Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri Kepada Semua.


Wah², nampak macam aku pula yang lebih excited untuk sambut aidilfitri ni.
Ucapan pun hendak buat awal je.:)

Adakah anda sudah download dan dengar 35 Koleksi Lagu Raya yang aku uplaod.? Jika belum baik anda tengok semula agar tidak terlepas.(Klik gambar)
Sebenarnya ini adalah entri aku yang terakhir sebelum aku balik kampung.
Entri ini ditaip pada pukul 4.00am, dan aku dijangka akan balik pada pukul 8/9 pagi.
ini bermakna, jika korang baca entri ini selepas waktu itu bermakna aku dalam perjalanan ke kampung.:)

Aku tidak tahu bila aku boleh online kembali. Tetapi jangkaan awal adalah seminggu selepas raya. Kat rumah aku tidak tahu la ada internet atau tidak. aku rasa dah tak de kot.:). Hendak online dikampung agak susah sikit. So, anggaplah masa aku balik kampung ini aku gunakan sepenuhnya ye. Hendak spend masa dengan family selepas sekian lama aku tidak balik(mid sem pun aku tak balik.:).

Bercakap tentang aidilfitri, semestinya umum mengetahui hari tersebut adalah masa yang paling sesuai untuk bermaaf-maafan. dan aku juga ingin mengambil peluang ini untuk melakukan perkara yang sama.

Walaupun semasa entri ini ditaip, aidilfitri belum lagi menjelma, dan oleh kerana aku tidak boleh online semasa aidilfitri, eloklah kiranya aku melakukannya sekarang.

Bersempena dengan aidilfitri yang mulia ini, aku sebagai pemilik blog ini, dengan nick unwanted ingin memohon seribu kemaafan kepada semua orang. Tidak kira samada yang dikenali di dalam dunia maya ini, atau di dunia realiti. Maaf dipohon dari hujung rambut ke hujung kaki. Dan aku tahu ada juga sesetengah penulisan aku yang agak kurang sopan, dengan kata² yang kurang sesuai jika ditujukan kepada seseorang. ampun dan maaf dipinta. Kepada pengunjung blog ini juga, maaf diminta jika aku ada tersalah kata, terkasar bahasa dan apa² sahaja yang menyebabkan anda terasa. Mungkin anda tidak meluahkan dengan kata², tetapi hati manusia siapa yang tahu kan.?
Sekali lagi bersempena dengan aidilfitri yang mulia, aku memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua untuk kesalahan aku samada kecil atau besar.


-----------------------------

Sekarang aku tengah buat persiapan untuk balik kampung. Tengah kemas baju.:) Lagi pun bukan banyak sangat pun aku hendak bawa balik. nanti pakai je la baju yang dah ada kat rumah. Cuma seluar dengan baju yang baru aku beli aku tak lupa la bawa balik.:)

Mungkin ramai juga yang berada diluar sana yang masih belum balik kampung. Mungkin ada yang balik jumaat, sabtu dan ahad!. Aku balik ini pun nanti hendak kemas² rumah sempena kakak aku kahwin pada 24/9.Kira buat kerja 2 dalam satu la, kemas rumah untuk raya dan kahwin.:)

Aku balik nanti dengan moto. Bersama dengan seorang kawan. tetapi dia separuh jalan sahaja. tetapi tidak mengapa bagi aku. Kerana aku sudah biasa. Perjalanan yang bakal ditempuhi nanti adalah selama 6jam. Letih tu ada la juga sikit. Tetapi kata orang tua², alah bisa tegal biasa(betul ke ni.ha3).

Kepada anda² semua yang berada di luar sana yang balik berada dengan kenderaan sendiri, diharapkan anda berhati². Maklumlah, musim perayaan jalan raya penuh sesak.
Biar lambat sedikit, asalkan selamat. Tetapi jangan lambat sangat.:).

Jumpa lagi kemudian.
Salam aidilfitri kepada semua...:)


Suka entri ini.?

2 comments:

IxoR@ on September 17, 2009 at 9:06 PM said...

salam aidilfitri....

bila balik kg tu?

p/s: sudikanlah ambil kad raya di blog ixora ye....

denaihati on September 26, 2009 at 1:39 PM said...

Salam Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Jangan lupa check update contest dan tolong promosikan undian yang dibuat.

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted