Thursday, July 16, 2009

Keputusan Pilihan Raya Manek Urai, Isu Akhil Hayy


Sebenarnya aku kalau boleh malas hendak menaip minggu ini. Kerana aku ada projek belakang tabir sebenarnya..:). Tetapi ada beberapa perkara yang aku baca dan aku rasa terpanggil untuk mengulas.(ini ayat bila aku pernah baca dalam akhbar..ha3)

Isu Pertama : Pilihanraya Manek Urai.



Rasanya tidak perlu aku bagitahu siapa yang menang untuk pilihanraya kali ini. Rasanya kebanyakkan orang sudah tahu bahawa PAS menang. Walau bagaimanapun, kemenangan PAS, bagi aku bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini kerana, pada pilihanraya lepas, PAS menang majoritiyang besar, 1200 undi. Kali ini, terlalu tipis kemenangan yang dicapai. Hanya perbezaan 65 undi. Terlalu sikit. Bagi mereka yang berada dipihak pembangkang, sudah tentulah mereka akan menuduh kerajaan sengaja memperbesarkan cerita tentang keburukan pihak pembangkang(dan aku rasa ini betul juga, kerajaan sengaja melebih²kan cerita. terasa jahat pula kerajaan aku sekarang).

Bagi aku, walau isu apa pun yang keluar, pengundi kelantan unik sedikit. Mereka kurang terjejas dengan propaganda kerajaan berkaitan janji manis kerajaan atau isu² lain. Tapi kali ini agak teruk. Dan aku rasa salah satu punca utama adalah kerana perpecahan dalam PAS itu sendiri.
Bagaimana hendak lawan pasukan lain jika pasukan kita sendiri yang berpecah.? Oleh itu, secara kesimpulannya, kemenangan pilihanraya sah milik PAS, tetapi, moral dimenangi oleh UMNO.

Untuk makluman, sekarang ini aku tidak menyokong mana2 parti. Bagi aku tidak pasti mana yang betul sekarang ini. Teruk sungguh politik melayu. Aku sebagai melayu rasa patut melayu bersatu, tapi makin berpecah. Bila nak bersatu lain pula ceritanya. Bangsa lain.? diam sudah melayu bergaduh..Hoi melayu, tak sedar ke...??

Isu kedua : Aklil Hayy Bercerai talak 1.
Aklil Hayy bercerai dengan Maizawati

Akhirnya, beginilah penghujungnya cerita hidup mereka. cerai talak 1. mungin boleh rujuk semula. Tapi itu hal mereka. Cuma apa yang aku ingin sentuh disini, kedudukan gelaran 'ustaz' tercalar bila kes ini berlaku. Buklan tercalar sebab dia bercerai, tetapi tercalar sebab kes Akhil bersama Waheeda. Sungguh, aku pun tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Tetapi permulaan kisah bermula dengan Akhil itu sendiri. Waheeda.? tidak perlu diperkenalkan lagi.

Begitu banyak kontroversi yang berlaku, dan dilihat oleh orang ramai. Alasan yang diberi juga teramatlah kurang logik.(ingat lagi kisah wayang.?). dan aku sendiri tidak tahu samada Akhil dan Waheeda berkahwin atau tidak. Selepas itu, muncullah isterinya(sekarang ex) pula dikaca tv. Dan seperti yang aku sangka, keadaan akan bertambah buruk. Salah isteri atau salah suami.? Bagi aku kedua² salah, tetapi salah pertama dimulakan oleh suami. Dan sekali lagi angagran aku tepat iaitu mereka akan bercerai.(bukanlah aku doakan mereka bercerai, tetapi tengok pada keadaan.)

Selepas ini hiduplah mereka berasingan. Akhil pun ada gaya, ex-isterinya pun cantik apa,
Tapi apakan daya. Jodoh sampai disini.Cuma harapan jagalah status 'ustaz/pendakwah' itu..


Suka entri ini.?

2 comments:

chii on July 16, 2009 at 10:25 AM said...

tahniah pd yg menang...cii tau pun lambat..x tgk rita..huhu :p

rm..akhirnya..terlerai sudah ikatan kasih yg selama ini di bina...
mungkin pengajaran buat semua juga..haruslah erhati2 dlm pergaulan..lgik2 yg mempunyai nama dan memegang status pendakwah...

unwanted on July 16, 2009 at 11:21 PM said...

orang lain tak sabar² nak tengok sape menang masa tu..:)

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted