Ustaz Asri meninggal dunia.!.
Sungguh, Tidak dijangkakan sama sekali.
Aku mula² tahu pagi tadi apabila ada kawan aku yang bagitahu.
Mula² hendak kata percaya tu tak la sangat.
Tak de dengar sakit, tiba² meninggal dunia.
Tapi kalau bab mati, takkan main² kot.
Dan selepas aku buka internet dan cari sedikit maklumat, memang sah ustaz Asri telah meningal dunia.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Takziah kepada keluarga dan kaum kerabat.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Kematian ustaz asri merupakan satu lagi kehilangan besar dalam industri nasyid tanah air.
Sedap dengar suara ustaz asri yang yang merdu macam ala² arab.
selepas ini, tiada lagi kedengaran suara beliau secara live.
Apapun, setiap yang hidup pasti akan meningal dunia.
Semoga kita akan terus mengingati mati yang boleh datang bila² masa.
Terimalah lagu dari Rabbani, Pergi Tak Kembali.
Berbesar hati aku jika pengunjung blog aku dengar lagu ini sampai habis. Supaya kita terus mengingati mati
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah di baca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal kepada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahgia pulang ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Selamat tinggal kepada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahgia pulang ke sana…
Suka entri ini.?


1 comments:
al-fatihah..
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)