Apabila timbul sahaja kes baling mercun, baling botol dan bakar kerusi, aku rasa semua orang sudah dapat menjangka apakah yang akan keluar dalam paper. Baca lah dalam kosmo, metro, bharian,utusan dan mana-mana. Semuanya mengutuk perlakuan bodoh tersebut. Aku.? Takkan aku hendak sokong pula. Pada mula penyokong kelantan masuk, aku rasa kagum.. Begitu bersemangat.. Jumlah mereka jauh melebihi penyokong Negeri Sembilan. teramat jauh.. 70% adalah penyokong kelantan. Memang tabik dengan semangat rakyat kelantan menyokong pasukan negeri mereka. Pasal perlawanan malas aku hendak ulas, kerana rata-rata peminta bola seluruh negara memang merasakan Negeri sembilan patut menang kalau dilihat dari cara permainan.
Bercakap pasal keganasan peminat bola sepak kelantan pula, apa yang perlu ada ketahui adalah tidak semua peminat kelantan bertindak secara membabi buta. Tidak semua. Hanya sebilangan kecil sahaja. Tetapi sebilangan kecil inilah yang menyusahkan orang lain seterusnya merosakkan imej negeri kelantan. Kasihan kepada peminat yang betul² datang untuk menyokong negeri kesayangan.
Sebilangan yang kecil itulah yang dikecam sebagai tidak bertamaddun, dan macam² lagi perkataan-perkataan negatif. Memang patut sebilangan kecil ini dikutuk. Kalau dahulu berlaku kes bakar trak polis, sekarang kes bakar kerusi, baling mercun, baling botol (ini dah biasa kat mana² pun). Adakah semua penyokong kelantan buat..? Tidak. Tetapi disebabkan perlakuan segolongan yang bodoh inilah, seluruh penyokong kelantan terasa bahangnya.
Orang bercakap "kelantan ganas", "penyokong kelantan tidak bertamaddun" dan macam² lagi. Kasihan pula aku rasa. Mereka ada semangat yang begitu baik sekali. semangat rakyat kelantan jauh mengatasi semangat² yang ada antara negeri² lain. Tetapi disebabkan perlakuan bodoh sesetengah orang, penyokong kelantan terus dilabel "ganas". Memang tidak dapat dinafikan, penyokong kelantan dilabel ganas. Kerana apa.? negeri lain pun ada penyokong, negeri lain pun ada peminat fanatik, tetapi fanatik mereka masih lagi dalam lingkungan ketamaddunan, tidak sama dengan sesetengah peminat fanatik kelantan yang diluar lingkungan ketamaddunan.
So,cadangan dan pandangan aku. Kenakan hukuman keras kepada sesiapa yang mencetuskan keganasan ini. Tingkatkan sistem kamera litar tertutup. Kesan siapa yang buat semua ini. Edarkan gambar kemudian tangkap. Kenakan hukuman. Itu yang sepatutnya. Bukan tidak mahu berlembut, tetapi kena berkeras untuk menyelamatkan yang lain.
Jangan sampai biarkan orang terus melabel penyokong kelantan sebagai 'ganas'. Mereka sangat bagus kerana ada semangat yang begitu tinggi, oleh itu, 'hapuskan' mana-mana peminat yang membawa nama buruk kepada penyokong kelantan. Jangan kerana segelintir yang membawa masalah, semua penyokong dan peminat bola sepak kelantan dihukum, dilabel ganas dan tidka bertamaddun.(peminat negeri lain yang ganas pun patut dikenakan tindakan yang keras, tetapi kita bercakap pasal kelantan kerana orang ramai melabel kelantan sebagai 'ganas')
Kita mahukan peminat fanatik seperti ini.

Bukannya seperti ini.

Kita mahukan peminat fanatik seperti ini.
Bukannya seperti ini.

Tambahan..
cuba bayangkan, negara Malaysia adalah sebuah negara yang kaya...
Tetapi aku rasa dalam 50tahun lagi, stadium kita akan tetap seperti ini. (Penonton jauh dari padang atau kalau dekat, diletakkan pagar)

Dan bukannya seperti ini. ( Ok, aku tahu Man U kalah semalam..:)

Selagi mana pemikiran sesetengah peminat fanatik yang terdiri daripada rakyat Malaysia masih lagi bukan di kelas pertama..
Majulah Sukan Untuk Negara..
This entry was posted
on Monday, November 09, 2009
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.







21 comments