Sunday, October 04, 2009

Sedikit Cerita Hari Ahad


Apa khabar semua pengunjung maya.
Harap semuanya sihat sejahtera.
Sebenarnya agak gatal tangan aku untuk menaip dua tiga hari ini.
Bukan apa, tiada entri baru memandangkan aku hendak menghabiskan dahulu contest raya yang aku buat sebelum ini.:)

Bukan tidak mahu buat sticky post untuk contest itu, tetapi eloklah juga pada masa yang sama bolehlah aku berehat sedikit untuk membuat kerja² dan juga PSM(walupun tak gerak mana.:)

Hari ahad ada beberapa planning yang aku hendak buat sebenarnya.
dan semestinya adalah untuk membaca entri² peserta yang menyertai contest.
Masa peserta post url, aku belum baca.
Kerana takut tidak adil untuk baca dahulu.
So, aku kumpulkan semua url peserta dan akan baca hari ini.

Semasa entri in di taip, aku baru je balik dari beraya rumah kawan aku.
Dia buat open house.
Dan petang ini kitaorang akan beraya pula di rumah salah seorang felo kolej kediaman,
Tengok., mana habis lagi raya.:)

Itulah antara perkara yang aku suka dekat Johor ini.
Kalau kat Pahang, kampung aku kurang sikit.
Biasanya seminggu lepas raya sudah hilang serinya.
Tetapi di Johor, selagi tidak habis sebulan, Raya diteruskan.
Malahan ada yang terlebih sikit.:)
Sebab itu contest yang aku buat boleh la dikatakan valid lagi semasa ia diadakan.:)

duit raya

Bercakap tentang contest lagi.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan blogger yang sudi menyertai.
Aku kira ada 13 penyertaan kesemuanya.
sebenarnya tidak sabar untuk aku baca cerita raya dorang.
Mesti ada pelbagai ragam dan suasana.:)

Dan semestinya aku juga tidak sabar untuk menunggu esok hari untuk membuat post rasmi pasal siapakah pemenang untuk contest ini.:)

Agak² la, peserta ada rasa berdebar² tak menunggu hari esok.:)

p/s:Sedang dengar lagu Tiara nyanyian Kris. Aku tidak tahu dah berapa kali ulang.ha3.


Suka entri ini.?

3 comments:

luthtextile on October 4, 2009 at 8:15 PM said...

wah wah.. kita tunggu debarannyaa...

syinrayafa on October 5, 2009 at 1:24 AM said...

debar gak..hihihi...11.59pm aku ada kerja...xsmpt k tngk pengumuman...send ikut sms la..haha.. luth..aku rasa mcm ko menang..siap ada gmbr lawo2 lagi...konpem..

DaHLia on October 5, 2009 at 6:10 AM said...

dup dap dup dap...

DaHLia pun tgh busy susun meja utk dak PMR tu time tu...

budget gak menang kategori entry ala2 highway gitu..hahaha...

tp contest ni telah menyebabkan DaHLia menaip entry tersebut..kan bagus gitu..kalo x, malas semalas2nya...heheh

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted