Monday, August 03, 2009

10 Sebab "Kenapa Perempuan Berpakaian S*ksi"


Dimana tempat di Malaysia ini yang tiada perempuan seksi.?
Sekarang ini boleh dikatakan dimana-mana sahaja ada perempuan yang berpakaiaan seksi. Jalan raya, shopping complex, kuliah, taman bunga, kedai buku, kedai gunting rambut, dan banyak lagi untuk disenaraikan..
Kalau di bandar, memang port yang sesuai untuk mencari perempuan seksi.
Hendak yang macam mana.? Pakai skirt.? Pakai tube.? Baju jarang nampak tali coli warna apa.? Baju londeh nampak lurah dada.? semua ada..
Pub dan disco.? ah, itu tidak termasuk pun tak pe..itu sudah dianggap berbogel..


Seksi adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap orang.
ada yang kata pakai baju kurung pun seksi..
ada yang kata pakai jeans adalah seksi.
dedah lengan seksi..
dedah lurah dada, lagi la..
dan pelbagai lagi takrifan seksi bagi setiap orang.

Oleh itu, untuk mengelakkan pelbagai takrifan yang berbeza,
suka untuk aku nyatakan takrifan yang aku lakukan untuk post ini.
takrifan mudah sahaja.
seksi berpakaian bagi perempuan adalah satu keadaan dimana perempuan memakai pakaian yang tertentu samada terdedah atau tidak tetapi menarik perhatian lelaki untuk terus melihat tubuh badan perempuan itu disebabkan nafsu syahwat lelaki. (mudah bukan takrifan aku.:)



Kalau hendak dirungkaikan keseluruhan pasal seksi ini agak sukar.
mungkin agak menyebabkan entri ini terlalu panjang.
kerana skop untuk seksi yang agak besar..
Oleh itu, untuk entri ini, kita tumpukan kepada satu perkara dahulu iaitu.
10 Sebab "Kenapa Perempuan Berpakaian Seksi"


Pandangan dan sebab yang disenaraikan adalah pandangan peribadi aku sendiri. Jika kaum wanita atau lelaki yang rasa terdapat kesalahan ataupun ada idea² lain dari apa yang aku senaraikan ini, bolehlah tegur di ruangan komen ye. Maklumlah, aku ni lelaki..:)

1. Ingin mendapat perhatian.
Adalah agak normal bagi sesetengah perempuan suka untuk mendapat perhatian contoh dalam kelas. Terdapat banyak cara untuk mendapat perhatian seperti gelak mengada², jalan berkumpulan kemudian buat bising, dan berpakaian seksi adalah salah satu daripadanya. Dan
semestinya orang yang hendak ditarik perhatian oleh mereka adalah lelaki.:)

2. Lebih berkeyakinan.
Bagi sesetengah perempuan, terutamanya yang berkerjaya. Tampil seksi juga boleh membuatkan mereka lebih yakin untuk melakukan kerja seperti kerja pejabat. Bagi yang belajar, sesi perbentangan adalah masa yang sesuai juga untuk tampil lebih seksi. Baru present pun orang dengar.:)

3. Ingin menggoda.
Ok, tinggalkan pasal isteri pakai seksi di rumah untuk menggoda suami. Itu boleh.:).
bagi perempuan yang biasa menggoda, terutamanya untuk mendapatkan sesuatu. dengan berpakaian seksi, godaan yang dilakukan akan lebih berkesan. Mangsa.? lelaki..:)


4. Ikut Perkembangan Fesyen (sosial)
Tidak dinafikan, fesyen semakin hari semakin umph.. Dan perempuan yang mengikuti perkembangan fesyen inilah akhirnya tanpa sedar mereka juga berpakaian seksi.
ah, aku tipu mereka tidak sedar. semua sedar..


5. Bersaing dengan yang lain.
Ada sesetengah perempuan, mereka bersaing. kononnya tidak ketinggalan zaman la.. Ini boleh kata sebab fesyen juga. Contoh lain bagi yang bersaing adalah. Dua perempuan suka pada seorang lelaki. Selain mendekati dengan sapaan dan gelak tawa, berpakaian seksi juga dapat meninggikan peluang untuk memiliki lelaki itu.:)

6.Mangsa fesyen
Mangsa fesyen biasanya melibatkan mereka yang tidak mahu kalah dalam berpakaian. Apa sahaja fesyen baru yang keluar, mesti cuba. Buku² berkaitan fesyen, bersepah dirumah.Kadang tu mereka rasa mereka cantik berpakaian seperti itu, hakikatnya dan macam apa ntah seperti orang bawah ni.:)


7.Terpaksa
Ada juga keadaan, dimana perempuan terpaksa memakai seksi. Contoh, dalam penggambaran filem, ada juga yang terpaksa mengikut arahan pengarah untuk berpakaian walaupun mereka tidak mahu. Selain itu, ada juga suami yang sengaja menyuruh isternya berpakaian seksi. Kononnya hendak menunjuk pada orang lain yang dia ada isteri yang cantik dan seksi.
(gambar bawah ni terpaksa ke.?)


8.Tersalah pilih
Tersalah pilih biasanya jika perempuan membeli pakaian tetapi tidak mencuba dahulu. Keadaan boleh berlaku samada baju yang dibeli nipis, ataupun sendat. Kalau dah beli dan rasa membazir pula kalau tidak pakai, so pakailah baju itu..
Kalau memang dah terang baju jarang atau singkat, itu bukan tergolong dalam salah beli ye.:)

9.Selesa berpakaian seksi
Betul bukan.? Memang ada perempuan yang suka berpakaian seksi. perasaan tu datang dari hati kot. Kalau ditanya kenapa pakai seksi.? Supaya kelihatan lebih anggun. Kalau tak pun, jawapan lain ialah 'ala, sejuk sikit angain senang masuk.'


10.Jahil Agama
Semestinya ini adalah dasarnya. SEMUA sebab di atas, dan SEMUA perempuan yang berpakaian seksi pada asasnya mereka adalah jahil agama. Jahil ini bukan sahaja merujuk kepada mereka tidak tahu hukum hakam agama, tetapi jahil juga merujuk kepada mereka yang tahu tetapi buat² tak tahu..

----------------------------------

Sekali lagi, suka diingatkan bahawa apa yang dinyatakan adalah berdasarkan pendapat dan perspektif aku sahaja.
dan aku tidak berpakaian seksi seperti perempuan untuk menulis entri ini..:)



Suka entri ini.?

26 comments:

miSs siv on August 3, 2009 at 10:12 AM said...

hahaha!
aku setuju dgn ko...
anyway, pic army tuh kelakor lah..
hehehe

IxoR@ on August 3, 2009 at 10:37 AM said...

photo army yg last tu boleh jadi Photo Paling Cun!!!

kelakar.... :D

P/S: Vote Ixora for today babe...PPC79 k!

ariyon176 on August 3, 2009 at 12:58 PM said...

mana ko dpt gambo yg 1st tue hah..tu fesyen jeans style mana ada lekuk kt belakang..huhuhu pelik2

Anonymous said...

ah semua lelaki kononya tak suka pompuan seksi
tp awek korang seksi jugak
ah poyo!
last skali pilih jugak pompuan seksi
yg tak seksi ditinggalkan
last skali pmpuan tak seksi pun tepaksa jadi seksi sebab nak tarik pehatian lelaki
poyo je sume!!

LiLacFlA on August 3, 2009 at 3:07 PM said...

sebab LUPA MATI rasanya...

CheguFadh on August 3, 2009 at 5:14 PM said...

thumbs up..artikel menarik..aku sebar2kan artikel ni ek..

surfer957 on August 3, 2009 at 5:23 PM said...

anonymous... mmg normal, pandangan pertama akan diberikan pada pompuan seksi. tapi, laki pun ada akal. apa ko ingat satu dunia punya laki nakkan pompuan seksi ? pirahh.. saper la yg sanggup nak awek yg suka tayang badan kat org lain ??? yg si perempuan yg x seksi pulak sibuk nak pakai seksi sebab nak tarik perhatian laki apahal ? sedangkan makeup x boleh utk ompuan yg blom kawen, apatah lagi pakai seksi. jodoh pertemuan di tangan Tuhan, bukannya sama ada kita pakai seksi atau tak. ishh ko ni..

surfer957 on August 3, 2009 at 5:27 PM said...

lagi satu hal, kaum wanita disisi Islam sebenarnya seperti HARTA BERNILAI tau. sebab tu disuruh tutup aurat, jaga muamalat, perlakuan.. sebab ? sebab.. bayangkan kalau satu barang indah yg sering dipamerkan dan ditunjuk2 maka hilangla seri barang tu. dan dengan menutup aurat ini juga boleh menguatkan rumah tangga.. sebab suami sajer yg ada 'full access' kat isteri.. faham ?

unwanted on August 3, 2009 at 5:28 PM said...

mis siv & ixora
yang army tu mungkin pakai seluar dalam je pink.tp jiwa dan semangat kental tu.:)

ariyon176
tak tau la style mana. aku jumpa kat google.:)

anonymous
aku tak kata pula lelaki tidak suka perempuan seksi. mmg rmai lelaki suka tgk perempuan seksi.
tp ada masa tgk perempuan seksi nampak menjelekkan.
apa yang ko komen tu ada kaitan dengan sebab no 1 dan 7.

lilacifia
itulah manusia sekarang.

chegufadh
dipersilakan untuk sebarkan. memang boleh copy pape yang ada dalam blog ini.tiada halangan. klu bagi kredit skit, pun bagus juga.:)

3rdmarch on August 4, 2009 at 1:00 AM said...

salam~

pada pendapat aku..
sexy ni cukup dgn mendedahkan aurat walaupun sedikit..

2 anonymous :

lelaki mungkin suke tgk perempuan seksi..mungkin juga suka mempunyai awek seksi..tetapi percayalah..kebanyakan lelaki lbh suka utk bernikah dgn wanita suci yang xpernah terdedah auratnya dan baik akhlaknya..

perempuan seksi ini diibaratkan makanan yang didedahkan dengan lalat..

p/s : ada ke org berakal y berfikir dgn waras nak makan makanan y terdedah dgn lalat???

UglyPooh on August 6, 2009 at 10:08 AM said...

hmm..good article n nice comment. hrp2 adala laki mesia yg nk pompuan tk seksi ye. byk dosa nk tanggung isteri seksi...dosa sndiri pun da byk kan.

unwanted on August 12, 2009 at 4:22 AM said...

uglypooh
sebenarnya mmg banyak lelaki yg nk perempuan tak seksi pun.
perempuan seksi hanya untuk menyedapkan pandangan mata lelaki.
kalau lelaki yang jenis 'baik', takkan nk perempuan yang seksi dedah sana sini.
klu untuk ditengok.. boleh la.

l0veyd0veyd00 on September 2, 2009 at 2:26 PM said...

huyyoo...abg askar tu sexy siot... panties pink lagi...ahaks.

unwanted on September 2, 2009 at 5:38 PM said...

warna je pink.
tp jika ganas tu..ha3

ena said...

mcm2 jenis manusia dalam dunia ni...so,pilih la psgan yg korng rasa bek tok korng..jgan mmilih girls dsbbkan seksi or cun pilih la dari segi akhlakny y bek k......

Sexc said...

Laki mane x suke pompuan sexy, even pompuan pn tejojol biji mate tgk mreka yg sexy. Bg aku, ni pengaruh media/kawan sexy, ckp artis ni hot. So dorg pn nk jd hot dan jd perhatian, smpai x knal budaya dn pegangan agama sndri. Face it la, pompuan mane yg x sukakan attention. Tp seeloknya, jgn smpai tergadai maruah diri. Aku ade kezen kat Mekah, diorg pkai ag dasat, designer's label ag..tp kl keluar pakai hijab. Naluri pompuan, mmg skkan bnda yg cantik,cute, fancy-mancy..tp pandai2 la bw diri.

P/s: Bg yg suke seksi2 tu, tepuk dada korg, tanya selera...jgn smpai tejojol mcm janet jackson tu da la...mane ade laki nk bini cm tu.

en_el7 said...

korang best!
tuan umah best..
guest best..
huhu..

kayangan on January 27, 2010 at 4:59 PM said...

haha..kenyataan yang berguna untuk para perempuan..terima kasih kerana mendedahkan isu ini..eceh..tumpang copy masuk blog saya bleh tak..:)

Anonymous said...

dalam dalil dah tertulis dah....
"sesungguhnya yang halal itu jelas...,dan yang haram itu jelas... "

hadis pun dah cakap. wanita yang pakai tudung.., even tudung labuh pun kalau bersanggul bagaikan bonggol2 unta hukumnya adalah HARAM. kaum lelaki mmg dah fitrahnya nak 'tue'...jea. tapi jgnlah membuka jalan ke arah lorong nafsu. siksa batin kaum adam nieh. last2? kanak2 pun jd mangsa...

mmg Allah berikan kepada setiap manusia 'khalikul khair'...iaitu akal...
tetapi iman dan mujahadah melawan nafsu-lah yang paling berat. Iman dan nurani nafsu setiap insan x sama. selera pun berbeza...Jika kita katakan diri n tubuh itu permata berharga, mengapa harus ditayangkan?
maaf. saya x bermaksud membenarkan yang salah atau memyalahkan yang mana betul. Saya hanya menyuarakan pendapat atas dasar sensitif terhadap agama. Kerna pernah runtuhnya sebuah kerajaan islam disebabkan hal ehwal wanita....

lurim on January 9, 2011 at 4:59 PM said...

kalau boleh nak cari calon isteri biarlah yang tak pernah seksi depan orang lain.. tapi akan seksi dengan kita je sebagai suami.. yang tahu jaga aurat.. yang tahu batas & hukum agama

sanggup ke kita biar isteri kita seksi2 depan orang lain.?

sanggup kita biarkan lelaki lain yang menikmati keseksian tubuh isteri kita?

hanya mereka yang dayus dan tak berakal je yang sanggup..

amranaiman on August 22, 2012 at 4:26 AM said...

sebab ke 10 rumusan segalanya :D ahah

aidah said...

Kat sini boleh ckp la..x nak seksi..at last awek sendiri seksi tahap tutt..jgn terasaaaa..tepuk dada tanya selera..pompuan yg baik hnya tuk lelaki yg baik..wslm

Anonymous said...

This is really interesting, You are a very skilled blogger.
I have joined your rss feed and look forward to seeking more
of your excellent post. Also, I've shared your web site in my social networks!

My homepage - website

Anonymous said...

Hello i am kavin, its my first time to commenting anywhere,
when i read this post i thought i could also create comment due to this sensible post.


Feel free to visit my weblog - website

Anonymous said...

I'm extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Anyway keep up the excellent quality writing, it is rare to see a great blog like this one nowadays.

Look at my website: click Here

Anonymous said...

At this time it seems like Expression Engine is the best blogging platform available right now.
(from what I've read) Is that what you're using on your blog?


My weblog: about

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted