mana.
harap² sekejap je la. susah aku nak download dan upload. Buka mediafire hasilnya seperti berikut.



ok, ye la tutup sekejap mediafire mungkin untuk lajukan internet.
tapi resultnya sama saja. buka google pun x leh..
apa la..


Oleh itu, satu aduan aku telah kemukakan.
Mungkin nampak kasar sikit kot.
Tapi biarlah, dah perkhidmatan pun lembab.
jangan aku kena ban dengan universiti sudah.:)

Salam.
Saya ingin membuat aduan berkaitan perkhidmatan wireless di semua kolej kediaman di UTHM dan di Kolej Kediaman Tun Dr. ISmail terutamanya. saya tidak pasti bagaimana keadaan di kolej kediaman lain, tetapi berdasarkan soal jawab dan aduan yang dikemukakan kepada mpp, kolej kediaman lain pun mempunyai masalah yang sama.

Apa pandangan dan cadangan yang saya ingin kemukakan di sini diharapkan diambil tindakan sewajarnya oleh staf yang bertanggungjawab. Berkaitan masalah yang dihadapi kebelakangan ini, perkhidmatan di UTHM berada pada tahap SANGAT MEMALUKAN. Semakin teruk. Pelik jika saya pikirkan perkara ini.Dahulu selepas naik taraf, ok juga. Sekarang sekejap ada, sekejap tidak ada. Sungguh menyakitkan hati bagi sesiapa yang melayari internet.

Saya tidak pasti apa masalah di UTHM sebenarnya. Pihak PTM mungkin ataupun pihak-pihak lain. Atau mungkinkah bagini keadaannya jika berurusan dengan 'orang kerajaan'. Terlalu banyak masalah. Dan saya juga terasa PTM wajar untuk diswastakan untuk menaikkan kualiti yang sedia. TERLALU TERUK kualiti sekarang ini.

Saya tidak tahu masalah sebenar yang berlaku di PTM. kerana saya bukanlah staf untuk ambil tahu semua ini. Patutnya staf PTM atau sesiapa sahaja yang berkaitan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Takkan saya sebagai pelajar pula yang perlu ambil kisah pasal semua ini.? Kalau ada staf yang tidak memuaskan dari segi prestasi, tukar sahaja, ataupun buang terus.

Bagi saya sekarang, dengan status 'Universiti', perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Hendak dikatakan dalam proses penambahbaikan.? Sudah 5 tahun saya berada disini. 5 TAHUN. Keadaan tidak banyak berbeza.Sekarang semakin teruk.Sungguh kelakar untuk diakui. Mungkin saya terpaksa tunggu 10 tahun lagi ataupun lebih untuk bertambah baik perkhidmatan di UTHM ini.

Oleh itu, cadangan saya sebagai pelajar yang kurang arif berbanding staff yang berkerja lama dalam kerajaan adalah seperti berikut.

1)Buang/tukar staf yang tidak menjalankan tugas dengan baik.

2)Tambah server yang ada di UTHM,

3)Kemudian baru tambah router,(jangan sibuk tambah router sahaja)

4)Jika masih tidak berhasil, buat permohonan untuk swastakan PTM.

5)Kalau tak cukup kewangan, mintak dari pentadbiran tertinggi universiti.Takkan saya pula yang perlu mintak kewangan untuk pihak PTM.?

6)Buat surwey, ramai mana pelajar yang puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh PTM, adakah PTM takut dengan keputusan surwey.?

Setakat ini dahulu pandangan dan cadangan dari saya.
maaf diminta jika bahasa yang digunakan agak kasar.
tetapi sekarang bukan masa untuk berlembut lagi.
siapa yang diberi tugas harus bertanggungjawab melaksanakannya.
terlalu teruk dengan perkhidmatan yang disediakan.
harap diambil perhatian oleh pihak berkaitan..

p/s: saya menunggu masa jika ada pejumpaan dengan dengan Naib Cancelor atau pihak atasan, perkara yang sama saya akan bangkitkan sehinggalah perkhidmatan yang disediakan setaraf dengan status 'UNIVERSITI'.

Sekian.
Dengan Hikmah Kita Meneroka.


Suka entri ini.?

5 comments:

pu3aan on July 24, 2009 at 9:42 AM said...

serius pu3 stuju ngn aduan tu..
bg pu3 yg dh dekat 6 tahun kat cni..
rase cam xde ape2 perubahan pun psl internet connection kat UTHM nih..
dr blajar smpai keje..same je..
huhuhu..pu3 sokong 200%..

adenaufal on July 24, 2009 at 11:12 PM said...

di indonesia pun begitu, sama :-/

Anonymous said...

you are shit-talkers...
tulis je pandai..

unwanted on October 30, 2009 at 7:36 PM said...

apasal dengan ko ni anonymous..ha3

chocobi said...

ala, rasanya sume tenet kat mne2 universiti sama je..especially lan connection kat apartment...wireless yg luar dari apartment maybe ok, contoh cam kat library..sbbnye? kurg org pakai..biasa la, tgk la keadaan tenet negara kita..nk dapatkn 1mb tu mcm nk dptkn emas dalam batu...dnload lgu 5mb pn stgh jam..wth...XDD
so sabar jela...itu je yg mmpu dikatakan..huhu

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted