Sunday, September 27, 2009

Selamat Pengantin Baru kepada Kakak Aku


Wah, ini entri pertama sejak aku pulang bercuti untuk hari raya minggu lepas.
Apa khabar pengunjung² maya sekalian.? Harap² semuanya sihat dan gembira ye. Kehangatan raya belum habis lagi ni.:)

Amacam duit raya tahun ini.? Makin bertambah atau makin berkurangan.:) Kalau ada yang terasa lebih duit raya tu, meh la bagi kat aku sikit.
Maklumlah, orang sudah besar panjang macam aku ni, takkan nak mintak duit raya lagi.:)

Terasa teruja untuk update blog. dan banyak pula benda yang aku terasa hendak update.
Tetapi, untuk entri kali ini, entri pertama sekembalinya aku dari kampung,
sebuah entri khas kepada kakak aku yang baru melangsungkan perkahwinan pada 24/9/09.
Pasal raya.? rasanya tiada apa yang istimewa sangat. Macam lepas² la raya aku. Yang istimewanya adalah majlis kahwin kakak aku.
Raya pun gembira, tetapi aku lebih rasa gembira sebab kakak aku kahwin.
Gembira macam aku pula yang kahwin..ha3.


Di bawah ini aku letak la beberapa keping gambar bersempena dengan majlis perkahwinan kakak aku ini. Hendak letak semua aku takut sehari menunggu untuk loading beribu keping gambar.:). Jadi aku letak la mana yang bersesuaian.:)


Ini masa pasang bunga manggar. Tak la susah sangat.:)


Check takut² pinggang mangkuk tak cukup ke.:)


Siapa cepat dia dapat tempat yang ekslusif ni.:)


Ini pak saudara aku. Makan awal sikit sebab lepas ni banyak kerja. Jadi saksi aku rasa.


Suasana agak tenang.Ini awal lagi. yang bererabut lepas zohor. Hendak ambil gambar pun tak sempat.:)



awek ni tukang mekap kakak aku. Hendat tahu hasil dia mekap.? tengok gambar bawah nanti. Ini tengah rehat² kot.:)


Barang apa entah tu.:)


Nama lagi raja sehari. tempat pun warna kuning.:)


Tengah mekap. Tak tahu la aku siapa yang ambil gambar.:)


Di masjid menunggu majlis akad bermula


ai, takkan tok kadi tolong isi borang.:)


Dup dap, dup dap. Alah berdebar sikit je. Biasalah tu.:)



Cincin disarung di jari manis (betul kan jari manis.:)..


Posing kat bilik tidur la kejap.:)


Persalinan pink. Dah la rum,ah aku warna pink. Nasib baik la aku tak pakai baju pink.:)


Sebelum seisi makan². Adik aku tolong buat final check sikit. Mana la tahu kot² ada kedudukan yang senget ke.:)


Bergurau senda menambah seri pengantin baru..:)


Kek dari secret resepi. Kek jenis apa entah. Tapi best juga, ada kismis.:)


Gambar ni aku tengok adik aku buat wallpaper masa tu. Aku tak la sampai tahap macam tu..ha3.


Selamat Pengantin Baru kepada kakak aku, Zakiah dan juga suami, Armal.
Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..


p/s:Aku ni bila la hendak kahwin..ha3


Suka entri ini.?

8 comments:

Anonymous said...

manis la kakak awak..

prince mamat on September 27, 2009 at 6:47 PM said...

waaaaa...
meriah2...syok jugak ni time kawen2..
kakak da kawen, adiknye plak bile?
hahahahaha

prince mamat on September 27, 2009 at 6:47 PM said...
This comment has been removed by the author.
dzaine17 on September 27, 2009 at 8:39 PM said...

Salam-bro bila nak kawin mcm bukan suasana di kpg je apap2 pun tahniah dari i

dzaine17 on September 27, 2009 at 8:40 PM said...

Salam-bro bila nak kawin mcm bukan suasana di kpg je apap2 pun tahniah dari i

dzaine17 on September 27, 2009 at 8:40 PM said...

Salam-bro bila nak kawin mcm bukan suasana di kpg je apap2 pun tahniah dari i

::alwaniamalini:: on September 29, 2009 at 10:22 AM said...

wah wahh..kakak anda sangat cantik :)

Anonymous said...

abg ipar x ensemm

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted