Tuesday, August 25, 2009

Kenapa Anda Jangan Jadi "Gemuk"


Gemuk..
Bagi setiap orang tahap gemuk mungkin berbeza. Aku pun tiada skala yang khusus untuk bagitahu bagaimana tahap gemuk diukur.
bagaimanapun, untuk memudahkan, gemuk pada pandangan aku adalah mereka yang tergolong dalam kategori overweight dan obesiti.
Golongan ini mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi 25
Bagi mereka yang tidak tahu berapakan BMI sendiri, bolehlah rujuk disini.BMI calculator
Adakah menjadi satu kelebihan atau kekurangan apabila tergolong dalam golongan yang gemuk/berbadan besar.?
Mengikut pendapat aku, berbadan besar merupakan satu kekurangan dan akan membawa kepada banyak lagi masalah lain samada kepada diri sendiri atau orang lain.

Untuk post ini aku kecualikan orang yang berbadan besar disebabkan penyakit. Sebab itu memang bukan kehendaknya untuk sakit. Tetapi untuk post ini, aku tujukan kepada mereka yang berbadan besar disebabkan pemakanan. Ini kerana bagi aku pemakanan bukanlah satu alasan yang kukuh untuk orang berbadan besar katakan mereka memang dilahirkan dengan berbadan besar.

Berikut adalah sebab yang aku senaraikan,
Kenapa Anda Jangan Jadi Gemuk.


Kesihatan


Kesihatan merupakan antara masalah utama yang mudah dihadapi oleh orang gemuk. Terlalu banyak penyakit yang disebabkan obesiti. Terbaru, kes selsema babi juga mudah berisiko menjangkiti orang yang berpenyakit, salah satu daripadanya adalah mereka yang mengalami obesiti.Penyakit² lain seprti diabetis, darah tinggi dan serangan jantung juga mudah diperolehi.


Join program
Bagi mereka yang berbadan besar, untuk join program yang tidak melibatkan aktiviti yang lasak, tentu tidak menjadi masalah sangat. Tetapi cuba bayangkan kalau aktiviti melibatkan memanjat, emndaki, berlari, melompat dan banyak lagi. tentunya bagi mereka yang berbadan besar amat sukar bagi mereka untuk mengikuti aktiviti ini. Bagi yang aktiviti melibatkan kumpulan, semestinya juga akn membawa masalah kepada kumpulan tersebut.


Sukan
Tidak ramai orang gemuk yang boleh bersukan. terlalu sedikit kalau dibanding kan dengan orang yang bersukan. Sebutlah sukan apa sahaja, boleh dikatakan 90 peratus sukan tidak sesuai dengan orang yang berbadan besar. Hanya sukan tertentu sahaja yang memerlukan orang yang berbadan besar seperti tarik tali. Yang lain², semuanya adalah kekurangan bagi mereka yang berbadan besar.


Kesukaran mendapatkan kerja.

Kebanyakan majikan, mereka inginkan pekerja yang aktif dan senang bergerak sana sini. Dan manjadi orang yang gemuk adalah satu kekurangan apabila melibatkan kerja yang perlu bergerak pantas.Jika ada dua pilihan pekerja yang sama bagus, seorang gemuk, dan seorang biasa. Kemungkinan untuk majikan mengambil orang yang biasa adalah lebih tinggi.


Naik kenderaan

Kenderaan juga merupakan masalah yang selalu dialami oleh orang berbadan besar. Kalau naik lori tak pe la, kalau naik kereta kancil tentu agak sukar untuk 'balance'. Kalau naik motosikal, orang besar akan membawa beban yang lebih kepada motosikal. Kesannya absorber cepat rosak, tayar mudah botak dan tayar mudah bocor.


Kerusi.
Kebanyakan kerusi yang direka adalah direka berdasarkan standard. Kerusi mungkin boleh ditinggikan atau direndahkan, tetapi kerusi tidak boleh laras untuk dibesarkan. selain itu, kerusi juga menjadi masalah utama apabila berada di kedai makan. Kalau kerusi jenis aluminium ok la. Kalau kerusi yang jenis plastik, kemudian buruk pula.Kemungkinan untuk kaki patah adalah tinggi. Dan aku pernah melihat kerusi plastik patah apabila diduduk oleh orang yang gemuk.


Mudah diejek.
Kalu berada di alam dewasa, mungkin situasinya berbeza. Kerana kebanyakkan adlah sudah matang. tetapi kalau di sekolah rendah atau di kampung², orang gemuk adalah antara yang paling senang untuk di ejek. samda panggil boroi, gemuk, gajah dan pelbagai lagi gelaran.


Cepat tersinggung (terasa)
Sebenarnya aku tidak dapat pastikan perkara ini seratus peratus. tetapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, kebanyakan orang gemuk yang aku jumpa dalah jenis mudah terasa.Aku tidak tahu samada itu kebetulan atau tidak.Perempuan terutamanya .Cuba jumpa perempuan dan kata "weh, gemuknya ko". konferm terasa.


Penampilan tidak menarik.

bagi perempuan, penampilan adalah antara perkara yang penting. Biasanya penampilan mencerminkan bagaimana penerimaan orang terhadap mereka. Bagi yang berbadan besar, sukar untuk mereka tampil menarik. Banyak yang tidak kena. Pakai baju kurung nampak besar, pakai sendat nampak lemak. Semuanya tidak menjadi. Nak jadi model.? Sukar sekali.


Rendah diri.
Banyak mana orang gemuk yang dengan bangganya kata mereka hebat. Tidak ramai. Kebanyakkan adalah berada rendah diri. Tidak kira la lelaki atau perempuan. Memang meraka akan senang terasa untuk rendah diri. Lagi² perempuan kerana mereka adalah jenis yang pentingkan penampilan.


Sukar mencari saiz pakaian
Mencari pakaian yang sesuai merupakan antara masalh yang di alami oleh orang yang berbadan besar. Kalau dipasaraya, mungkin tida masalah. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan samada baju program atau baju bundle atau lain², sukar mencari saiz yagn bersesuaian dengan orang yang berbadan besar.

Sukar mencari pasangan

Betul, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. tetapi kita kena berusaha. Kalau tidak, tiadalah istilah mengorat.:). Bagi lelaki, mungkin masalah yagn dialami tidaklah begitu besar. Tetapi bagi perempuan yang berbadan besar, untuk menjumpai pasangan adalah satu perkara yang paling bermasalah. Ini kerana, realitinya, lelaki tidak berminat dengan perempuan yang berbadan besar. Ya, itulah realitinya.

-----------------------------------------------------------------

Apa yang aku post dari pandangan aku.aku tidak membuat rujukan dari buku atau pape. mungkin ada juga yang aku tahu dari pembacaan dan pengalaman aku sendiri.
tujuan aku buat post ini bukanlah hendak merendahkan sesiapa yang dalam golongan badan besar.
tetapi hakikatnya begitulah.
Banyak maslah yang dihadapi jika seseorang berbadan besar.
Berbadan besar adalah satu kekurangan, bukan kelebihan.
Bagi yang berbadan besar/gemuk. Anda perlu berubah..
Ya, anda perlu berubah.
Kalau anda kerap sangat makan, kurangkan makan.
Biar anda sengsara seketika untuk kurang makanan, daripada anda sengsara dikemudian hari.
Jangan terus rasa kecewa dengan kata² orang yang mengejek.
Kerana selagi anda tidak berubah, selagi itulah pandangan orang tidak akan berubah dan berterusanlah anda akan membawa masalah samada kepada diri sendiri atau orang lain.

Jangan harapkan pandangan orang untuk berubah dahulu, kerana anda (orang yang berbadan besar) patut berubah dahulu.

Harap rakyat Malaysia tidak jadi seperti warga Amerika yang mengalamai masalah obesiti yang teruk.


Suka entri ini.?

4 comments:

::alwaniamalini:: on August 25, 2009 at 6:30 PM said...

Setuju dengan fakta no 8,
Cepat tersinggung (terasa)..
Aku dah terasa nih hahahahahahah..

Tapi betulla, berbadan besar ni susah. Untuk kesihatan paling utama. Yang lain-lain tu, insyaallah boleh ubah. Tapi kalau dah tak sihat, dah ada penyakit kronik, chances untuk sembuh sepenuhnya memang susah.... Dah tak boleh ditarik balik dan tak boleh diubah lagi dah...

unwanted on August 28, 2009 at 5:40 AM said...

eh, wani mana ada gemuk sangat..
x pe, bulan pose ni leh turunkan banyak ni..:)

::AnEp:: on September 15, 2009 at 3:14 PM said...

cian kt org gmok..tp kite leh usaha utuk krg brt kiter...xmustahil bnda terjadi..okay..sme kite jge pemakanan kite..huhu slalu bersenam,.,,

Anonymous said...

weh...aku tidak mintak jadi begini...aku minum JUS MATE 5...any suggestion???

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted