Monday, November 09, 2009

Isu Peminat Fanatik Kelantan


Sebenarnya aku rasa sudah malas untuk berbicara berkaitan ini. Semua orang sudah pun maklum siapakah juara Piala Malaysia. Dan kebanyakan orang pun sudah maklum berkaitan perilaku sebahagian kecil penyokong kelantan yang berada sedikit dibawah nilai ketamaddunan. Tetapi memandangkan semalam aku menonton perlawanan antara Chelsea melawan Man U ( Ah, ini aku malas nk bagitahu siapa yang menang ni.ha3.), dan aku tengok penyokong mereka, so terpikirlah untuk membuat post ringkas(ye ke) untuk membincangkan isu berkaitan peminat fanatik kelantan.

keganasan penyokong kelantan

Apabila timbul sahaja kes baling mercun, baling botol dan bakar kerusi, aku rasa semua orang sudah dapat menjangka apakah yang akan keluar dalam paper. Baca lah dalam kosmo, metro, bharian,utusan dan mana-mana. Semuanya mengutuk perlakuan bodoh tersebut. Aku.? Takkan aku hendak sokong pula. Pada mula penyokong kelantan masuk, aku rasa kagum.. Begitu bersemangat.. Jumlah mereka jauh melebihi penyokong Negeri Sembilan. teramat jauh.. 70% adalah penyokong kelantan. Memang tabik dengan semangat rakyat kelantan menyokong pasukan negeri mereka. Pasal perlawanan malas aku hendak ulas, kerana rata-rata peminta bola seluruh negara memang merasakan Negeri sembilan patut menang kalau dilihat dari cara permainan.

Bercakap pasal keganasan peminat bola sepak kelantan pula, apa yang perlu ada ketahui adalah tidak semua peminat kelantan bertindak secara membabi buta. Tidak semua. Hanya sebilangan kecil sahaja. Tetapi sebilangan kecil inilah yang menyusahkan orang lain seterusnya merosakkan imej negeri kelantan. Kasihan kepada peminat yang betul² datang untuk menyokong negeri kesayangan.

Sebilangan yang kecil itulah yang dikecam sebagai tidak bertamaddun, dan macam² lagi perkataan-perkataan negatif. Memang patut sebilangan kecil ini dikutuk. Kalau dahulu berlaku kes bakar trak polis, sekarang kes bakar kerusi, baling mercun, baling botol (ini dah biasa kat mana² pun). Adakah semua penyokong kelantan buat..? Tidak. Tetapi disebabkan perlakuan segolongan yang bodoh inilah, seluruh penyokong kelantan terasa bahangnya.

Orang bercakap "kelantan ganas", "penyokong kelantan tidak bertamaddun" dan macam² lagi. Kasihan pula aku rasa. Mereka ada semangat yang begitu baik sekali. semangat rakyat kelantan jauh mengatasi semangat² yang ada antara negeri² lain. Tetapi disebabkan perlakuan bodoh sesetengah orang, penyokong kelantan terus dilabel "ganas". Memang tidak dapat dinafikan, penyokong kelantan dilabel ganas. Kerana apa.? negeri lain pun ada penyokong, negeri lain pun ada peminat fanatik, tetapi fanatik mereka masih lagi dalam lingkungan ketamaddunan, tidak sama dengan sesetengah peminat fanatik kelantan yang diluar lingkungan ketamaddunan.

So,cadangan dan pandangan aku. Kenakan hukuman keras kepada sesiapa yang mencetuskan keganasan ini. Tingkatkan sistem kamera litar tertutup. Kesan siapa yang buat semua ini. Edarkan gambar kemudian tangkap. Kenakan hukuman. Itu yang sepatutnya. Bukan tidak mahu berlembut, tetapi kena berkeras untuk menyelamatkan yang lain.

Jangan sampai biarkan orang terus melabel penyokong kelantan sebagai 'ganas'. Mereka sangat bagus kerana ada semangat yang begitu tinggi, oleh itu, 'hapuskan' mana-mana peminat yang membawa nama buruk kepada penyokong kelantan. Jangan kerana segelintir yang membawa masalah, semua penyokong dan peminat bola sepak kelantan dihukum, dilabel ganas dan tidka bertamaddun.(peminat negeri lain yang ganas pun patut dikenakan tindakan yang keras, tetapi kita bercakap pasal kelantan kerana orang ramai melabel kelantan sebagai 'ganas')

Kita mahukan peminat fanatik seperti ini.


Bukannya seperti ini.



Kita mahukan peminat fanatik seperti ini.

penyokong kelantan ganas


Bukannya seperti ini.
penyokong kelantan ganas




Tambahan..
cuba bayangkan, negara Malaysia adalah sebuah negara yang kaya...

Tetapi aku rasa dalam 50tahun lagi, stadium kita akan tetap seperti ini. (Penonton jauh dari padang atau kalau dekat, diletakkan pagar)


Dan bukannya seperti ini. ( Ok, aku tahu Man U kalah semalam..:)


Selagi mana pemikiran sesetengah peminat fanatik yang terdiri daripada rakyat Malaysia masih lagi bukan di kelas pertama..

Majulah Sukan Untuk Negara..


Suka entri ini.?

25 comments:

padLoque on November 9, 2009 at 9:30 PM said...

walaupon kereta aku kena pecah cermin malam tu, aku anggap tu perbuatan jenayah... bukan sbb bola... majulah sukan untuk negara...

padLoque on November 9, 2009 at 9:31 PM said...
This comment has been removed by the author.
cahayachenta on November 9, 2009 at 9:39 PM said...

huru hara masa perlawanan lebih menarik perhatian aku dr perlawanan tu sendri.. apapun piala m'sia kali ni mmg best!!

Anonymous said...

hobin jang hobin!

cinta lea ixora on November 10, 2009 at 1:41 AM said...

xth nk kate ape... org klate mmg cmtu...
tp ak rs laki la cmtu..
ak sndr xsuke ngn semangat perkauman dak2 laki klate....

sweet.ants on November 10, 2009 at 5:00 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
::alwaniamalini:: on November 10, 2009 at 6:22 AM said...

*dun wanna say anything*

cheers! :D

acap2405(1169) on November 10, 2009 at 8:37 AM said...

err..
sepatutnyer saper nak masok tengok bola tuh kene ambil jap cari dulu..pastu kat kerusi letak letrik..mereka buat hal kiter renjatkan jer semua penonton..senyap skit..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mat Utara said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SepatuPutih said...

byk lak yg kne remove komen ekk...hehehe

1 Malaysia!!!!

CikguYiee on November 10, 2009 at 10:44 PM said...

Kerana kerbau seekor membawa lumpur...aku pun xfaham la.dah kalah tu buat la cara kalah.jangan plak buat mender y bukan2.nampak sangat xbertamadun.buat malu org kelantan jer.


iklan: go more kelantan go more 4 da next year.

Anonymous said...

time klate mrusuh byk la plak bising..time perlis mrusuh xde sape nk kecoh pon.aku pelik padahal perlis aritu melampau jgk..

Jani Se7en on November 11, 2009 at 3:12 AM said...

adeh.....aku owg klate,agak malu juga dgn perbuatan xbermoral tu,,,,yg buat tu genk2 budak2 n genk kampong yg xbertamandun,,,ya btl patut kena la belajar terima keyataan,,,,merusuh pun xbaik nya...aku dgr budak2 n9 kena pukul dgn holigan kelantan...tp ada gak genk kelantan yg menahan bdk n9 dr dipukul...aku harap kau owg xsalahkan penyokong kelantan....coz bukan semuanya mcm tu....Se7en

msanissyahirah on November 11, 2009 at 4:58 AM said...

inilah yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

huhu..

mula2 tengok gambar, igtkan situasi kat luar negara..rupa2nya terjadi kat Malaysia..

huhu..

~@k1 is @utuMn!~ on November 11, 2009 at 8:26 AM said...

aki wlupon ad rmai kwn klantan~
still i dun like them at all...
sng kte cm anti la!


hu.. by da way.. aki singgah blk!

www.TinTaiLmuLLah.blogspot.com on November 11, 2009 at 1:43 PM said...

kerana setitik nila bawa lumpur, rosak kerbau sebelanga..haha..best ar lu pnya blog..

izz86 on November 11, 2009 at 9:26 PM said...

bg aku ni smua politik...
saja nak cemar kan imej bola sepak kelantan yang dah maju...

kita tengok... dulu sblum bola sepak kelantan maju dan masa kelantan baru naik.
penyokong tak lak jd mcm ni...
tp bila dah banyak game menang... kes2 rusuhan mula berlaku...
takkn ke pelik mcm tu???

aku rasa orang2 yg wat hal ni adalah orang2 upahan golongan tertentu untuk merosakkan imej negeri kelantan itu sendri.

sekarang bola sepak kedah sedang bergelut dengan mainan politik orang2 yang tak bertanggung jawab... mustahil tahun lepas sbuah kelab yang kuat boleh tiba2 jatuh degan mendadak sedangkan kesebelasan utama pasukan tidak banyak perubahan...

Anonymous said...

beruk punye kelate...

Anonymous said...

ak sokong yang izz86 2 cakap
budak2 yang bakar ari2 ak rasa bukan nak g tgk bola pon,saje nak g wat perangai.
sebab bkn diorang yang kena denda tp kelab yang trima padah.
apapun tndakan fam kpd klantn x betul,kes perlis ari2 pon x wat lg.ni klantn je terus kene denda.

IzzKelate on November 15, 2009 at 12:47 PM said...

Kenapa plak sbb politik...memang dr dulu penyokong Kelate mcm ni...dr pertandingan sekolah sampaila pertandingan2 besar...fanatik dgn cara yg salah...bukan semua sbb politik...pikir2 kan lah...

MRstreet on December 25, 2009 at 6:27 AM said...

aku ore klate.. dan aku tahu budak2 selain dr kelantan x suke ngan budak kelantan.. byk mber aku budak negeri lain suka tikam mber dari belakang.. dengar jer budak KELANTAN terus benci.. x buat salah ape pon benci.. kita boleh senyum jer lar..sebab siapa yg bodoh tak bertamadun? manusia tak tahu..hanya tuhan yg tahu

Anonymous said...

kt mne2 pon ade pyokong yg truk2,xbleh blah..xkirala klntn ke mane2 ke,cume time klntn jer sume bsing,klntn wat pape jer trus nmpk,dh mmg trbiasa ke ape tu? cm dgki pon ade.. so mmg btul la utk final kli ni pyokong klntn agk mlmpau,but yeah,human being kn,bleh dprbtulkn..msg2 ade klbihn n kkurgn..

Anonymous said...

bdk klate ok je klu berkwn..waktu aku blajar uitm machang dlu,ad girl luar kltn menangis2 bila tau dpt uitm kltn..tp bila smp sana,org kltn gk yg sapa dia dlu..pehal pn,org kltn ni pantang dicabar kot?ntah la..pk2 la sdri..manusia sama je,salah org kltn nampak,org luar kltn xd nampak lak..

xanti kltn..

Anonymous said...

anti perkauman........... sape yg bersifat perkauman kat semenanjung ni?? pk2x

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted