
Perlawanan yang ditunggu² oleh peminat bola sepak seluruh Malaysia (ye ke) baru sahaja melabuhkan tirainya saat entri ini dipost. Balik terus aku buat entri pasal ni. Semangat beb. Tapi sayang, bukan negeri aku. Negeri aku dah ketinggalan kat mana entah dalam bola sepak Malaysia ni.:)
Akhirnya Piala Malaysia menjadi milik Negeri Sembilan. Kelantan terpaksa berputih mata lagi setelah penantian mereka hampir 30 tahun masih belum lagi tercapai. Keputusan penuh menyaksikan Negeri Sembilan menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-1.
Tahniah kepada Negeri Sembilan dan selamat mencuba lagi untuk Kelantan..:)


Perlawanan jelas menunjukkan penguasaan Negeri Sembilan. Kelantan juga ada menyerang tetapi sayang bahagian finishing agak tumpul. Peluang ada.Tetapi bagi aku gol kedua Negeri Sembilan dan gol Kelantan dari sepakan percuma saat akhir perlawanan memang cantik.:).
Nanti kalau ada video aku uploadkan. Buat masa sekarang aku belum jumpa lagi.:)
Secara keseluruhannya aku rasa ok sahaja perlawanan ini. Macam perlawanan-perlawanan akhir yang lain.Adat bertanding ada menang ada kalah. Tetapi aku sangatlah tidak berkenan dengan beberapa kelompok penyokong kelantan yang mencemarkan perlawanan. aku tahu ramai je yang ok sebenarnya. Tetapi bilangan yang sedikit inilah yang mencemarkan perlawanan. Baling mercun, baling botol dan paling teruk bakar kerusi.
Ingat ini argentina ke..ha3


gambar kredit.: joegrimjow.com
pic from kosmo.
(Aku bayangkan perlawanan ini berlangsung di amerika latin, argentina.ha3)


Apapun,dari pelawanan ini aku nampak semangat rakyat semakin bertambah terhadap bola sepak tempatan. Harap² lepas ini pun semangat ini tidak luntur.
Majulah Sukan Untuk Negara..:)













13 comments:
yeah .. semestinya mak abah atok wan aku semua nogori smbilan . ;)
aggressive betol penyaport-penyaport klate kan .
takot aku tengoks , *sori
haha.
dh agak ah n9 menang,,
sy xde perasaan
sbb sy org johor..
x sokong mana2..
hehe
hobien jang hobien...
ahaa
tu gunanya tgok kat komputer
ley print screen wlpon gmbo blur~~
pape
klantan tetap dihati
hohohoho...
marah2...permainan kelantan memang sangat mengecewakan la semalam....n9 deserved that cup (cup je pun kan heheh..)
dan, pemain kelantan terlepas hadiah pegi umrah..huhu...
joegrimjow,
yep, papepun kelantan tetap di hati :)
tahniah le orang nogori .... oghe kelate cubo lagi dehh ... hehehe kawe tok tengok bola .. tengok keputuse jah ...
ky tempat aku diaorg bakar pencawang TM.. tu yg x de streamyx tuhh.. hampeh betul..
mmg agak kecewa dgn insiden2 yg brlaku..tapi kelate main smlm kurang menyerlah..hantaran tak berapa cantik..pemain mcm tak semangat (walaupun perlawanan akhir).Jgn tanya pasal peminat fanatik dr kelate..susah nk ckp..'doh memey gitu gak' perangai mereka..
padLoque, mula² aku tak faham ko kata apa. nasib baik aku ada member nogori dalam bilik aku ni.ha3
joegrimjow,baguslah ko tgk kt pc. leh print screen. klu aku tgk kat kedai, x kn nk ambil gambar dekat skrin lak. kn kena hempuk aku..ha3
Jijahh @ f.k, keputuse jah pun x po la..ha3
kawie2020,ko report je polis yang tangkap dorg yang buat tu..lgi kejam suruh penjara seumur hidup..ha3
ariyon176, aku tgk perlawana malam tu macam bukan perlawana akhir. aku bayangkan tentangan yg lebih sengit..:)
whatever~~ yang penting chelsea menang..aku mmg cukup2 puas hati..~~~
well,
i anti kelantan!!!
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)