Friday, September 04, 2009

Malaysia Satu - Lagu Rasmi Satu Malaysia Nyanyian Faizal Tahir


Samada anda sedar atau tidak, kita sudah ada lagu untuk gagasan 1Malaysia yang dicanang oleh Datuk Najib. Tajuk lagu tersebut adalah Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir. Lagu ini telah dipilih semasa pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia anjuran stesen radio Hot FM.




Sebelum aku komen lebih, rasanya eloklah kalau korang dengar dahulu lagunya. Lagipun aku tahu korang mesti tak sabar hendak dengar lagu Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir bukan.?..:)


Berikut lirik untuk lagu Malaysia Satu


LAGU: Malaysia Satu

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu
atau gentar
Ku terus berani melangkah
maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu
ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka
yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus
membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

1Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

ARTIS: Faizal Tahir
KOMPOSER: Audi Mok
PENULIS LIRIK: Nur Fatima



Download MP3

DOWNLOAD NOW

Komen :
secara keseluruhan, lirik untuk lagu ini aku rasa ok je.
tetapi ada beberapa yang aku rasa kurang sesuai, rentaknya.
Apabila korang dengar memang rasa memang best berentak rock
lagi² jiwa muda la katakan.:)

Tetapi cuba kalau bayangkan kalau diadakan acara yang rasami atau separa rasmi.
semestinya aku rasa lagu ini tidak sesuai.
Dan ini diakui sendiri oleh Audi Mok selaku komposer lagu ini.

"Sebenarnya, lagu ini bukanlah lagu patriotik. Dan kalau kita dengar muziknya pun, ia memang berbeza dengan lagu patriotik yang lain. Ini berlaku kerana Faizal yang mahu rentak lagu asal diubah supaya peminat tidak keliru dengan konsep lagunya. Jadi saya pun membuat rombakan dan memberikan sentuhan rock dalam lagu ini dan jadilah lagu Malaysia Satu seperti yang anda semua dengar hari ini.



Sebab itu rasanya lagu ini tidak sesuai untuk majlis rasmi.
Cuba anda banyangkan kalau dato² dan menteri² kena nyanyi lagu ini, tidak ke berkerut muka bila hendak masuk bab nada tinggi nanti..:). Kalau anak muda ok la lagu ini.:)

Tetapi memandangkan Datuk kata lagu ini dijadikan lagu 1Malaysia, apa hendak kata. Cuma aku tunggu Dato² dan menteri² nyanyi dengan penuh bersemangat nanti.:)

Kata Perdana Menteri sendiri dalam ucapannya, lagu yang diangkat menjadi lagu rasmi 1Malaysia adalah luahan yang datang dari dalam jiwa dan sanubari rakyat sendiri, lalu didengarkan, dinilai dan dipilih oleh rakyat sendiri.



ok, apa yang ditunggu lagi.
dengar lagu ini selalu dan biarkan anda ingat. nanti tidak la anda terpinga² kalau disuruh nyanyikan lagu ini.:)

p/s:aku rasa penonton pilih berdasarkan artis, bukan sebab lagu.
anda rasa bagaimana.?


Suka entri ini.?

5 comments:

::alwaniamalini:: on September 4, 2009 at 2:15 PM said...

erkk..kena hapal ke lagu nih?uhuhu..perlu ke?perlu ke??hehehe

unwanted on September 4, 2009 at 3:29 PM said...

nanti takut najib buat lawatan mengejut rumah wani, lepas tu dia suruh nyanyi lagu ni, cam mana..ha3

EJ PhotoWorks on September 10, 2009 at 11:10 PM said...

kalau lah lagu melodi mendayu2, berapa kerat yang akan ingat, layan tambah2 anak muda..lagu camni, anak muda, generasi pemimpin at least boleh menghayati lirik secara tak langsung.

unwanted on September 12, 2009 at 8:56 AM said...

lagu mendayu² pun aku tak suka..
hendak nyanyi pun rasa lemah je.

tp cuba tengok lagu jalur gemilang,
"merah mu bara semangat waja
putih mu bersih budi pekerti
kuning berdaulat,payung negara
biru perpaduan kami semua"

kan semangat patriotiknya lain.
rentak ini macam lebih hiburan pula.

Anonymous said...

best la lagu ni .. membuatkan semangat 1Malaysia aku lebih berkobar2~!!

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted