Alah, perempuan lebih ramai dari lelaki di sekarang ini.
Jumlah perempuan di Malaysia pun dah lebih dari lelaki.
sebab itu perempuan ramai di universiti.
Apa nak hairan........

Mungkin ini apa yang kebanyakan orang ramai beranggapan.
"Ramai perempuan mendominasi IPT sekarang ini adalah disebabkan jumlah perempuan melebihi lelaki di Malaysia."
Dan suka untuk aku merujuk kepada satu entri dalam blog aku ini yang berkaitan Dominasi perempuan di IPT.(sebab itulah entri ini dibuat.:)
Salah satu komen datang dari pengunjung blog ini adalah seperti berikut
aku rase post ko kali nie silaplaa..
sbnrnyer laki kurang sebab dunia sekarang dah akhir zaman.. ko tau tak nisbah laki dan perempuan sekarang???
1:15 weiiii.... bila da sampai nisbah 1:40 kita phm2 la ek... huhuhu.. so tak heran la kalu perempuan lebih ramai dari laki kat ipta.......
Dan aku balas komen tersebut begini.
eh, mana lak ko kata nisbah sekarang 1:15.
aku rasa 1:3 pun belum tentu sampai..
1:2 pun tak tahu.
da kalau tidak silap aku lelaki lebih ramai dari perempuan.:)
Tetapi benarkah perempuan lebih ramai dari lelaki di IPT disebabkan jumlah perempuan di Malaysia yang lebih ramai dari lelaki.?
aku yakin, ramai yang beranggapan sebegitu.
Dan anda akan sedari bahawa anda tersilap dan anda mesti membaca keseluruhan entri ini untuk mengetahui kisah sebenar.:).
Cuba tanya diri anda sendiri, anda rasa siapa yang lebih ramai, Lelaki atau Perempuan.
Aku percaya rata² akan mengatakan perempuan lebih ramai dengan lelaki sekarang ini.
Oleh itu, aku bawakan bukti yang sebenarnya jumlah lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia dan seterusnya nyatakan bahawa jumlah perempuan ramai di IPT bukanlah disebabkan jumlah mereka yang melebihi lelaki di Malaysia ini.
Jom, kita tengok kepada statistik rakyat Malaysia.
Kesemua statistik ini adalah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
(Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar)
Tengok dari paparan berbentuk 'piramid' ini.
Jumlah lelaki dan perempuan ada pada bahagian bawah piramid.
Lihat paparan yang lebih jelas antara lelaki dan perempuan, dan mungkin anda juga ingin melihat kaum² lain.
Hendak tengok perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar.?
Sama je. Lelaki lebih ramai samada di bandar atau luar bandar
Apakah anda berasa pelik apabila melihat kesemua data² yang ditunjukkan di atas.?
Samada anda boleh terima atau tidak hakikat ini, lelaki lebih ramai dari perempuan di Malaysia.
Persoalan awal tadi berbangkit semula.
Kalau la statistik ini betul, mengapa tidak ramai lelaki di IPT.?(atau bidang profesional lain)
Ada sebabnya kenapa lelaki tidak ramai di IPT(atau lain² bidang profesional).
Oleh itu, disini aku tunjukkan satu lagi data yang sungguh menakjubkan.
Dan ini pun korang hendak atau tidak, kena mengakuinya.
(Ini adalah antara sebabnya, dan banyak lagi sebab² lain)
-------------------------------------------------
Apa yang anda perlu tahu dari entri ini.
- 1) Jumlah lelaki adalah melebihi jumlah perempuan di Malaysia, tidak kira di bandar atau luar bandar
- 2) Data (lelaki lebih ramai) tidak pernah berubah dari tahu 1980 hingga 2008
- 3) Perempuan melebihi lelaki di IPT bukanlah disebabkan jumlah perempuan di Malaysia
- 4) Lelaki tersangat jauh melebihi perempuan dalam penagihan dadah
- 5) Lelaki jauh melebihi perempuan dalam pelbagai jenayah dan berkaitan KECUALI pelacuran dan seangkatan
- 6) Bukan sahaja di IPT, malah perempuan semakin mendominasi bidang² profesional lain, tetapi ramai lelaki (dan juga perempuan sendiri!) akan mengatakan ia disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki di Malaysia
- 7) Jika sebelum ini anda beranggapan perempuan lebih ramai dari lelaki, maka ubahlah tanggapan anda kepada lelaki lebih ramai berbanding perempuan, dan anda ada buktinya berdasarkan statistik jika ada yang menyangkal dakwaan anda.
------------------------------------------
Sudah, sampai setakat itu dahulu entri kali ini.
Kerana aku berasakan korang sudah faham berdasarkan kepada data² dan juga point² di atas.
Ingat sekali lagi,
Lelaki MELEBIHI Perempuan di Malaysia,
Tetapi Perempuan MELEBIHI Lelaki di IPT.
Amacam.?
Percaya ke belum..
Ada sebarang komen.?...:)
Suka entri ini.?


48 comments:
yup aku da percaya. lgpun ada 2 po,puan je dlm family aku. haha
huyo!
aku ingat memang pompuan lebih ramai.
thanks 4 the info! ;)
haah..sy mmg tau ramai laki dr pompuan. tp diwarwarkan ramai pompuan sbb nmpak mcm ramai pompuan kt IPT, ramai pompuan yg andartu dll.
yg sebenarnya laki yg ramai2 tu dah pegi mana ntah..
cuba la bawak berubah kaum laki...awk pemimpin.
haaa tu la dgr lagi ckp org.. sapa kata pmpuan lbih ramai.. mcm bro ckp la... pmpuan lg ramai tp hanya di U.... thanks bro for the info...
lelaki buat jenayah sebelum masuk u..
perempuan buat jenayah lepas grad u..
semua sama..
kalau pikirkan balik...
1. banyak laki isap dadah dari pompuan
2. banyak laki rempit dari pompuan
3. banyak laki jadi askar dari pompuan
4. banyak laki memandu dari pompuan
5. banyak laki isap rokok dari pompuan
6. banyak laki jadi pompuan..
wakakkaa
so kalau dirumuskan... kebanyakkan semua tuh boleh dibawa mati! kan kan kan ? :)
lelaki malas nak sambung belajar selepas spm.
ntah le... lelaki nih pemalu kot.. tu pasal depa dok nyorok bawah jambatan.... lepas tu main nyorok2 dengan polis..... macam2 la... huhuhu
ya ka...baru nak tau..hehe sebab memang betol pun suasana pendapat yg mengganggap lelaki lebih ramai bukan saja di bibir student malah lecturer pun mengiyakannya..so sy anggap ia adalah prespsi yg benar atau mutawatir..tapi bla tgk rangka jumlah tadi..walaupun tak jauh mana jarak jumlahnya tapi ternyata lelaki lebih ramai..syukran
perempuan banyak masuk ipta sebab diorang pandai! aku lelaki aku pown sedar!!
lelaki nie banyak sgt main2 dlm pelajaran! tapi sedar lah manusia!! *mcm aku bukan manusia lak hahaha
sijil2 bukan penentu kehidupan yg baek!
apa2 pow aku nak tau lah nisbah lelaki dgn perempuan!!
pempuan mmg ramai kat ipta contohnye kat uitm S.alam neh kat kelas,kat tempat makan,bus stop semua pempuan ramai..
brooo.....
kitorang nk tau nisbah laki ngan pompuan kat malysia n 1 dunia..
p/s: x kesah r pompuan lg rmai dr lelaki d IPT or BIDANG PROFESIONAL tp.......satu je pompuan x leh wat pe yg laki leh buat..
jawapan nye.....
"POMPUAN X LEH KENCING DLM BOTOL SAMBIL BERDIRI"
kalo x caye try r buat...
hahaha...(just joke k)
UglyPooh:
"cuba la bawak berubah kaum laki...awk pemimpin."
Nasihat yang bagus dari uglypooh. Berubahlah wahai lelaki.
Kap:
"lelaki buat jenayah sebelum masuk u..
perempuan buat jenayah lepas grad u..
semua sama.."
Kalau lelaki buat 1 jenayah, perempuan 1 jenayah, boleh la kata sama walaupun masuk U atau tidak.
Tp aku rasa penjenayah ni majoritinya adalah lelaki..;)
Melz.:
"....so kalau dirumuskan... kebanyakkan semua tuh boleh dibawa mati! kan kan kan ? :)".
Kalau mati cara terhormat macam askar tak pe lagi.
Klu mati hisap dadah..
Cuba tengok balik jumlah penagih lelaki dan perempuan.:)
Anonymous:
"lelaki malas nak sambung belajar selepas spm."
Ini memang ada benarnya.
Sedikit sahaja perempuan tak nk sambung belajar lepas SPM, lelaki berlambak..
Klu tak sambung belajar tp kerja elok² tak pe la juga,
ini jadi sampah masyarakat pula.
Boneka tak sakit:
"perempuan banyak masuk ipta sebab diorang pandai!"
Yang pandai tu ada la. Tp kebanyakannya adalah disebabkan mereka rajin.
siddique87, cuba ko tanya dorang, ada tak yang single..ha3.
Anonymous:
"p/s: x kesah r pompuan lg rmai dr lelaki d IPT or BIDANG PROFESIONAL"
ala masa ni je kata tak kisah.
nanti bila perempuan ramai pastu kerja best², bawa kete besar² baru tahu.
Macam sekarang, ramai mana kes perempuan yang tanggung hidup lelaki.
Lagi tragik klu suami lepak kat umah, isteri yang pergi bekerja.
Patutnya lelaki yang tanggung perempuan.
So sebagai lelaki, ko tak rasa malu pada keadaan sebegitu.?
p/s:cnth ko tu macam agak kasar la..ha3
yesss!!
pilihan akn jadi lebih byk..
haha ^_~
ntah aper nak jadi dgn lelaki2 esp melayu islam sekarang nie.. buat malu jer.. langsung x fikir mase depan.. yg tau nak rosakkan diri sendiri jer..
huhu..entri yang menarik bro....
tapikan bro..bro takkan ke buat entri pasal kenapa lelaki nih kurang masuk U dan mereka kebanyakkannya masuk ke pusat serenti..??
saya rase bro kene laa buat entri lanjutan dari enti nih..
hohoho
LiLohOnEy, jangan tinggalkan daku..ha3
Putra Al-Maliki, betul tu. banyak yang rosakkan diri sendiri.
acap2405, yang pusat serenti tu hanya untuk perbandingan. Bukan maksud aku semua lelaki yang tak masuk u tidak berguna. Ramai lagi yang bagus².Malahan ada yang lagi bagus dari yang masuk u!.
cuma aku buat perbandingan antara "tempat baik" dan "tempat tidak baik", kemudian tengok pada jantinanya..:)
Aku memeng merancang untuk buat entri lanjutan..:)
oh..
thx 4 da info..
bgs2
hehe
thx jg jenguk blog sy...~
n 4 da comment too
=)
sorry to say,tp skrg yg laki masuk ipt pun dh xmcm laki...emmm..sian org pompuan...
no wonder ade problem andartu..huhuhuhuhu..(just saying)
betul tu Hunny,
lelaki sekarang yang kat IPT pun dah macam perempuan..
rami yang lembut..
menyampah i..hahahha
ni yang ak pling mnyampah..rmai mane pn pompuan last2 kl syg sgt kt laki 2,tetap bg jgk badan kt die..kl nak salah kn laki.apsal xcermin diri sendiri dulu..dh ade agama.xpndai2 nk gune ke??huhuhu..cmne pn pompuan ramai ke cikit ke,tetap wajib patuh pada suami..kl xpatuh makna nye dosa besar la tu...Lu Pikir Ar Sendiri.. Assalamualaikum...
tidak..!!!! br cadang nk kawen 4 pat grad...huhu
susah arr nk cr 4 calon...manyak saingn...
uwwaaa!!! T_T
Anonymous 1,pasal bagi badan kat lelaki tu, jangan salahkan perempuan dulu. Salahkan lelaki dulu..Klu tak percaya, cuba pikir sedalam-dalamnya.
tp klu bab patuh pada suami tu, aku amatlah setuju.:)
Anonymous 2..
haha. kawin satu pun belum tentu terlayan,
ini hendak kahwin empat..ha3..
awat perempuan x bnyk.... klau bnyak kn best.. bleh kawin bnyak..
akhaz....
hebat la ko nih...
siap buat research...
bagoz...
akhaz...
ko da bg aku bnyk ilmu dlm blog ko nih...
thankz bro...
wow kawin banyak?
tp student kt jpon byk laki ...T_T
ermmm.... (T_T) (@o@)
ble thn:)
cuba ukur hebat dan baik tu dr aspek islam pulak..pehal pompuan byk masuk neraka..allah silap kira kot...kan nabi berkata bab 'golongan yg sedikit.....
ザ-sylver-shooter,
aah.mmg ramai lelaki kat jepun. klu tak silap kat China pun macam tu.
so nampak ada yang tak kena dengan lelaki di Malaysia ni.:)
Anonymous,
Hakikatmemang perempuan lebih banyak dineraka seperti yang difirmankan oleh Allah,
TETAPI keadaan itu bukan disebabkan oleh pelajaran yang perempuan ada..
Jangan melihat hebat dari satu sudut,agama semata². hebat dunia juga perlu..
Nnt jangan sampai kita hendak hebat di akhirat, tetapi makan minum didunia isteri yang tanggung.
masa itu, mana hebatnya lelaki sebagai ketua keluarga.?
hmm..lepas di bace betul jugak ape yg diperkate kn..
dan kat sini saye nk tambah tntang tanda2 akhir kiamat..yaitu perempuan lebih ramai dari lelaki..
mmg kite sume terus pkir, mst pompuan ramai dari aspek bilangn..tapi bile difikir secare mendalam semua petunjuk yg Allah berikan didalam Al-Quran adalah bersifat general yg mana akn dilengkap kn dgn hadis nabi sebagai huraian secara lebih teperinci..
maka kita semua tidak harus terus berfikir secara lurus sebalik nya fikir kn nye sekali lg..
mybe bilangan pompuan yg ramai 2 adalah disebabkn kekurangan lelaki yg berkuliti dan bagus dalam aspek2 kehidupan nie..jika dikumpulkn semua lelaki..
1) tolak golongn gay dan lembut da seangkatan
2) tolak pula penagih2..
3) yg dalam penjare pulak..
so tak mustahil
RATIO BOYS TO GIRLS = 1:40..
ramai ar yang bersuamikan penagih eh kalu camtuh...
huhuhu....
renung2kan
eh...
btol ke statistik ni...
tapi aku masih ragui kebenarannya...
coz melalui pengmatan akulah
setiap kluarga yg aku jumpa mesti ank perempuan lbih ramai dari llaki???
apa cer???????
I agree.. Susah nak cari calon suami sekarang..:P
aku dah tengok statistik 2010 tu dan aku kira semula. Sah perempuan lagi ramai ngan jumlah seramai 7522681. Lelaki plak 7451106. So ade balance 71575 perempuan. Aku dpt jumlah ni dengan jumlah keseluruhan jantina tolak jumlah warga asing tolak dengan jumlah umor dari 0 - 19 thn. Kalo tak betul kira semula la ye...
tapi lelaki lebih terer masak dari pompuan..cuba tengok kat gerai gerai..mana ada pompuan masak..ahahahaaa...kebanyakkan IQ memang pompuan menang..tp pasal masak memasak nie..fuh~
perempuan pun lebih ramai dalam neraka...
syukran jazilan 4 da info..like dis blog so much!!
gud info..
ble ramai pmpuan di IPT, so rmai yg beranggapan perempuan lbh rmai dr lelaki..
tetapi hakikatnye tidak..
maksud perempuan lebih ramai daripada lelaki ialah daripada segi kegunaannya ...perempuan lebih berguna daripada lelaki...hanya pandangan sisi...
lelaki sibuk jd sampah masyarakat mcm mat rempit tuu..buat malu kaum sendiri je..ciss!
penulis blog ini tak faham apa maksud unjuran...better u study pasal statistik sebelum menulis entry sebegini...
xkisah la pompuan ramai ke x..??
pandai ke x..??
rajin ke x..??
bgus ke x..??
yg penting bila bkahwin nnt, syurga tetap di bawah telapak kaki suami..
jadi usah bdebat whai kaum Adam & Hawa, kerana kita semua dicipta dengan fitrahnya untuk saling memerlukan...peace :)
p/s : Moga kita semua akan dapt apa yg dikatakan sbgai jodoh dripada ALLAH...InsyaALLAh..aamin~
ok... ramai yang mengatakan perempuan lebih ramai masuk u/ipt betul tak??
dan untuk pengetahuan korang..
dalam malaysia ne,, n di dunia sekali pun.. orang yang x ada pelajaran yang lebih banyak berjaya dari orang yang berpelajaran.. betul x??? tanyalah pokok k.. hahaha
salam.mintak share artikel ni.time kasih-)
ijazah master phd ke.. tapi lalai dlm mentaati Allah adalah sia-sia.. nabi kata org yg pandai adalah org yg selalu ingat mati.. jgn kita menilai kejayaan atas sekeping ijazah.. atau satu itu ramai di ipta.. kaum itu cemerlang.. KEJAYAAN MANUSIA ADALAH APABILA DIA TAAT DAN MEMATUHI PERINTAH ALLAH.. Allah jadi lelaki dan perempuan adalah utk saling melengkapi.. biarlah kurang pandai dlm hal dunia tapi jgn sampai KURANG AJAR dengan Allah.. dan pada kaum hawa tahniah kalian telah berjaya memenuhi ipta.. moga dgn kepandaian dan kejayan kalian dpt membantu kaum adam utk mematuhi dan mentaati Allah.. ingat kita saling melengkapi.. dan saling memerlukan..
kalo perempuan lebih ramai, nape bila tanya sana-sini semua jawab dah berpunya. rasanya lelaki harus berusaha keras untuk mendapatkan pasangan di Malaysia. Mungkin jika di luar Malaysia ramai perempuan, mudah cari jodoh.
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)