Wednesday, October 21, 2009

Buang Bayi - Kenapa Perempuan Dipersalahkan.? : Part 1


Sebelum ini aku ada membuat post berkaitan masalah yang melanda apabila tibanya bulan Oktober saban tahun. Masalah yang sebenarnya berlaku hampir setiap hari, tetapi peningkatan yang mendadak pada bulan Oktober. Masalah buang bayi. Dan memang tidak akan asing jika kebelakangan ini anda akan membaca akhbar yang menyiarkan kes buang bayi.

Jika anda masih lagi belum membaca apa apa yang aku taip sebelum ini. rasanya elok juga anda membaca 2 post aku terdahulu iaitu
1)Buang bayi - Musimnya Sudah Bermula
2)Buang Bayi - Kan Aku dah Kata

Rasanya lepas anda baca 2 entri sebelum ini, barulah sesuai anda membaca entri ini, Buang Bayi - Kenapa Perempuan Dipersalahkan.

buang bayi

Untuk entri ini, aku sebenarnya aku hanya pikir untuk buat satu entri sahaja. Tetapi selepas aku menaip, tidak sedar pula bahawa entri sudah agak panjang. oleh itu aku buat 2 part. Apa yang korang baca ini adalah part 1 dahulu. Nanti aku akan post pula part 2.

Ini kerana pada mulanya aku hanya ingin buat huraian. Tetapi ada satu ketika terlintas dalam pikiran aku untuk buat bentuk lain. Huraian dan perbincangan pasal ini mungkin anda pernah jumpa samada dalam internet atau majalah.

Mungkin anda tidak pernah membaca kes buang bayi dalam bentuk kronologi. So, tujuan aku buat dalam bentuk kronologi supaya untuk lebih memudahkan pembaca menilai dari aspek pembacaan yang berbeza. Dari kronologi ini, anda boleh menilai mana bahagian 'salah' lelaki, dan mana bahagian 'salah' perempuan.
Bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa dan tidak mencari penyelesaian. Tetapi sebagai renungan dan juga untuk kesedaran kepada masalah yang semakin menjadi² ini.

Berikut adalah keratan Harian Metro pada 19 Oktober


Metro 19 oktober 2009

Nota iringi mayat bayi

PONTIAN: “Maafkan saya, saya terpaksa tinggalkan arwah anak saya dan tolong kebumikannya. Saya mangsa penganiayaan selamat bersalin Ahad jam 6.10 petang,” demikian isi kandungan sekeping nota ditemui bersama mayat seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di depan Klinik Kesihatan Parit Haji Arif, Benut di sini, Isnin lalu.



Memang agak kebetulan aku hendak buat entri ini, dan terbaca berita seperti ini.
Sebelum ini aku tidak merancang pun untuk menerbitkan keratan akhbar.

Dan apabila bercakap pasal buang bayi, semestinya ramai yang akan menyalahkan perempuan. Terutamanya lelaki.! dan perempuan juga akan menyalahkan perempuan, tetapi ada juga jenis yang memahami jiwa kenapa seorang perempuan membuang bayi.
Perempuan lebih memahami jiwa perempuan. Betul kan.?. Bukan hendak kata simpati semata², tetapi bagi mereka yang berpikir panjang, mereka akan tahu bahawa salah asalnya adalah lelaki. Tetapi masyarakat terus berprejudis terhadap perempuan yang membuang bayi..

Buang bayi ini dibuat oleh beberapa golongan perempuan yang tertentu. ada dari golongan 'baik' dan ada dari golongan yang 'tidak baik'. anda tidak boleh andaikan bahawa perempuan yang buang bayi adalah perempuan yang jenis clubbing, merokok, dan minum arak. Malahan pelajar sekolah agama pun boleh terlibat dalam kes buang bayi.
pelajar sekolah agama buang bayi


Cuba anda baca kembali keratan akhbar di atas, menurut pembuang bayi, dia telah dianiaya. Memang kita tidak tahu samada betul atau tidak. Kita tiada bukti. Tetapi berdasarkan dari apa yang aku baca lepas², kebanyakan kes buang bayi ini datangnya dari golongan yang 'baik', yang ditipu oleh agenda jahat lelaki dan juga golongan perempuan yang masih belum matang untuk menongkah arus kehidupan.

Aku akan buat satu kronologi yang aku reka sendiri. Ya, aku reka sendiri yang menunjukkan bagaimana satu kemungkinan yang boleh terjadinya ke buang bayi. Walaupun ada yang mengatakan ada pelbagai cara yang boleh terjadi sampai kes buang bayi, tetapi kes ini adalah salah satu cara yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini seterusnya kemungkinan untuk berlakunya kes buang bayi..


Anda Baca, Anda Pikir, Anda Nilai....

  • 1)Saat mula berkenalan, adalah biasa bagi seorang lelaki akan memikat seorang perempuan. Ada juga yang perempuan memikat lelaki. Tetapi kurang. Semasa hendak tackle sesorang awek, pelbagai cara yang digunakan untuk membuat si perempuan terpikat.


  • 2)Apabila sudah terpikat, biasalah untuk saling berbalas sms, keluar makan bersama², menonton wayang dan pelbagai lagi masa yang dihabiskan bersama.


  • 3)Pada permulaan keluar bersama, jarang sekali pasangan akan terus berpegang tangan, suap menyuap atau berpeluk pinggang. Memang pelik kalau kali pertama sudah pegang tangan. Masa permulaan hubungan, biasanya diambil untuk mengenal hati dan budi.


  • 4)Setelah dalam jangka masa yang tertentu, si lelaki akan mula berani untuk memegang tangan perempuan. dan seterusnya apabila lama sedikit sudah pandai peluk pinggang.
    Ya, lelaki yang mulakan dahulu.


  • 5)Bagi perempuan yang berada dalam kategori "baik", pegang tangan mungkin biasa tetapi bagi yang "sangat baik" sukar untuk pegang tangan. Tetapi dengan pujuk lelaki, akhirnya bagilah juga untuk pengang tangan. Lelaki yang 'melanggar' batas sepatutnya.


  • 6)Setelah sekian lama berpegang tangan, dan suap menyuap. Sampai kepada satu tahap lagi. iaitu mencium pipi. Permulaannya akan ditentang keras oleh perempuan. Dan dek pujuk rayu lelaki,bagilah pipi untuk di cium oleh lelaki. masih lagi salah lelaki. Perempuan adalah mangsa pujuk rayu. Jangan asyik kata perempuan tak boleh jaga diri, lelaki pun tidak boleh jaga diri. Lelaki yang meminta.!


  • 7)Cium pipi tidak akan berhenti begitu sahaja, apabila sudah lama, lelaki akan meminta satu lagi perkara dari perempuan, iaitu cium mulut. sama keadaannya seperti cium pipi tadi, memang akan ditentang keras pada permulaannya. Lama kelamaan, akibat pujuk rayu lelaki, dan rasa sayang terhadap lelaki maka ciumlah mulut... Bagi lelaki, memanglah best, tetapi bagi perempuan ada yang best, ada yang tidak rela tetapi terpaksa. Lelaki yang salah.


  • 8)Selepas agak lama, pasangan akan berpikir untuk pergi melancong kemana²..Dan kes seterusnya yang aku bagitahu juga boeh terjadi tanpa melancong.!. Pada mulanya mungkin dekat² sahaja, tetapi lama² akan pergi jauh. dan bagi yang pergi jauh dan terpaksa bermalam, bermulalah episod hitam dalam hidup seseorang perempuan.


  • 9)Bagi lelaki, seboleh-bolehnya dia ingin tinggal sebilik dengan perempuan. Tetapi bagi perempuan, buat pertama kalinya, atau baru², mereka akan takut untuk tinggal sebilik. Ye, perempuan pikir tentang keselamtannya. Tetapi lelaki akan memujuk perempuan untuk tinggal sebilik. Kemungkinan ayat yang dikeluarkan oleh si lelaki adalah :

    " ala sayang ni, takkan dengan abang pun sayang tidak percaya. sayang kan sudah lama kenal abang. abang kan boyfriend sayang. Lagipun kan kita hendak bercuti je".

    dan perempuan, hendak tak hendak,setelah didesak berkali² terpaksalah bersetuju dan dengan harapan lelaki mengotakan janjinya untuk tidak melakukan apa²!.


  • 10)Apabila sudah melancong dan tinggal sebilik. saat hitam dalam hidup perempuan menjelma. Lelaki akan mengajak perempuan untuk melakukan seks. Perempuan akan menolak sekeras-kerasnya. dan mungkin ada yang menangis untuk menolak pemintaan lelaki. Tetapi lelaki akan terus meminta dan menabur pelbagai janji² yang manis.


  • 11)Seks kali pertama bagi perempuan untuk kes seperti ini boleh terjadi dalam 3 cara (dan mungkin juga cara² lain)

    • i )Si lelaki memasukkan pil tidur ke dalam minuman.
      ii)Perlakuan seks dilakukan sepenuhnya dengan kekerasan
      iii) Perlakuan seks dilakukan dengan keadaan paksa-rela oleh perempuan.


  • 12)Bagi keadaan paksa-rela, pada asalnya perempuan menolak untuk melakukan hubungan seks. Tetapi selepas dipujuk oleh lelaki, maka perempuan terpaksa merelakan tubuh diratah oleh lelaki. Antara ayat² yang famous yang digunakan oleh lelaki untuk memerangkap perempuan buat pertama kali adalah :

    • i)sayang, abang berjanji abang akan mengambil sayang sebagai isteri selepas ini. abang bertanggungjawab dengan apa yang abang lakukan.
      ii)sayang, apa buktinya sayang betul² sayang dan cinta kat abang. Abang minta ini pun tak boleh.
      iii)Hanya sayang seorang yang bertahta di hati abang. Abang tak sanggup untuk kehilangan sayang, sebab itu abang minta untuk kita lakukan hubungan seks. Selepas ini, tiada siapa dapat memisahkan kita lagi.


  • 13) Setelah dipujuk rayu oleh lelaki durjana (LELAKI YANG JAHAT) maka berlakulah sesuatu yang tidak akan kembali lagi dalam hidup perempuan, DARA, dan juga akan teringatlah kisah kali pertama dia melakukan hubungan seks sehingga akhir hayatnya..
    Menyesal atau tidak, ianya telah berlaku. Dan semuanya disebabkan oleh si lelaki yang durjana. jangan salahkan perempuan tidak pandai jaga badan, salahkan lelaki tidak pandai jaga diri dan pasangan.


  • 14) Apabila kali pertama melakukan hubungan seks, kebiasaannya perempuan akan menangis mengenangkan apa yang di telah lakukan. Memang normal perempuan akan menyesal setelah hubungan seks selesai buat pertama kalinya. si lelaku durjana akan memujuk dengan kata² yang manis seperti

    • i)sayang, jangan bimbang abang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku antara kita
      ii)Sayang dah buktikan memang sayang cintakan abang sahaja. abang pun seperti itu, cintakan sayang seorang sahaja
      iii)Sayang jangan menangis, selepas ini tiada apa yang dapat memisahkan kita


  • 15) Dan akhirnya setelah dipujuk rayu dan ditabur janji² manis, perempuan akan mempercayai kata² lelaki itu. Ya, harapan perempuan tinggi sekali untuk si lelaki bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku antara mereka berdua...


  • 16) Habis disitu kisah di kawasan peranginan yang merupakan permulaan kisah hitam dalam hidup seorang perempuan..satu sejarah yang pasti akan dikenang sepanjang hayat oleh seorang perempuan. Bagi lelaki, mungkin juga akan ingat. tetapi kisah lelaki dan perempuan bagi kes melakukan hubungan seks adalah kisah yang berbeza.....


  • -----------------------------------------------------

    Adakah kisah ini akan habis begitu sahaja dan lelaki akan tidak mengulangi perbuatan itu dan terus melamar perempuan tersebut untuk berkahwin..?
    TIDAK.....
    Silaplah siapa yang akan kata habis begitu sahaja..
    Siapa yang tidak kenal lelaki.?
    Kalau 10 orang lelaki, berapa sahaja yang boleh dipercayai untuk kes ini.?

    Cukup disini dahulu aku buat kronologi "ke aras" kes buang bayi..
    Mungkin korang pun boleh agak selepasnya.
    Tetapi aku akan teruskan juga untuk part 2 kemudian hari.

    Even dalam kes kronologi 1 seperti ini, orang ramai masih lagi menyalahkan perempuan kerana tidak pandai menjaga diri.! sedangkan lelaki penuh dengan sifat kedurjanaan.. Pelik sungguh..

    Untuk part 1 ini,
    Anda nilai sendiri..
    Mana salah lelaki..
    Mana salah perempuan...

    Untuk part 2, aku akan buat sambungan untuk kronologi seterusnya dan huraian serta kesimpulan kepada topik 'Buang Bayi - Kenapa Perempuan Dipersalahkan"


    To be continued..........


    Suka entri ini.?

    32 comments:

    Anonymous said...

    lelaki memang jahat..sebab 2 sampai sekarang susah sgt nk cari leleki yang betol2 leh dipercayai.bile jadi cam nie,semua perempuan dipersalahkan.perempuan jadi mangsa keadaan.untuk perempuan d luar sane yang ngah bercouple 'tlg jgn percaye kat pakwe korang 100%'..mereke nie golongan yang lembut lidah,berjanji manis.betol cakap Tuan Guru Nik Aziz,negara kite skrg terlampau mengejar pembangunan fizikal sehingga terlupe kpd pembangunan akhlak utk rakyat jelata.mcm2 hiburan disogokkan,inilah natijahnye...skrg nie bukan mase untk nk tunding jari..tp kite kena bersatu mcmmane nk tangani masalah moral ini.

    iera

    mejakayu said...

    due2 salah...

    pu3aan on October 21, 2009 at 12:50 PM said...

    hmm..

    sI tEDI on October 21, 2009 at 1:41 PM said...

    yup!! selalu perempuan yg dapat di kesan sbb dia melahir.,.

    si jantan keparat tepuk tgn!clap! clap!!clap!!

    unwanted on October 21, 2009 at 1:46 PM said...

    iera, betul kata iera. lelaki adalah golongan yang begitu manis berkata²..
    aku.? erm. lelaki juga..:)

    mejakayu, mmg klu secara amnya, dalam skop yang begitu luas kedua²nya salah. tetapi keadaannya adalah tidak sama.

    contoh.:
    A mencuri RM10.
    B mencuri, merompak, membunuh, merogol...

    Memang A dan B , kedua²nya salah
    tetapi sama ke 'salah' mereka tu..?

    pu3aan, mungkin ada sesuatu yang terpikir dalam hati tetapi tidak terluah.?..:)

    LiLohOnEy on October 21, 2009 at 4:33 PM said...

    npk mcm bekap kaum hawa ;)

    kronologi yg menarik..sy suka..sy mmg sgt minat isu2 mcm ni yg melibatkan kanak2,,remaja dan wanita..mmg dr satu segi lelaki salah..dgn pujuk rayu mereka menyebabkan perempuan cair..

    tapi,,,

    perempuan pula,,cuba bertegas..pertahankan apa yang benar..jgn diikutkan sgt permintaan yg gila mcm tu..fikir ke depan..DARA tiada dua..tu yg penting..

    ye,,bg aku tu penting..myb sesetengah org pendapatnya lain..

    bukan nk ckp besar,,tp setakat hilang pakwe walaupun 10tahun kapel tak rugi daripada tanggung dosa sampai bila2..

    dosa zina,,dosa sorok dr ibu bapa,,dosa buang bayi..

    nauzubillahiminzaalik~

    lindungilah kaumku tuhan T___T

    Encik Azizan on October 21, 2009 at 4:42 PM said...

    ble la agknye mereka2 ni nk insaf.sigh

    Melz on October 21, 2009 at 5:35 PM said...

    haha mungkin ada kena ngan pantun aku kali nie unwanted :P hahaa sila jenguk kalau ada mase :P

    unwanted on October 21, 2009 at 8:39 PM said...

    LiLohOnEy , backup² juga.. bukan aku salahkan lelaki semata². tetapi aku cuba hendak tunjukkan bahawa banyak salah lelaki berbanding salah perempuan...

    Bagi yang sudah 'matang' mungkin tahu dan boleh bertegas..
    Bagi yang kali pertama jatuh cinta.?
    Apalah sangat tegasnya kalu dibandingkan rasa cinta buat kali pertama..

    Encik Azizan, insaf itu satu perkara..
    yang penting kesedaran..
    insaf apabila perkara sudah berlaku.
    'anak² remaja' kita perlukan kesedaran untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
    tetapi bila.?
    Itu aku pun tak boleh jawab...

    Melz, ko punya pantun mmg mantap².
    jelaslah ko ni seorang yang begitu pandai berpuisi..:)

    ADAM on October 21, 2009 at 10:18 PM said...

    salam bro...

    aku pikir pompuan xsalah 100 peratus..laki pon slh..perkara ni dah lame aku pikir..sejak aku sekolah menengah lagi aku dah pikir hal nih..hehe

    kadang2 yang aku bengang, dah la buat anak haram, pastu buang anak...bukan ke berganda ganda dosa kat situ..tu yang aku bengang sgt ngan org2 yang mcm tu..

    aku sebenanye nak kongsi kisah sorang pompuan ni, tp aku takot dia ade terjumpa ruangan ni, so, lebih baek aku xyah kongsi kisah hidup dia, aku xnak die tertekan..

    tp, terus terang cakap, laki lg banyak sALAH dari pompuan...

    nabi pesan suh kita ni kaum laki jaga kaum pompuan....bukan makan pompuan...

    Anonymous said...

    kdg2 ktakutan melampaui akal fikiran..sbb tu jln terbaik adalah buang anak..sbb tu gak org yg ngandung ank luar nkah senang bsalin dari org yang branak scara halal/bkahwin..

    Anonymous said...

    klu bab tunding jari..laju je sorang2 ek..klu korang kat tempat dieorng,ape korang akn wat..sebab 2 la kite kene isi diri kite ngan agama.bile duk jauh dari parents da lupe nk solat,ngaji...mende 2 sume perisai diri kite.xkan sape yang bole tlg diri kite selain drpd kite sendiri yg btol2 take care diri kite..

    teh on October 24, 2009 at 2:44 AM said...

    awak ni lelaki ke perempuan??
    huhhu

    entri ini seperti memihak kepada perempuan
    em...setahun aku kapel aku berjaya mempertahan kan prinsip ak
    hee

    tak de laki yang berjaya pegang tangan aku lagi
    apatah lagi yang lain2!
    hahaha

    unwanted on October 24, 2009 at 8:32 AM said...

    ADAM, kalau berkongsi cerita pun apa salahnya.
    tetapi janganlah letak nama.
    sekadar pengajaran bersama..

    Anonymous 1, ini adalah statement yang sangat betul
    "kdg2 ktakutan melampaui akal fikiran"...

    Anonymous 2, bukanlah tujuan aku hendak menuding sangat pun. tujuan aku cuba untuk mengubah persepektif sesetengah pihak yang asyik menyalahkan perempuan sahaja..

    teh, unwanted adalah lelaki..
    tak salahkan buat entri yang 'betul' yang sepatutnya memihak perempuan...:)

    Kalau buat entri yang bab mengumpat, takkan nk memihak perempuan pula..:).

    so, bagi aku tiada dikriminasi gender...:)

    izwan7 on October 24, 2009 at 6:41 PM said...

    it takes two to tango..

    dalam Al-Quran pun tulis azzaniyatu wazzani..kenape pompuan dulu?yes sebab pompuan yang dok pandai2 pakai seksi tunjuk tu tunjuk ni..last2 pompuan yang pakai sopan,tutup litup pun laki durjana tu dok terbayang tengah bogel..

    laki yang takde otak ni pulak yang takleh kawal nafsu ape lagi mule la strategi yg ko tulis kat atas ni tadi..memang betul aku tak nafikan laki yang teruk akan buat sume tu..tapi kene ingat pulak pokok pangkal sebab yg aku tulis awal tadi..

    aku ni takla baik sgt tapi sampai sekarang aku still boleh kawal nafsu & taklah sampai tahap nak 'main' ngan awek aku..nauzubillah

    my view.no offence.

    suraya on October 24, 2009 at 7:43 PM said...

    blog walking.. :)

    saye de gak tulis entry siket lebih kurang mcm entry kamu nih..tapi pasal kes alia aiman.budak 3tahon mati kne blasah/liwat/rogol ngan bf mak die.*sigh*

    http://surayakhalid2503.blogspot.com/2009/10/kalau-tak-nak-jangan-buat.html

    ntah la.bile kes buang baby nih.kite tatao sejarah mak baby tuh cmne.yg mmg jenis sosial ke atau pon golongan 'mangse kpd jejake-yang-x-reti-kawal-nafsu'..

    kalau mak baby adelah golongan mangse, mmg salah jejake.!tapi kalau golongan gadis yg sosial gtu, x boleh salah kan jejake sepenuhnye..huhu

    Anonymous said...

    kalo laki n pompam kuat agame xdenye jadi mcm nie...

    dhia nor hashim shah on October 28, 2009 at 12:00 PM said...

    if perempuan tu teraniaya sekali pun jgn la buang baby, die bukan sampah...makhluk tuhan bernyawa...

    mira said...

    hmmm... entry yg bguz.syabaz

    Anonymous said...

    pempuan yg slh, dh tw prangai laki 2 cmne x hati2 npe? ikut sgt pe yg laki nk. liki ajk smue nk ikut. ade otk pikir r sendiri..

    Anonymous said...

    “agaknya sebab apakah wanita ingin memakai seksi di khalayak ramai? dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?
    ada antara mereka yang memberikan pandangan, “untuk Nampak cantik, uztaz.” katanya sambil tersenyum malu.
    sy bertnya pul, “agaknya knpa nk dtunjkkan kcntikkn tu?”
    tentulah kpda kaum lelaki, ustaz. nk tnjk pd kaum wanita pun ad jg.” sambgnya.
    “baiklah, jk lelaki tersebut sdh tergoda dgn kecantikkn itu, lalu ingin menyentuh bahagian yg indah dilihatnya,boleh atau tidak? sy tnya mguji.
    “ish, ustaz ni! tentulah xboleh. itu dah kira sexual harassment, ustaz!.
    “ jk dmkian, tidakkh wanita mrasakan, tindakan mereka mmparkan bhgian yg mnrik di tubuh mrka jg merupakan gngguan sexual kpd lelaki?
    “yalah, apabila orang llki sdh naik syhwatnya. terlihat pula kcntikan wanita cntohnya, mstila trgnggu syahwatnya. lalu terdetik keinginan sexualnya secara tidak terkawal…krana sy katakn pakaian sexy mrpakan gngguan sexual kpda lelaki sekelilingnya..
    cuba byngkn, kcing yg lapar diacah2 dgn ikan fresh yg dgoyang2kan dihadapannya. tentu kcing itu berasa ‘geram’ dan tidak mustahil dterkmnya ikan itu dan orang yg mngcahnya.
    ttpi perlu ingat, tdak smua kcing akn terkam. hnya yang amat lpr dan liar shj.dmikian jg llki. tidak semua llki gagal mgwal nafsunya, walaupun tidak dinafikan bhwa rami jg yg gagal dan liar…
    “ akhirnya kerana suasan yg tidak sesuai, mngkin krana ramai orang dn dtmpat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman llki liar td.mslhnya , anak2 berumur 7 hingg 12 tahun pula yg mngkin akn menjadi mangsa tempiasan nafsu lki bgini. dan pd ktika itu wanita bertudung, jubah, dan sebagainya tidak lg mmpu mnhan nafsu si lki bgini, asalkan suasan cukup sesuai ( sunyi dan jauh dri pandangan ramai), akan dlpaskan nafsunya scra kekerasan,”


    “ wahai nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita2 beriman, agar melabuhkan tudungnya; yang demikian sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. dan Allah adalah maha pengmpun, lagi maha mengasihani,” ( Al-Ahzab : 59)

    Anonymous said...

    petikan di ats diambil dari buku "untukmu wanita"
    writen by Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

    Anonymous said...

    kembali semula pada agama Allah...Agama yg begitu sempurna perkiraannya.
    disini kita dapat lihat betapa perlunya perlaksanaan hukum hudud..Allah Maha mengetahui..
    menentang hukum hukum smala seperti mnentangNya.
    perjuangkanla agama yg mmpu mengatasi semua permasalahan hidup manusia.

    (ni bkn politik)

    Anonymous said...

    topik ni mmng tdk akan tamat di perbincangkan...
    skiranya, tidak ad tindakan...

    lupakah kita dgn Firman Allah:

    "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (QS. 17 Al Israa -perjalanan malam hari- 32)

    firman Allah lg :

    Bermaksud: Perempuan berzina dan lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan jgnlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu sekumpulan dr org yg beriman.

    Hadis :


    "Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).

    seperti yg kita semua ketahui..couple itu adalah Haram disisi Islam..jauhilah ia kerana ini semua menyumbang kepada permasalahan ini.
    kaum lelaki harus ingat..mereka lbh dpertnggjwb dlm hal ini..dan wanita pula perlu pelihara khormatan mereka..

    firman Allah :

    Laki laki yang berzina tidak nikah melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak menikahinya melainkan laki laki yang berzina atau laki laki yang musyrik. Dan demikian diharamkan atas orang orang mukmin. (QS. 24 An Nuur-cahaya- 3)

    adakah kita mendoakan mereka spya diringankn penderitaan mereka dan supaya llki yg jahat itu bertaubat atas kesalahan mereka.

    Anonymous said...

    Medusa
    http://en.wikipedia.org/wiki/Medusa

    Anonymous said...

    nk mengata kt lki je pun agak2 la... sy bgi satu soklan.. bapak korang laki ke pempuan????????? pikir la yerrrr...

    REDCami on September 7, 2010 at 7:26 AM said...

    tanya diri masing².. dua² ade salah...
    x dinafikan.. dunia da maju..
    tapi sebaik²nya.. biar la maju bersama
    didikan agama yang teguh...
    ingat.. IMAN tu dlm diri sendiri..
    Teguh IMAN teguh lah JATI DIRI...

    Anonymous said...

    Tektik dan teknik yg ditulis td bleh dibuat kajian tu... Makaseh sebab share idea baru.... :-)

    Anonymous said...

    Dua2 berdosa berzina. Tetapi masyarakat kita memang lebih menyalahkan perempuan dalam masalah sosial. Sedangkan Allah SWT telah menetapkan hukuman berzina sama saja bagi lelaki atau perempuan. Tetapi masyarakat kita mudah menuding jari kepada perempuan.
    Pernahkah anda terfikir, perempuan yang melahirkan tersebut mungkin dengan mental yang tidak stabil, dalam keadaan takut, takut keluarga dan masyarakat tidak terima, takut tiada sumber pendapatan, tiada hala tuju, dengan hormon yang tidak stabil. Hormon yang tidak stabil selepas bersalin memang fakta. Sebab itu boleh jadi meroyan. Soalan saya cuma satu, jika lelaki yang menyebabkan perempuan mengandung itu mahu bertanggungjawab mengajaknya berkahwin, takkan perempuan tersebut nak tolak? Jadi kedua2 ibu bapa bayi yang dibuang itu perlu dipertanggungjawabkan, bukan ibunya sahaja.

    Yurzie kawan sebilik ko said...

    ko bab2 ni mang hebat wan,lg dulu smpai sekarang... tp bg aku dua2 salah,klw iman pnuh didada maka xjadi benda2 mcm ni..btul x wan?? ape2 pn MU juara EPL...glory2 Man United,glory2 Man United...hahaha

    Anonymous said...

    kerana perempuan tak tutup aurat........
    kerana ibu bapa tak pandai kawal anak...
    kerana MALAYSIA tak menekankan isu pembangunan agama............

    dheaYAYA on May 23, 2012 at 9:54 AM said...

    kalau ta berani tanggung risiko..jgn buat jahat.. dah buat jahat berani lah tanggung risiko..teraniaya atau tak..blakang kire,,bayi tu jgn bunuh mcm semot..

    Post a Comment

    Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

    Banner X-Change

    aizuddin.com

    .

    Related Posts with Thumbnails
     

    Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted