Looking 4 something.??

Custom Search
untuk memudahkan pencarian dalam blog ini, letakkan site:unwanted86.blogspot.com
selepas perkataan yang ditaip dalam ruangan 'search'
contoh, jika mencari berkaitan misteri, taipkan.
misteri site:unwanted86.blogspot.com
tak percaya.?. cuba la

Melayu OH Melayu

Sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang timbul melibatkan orang melayu samada baik atu buruk. Ada yang kata melayu semakin bagus, ada yang kata makin teruk. Ada yang sedar, ada yang tidak sedar.
.
Disebabkan itu aku bercadang untuk membuat beberapa entri akan datang menceritakan pendapat dan pandangan aku terhadap bangsa aku sendiri iaitu MELAYU.
.
Aku sudah letakkan beberapa tajuk untuk entri ini, tetapi tidak dapat memberi tarikh yang tepat untuk publish entri ini. Nanti bila aku berkesempatan menaip, aku akan taip entri pasal melayu ini.
.
1) Oh bangsaku, MELAYU
2) Ada apa dengan MELAYU
3) Kenapa MELAYU sukar berjaya di bumi sendiri
4) Sikap yang perlu diubah oleh orang MELAYU
5) Bagaimana cara MELAYU ingin berjaya

Advertisment

Oh Bangsaku, Melayu

Posted by unwanted

MELAYU..
Sebuah bangsa yang majoritinya tinggal di Malaysia.
ada juga tinggal di Indonesia dan lain², tetapi begitu sinonim dengan Malaysia.
Sebuah bangsa yang mempunyai pelbagai budaya serta dialek yang berbeza ataupun hampir sama bagi setiap negeri.

Aku Melayu..
Ibu Bapa aku melayu.
Adik beradik aku melayu.
Kawan² aku ramai yang melayu..
Memang ramai melayu disekeliling aku.

Ada Melayu Semenanjung
Ada Melayu Sabah dan Sarawak
Ada Melayu Singapura.
Dan banyak lagi jenis² melayu.

Apabila ditanya dari mana Melayu berasal.?
Biasa jawapan yang kita dengar adalah dari Nusantara.
Betul jawapan itu. Memang benar melayu adalah salah satu pecahan dari Nusantara.



Jom kita soroti sedikit sejarah..

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau


Dahulu,
sebut sahaja Melayu, gerun bagi sesiapa yang mendengar..
Pelayar yang hebat.
Peniaga yang berjaya.
Pahlawan yang terkenal.
Semangat patriotik yang begitu tinggi.
Penuh dengan kesopanan dan budi bahasa.

Tetapi itu dahulu..
Sekarang.?
Melayu - Malas
Melayu - Jatuhkan bangsa sendiri
Melayu - Hasad dengki
Melayu - Arak
Melayu - Clubbing

Bukan hendak kata tiada yang tidak baik tentang melayu. ada. Banyak juga yang baik². Tetapi perkara yang tidak baik bertambah saban hari. Tidak kira masalah sosial, rempit, dadah, dan banyak lagi masalah. Hilang tanda kemegahan melayu, timbul kekurangan melayu dek terlalu banyak perkara negatif yang dicetuskan oleh bangsa sendiri.

Aku.?
Bukanlah hendak membuka keburukan melayu untuk mencemarkan bangsa sendiri.
Cuma sekadar peringatan dan juga pendedahan, apa yang sebenarnya telah berlaku dalam bangsa Melayu ketika ini.
Supaya kita sama² sedar dan mengambil iktibar.

Melayu Oh Melayu.
Apa Sudah Jadi Denganmu..

This entry was posted on Sunday, October 25, 2009 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 comments

Anonymous  

sejarahnagarakedah.blogspot

awalnya nenek moyang kita berasal dari cinn, cina selatan

ralat: cinn
harusnya: yunan

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)