Sunday, July 26, 2009

Kempen "JOM MEROKOK"..:)


Untuk kali ini, aku secara terang-terangan ingin memanaskan dan menghangatkan ruang udara Malayasia yang sejuk kebelakangan ini dan secara terang dan tidak berselindung ingin menentang kempen berhenti merokok yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan sebelum ini tidak kira la kerajaan atau NGO.

Dan aku akan usulkan untuk kempen "JOM MEROKOK" berdasarkan pandangan dan pendapat yang aku nyatakan yang lahir dari aku sendiri. Ini kerana, aku merasakan terdapat banyak juga kesan positif yang diperolehi dari merokok. Ah, bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang semua ini. Adakah kerajaan terlalu sibuk dengan pembangunan tanpa sedar kepentingan rokok.?

Berikut adalah sebab yang tersangatlah kukuh kenapa kempen JOM MEROKOK perlu diadakan. Anda hendaklah baca dahulu, kemudian baru anda akan faham dan anda boleh komen.

1.) Perokok dan Penyakit.

rokok

Perokok senang dapat sakit. Itu semua orang tahu. Tahukah anda bahawa doktor² di hospital mendapat gaji dari merawat orang sakit..? Oleh itu, jika perokok bertambah, maka pesakit pun bertambah. Dan semestinya permintaan untuk doktor semakin bertambah. Kan itu bagus untuk mereka yang berada dalam bidang medic.?

2.) Perokok dan Penyakit kronik.

Sakit kronik seperti sakit jantung, paru², kanser dan sebagainya amat mudah menjangkiti para perokok. Apabila berlaku masalah kronik seperti sakit jantung, maka doktor pakar diperlukan. anda tahu berapa gaji seorang doktor pakar.? Lagi bertambah kronik sesuatu penyakit, lagi bertambahlah gaji doktor pakar. Jika doktor pakar dari kalangan orang melayu, maka secara automatiknya taraf hidup orang melayu semakin meningkat.

3.) Perokok dan Ekonomi Negara.
Anda tahu kan ekonomi merosot dan turun mendadak sebelum ini. anda tahu siapa antara penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara untuk kembali stabil ketika ekonomi kita tenat.? Perokok. ini kerana dengan cukai yang tinggi, dan harga yang mahal, perokok sanggup berkorban untuk membeli rokok demi menaikkan kembali ekonomi negara. Mereka sanggup lakukan untuk negara walaupun mereka tahu mereka bakal menerima penyakit yang akan menguntungkan doktor pula. Sungguh mulia hati mereka bukan.?

4.) Perokok dan ekonomi orang melayu

Kalau di kampung², kedai runcit yang menjual rokok terus mendapat permintaan. Kalau jual komputer, tak ramai yang beli. sebab dorang bukan pandai guna sangat. Tetapi dengan menjual rokok, pekedai runcit terus dapat bertahan. Anda nampak.? perokok sanggup membahayakan diri mereka untuk kampung mereka. Untuk menaikkan ekonomi kampung sendiri.

5.) Perokok dan Diet
adakah anda tahu, ada perokok yang sanggup tidak makan, asalkan dapat membeli rokok.?
Walaupun tidak ada duit,mereka sanggup diet untuk rokok. Mereka tidak perlu membazirkan duit untuk pergi ke gym untuk turunkan lemak kerana melalui program diet perokok, sudah cukup untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas obesti. Bukankah itu sangat bagus.?

6.)Perokok dan kebakaran.
Kebakaran selalu dianggap negatif. Cuba bayangkan, kalau rumah terbakar disebabkan rokok. Anda tahu apa kesannya.? Dapat rumah baru, bantuan kerajaan pun dapat. Entah² dapat rumah baru yang jauh lebih baik dari dahulu.. betul kan.. So, kebakaran pun ada side positifnya.

7.)Perokok dan anak.
budak kecil merokok

Ini kes perokok yang ada anak. Kita tahu, perokok banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. So, dengan adanya anak, amalan merokok itu dapat diwarisi dengan lancar. Kerana kita tahu, kanak-kanak mudah mengikuti perlakuan orang yang lebih tua. Seterusnya si anak juga turut membantu menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.Oleh itu, para perokok dicadangkan untuk menunjukkan cara merokok kepada anak mereka nanti.

8.)Perokok dan Kelahiran bayi pramatang dan keguguran (perokok perempuan)
merokok

Ini sepatutnya menjadi berita baik kepada perokok wanita. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang. Mempunyai anak kadang tu juga menjadi satu kesusahan. Contoh la mengandung, hisap rokok banyak², mudahan senang keguguran. Kerana kalau keguguran haram menggunakan ubat, tinggi kosnya. Dengan rokok ok la.

9.) Perokok dan dadah.

Permulaan penagih dadah adalah bermula dengan rokok. Tidak semua perokok penagih dadah, tetapi semua penangih dadah adalah perokok. Adakah anda nampak peningkatan taraf hidup mereka.? dadah lebih jauh mahal dari rokok, dan selepas lama bergelumang dengan rokok, mereka naik taraf kepada dadah pula. dan selepas ditangkap mengedar dadah, dihukum mati pula. apa la kerajaan ni. ekonomi baru je meningkat dah kena hukum mati.

10.) Perokok dan kemandulan.

Ya, perokok mudah terdedah kepada kemandulan. cuba pikir dari segi positif, adakah anda tahu berapa bilangan rakyat Malaysia sekarang ini.? 25/26juta. Terlalu pesat untuk berada di bandar² besar. Selalu sahaja trafic jam. dan melalui proses kemandulan semulajadi ini, kadar kelahiran pesat juga dapat dikekang.
Kemandulan juga amat berkesan untuk sesiapa yang kahwin tapi tidak mahu mempunyai anak. Nampak tak jimat.? tak perlu beli kondom, x perlu beli pil perancang keluarga. Hisap rokok pun boleh mandul. Nampak kebaikkannya.?

11.) Perokok dan kematian.
Fakta: 10,000 orang maut setiap tahun kerana merokok di Malaysia.

Diketahui penduduk di Malaysia bertambah saban tahun. sekarang ini rasanya berjumlah 25/26 juta. Sangat pesat untk berada dibandar². Oleh itu, anda tahu siapakah yang sedikit sebanyak mengimbangkan jumlah kelahiran dan kematian.? Perokok. Mereka mudah mendapat kemandulan, itu sudah mengurangkan kelahiran. dan mereka juga mudah dijemput kematian.
Dengan kata lain, mereka sangat effektif dalam mengimbangkan pertambahan yang terlalu ramai penduduk Malaysia ini. Oleh itu, kita tidak perlukan penghapusan etnik. Kita sudah ada kaedah yang bagus. Bagi mereka hisap rokok banyak², lagi berbahaya rokok itu, lagi bagus..
Cepat mandul dan cepat pula dijemput maut.

Dan yang terakhir.

12.)Perokok dan....
HOI, perokok bukan binatang la..Sape yang buat gambar ni..kurang ajar betul..
(apa.? yang Nik Aziz kata perokok macam lembu.? ah, itu nanti kita bincang.)

Aku sebagai pengasas kempen JOM MEROKOK berasa sungguh marah dengan gambar ini. Aku tahu perokok bukan binatang. Perokok adalah manusia biasa. Cuma mereka merokok je. Mereka mempunyai akal. Binatang tiada akal.. Oleh itu aku rasa siapa yang buat gambar binatang hisap rokok ni memang tak betul orangnya..
Wahai perokok, jangan bimbang kerana aku tahu kamu semua adalah manusia..Dan aku berdiri teguh dibelakang kamu.

-----------------------------------------------------------------

Ini adalah sedikit sebanyak pandangan aku kepada perokok.
Gambar yang diperoleh adalah dari internet, aku tidak tangkap sendiri sebab aku tidak merokok.ha3..

Saranan aku kepada kerajaan.
1) Naikkan harga rokok. naik setiap bulan pun ok. Bagus untuk perkembangan ekonomi yang agak lembab sekarang ini.
2)Import rokok yang berbahaya. Kalau boleh yang ada pelbagai jenis racun. Ini kerana rokok yang berbahaya dapat memberi kesan yang lebih cepat kepada perokok di luar sana.
3)Bersedia dengan banyak doktor. Tambah bidang² medic di universiti. Tahu sebabnya kan.?

Adakah aku kisah dengan perokok.?
Tidak sangat. Kalau disebabkan rokok, hendak sakit ke, hendak pengsan ke, hendak keguguran ke, hendak mandul ke, itu bukan berkaitan dengan aku, dan juga bukan badan aku.
Cuma aku akan kisah sedikit jika perokok ada berdekatan dengan aku pada tempat dan waktu yang tidak betul.

Setelah banyak "kebaikan" yang aku bongkar pasal perokok ini.
Adakah anda berasa panas.?
adakah anda berasa suam-suam kuku.?
Adakah anda berasa cool.?
Semuanya terletak pada diri anda.

Oleh itu, Tidak kira samada anda adalah seorang perokok, ataupun bukan seorang perokok,
jika anda ada pendapat, cadangan, makian, kutukan, sokongan, dan apa² sahaja berkaitan post ini...
Dengan segala hormatnya dipersilakan untuk komen..


Suka entri ini.?

17 comments:

3rdmarch on July 26, 2009 at 4:28 AM said...

Salam~

aku "setuju" sgt dgn kempen ini..

(n_n)v

unwanted on July 26, 2009 at 10:50 AM said...

kita bagi ruang udara panas sikit dengan perokok..ha3

Anonymous said...

x merokok pon mati jugak.
org tak merokok pon batuk
macam2 penyakit kena

unwanted on July 26, 2009 at 1:03 PM said...

betul tu..
sesiapa pun boleh sakit..
semua orang akan mati..

tetapi keadaannya berbeza..
orang tak merokok, dia tak mencari penyakit.
perokok, memang mencari penyakit..:)

Perokok said...

Setuju dengan kempen bersifat sarcastic ini.

Saya ialah perokok (tidak tegar) yang berazam untuk berhenti merokok.

unwanted on July 27, 2009 at 3:51 AM said...

terima kasih kepada 'perokok' kerana memahami..:)

hope nanti ko berjaya berhenti merokok.
dimana ada kemahuan, disitu ada keazaman, disana ada kejayaan..:)

5rux on July 27, 2009 at 1:06 PM said...

Hapuskan je rokok di Malaysia, abis cite..;)

unwanted on August 1, 2009 at 11:43 AM said...

ah, takkan la kerajaan nk hapuskan..
duit tu..

type on August 2, 2009 at 12:05 PM said...
This comment has been removed by the author.
sanji on August 2, 2009 at 12:16 PM said...
This comment has been removed by the author.
sanji on August 2, 2009 at 12:16 PM said...
This comment has been removed by the author.
sanji on August 2, 2009 at 12:25 PM said...

2 jenis org yg isap rokok..
1-perokok=penagih
2-merokok..isap ikut suke..(aku):D
penagih dadah bkn berasal dari org isap rokok la..& yg dsenaraikan d ats..x penah tgk, lalui, jgn main ckp jek!! penah tgk penagih yg x isap rokok? x penah?? haaaa...tu le dianye..spastik btoi la..aku bkn backup penagih dadah..tp ini
reality!!so, sape yg x isap rokok, jgn pandai2 buat andaian yg bkn2 hala..cuba pahami dgn positif x yah banyak..skit je, jiwa org yg merokok....eh,banyak org yg berjaya dlm dunia ni yg isap rokok la,slash, kurt cobain siap isap dadah lg tu..bob marley..hahahaha

sanji on August 2, 2009 at 12:29 PM said...

ermm...tapi sbnrnye meROKOK dh jth HUKUM HARAM bagi yg beragama islam la..hmmm..so, kalo sape yg ade anak pompuan tu mmg x bleh jd wali la..ermm..aku pun same hee...dunia dalam banyak cerita, jgn tuang dlm jamban...mandi bunga air jampi, minta rezeki..kite kwn2 x mahu lawan..

unwanted on August 2, 2009 at 3:35 PM said...

suka dengan ayat² akhir sanji, pandai berpuitis..ha2.

ok, kembali pada entri ini.
ok, memang tidak semua penagih merokok, tetapi untuk memudahkan kefahaman semua. contoh yang aku bagi adalah ini.

tidak semua pencuri jahat.
ada juga yang bersembahyang, berpuasa dan kadang tu siap menderma lagi.!!.

dan kita semua akan kata pencuri memang jahat. dan kalau diikutkan nanti akan ada kata 'tidak semua pencuri jahat'

so kaedahnya mudah.(contoh)
kalau 100 penagih merokok, 2 orang tidak merokok, kita akan kata semua penagih merokok.
kalau 100 pencuri tidak berpuasa, 2 pencuri berpuasa, kita tetap akan kata, pencuri jahat.

dan satu lagi.
ada kalanya, kita tidak perlu melakukan satu perkara untuk memahami.
aku tidak perlu merokok untuk memahami perokok.
aku tidak perlu jadi perogol untuk memahami perogol.
aku tidak perlu jadi pembunuh untuk memahami pembunuh.

ada kalanya kita perlu baca dari penulisan orang lain.
ada kalanya kita belajar dari pengalaman orang lain.
ada kalanya kita juga memerlukan pemikiran logik dalam hidup kita.

ish, aku ni kalau menaip banyak je..aku stop sini dulu.
bagi peluang kepada pengunjung lain.:)

ada sesiapa lagi yang ada pendapat atau kritikan. silakan untuk menaip.:)

Anonymous said...

sharing is caring lorrrrr...tukar2 pendapat br terbukak minda k

Anonymous said...

minx izin share bro

Anonymous said...

cukup bagus, tp masih bodoh lg...:)

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted