Monday, October 05, 2009

Keputusan Contest "Hendak Duit Raya Tambahan.? Kongsikan Kisah Raya Anda".


Hari yang ditunggu-tungu akhirnya tiba jua.., wah, ayat mula² hendak gempak je..ha3.

Seperti yang dijanjikan, hari ini adalah hari dimana pemenang untuk peraduan
'Hendak duit raya tambahan,.? Kongsikan kisah raya anda' akan diumumkan.



Sebelum pemenangnya diumumkan,(Mesti ramai yang tidak sabar ni.:) eloklah kiranya aku mecoretkan sedikit cerita pasal peraduan ini ek.

Sebenarnya idea untuk menganjurkan contest sudah lama terlintas dipikiran aku. Cuma mencari masa yang sesuai dengan tajuk yang sesuai. Dan setelah beberapa ketika, aku sudah memutuskan cerita raya aku rasa paling ok. Ini kerana contest ini akan dibuat berdasarkan best atau tidak kisah raya peserta. Oleh itu, semua peserta akan mempunyai peluang yang agak rata berbanding pertandingan menarik bilangan pelawat. Ini kerana jika aku buat pertandingan 'referal' tertinggi, maka peserta dengan bilangan visitor yang rendah akan berpikir banyak kali untuk menyertai.

Jadi apabila aku buat contest yang tidak memerlukan referal yang tinggi, maka peluang untuk peserta bersaing adalah sama. Cuma yang akan membezakan mereka semua adalah berdasarkan cerita yang disampaikan. Bilangan pelawat untuk blog peserta tidak berkaitan langsung.

Contest ini telah diadakan bermula pada 29 September 2009 dan tamat pada 3 Oktober 2009. Hari ahad (4 Oktober 2009) digunakan untuk membaca entri peserta berkaitan raya. sungguh, sebelum itu aku tidak membaca entri peserta sehinggalah sampai hari ahad.

Contest ini telah disertai oleh 13 orang peserta dengan 13 cerita raya yang berbeza ( Ada ke cerita raya yang sama.:), dan dengan senang hatinya aku memaparkan url entri mereka yang menyertai contest ini.


http://alkisahsibelalang.blogspot.com/2009/10/assalamulaikum.html
http://cekkeya.blogspot.com/2009/10/cerpen-raya.html
http://apekesni.blogspot.com/2009/09/semakin-handsome-semakin-banyak-duit.html
http://izzahiqbal.blogspot.com/2009/09/mistik.html
http://cuzshar.com/duniaku/selamat-hari-raya/
http://dahliajournal.blogspot.com/2009/10/entry-pekasam-aidilfitri-2009m-1430h.html
http://ryehannazz.blogspot.com/2009/09/gambar-gambar-raya-part-2.html
http://nurulexplicit88.blogspot.com/2009/09/long-story-of-hari-raya.html
http://luthtextile.com/blog/perjalanan-hidup/riang-ria-aidilfiri-2009
http://tehsafiah.com/2009/raya-yang-best-dan-yang-tak-best/
http://my.mustaffa.org/suka-duka-raya-2009
http://syinrayafa.com/contest-raya-rayaku-bukan-rayamu/
http://apeqchan34.blogspot.com/2009/09/kisah-raya-pertama.html



Pada hari ahad, aku telah membuka kesemua link dan baca satu persatu.
ada pelbagai cerita yang aku baca.
ada yang main mercun, ada yang beraya sampai ke malam, ada yang marah adik, ada yang jumpa kawan, ada kisah suka, ada kisah duka dan pelbagai lagi cerita berkaitan hari raya masing². Sebab itu aku suka cerita hari raya..:)

Setelah membaca kesemua entri peserta, aku telah mengumpulkan beberapa entri yang aku rasakan lebih menarik dan rasa berpeluang untuk menang. (Wah, saringan macam contest besar je.:)


http://luthtextile.com/blog/perjalanan-hidup/riang-ria-aidilfiri-2009
http://cekkeya.blogspot.com/2009/10/cerpen-raya.html
http://dahliajournal.blogspot.com/2009/10/entry-pekasam-aidilfitri-2009m-1430h.html
http://ryehannazz.blogspot.com/2009/09/gambar-gambar-raya-part-2.html
http://tehsafiah.com/2009/raya-yang-best-dan-yang-tak-best/



Dan untuk pengetahuan, entri² ini terpaksa aku baca 2-3 kali untuk memastikan mana satu lagi best.
Ini kerana setiap entri² ini mempunyai kekuatan masing², Ada yang cerita menarik tetapi kurang gambar(cekkeya), ada yang cara letak gambar yang begitu menarik sekali ( luthtextile, dahliajournal,ryehannaz), ada juga yang membuat aku kembali ingat kisah lama masa kecik² dulu (tehsafiah)..:)

Walau bagaimanapaun, seperti yang dijanjikan,seorang pemenang akan dipilih juga. Dan setelah membuat pembacaan dan penelitian serta sehingga terpikir² hingga ke tidur, maka dengan ini aku umumkan secara rasminya..

Pemenang untuk contest "Hendak duit raya tambahan.? Kongsikan kisah raya ada' jatuh kepada...
.
.
.


Tahniah kepada Cekkeya
Tidak dijangka bukan.?
Untuk pengetahuan, teramat sukar untuk aku pilih terutamanya antara cekkeya, luthtextile dan dahliajournal.
Tetapi bila aku buka balik kriteria pemilihan adalah berdasarkan " cerita paling menarik pada pandangan unwanted "

Aku pilih cerita ini sebagai pemenang kerana cara penyampaian yang agak unik berbanding yang lain². Ada dialog gitu. Kisah tertinggal sembahyang raya, (buat ingatan pada semua ye. kena awal pergi sembahyang raya, nasib baik sembahyang sunat.:) selain cerita beliau mengajar adiknya matematik aku rasa kelakar pula.Walaupun hanya ada satu sahaja gambar, tetapi cerita dan kisahnya membuat aku ketawa.ha3.

Kepada peserta² lain, jangan berputus asa.
Adat pertandingan ada kalah ada menang.
Bagi yang menang, tahniah.
Bagi yang tidak menang, tahniah juga kerana anda antara peserta yang menyertai contest ini.

Sekalung penghargaan kepada semua yang menyertai contest ini.
Nanti kalau aku ada buat contest lagi korang jangan lupa untuk menyertai ye.:)

HAPPY BLOGGING..:)

p/s:Ini adalah autopost pada pukul 11.59pagi, 5 Oktober 2009. Oleh itu aku akan hubungi cekkeya apabila aku sudah online nanti.:)


Suka entri ini.?

11 comments:

syinrayafa on October 5, 2009 at 12:07 PM said...

sangkaan aku meleset... cerita luth hanya blh pergi ke separuh akhir je...last kalah..tahniah kpd cekkeya...

unwanted on October 5, 2009 at 1:37 PM said...

luth punya gambar² dan suasana post dia mmg gempak.
tp cerita cekkeya best lagi dan cara penyampaian dia mmg berbeza dengan yang lain.:)

cekkeya on October 5, 2009 at 1:53 PM said...

wah wah wah...!!!

tengkiu unwanted!!! ahahah tengkiu, tengkiu, tengkiu...

ps:// eh, dah sebut kan tengkiu tadi? ahhaha takyah la puji lebih2, dah cukup kembang lubang hidung nih ha..ekekekekkeek

kuizikel on October 5, 2009 at 2:02 PM said...

wah.... bangga aku sbb menjadi salah 1 watak dlm cerpen raya cekkeya... taun dpn pastikan awal gi solat raya (bukan ke taun sebelumnye pon ckp mcm ni gak.. haha)..

unwanted... nanti buat peraduan lagi a.. nak join lak ;)

DaHLia on October 5, 2009 at 4:10 PM said...

uwaa......kalah....!!! penat tgn ni menaip..ekekke...

thanks buat contest ni sbb buat DaHLIa jd nk menaipkan apa yg ada dlm kepala..kalo x, asyik org tanya "mcm mn raya?" jawapan Dahlia " mcm tu laa.. nnti bc kat blog"..entah bila nanti tu...

so contest ni telah memberi motivasi dan perangsang kepadaku...hehehee..ayat cover malu kalah....kikiki...tp dpt top5 tu dah kira mantap la kan..hehehe..

to cekkeya ...CONGRATES!!!
to unwanted ... THANKS n Xsabar nk masuk contest lagik..YEAY!!!

luthtextile on October 5, 2009 at 6:09 PM said...

aaaa.. ok la tuu.. dalam separuh akhir pon kira ok da.. hihihi.. ok bro, takkan la separuh akhir takde pape kot? hehehe..

DaHLia on October 5, 2009 at 7:49 PM said...

dtg klik nuffies jap..
sini jer yg kuar...byk2 blog...sini jer???

yg lain jammed kut

unwanted on October 6, 2009 at 2:12 AM said...

kuizikel, ko watak yang mana satu. Adik yang menangis tu ek..ha3.

DaHLia, sama² dan trima kasih sbb join.:)
pasal nuff tu tak tau la. Nasib baik kot time datang tu ads kuar.:)

luthtextile, separuh akhir belum boleh bagi hadiah lagi. Ekonomi aku pun bukannya kukuh macam ko.:). Aku ni kais pagi, makan dua kali..ha3.

arnamee on October 6, 2009 at 12:21 PM said...

salam. unwanted yg rajin wat contest.
thniah kpd pemenang:)

Ryehanna on October 11, 2009 at 12:01 AM said...

hehehe...

xmenang yer.. xpela. mencuba jer..
tahniah buat pemenang!

*lgpon entry tu dbuat bkn sbb nk join contest.

thanx for the back link tho

:]

unwanted on October 12, 2009 at 6:35 PM said...

x de hal rye.
menang atau tidak no 2.
yang penting kita sama² menghangatkan blogsophere ni.:)

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted