Friday, August 28, 2009

Isu Arak : Malaysia Negara Lawak


Sebenarnya aku tidak tahu samada entri ini perlu ditaip dalam nada serius atau nada suka atau nada biasa.
Nanti kalau anda sudah baca semuanya, tentukanlah sendiri apa nada yang sepatutnya.
Ini kerana ada ketika aku terpikir pasal hal ini, kadang tu aku rasa marah, kadang tu aku 'bodoh'kan orang yang berkaitan, kadang tu aku rasa bengang, dan kadang tu aku rasa kelakar,.
Macam² perasaan yang aku rasa. dan untuk menjadikan tajuknya 'positif', aku letak Malaysia Negara Lawak. Kan kalau aku letak tajuk, Malaysia Negara Bangang, nanti ramai la pak menteri yang marah.


Mungkin ramai yang tidak kenal siapakah Kartika Sari Dewi Shukarnor. Tetapi kalau dikatakan dia adalah pesalah wanita pertama yang dikenakan hukuman sebat, (dalam kes ada 5, tetapi dia yang jadi pertama. Yang lain rayuan aku rasa) mungkin ramai yang sudah mengetahui berita ini.

Mana tidaknya, setiap hari keluar isu ini dalam akhabr dan berita. Dah glamour pula yek. Pelbagai isu yang timbul disebabkan kes ini. Bemula dari orang bawahan, sehinggalah menteri dan hakim sendiri. Mungkin sebab kes wanita hendak kena sebat ini tidak pernah berlaku, maka gempak gempitalah negara Malaysia yang aman dan makmur ini. Umpama seorang bidadari turun. Setiap berita dan surat khabar kena ada kisah ini.

Kedudukan perempuan menjalani hukuman sebat.(gambar bukan kartina ye)

Kartika Sari Dewi Shukarnor dijatuhkan hukuman ini oleh Mahkamah Syariah Kuantan selepas didapati bersalah meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating. Hotel Legend ( sebelah Holiday Villa)

Aku hendak menaip banyak kali ini, dan aku rasa baik aku susun dalam kategori tertentu untuk memudahkan bacaan.

YANG BAIKNYA : Dia mengakui kesalahan yang dilakukan dan menerima hukuman dengan hati terbuka. Dan dia juga meminta supaya hukuman itu dipercepatkan. Dan juga minta dilakukan dikhalayak ramai. Keluarganya juga merestui untuk dilakukan di khalayak ramai untuk memberi pedoman kepada orang lain.

YANG PELIK : Dia meminta supaya hukuman itu dilaksanakan di khalayak ramai, keluarganya pun tidak mempunyai masalah untuk dilaksanakn dikhalayak ramai.. Yang peliknya, mahkamah pula tidak membenarkan hukuman dilakukan di khalayak ramai. Mahkamah suruh dilakukan di penjara. Ha². ini part lawak juga ini. tidak pernah berlaku. Pesalah hendak hukuman untuk pedoman orang lain, mahkamah tak bagi. Mungkin untuk orang lain tak dapat pedoman dan mahkamah boleh buat hukuman lagi nanti.

YANG KELAKARNYA : Berita pasal kes dia ini boleh dikatakan hampir setiap hari keluar paper dan berita. Pasal hakim la, menteri la, keluarga pesalah la, dan macam² hal lagi. Macam sudah glamour aku rasa dia ini. Ye la, sampai aku pun sudah kenal namanya.:). Masa tu aku dengar berita Sharizat pula yang suruh dia buat rayuan. Ha². Satu lagi, Hishamuddin pun ada komen apa entah, tapi aku sudah tidak ingat.. Lawak betul..Orang tu dah hendak kena sebat dan terima, pihak lain pula sibuk hendak tunjuk simpati. Aku bukan tiada simpati, buat salah terimalah hukumannya.

YANG PALING TAK BOLEH TERIMA : Baru seorang.? Aku rasa punyalah ramai perempuan dan lelaki diluar sana yang minum arak. siap ada bukti yang kukuh dan nyata. Kalau dibandar² banyak mana kelab yang menyediakan arak. Di Kuala Lumpur, banyak mana umat melayu yang hanyut di kelab² dengan meneguk minuman syaitan ini. Bahagian last nanti aku akan tunjukkan gambar dan video peminum² arak. Sangat bagus hukuman ini dilakukan. Kalau boleh biar kesemua peminum arak dikenakan hukuman sebat. Biar berbirat punggung tidak kira lelaki atau perempuan.

Tetapi kenapa kat pahang dahulu hukuman ini dilaksanakan. So, aku berpandangan positif. Mungkin selama ini kerajaan tidak perasan arak ada dijual kot. Mungkin kerajaan pikir kan kat KL sibuk, so orang tak de masa hendak berhibur. sebab itu kes tangkap orang minum arak pertama kali. Kerajaan tak sedar..ha3. lawak..

YANG JANGGAL : Biasalah, kalau hukuman biasa orang bawahan ramai yang kenal. Contoh kalau polis rasuah, yang bawah² je yang kena. Orang atasan lain kira. Owh, satu lagi yang janggal. Orang melayu dalam syarikat arak.? ada je. Artis² pun banyak mana yang minum arak. Siap ada gambar yang terang lagi nyata. Ada kena tindakan apa².? Tiada.. Bagus artis malaysia. Kerajaan tidak kisah anda minum arak.

TAHUKAH ANDA : Tahukah anda bahawa kita ada 3 orang melayu sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat arak Carlsberg.?. adakah anda sedar bahawa bangsa melayu sekarang semakin merempat dibumi sendiri.? Tahukah anda bahawa bangsa melayu sekarang semakin ramai yang minum arak.? Tahukah anda bahawa bangsa melayu sekarang menuju kehancuran moral.? Anda semua mesti tahu semua ini kan. Tahukah anda bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kadang tu agak tidak betul la kalau dipikirkan betul²..?

HARAPAN : Harapan agar makin ramai peminum arak tidak kira lelaki atau perempuan yang dibicarakan di mahkamah dan hukuman sebat dilaksanakan di khalayak ramai. Walaupun aku tahu perkara ini sukar berlaku kerana MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM. Diulang takut ada yang terlepas. DISEBABKAN MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM, MAKA SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN HUKUMAN ISLAM. Pelik bukan.? Sekarang tidak pelik lagi kerana MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM. Dan harapan agar Kartika menerima hukuman ini dengan hati terbuka sejajar dengan apa yang dia pernah lakukan.

ULASAN LAIN : rakyat Malaysia, termasuklah semua bermula dari bawahan hinggalah atasan, kenapa lah riuh sangat. Kenapa lah sibuk sangat dengan hukuman ini. Orang sudah buat salah, kena hukuman , mengaku, mintak hukuman. Tetapi. Kenapa riuh² lagi.? Lagi² pak menteri, orang² atasan, hakim pun sama.
Aduh, lawak sungguh negara Malaysia..

Cepatlah sebat orang yang minum arak (melayu terutamanya). Begitu ramai orang melayu tidak kira lelaki atau perempuan minum arak sekarang ini. Cepatlah tangkap dan jatuhkan hukuman sebat, kerana aku tahu melayu adalah antara bangsa yang mudah tidak sedar diri. (bagi yang tak sedar diri la)

MANA VIDEO DAN GAMBAR LAIN.?
Ok, sebelum aku habis menaip untuk isu ini, suka untuk aku tunjukkan video dan gambar yang pernah ada dalam blog ini ataupun aku ambil di internet.
Agak² la, bila diorang akan disebat. Tidak sabar aku tunggu pesalah arak ini disebat.:)



Adakah anda terlepas tengok video ini.? lebih baik anda tengok.


jom tengok gambar pula ye. Aku masukkan apa sahaja yang berkaitan arak yang aku jumpa. Nanti senang jabatan agama islam hendak siasat tanya. Lagipun aku tunjuk gambar ini supaya kerajaan malaysia sedar arak sudah ada dimana² sebab aku nampak kerajaan sekarang agak buta sikit.
Aksi Perempuan Melayu (terengganu)  Minum Arak











Sudah.
Aku hendak berhenti disini.
Kan kalau aku taip panjang lagi banyak je pihak yang kena maki dengan aku.
Berehat kejap.
Hendak mengenangkan betapa bodohnya orang melayu yang minum arak.
dan mengenang betapa 'butanya' mata kerajaan..
Dan isu² arak yang tidak berkesudahan serta isu sebat pesalah arak yang mana layak untuk digelarkan Malaysia adalah NEGARA LAWAK aka Bangang. (positif bukan.?)

Dato Najib,atau Muhyidin Yasin. atau mana² lagi orang atasan yang berkuasa, tak nak ke komen kat blog aku.?

p/s:aku menghargai kerja yang dilakukan oleh jabatan agama islam. Cuma harap diperhebatkan lagi. Kerana kita sudah dalam keadaan tenat sekarang.


Suka entri ini.?

22 comments:

d|n on August 28, 2009 at 9:07 AM said...

ni la islam hadhari..
hukuman islam seboleh2 x nak dilakukan..
dulu nak wat hukuman kisas sape yg xnk??
lu pkla senirik..

Lynda.CG on August 28, 2009 at 12:23 PM said...

paling x bole blah, gmbr yg last .. ces!

ariyon176 on August 28, 2009 at 12:52 PM said...

apa nak heran..islam cara BN..islam yg tuan guru bawa ditentang..apasal ko highlight gambar2 tue..biar jer orang kenal sapa bebudak yang minum arak tue..kalo ko ada masa cari balik gambar2 artis yang kantoi dengan arak..buat satu post..hahaha

surfer957 on August 28, 2009 at 12:57 PM said...

pelik gak aku.. sepatutnya dlm islam, hukuman utk org yg minum arak adalah 80 sebatan.. ni dia nak kena 6 sebatan pon ramai menteri nak kecoh. dan kalo diorang nak tau, hukuman sebat dlm islam x macam barat. dlm islam, aurat kena tutup, kesihatan pesalah dijaga dan hukumannya tidak memudaratkan pesalah. dan lagi, kartika sendiri yg mintak, bagus la tu. ak rasa menteri2 ni pon dah pakat tonggeng air ni kot. sbb tu diorang x nak hukuman camni, diorang takut diorang akan kena.. hai2.. apa nak jadi ngan MALAYSIA..

unwanted on August 28, 2009 at 2:01 PM said...

ariyon, aku tak highlight muka dorg. tp aku jumpa dalam internet memang sudah macam tu.:)

surfer957, itulah, menteri pula yang sibuk.
terbaru datuk Mukhriz pula,
“Mahkamah Syariah wajar timbangkan semula hukuman enam sebatan yang diputuskan ke atas Kartika dengan hukuman lebih ringan,” kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

hukuman sebat sivil tidak sama dengan hukuman sebat cara islam.
padahal sivil yang lebih kejam.
ini macam cara islam pula kejam.
nanti ada masa aku post perbezaan sebat cara sivil dan sebat cara islam.

Abdul on August 29, 2009 at 2:08 AM said...

Kerajaan dah bagi kebenaran la.. buat la apa yang korang nak buat.. kan dia dah bagi slogan dok jerit ramai2.. MALAYSIA BOLEH.. boleh la tu.. hahahaha

pu3aan on September 2, 2009 at 9:07 AM said...

pu3 suke gile ngn entri ni..kalo leh bg bintang..pu3 nak bg berjuta2 bintang..biar mata2 org2 atasan kerajaan kite nmpk skit entri yg berkilau2an nhi..hahahah...

naz on September 2, 2009 at 12:21 PM said...

huh, aku pun br bwat buat isu nih. btw, info ko bro,lbih mantap.keep it up =)

unwanted on September 6, 2009 at 3:43 AM said...

Abdul, dah bagi kebenaran, tetapi ssh sikit hendak buat.:)

pu3aan, kan best kalau orang atasan cam najib atau timbalan yg komen.:)

Naz, entri ko pun apa kurangnya. mantap juga.:)

Anonymous said...

kiamat dah dekat..semua sibuk tempah baju,tempah kuih...buat dosa besar,ARAK,TAK SOLAT,BUKA AURAT,,alamtnya..tempahlah NERAKA.....AUZUBILLAH BUAT AKU DAN KETURUNAN AKU

kamal on December 16, 2009 at 9:24 AM said...

ada kerajaan, tak mahu bertindak, macam mana Islam nak ditegakkan kalau isu arak pun tak banteras sesungguhnya.marilah sokong parti Islam, mungkin akan berubah seperti yang diharapkan

L3onydus on December 28, 2009 at 12:55 AM said...

kerajaan bn lar cmni..babi negara tol..laksanakan islam hadhari larh..wat malu negara islam jew.

Anonymous said...

islam is right when they ban their believers from drinking wine for the sake of social morality

even in outer region of islam alcoholic beverages are banned for minors, workers and soldiers on duty, as well as during driving.

this is because alcohol will slowen a drunk's reaction and thus causes danger while working or driving. for minors, they are considered as unhealthy as cigars.

however, to classify wines as "haram" is a bit confusing.......since this prohibition did not appear until in the middle of rasulullah's dakwah.........if wines is bad for a human god (allah swt) is supposed to prohibit it from the beginning of human's creation.........or does god did not know wine is bad to human until rasulullah's era? isn't god is yang maha mengetahui or the omniscient........who knows everything that were hapenned and will happen in the future?

Anonymous said...

to Anonymous

" however, to classify wines as "haram" is a bit confusing.......since this prohibition did not appear until in the middle of rasulullah's dakwah.........if wines is bad for a human god (allah swt) is supposed to prohibit it from the beginning of human's creation.........or does god did not know wine is bad to human until rasulullah's era? isn't god is yang maha mengetahui or the omniscient........who knows everything that were hapenned and will happen in the future?"

I'll give u a simple answer, at those times, people r use to drinking, opening their 'aurat' and such. Islam religion teaches us slowly, one by one.. people those times are hard 2 be changed, yet were changed slowly..

another simple answer? u cannot force a newborn baby to simply walk and run. they'll go slowly, crawling, standing, walking and running..

more? Islam has this something (I don't remember so well) about direct and indirect ban.

Direct: well, the ban is direct, such as not to saying even 'umh' to ur mother

Indirect: those that fall under it's ban, such as 'don't throw your family and yourself into destruction'. so drinking wine, smoking, drug, and such fall under this.


anymore?? why don't God (Allah SWT)prohibit it from the start u wrote? why don't u wrote prohibit the idea of creating wine instead? humans were supposed to choose good deeds or bad deeds, in order to gain blessing from god, knowing us as Allah creation, slaves.. it's Allah who gives us situation, test and challenge to test our believes/iman.It's Allah who gives us promise of heavens, or r u thinking all of us r going to heavens? come on, even human creates test in order to know who'll qualify for anything..

study Islam without bias thought and then compare it with other religion.. may peace be upon u,

Anonymous said...

hahahahahahahahaha...lawak nya malaysia...

Puan Julia on April 9, 2010 at 11:33 AM said...

Contohilah Negara Brunei yg takut akan dilaknat oleh Allah lalu terus mengharamkan penjualan arak terus dari bumi mereka. Ingatlah...laknat Allah boleh turun kepada semua tak kira kita minum arak atau tak, semua terkena tempias. Doa2 lah ramai2 semoga pak2 menteri kita di kurniakan idea serta jalan utk lebih bertanggungjawab dgn tugas masing2..

Anak2 muda makin parah..

Anonymous said...

puki mak lu la islam tuk guru..agak2 la komen ckp islam care bn.xpenah dlm ajaran islam memecahbelahkan umat..ko ajaran islam tuk guru,yg ni plak islam ajaran uztaz,yg ni plak islam ajaran menteri...palabapak ko..otak ko da kotor sbb terlalu benci pada kerajaan..tu semua pada iman masing2 la..kalo hati da itam tu tetap itam..lu bagi komen umpama menyalak menyalahkan org,padahal salah tu dpd diri sendiri..kalo lu rase betul,lu kene ade rase bertanggungjawab utk banteras skali..bukan nk tuduh sana sini..sikap lu sikap org malas n x bertangungjawab serta penting diri sendiri..walo pepun,wa nk ckp..tuk guru lu bukan maksum suci bagai,pasti ada salah,jadi jgn terlalu mendewa tuk guru lu...

Anonymous said...

haih.... ko ni memalukan org BN ler... takder adab langsung.... cuba la beradab sket... bru leh tepis tuduhan diorang... org cam ko le yg mengiakan tuduhan diorang... Islam ajar tuduhan atau ejekan mahupun tohmahan patut dibalas dengan cara yang baik.... bagi nasihat... bagi sebab... maafkan diorang...
Masa Abu Bakr as-siddiq dikutuk orang sampai tiga kali, pastu baru dia balas, ko tau tak Rasulullah kate ape?
Kali pertama n kedua dia diam, malaikat menolong menepis... tetapi kali ketiga bile dia membalas kutukan tu, syaitan datang join...

ko nak jadi kawan setan ke?? aku tak nak....
tu aku tegur da aku nampak....

Anonymous said...

kemungkinan org kuat kerajaan pon minum arak sama...
sbb 2 hukuman sebat x nak di jalankan dgn adil dan saksama...

Anonymous said...

Saja Perangat balik.. walaupun entri ni dah lama... tapi selalunya entri kita akan hanya tinggal disini.... media masa tak akan melaporkan..... senyap jer.... kesian... kena ikat kot.... takdder kebebasan....

ma'shum dan bidadari on April 8, 2011 at 9:15 AM said...

eman banget yoooo.

ma'shum dan bidadari on April 8, 2011 at 9:25 AM said...

add your texts to give much of knowledge to the students.

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted