Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia


Ini boleh dikatakan update terawal yang pernah aku buat pasal satu² perkara.
Update ini telah diberitahu kepada aku oleh si comel ini, IXORA, (jemput la ye buka blog ixora.:)

Sebelum ini seperti yang kita ketahui, Yasmin Ahmad telah dikejarkan ke hospital tersebut selepas tidak sedarkan diri semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Farisha Pawanteh di Sri Pentas, TV3 di sini.

Selepas itu, Yasmin Ahmad, 51, yang tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara masih lagi dilaporkan stabil.. Kalau tidak silap aku disebabkan pembuluh darah dalam otak pecah.

Dan ketika entri ini ditaip, khabar terbaru yang diketahui adalah Yasmin Ahmad telah meningal dunia.Khabar ini diperolehi dari twitter khairy (ada ke yang tak kenal khairy.?) dan juga akhbar utusan.

twitter Yasmin ahmad meninggal dunia



KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama



Takziah diucapkan kepada kaum keluarga, saudara dan waris. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini, dan semoga roh beliau dicucri rahmat.. Al-fatihah..

Sedikit informasi berkaitan beliau.

Yasmin, 51, dilahirkan di Muar, Johor. Yasmin memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan sebagai penulis copy di Ogilvy & Mather, kemudian menjadi Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Iklan televisyennya khususnya untuk kempen Petronas selalu mendapat sambutan.

Selepas berjaya dalam dunia pengiklanan, Yasmin melangkah ke dunia perfileman dan filemnya menimbulkan kontroversi namun mendapat banyak pengiktirafan luar negara.

Antara filem arahannya ialah Rabun (2003) Sepet (2004) Gubra (2006) Mukhsin (2007), Muallaf (2008) Talentime (2009).


Suka entri ini.?

3 comments:

IxoR@ on July 26, 2009 at 1:26 AM said...

Al Fatihah....

Kpd kaum keluarganya, takziah diucapkan....

Anonymous said...

wah, lps ni xde la iklan raya petronas yg besh2... iklan arahan dia yg paling menggeletek setiap hati rakyat Malaysia.. pe kate sape2 yg ada video iklan raya petronas yg lama2 tlg upload ek....

IxoR@ on July 27, 2009 at 10:36 AM said...

Mungkin sebelum dia jatuh rebah tempohari, arwah sedang berbincang mengenai iklan raya tahun ini....siapa tahu...?

yeahh...tuan blog, mungkin boleh upload iklan raya hasil idea dr YA. Buat tatapan umum.....

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted