Thursday, November 12, 2009

Bowling and KFC at BP Mall


Biasanya aku post pasal software, tips, isu² semasa dan lain² lagi, tetapi kali ini aku ingin menyimpang sedikit dengan membuat post berkaitan dengan aktiviti yang aku lakukan bersama-sama rakan seperjuangan..:)

Aktiviti kali ini main bowling dan makan KFC dengan kawan-kawan yang terdiri daripada ex-jkk asrama kitaorang tinggal sekarang. Sebenarnya sebelum ini ( minggu lepas ) pun ada juga aku main bowling, tapi masa itu tidak terpikir pula hendak buat post. So kali ini aku pikir hendak buat post.

Apa salahnya untuk berkongsi kegembiraan kitaorang bersama anda semua.:). Ini juga salah satu cara untuk aku menghargai mereka semua dengan penat lelah mereka semasa menjadi jkk kolej kediaman.



Perlawanan bowling ini diadakan di Pasific Bowl yang teletak di BP Mall ( Batu Pahat Mall ). Hendak kata perlawanan tu tidak la juga, tetapi sebenarnya lebih kepada hendak bergembira dengan ex-jkk setelah sekian lama kitaorang membuat kerja bersama². so, main bowling ini dan makan² KFC ditanggung sepenuhnya. Datang bawa diri je.:) Guna duit kemenangan program kolej kediaman semasa kitaorang memegang jawatan dalam jawatankuasa kolej kediaman. Ini yang best kalau menang program atau buat program.:)


Sebenarnya aktiviti ini sudah dirancang untuk dilakukan pada hari isnin, tetapi memandangkan ada beberapa oarang ada paper final pada hari selasa. so ditunda pada hari rabu. aku tidak kisah hari apa pun, yang penting main dan bergembira dengan dorang semua.:). Misi dua sahaja, iaitu main bowling dan makan KFC serta bergembira..:)

Bowling aku main guna pakej yang murah tu. Pakej apa entah.:) yang aku tahu Isnin hingga Jumaat, 10pagi hingga 2petang. 3game bayar RM9.10 ( Aku mintak diskaun 10sen tu tak bagi gak.ha3). Timing utnuk daftar begitu baik sekali. Pakej tu tamat pada pukul 2pm, aku daftar pada pukul 1.59pm..:)



Apabila sampai di sesuatu tempat, apa yang korang akan lakukan dahulu.?
Ambil gambar.?Aku pun sama la macam korang kalau pergi mana²..:)

Gambar ni ambil semasa tunggu beberapa orang lagi yang sampai lambat sikit.:)



Apabila semua sudah sampai, so masing² pun sibuk la mencari mana² bola yang sesuai. aku guna bola 11 je. Tak larat beb hendak guna berat²..:)

Ini beberapa gambar yang sempat aku ambil sebelum dan semasa dorang main.











Apa.?
Korang hendak tengok aku main..
Ok, aku mengaku aku tak la pandai main sangat..
Main 3 game, aku menang yang first je. Kwan aku menang game kedua dan ketiga. hebat pula member² aku akhir² game..ha3.

Ini antara rakaman yang dilakukan oleh kawan aku semasa aku melakukan balingan.
Tapi sayang, untuk lontaran ini aku dapat jatuhkan 9 pin je. Pin last tu dah terhuyung-hayang dah, tapi tak nak jatuh juga. Geram tol aku...ha3



Ini result aku untuk video di atas. Game kedua. Aku kalah. Asyik dapat jatuhkan 9 dan 8 pin je. Macam mana hendak menang.:)




Ini mungkin masa aku tengah pikir apa stategi yang patut aku lakukan untuk maintain balingan..ha3.




Dan ini pula gambar dari hp member aku. Nampak macam lain pada kaki aku. Nampak panjang skit.:)



Selepas habis main bowling, (Ambil masa dalam sejam setengah juga), masing² sudah lapar termasuklah aku. Plan hendak makan kat foodcourt, tapi memandangkan ada duit lebih sikit dan aku budjet memamg cukup, pergilah ke KFC.

Turun escalator pun ambil gambar gak.:)



Bila sudah sampai ke KFC, bincang² dengan member aku, cukup untuk makan 14 orang dengan harga RM190.00. Bila dah confirm apa lagi, beratur la..:)




Sesi makan.. sebelum makan riuh. Masa makan sunyi sepi..ha3. Lepas makan sambung keriuhan.:)









Lepas sudah kenyang semuanya. Borak² dan tibalah masa untuk bersurai. Hendak kata bersurai terus tu tidak la. Jalan² kejap round tengok apa yang ada.

Eh, ada event apa lak tu.



Ini yang dorang tengok. ada pertandingan kebudayaan apa entah. Aku pun tidak tahu. Tapi pertandingan untuk budak sekolah rendah. ah, tengok je la..ha3.



La, sempat lagi ambil gambar..ha3



Selepas tengok persembahan tu, kitaorang pun berpecah. ada yang balik, ada yang ambil keputusan untuk jalan² dahulu. Aku dengan 2 orang lagi member aku ambil keputusan untuk jalan² dahulu.:)


Sambil kami berjalan, terjumpalah port yang sangat baik. Gintel (Macam Ogawa gak). Aku tengok kerusi yang ada urutan kaki tu macam best je. Aku ajak member aku try. Padahal aku hendak hilangkan rasa lenguh² kaki aku setelah seharian berjalan..ha3.

Sambil tu aku suruh akak promoter tu tolong ambil gambar jap. Aku kata boleh la aku dan kawan aku jadi duta untuk produk dorang..:)



Dalam 10minit hingga 15minit juga aku duk atas kerusi yang ada pengurut kaki ni. Lepas tu, memamg ringan giler rasa kaki. Hilang lenguh² main bowling dan jalan².
Terima kasih Gintel..:)
(Ini adalah gambar terakhir yang aku ambil sebelum bertolak balik ke asrama..:)



Photo Of The Day.
( Gambar ini diambil selepas kitaorang habis main bowling dan sebelum makan KFC.)


Terima kasih diucapkan kepada semua ex-jkk yang sudi meluangkan masa bersama. Walaupun ada beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkkan. Kemeriahan dan keseronokan memang dapat dirasakan apabila bersama semua. Beginilah juga keseronokan apabila mereka juga bekerjasama semasa berada dalam jawatankuasa asrama dahulu.

Korang semua memang best..:)


p/s: Salah satu aktiviti yang pernah dianjurkan oleh salah seorang member aku (kalau pengunjung blog ini belum baca,.:) Jejak Usahawan : Kedah dan Langkawi.

p/s/s: Aku tak online sampai Isnin (16/11)(mungkin). Balik rumah sekejap. ada urusan mahkamah..:)


Suka entri ini.?

11 comments:

Putra Al-Maliki on November 12, 2009 at 9:23 AM said...

1 game berapa yer?

cekkeya on November 12, 2009 at 9:28 AM said...

tak pernah lagi main bowling kat BP mall, orang kata tak best, sbb lane dia tak best. haha

atyn on November 12, 2009 at 10:07 AM said...

wah .. syok begamba , asyik muka hang je . *eh mmg la , blog hang ! HAHA . best , dpt enjoy and release tnsion jugak !

aNiSa hANg tUaH on November 12, 2009 at 10:17 AM said...

ade cite pasal post ni kat bekas teman lelaki.
mst die rindu semua ni:))

Melz on November 12, 2009 at 10:29 AM said...

rancak bergambar yer bro :) neway happening gilew

acap2405(1169) on November 12, 2009 at 2:43 PM said...

boling memang best..
lagi best klau main fight punya..
tengok muke kawan ketat jer tahan sedih..
kah kah kah..

hensem bro..
hahaha

nadiah on November 12, 2009 at 3:22 PM said...

salam,bp mall,nnti balik umah nenek kat sana leh kenal2,kita jumpa kat sini...

~ YEO ~ on November 13, 2009 at 12:31 AM said...

owh
org BP rupernye...

christmas shopping on November 14, 2009 at 5:07 PM said...

Have fun Guy!!!
I also like bowling a lot. I am going to visit the mall soon.

Putra Al-Maliki on November 15, 2009 at 6:28 PM said...

Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

♥chentaMAYA™ on November 20, 2009 at 4:10 PM said...

blaja kat mane kat batu pahat tuh?
salam kenal~
sy dak UTHM!

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted