Tuesday, July 21, 2009

Sam Bunkface nafi cium Juliana, cuma ambil bau




krdt:b*pop

ANTARA pasangan artis remaja yang sedang hangat bercinta ketika ini ialah vokalis utama kumpulan Bunkface, Sam dengan aktres dan pengacara jelita, Juliana Evans, 20. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 22, ketika dihubungi Selasa lalu, mengakui dia serius berkawan atau menjalin hubungan cinta bersama Juliana kira-kira dua bulan lalu.

“Maaf Abang Zubir, telefon Ju hilang, baru lagi. Tapi, kalau pasal gambar itu, saya mengaku, itu memang gambar kami. Tapi, mana ada saya cium Ju bang, cuba tengok betul-betul, tak kena pun pipi dia, saya hanya cium ambil bau saja... Ketika itu kami dalam kereta di tempat duduk belakang. Dah lupa ke mana destinasi kami.

“Pun begitu, gambar itu memang kami yang rakamkan sendiri. Kalau tak silap saya, Ju yang memasukkan gambar itu menerusi laman sembang di internet. Kami akui kesilapan itu, maafkanlah kami. Selepas ini kami akan lebih berhati-hati supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Tapi, sayakesal, memang tak sangka, gambar cium bau tak kena pipi pun, boleh jadi isu untuk orang bercakap,” kata Sam berterus-terang.

--------------------------
Ok, macam mana aku tak gelak..
Boleh pula buat alasan ambil bau.
Wangi kot masa tu.
Siapa percaya.?..ha3.




Teringat aku kes Johan dan Ozlyn dahulu.
Itu kes peluk, katanya berbisik dan bergantung pada bahu..
Kalau dah namanya artis, bila masa tidak tipu.?

Oh, satu lagi selain artis wartawan pun penipu apa.
Untuk makluman bagi yang masih belum tahu,
laporan akhbar Harian Metro berkaitan Restoran Ghairah baru-baru ini adalah rekaan semata-mata.
Rekaan untuk menaikkan jualan surat khabar harian metro..


Suka entri ini.?

3 comments:

chii on July 22, 2009 at 4:05 PM said...

rekaan je?? lerr...
mcm2 hal la dorang ni..

unwanted on July 23, 2009 at 8:37 AM said...

aahh.
pasl post restoran perempuan pakai bikini tu rekaan je.
gambar tu mungkin di ambil di Thailand.
balik Malaysia buat cerita nk gempak..
ha3
apa la punya wartawan.
buang kerja terus lagi baik..:P

Anonymous said...

bia jela kt diowang.....

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted