Wednesday, October 14, 2009

Buang Bayi - Kan Aku Dah Kata


Rasanya baru sangat lagi aku buat entri pasal buang bayi ni.
Kalau sesiapa yang buka dari muka depan, ada nampak lagi entri tu.
Kalau ada yang masih belum baca entri aku pasal musim buang bayi dan musim mengawan, bolehlah jenguk² dahulu sebelum baca entri ini.

Sebenarnya aku terpikir hendak buat entri baru bertajuk ini.
"buang bayi, kenapa wanita dipersalahkan.?"
Itu aku sudah rancang untuk buat,
tetapi memandangkan aku ada terbaca dua tiga kali juga berita pasal buang bayi ini selepas aku buat entri sebelum ini,
Maka aku memutuskan untuk membuat entri ini dahulu, Buang bayi - kan aku dah kata"


Kalau anda perasan, entri sebelum ini bertarikh 7 Oktober 2009, dan aku letakkan satu berita yang bertarikh 6 Oktober 2009.

Dan entri kali ini aku letakkan berita² selepas 6 oktober 2009, dan secara tidak langsung mengukuhkan penyataan "kan aku dah kata".


Ini adalah hari sama aku buat entri tersebut.!


7 Oktober 2009
Buang janin di tandas sekolah

RAWANG: Sebuah sekolah rendah di sini, gempar apabila seorang murid perempuan menemui satu janin berusia kurang dua bulan dalam tandas ketika mahu membuang air, kira-kira 11.30 pagi kelmarin.

Murid yang enggan dikenali itu, berkata dia menyangka objek masih berdarah itu kotak rokok berwarna merah kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini.

Katanya, terlalu takut melihatkan kesan tompokan darah yang banyak menyebabkan dia terus memberitahu guru kelas perkara itu.





11 Oktober 2009
Periksa klinik swasta jejak ibu `bayi ajaib’

JOHOR BAHRU: Polis menjalankan gerakan pemeriksaan di semua klinik swasta dan singseh di Kota Tinggi bagi menjejak ibu ‘bayi ajaib’ yang masih belum dipotong tali pusatnya dan disumbat dalam beg sandang sebelum ditinggalkan di bilik air sebuah hotel bajet di bandar itu, malam Khamis lalu.

Pemeriksaan itu dibuat bagi mengesan kemungkinan ibu bayi terbabit mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan selepas bersalin kerana kelazimannya wanita baru melahirkan anak mengalami banyak kehilangan darah dan memerlukan rawatan pemulihan.




12 oktober 2009
Janin dalam lubang cetek

buang bayi
MELAKA: Gerak hati serta pengalaman sebagai penjaga dan penggali kubur membuatkan Zul Zelan Bakar, 35, cepat mengesyaki sesuatu apabila terpandang keganjilan pada permukaan tanah di Tanah Perkuburan Jelutung, Ayer Keroh, dekat sini, ketika mengebumikan jenazah seorang bayi sehingga membawa kepada penemuan janin lengkap sifat dalam lubang cetek, semalam.

Janin itu ditemui dibungkus dalam kain putih dan plastik, ditanam dalam lubang kira-kira 10.16 sentimeter selepas Zul bersama bapa saudaranya, Md Said Bachik, 46, menggali kubur yang mempunyai kesan seperti dikorek selepas mereka selesai mengebumikan jenazah bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan di tanah perkuburan itu, kira-kira jam 11 pagi.



Ini pula rentetan kepada berita 12 Oktober 2009


Selasa 13 oktober 2009
Gugur janin 5 hari sebelum ditemui

MELAKA: Hasil bedah siasat terhadap janin yang ditemui ditanam secara haram dalam lubang cetek oleh seorang penggali kubur di tanah perkuburan Islam Jelutong, Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin, disahkan janin perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata hasil laporan bedah siasat oleh Pakar Patologi Hospital Melaka (HM) menunjukkan janin itu dipercayai digugurkan lima hari sebelum ditemui.

“Doktor mengesahkan janin terbabit berusia lima bulan dengan berat 200 gram dan sepanjang 37 sentimeter,” katanya.



Dan satu lagi kes buang bayi pada 13 Oktober 2009. (entri ini di post pada 14 Oktober 2009 !)


Selasa 13 oktober
Mayat bayi lelaki ditemui depan masjid
buang bayi
SUNGAI PETANI: Seorang petugas Masjid Taman Keladi, di sini, yang ke masjid berkenaan pagi semalam untuk memeriksa struktur bumbung bangunan itu yang bocor, terkejut apabila menemui bungkusan berisi mayat bayi lelaki.

Zulkifli Said, 56, yang juga Pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Musolla Al-Abrar, di sini, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi sebaik dia membuka pintu pagar masjid itu yang dijadikan kelas Kafa yang tidak berkunci.

Katanya, sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid dia terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala selain pelapik yang diletakkan di depan pintu masuk.



---------------------------------

Sakit hati juga la aku bila buat entri ini.
siapa yang tidak sakit hati bila membaca berita² seperti ini.
Tetapi itulah yang berlaku sekarang.

dan itu yang dilaporkan, dan diketahui.
Yang tidak dilaporkan dan tidak diketahui banyak mana.?
Yang lahir anak luar nikah dalam "musim beranak" ni banyak mana..?

Jelas menunjukkan betapa teruknya keadaan "orang melayu" sekarang.

Selepas ini, aku memang akan menjangkakan ada lagi kes buang bayi ini.
tetapi aku tidak akan buat post berkaitan keratan akhbar lagi.
kerana "musim buang bayi dan musim beranak" ini sudah dapat dijangka.


ADA SATU PERKARA...
Selepas korang baca entri ini kebanyakan korang akan salahkan perempuan yang buang bayi tersebut kan.?
dalam hati korang akan kata macam ini.
"bodoh betul la orang buang bayi ni."
"bengong sungguh perempuan ni"

tidak pun
"bodoh punya perempuan, orang lain nk bayi, dia buang bayi".
dan apa² lagi yang kebanyakkannya akan menghentam perempuan.

So, untuk entri selepas ini,

aku akan buat satu entri yang 'backup' perempuan dengan tajuk...
"Buang bayi - Kenapa perempuan dipersalahkan"


Suka entri ini.?

12 comments:

oRkId eDyLiYnE on October 14, 2009 at 12:07 PM said...

biasalah menyalahkan perempuan tu sebab time baby tu keluar, mak dia yang keluarkan...

tapi kita tak boleh salahkan perempuan yang buang tu je...
habis yang ada kena mengena yang lain tu???
dah baby tu jadi, so, takkan sebelah pihak je kan...

p/s: kita baru kat sini... entry lepas ada baca tapi tak tinggalkan apa2 sebab vedio tu kita tak dapat tengok...
=)

♥chiaki♥ on October 14, 2009 at 12:47 PM said...

tu la kan. asek nampak pmpuan je yg salah..yg si penyumbang benih haram tu takde plak orang kesah..dunia dunia..

unwanted on October 14, 2009 at 1:42 PM said...

oRkId eDyLiYnE, Selamat datang .:)

♥chiaki♥, sebab itu lah nanti aku akan buat entri yang akan nampak betapa lelaki yang bersalah sebenarnya..

kawie2020 on October 14, 2009 at 3:24 PM said...

salam kengkawan...

dalam kes ini, x bleh lelaki atau pompuan yg harus dipersalahkan...

byk faktor menyumbang kejadian ini...

Jgn asyik dok salah sana sini tp penyelesaian nye habok pon x der...

LiLohOnEy on October 14, 2009 at 4:23 PM said...

mmg pmpuan jgk ada salahnya..tp bkn pmpuan semata2..dah makan sama2,,patutnya simpan la sama2..ni tak..pmpuan jgk yg jd mgsa tunding jari..

haih!

apeqchan on October 14, 2009 at 7:37 PM said...

x layak dipanggil manusia kepada mereka yang melakukan perkara2 ini....

TinyTinaTuna said...

dalam hal ni..
prempuan ke laki ker..
ikut keadaan jika nk disalahkan..
tak bleh nak trus mnuduh bkan2 jer..
biar ikut keadaan..
contohnya,kalo perempuan tu kena rogol dn mengandung..itu bukan secara paksa..dia x nak pun benda tu trjadi..jdi bla bayi tu lahir..mmg x dnafikan ade sglintir yg dpat trima,ada yg x dpat trima..mungkin trlalu ikut prasaan krana trtekan,sbb tu yg jdik kes buang bayi...tpi nak salahkan pompuan 2 pon x leh gak sbb die trtekan..mgkin mase tu dia x sedia lgi..tbe2 mngandung!kan sakit hati!mmg kalo ikut akal,kena bnyak brsabar...cuba kalo die x ade asas agame ke..atau lahir dri kuarge yg mmg x de pgangan...mngkin die x dpt trima..lgipun dlm waktu2 trtekan,setan mudah masuk..nak kawal setan ni bukannya senang lg2 kalo org tu x kuat agame...so kat cni...LELAKI tu yg salah...
contoh lain plak,
kalo dua2 laki pompuan yg buat zina,pastu pregnant..itu mmg dua2 salahla...
x bleh nak tuding ke prpmuan aje...dua2 patut kena hukum..

ok..tulah saje yg nak 'dibebelkan'.kalo ade salah,sorry yek,,itu pndangan sye aje...
oklah..byebye

unwanted on October 16, 2009 at 11:20 PM said...

kawie2020,
penyelesaian ada.
Cuma boleh lakasana atau tidak sahaja di malaysia.
tgklah isu sebat pesalah arak.
kan riuh.Padahal baru seorang (wanita)

LiLohOnEy, betul tu.
perempuan adalah mangsa tuding jadi.
lelaki hilang entah kemana.

Memang banyak 'cara' sehingga boleh terjadi kes buang bayi.
Seperti yang dikatakan oleh TinyTinaTuna

nory izecson on October 17, 2009 at 3:34 AM said...

sebab tu la aku anti betul dgn org kapel2 ni.. budaya kapel la permulaan kpd kes2 zina ni.. nauzubillahiminzalik..moga dijauhkan aku daripadanya..amin..

Putra Al-Maliki on October 17, 2009 at 10:31 AM said...

nie semua berlaku kerana kurangnya didikan agama yang diterima..dahla jahil agama tpi malas pulak nk gi ke kls2 pengajian agama.. biler kurang didikan agama + lemahnya iman, maka mudah untuk anasir2 jahat meresap ke dalam hati dan fikiran sehingga terjadinya kes2 sebegini...na'uzubillah...

HuNnY on October 17, 2009 at 8:18 PM said...

time kasih sbb nk wat entri yg backup pompuan..
slalu sgt sume masalah buang bayi ni pompuan yg disalahkan,tp public lupa,klu xde laki,xjadi jgk bnda ni...
mereka memang slah,tp everybody deserve a second chance right??

dhia nor hashim shah on October 28, 2009 at 12:04 PM said...

yup, lelaki punye salah 75%, pompuan punye salah 25%

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted