Entri kali ini bukanlah entri berbentuk tutorial atau movie atau pape yang berkaitan.
Entri kali ini sekadar berkongsi perasaan gembira memiliki hp baru..
Nanti kalau aku balik kampung, kawan aku (rosed, wan n aziz) tidak la terkejut.ha3. (dah lama tak jumpa kawan aku ni.:)
Sebenarnya sudah lama aku berhajat untuk membeli hp baru. Tetapi memandangkan hp lama masih ok so tidak jadi beli la aku. Sebab aku dahulu pernah kata "selagi hp lama tak rosak, aku takkan tukar baru". Lepas itu, punyalah lama baru rosak (macam minta rosak pula.ha3). dan baru² ini hp lama mengalami sedikit kebengongan iaitu tidak call cepat putus, bateri cepat habis, hendak taip pun susah dan macam² lagi. Selepas itu, mulalah berlegar di pikiran aku 'inilah masa untuk tukar hp baru'.

Anggaran kewangan untuk hp baru aku budjet dalam RM450 hingga RM550. Hendak beli yang terbaru dipasaran, mencecah ribuan, kalau tidak pun 900+. Mana aku hendak cari duit. Hendak mintak dengan mak dan ayah untuk beli hp, malu aku. dah besar² takkan hendak minta duit lagi.ha3. So kena la cari yang dalam sederhana sahaja. Dah la aku belajar lagi.:)
Pada mulanya aku lebih berminat untuk telefon jenis Nokia. Sebab memang sudah lama aku menggunakan nokia. Tetapi atas nasihat dan pandangan beberapa orang yang aku tanya, mereka kata Sony pun ok. Selepas itu mulalah aku usyar² online hp sony yang dalam lingkungan harga yang aku hendak itu. Terjumpalah beberapa hp yang dalam lingkungan itu.
Lepas itu tibalah masa untuk usyar betul² kat kedai. Pada mulanya aku pergi ke Charlie Photo dalam RM520, lepas tu aku eprgi ke Parit Raja, ada yang RM500, dan bila aku pergi Summit (member aku kata situ murah sikit) aku jumpalah satu kedai yang amoinya boleh tahan cantik la juga, letak harga RM487 dengan memori 2G. Dan ada lagi stok, apa lagi. angkat terus. (Bukan sebab amoi tu cantik ye, sebab harga murah..ha3)

Aku beli hp yang warna hitam. Warna lain yang ada untuk hp ni adalah brown, purple n pink. Aku rasa hitam pun ok. Sekarang ini aku tengah membiasakan diri untuk hp ini. Maklumlah banyak yang kena explore setting dia tu. Macam budak baru belajar teknologi aku ni.ha3. Dan semasa entri ini ditaip, sekali sekala aku menjeling ke hp baru aku ini. Maklumlah mana boleh terlepas pandangan.:)
Suka entri ini.?


18 comments:
tahniah bro...
wah..bli hp baru..hp raye le nih eh??.eheh..kedai kat summit tu kat ne??..leh le pu3 pi usha lak pasni..pu3 pun nk cari hp baru nih..
Huhu..sy pn tukar hp baru gak hari khamis lepas..nokia xpressMusic 5800 dgn harga RM300..beli kat adik. guna tak sampai 6 bulan, dia tukar baru..memang tgh plan nk beli hp pn..rezeki:D
tgh blajar jgk feature nokia sbb sblm i guna SE..
sy pun bru beli hp SE gak c510...xreti guna juga sbb nya sma mcm EN unwanted lah
tahniah..tapi kalu tak silap henfon nie keypad die cpat rosak gtu..da 2 orang member aku kena..tak sampai setaun..
hehe..jangan kecewa..
tahniah..tapi kalu tak silap henfon nie keypad die cpat rosak gtu..da 2 orang member aku kena..tak sampai setaun..
hehe..jangan kecewa..
murah nyer..kawan sy beli rm600 n 700...
prison break, terima kasih..:)
pu3aan, kat summit kedai tingkat 3 dekat dengan tangga. kedai tu pakai lambang hotlink.:)
chiaki, baguslah beli ngan adik. boleh murah lagi. kalau beli second kat kedai bimbang gak la sikit.:)
uchi, c150 pun cantik. Beli warna pe.?
Muhammad, aah. sebelum aku beli aku dah tengok komen² orang terdahulu. Biasa masalah yang dihadapi adalah keypad rosak, dengan kualiti video yang kureng. Kalau gambar ok pula.:). Tp keypad tu aku anggap masalah kecil. jangan barang dalam yg cepat rosak.:)
amy liana, yg kawan beli tu berapa memori dia.? 4g ke.?
SE gambar dia memang cun..
;)
hati2 kadang2 yg mahal tu buatan cina.. mcm hp se c902 sy.. bk dalam dia buatan cina.. sentap kejap tyme tue.. bli dgn mak tyme tue.. then member tgk hp kiter dia pwon bkenan.. tyme tue la bla cina tue bk dlm dia ckp x ori.. yg pelik bin ajaib.. kwn kiter yg bli hp ori tue kamera dia da rosak.. walahal kiter yg da lma gne nie.. x rosak pape pown .. bgantung pd org yg gna jgak.. cuma pelikda nk dkt 4 kali jatuh x rosak pown..
::alwaniamalini::, nnt senang la aku nk ambil gambar. Mana yang aku berkenan aku snap. tp bukan gambar awek lain la..ha3.
BLACK DIAMOND
janagn jatuh kali kelima rosak sudah.:)
kalau tidak silap aku yg ori mmg smpai 500+. klu AP boleh la kurang 500
wah..
sebijik sama ngan enset aku..
ak beli cuti sem lps..
rege die bg rm500 ngan 2gb memory..
setakat arini ak pakai..
henset nie terbaek..
flash pom ok..
tahniah bro..
aku pun br pkai SE K770i ni dgn RM490..memory 2gb..aku rse klu nk bli hp bajet bwh 500, ni la hp yg sesuai..kualiti gmbr ok tp video x sgt..
2 gb je...rm700...giler mahal kan..
sy punya warna hitam...sma mcm unwanted punya warna!!!
azrul, hp ni sesuai untuk yang bajet sederhana tetapi hendak namapak menarik.:)
hairee, mmg gambar ok, tetapi video kureng sikit. Tp gambar tak leh ambil gambar kipas tengah berpusing la.:)
amy liana, aah. aku rasa pun mmg mahal tu. dah terlebih dalam 100+ tu.:)
uchi, warna hitam aku nampak ok sikit. kalau warna brown tu kkurang sikit. kalau warna pink n purple, lagi la tak sesuai.:)
pergghhhh mahal=( insyallah ade duit nak angkat satu
aku dah guna hampi semua jenama hp 'nokia, motorola, samsung dan.." ... tapi akhirnya ku guna camera ada hp... Sony Ericsson... memang lasak... bukan nak promo.. tapi itu kenyataan yg dialami...
anda akan rasainya....
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)