Tahukah anda apakah persamaan antara ketiga-tiga yang dinyatakan dalam tajuk di atas.? aku tahu ramai yang sudah masak benar dengan ketiga-tiga nama di atas ini.
Bagi yang masih belum mengetahui, ketiga-tiga di atas adalah medium pengiklanan bagi blogger.(dan juga webmaster yang lain). Walaupun medium pengiklanan adsense adalah sangat luas, tetapi untuk post kali ini aku akan buat perbandingan dari skop blogger.
Rasanya ini adalah penamat untuk bahagian pengiklanan yang masuk ini adalah kali keempat berturut-turut aku buat post pasal ini.( Lepas ni aku hendak post pasal lain la pula.:). Jika ini kali pertama anda baca anda juga boleh merujuk kepada entri-entri sebelum ini iaitu buat duit dengan nuffnang, letak iklan nuffnang statik dan juga duit aku bersama nuffnang.
Untuk kali ini, aku akan buat perbandingan antara ketiga-tiga ini berdasarkan pengalaman dan ilmu yang aku perolehi dari internet sebelum ini. Kerana aku pernah menggunakan ketiga-tiga medium pengiklanan ini. Apa yang aku bagitahu ini bukanlah sepenuhnya lengkap, tetapi rasanya boleh untuk dijadikan panduan bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia blogging ini. So, diharapkan kepada yang masih baru dengan dunia blogging ini dapat membuat keputusan dan membiasakan diri dengan semua ini..:)
ADSENSE
Adsense atau juga dikenali sebagai google adsense adalah pengiklanan yang terbesar yang ada dalam dunia internet ini. Boleh dikatakan kesemua web-web utama menggunakan adsense. Anda boleh melihat iklan dari adsense ini dimana². Samada anda sedar atau tidak sahaja. Adsense juga dapat memberi pulangan paling lumayan.
Bercakap dalam konteks blog pula, walaupun adsense ini sangat mashyur, tetapi adsense hanya akan memberi kelebihan kepada blog yang menggunakan bahasa perantaraan Engish. Iklan akan selalu muncul pada blog yang mempunyai entri dan apa-apa yang berkaitan dalam english (bahasa lain ada juga, tetapi aku tekankan english dan bahasa melayu). Jika blog anda menggunakan bahasa melayu seperti aku, kemungkinan untuk iklan keluar adalah sangat tipis.
Jika blog dengan entri english, mudah untuk keluar iklan seperti ini.
Tetapi jika menggunakan bahasa melayu, apa yang keluar adalah ini. Tidak membawa apa-apa makna.
ADVERLETS.
Adverlets pada satu ketika dahulu boleh dikatakan antara yang top. Aku pun mula kenal dengan adverlets dahulu pada awal pembabitan dengan blogging. Pengasasnya adalah Josh Lim. Bagi aku adverlets terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan.
Kelebihan bagi adverlets adalah apabila anda berdaftar dengan adverlets dan letakkan kod pengiklanan pada blog anda, iklan akan selalu keluar. Selain itu, adverlets juga memberi earning yang lebih cepat naik berbanding nuffnang.( aku pun kurang faham sistem dia macam mana)
Kekurangan pada adverlets (berdasarkan pengalaman dan pembacaan), support team agak kurang memberangsangkan. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri yang terpaksa menghantar email berkali² sebelum mendapat maklum balas. Selain itu, adverlets tidak membenarkan perbuatan dengan tujuan menggalakkan klik iklan pada blog.
NUFFNANG
Nuffnang adalah antara medium pengiklanan yang paling mendapat sambutan sekarang.
Dan aku rasa hampir kebanyakan blog yang aku lawati menggunakan nuffnang. adverlets ada juga. Kalau dalam peratusan anggaran aku dalam 70% menggunakan nuffnang ( data hanyalah anggaran aku ). Sama seperti nuffnang dan adverlets, nuffnang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Kelebihan nuffnang adalah dibenarkan untuk menggalakkan atau menaip kata² seperti 'klik iklan untuk tolong saya' dengan tujuan klik pada iklan blog kita. Perkara ini tidak dibenarkan sama sekali dalam adsense dan adverlets. Kalau adsense, anda boleh diban seumur hidup. ( Di ban, bukan dipenjara.ha3). Selain itu, nufnang juga memberi kelebihan kepada blogger yang berstatus glitterati. ( tidak mencampurkan nuffnang dengan adverlets). dan paling best kalau dapat kempen darri nuffnang.:)
Kekurangan pada nuffnang adalah, bagi blogger yang masih baru bermula, iklan akan jarang² keluar. (Kalau keluar, klik la yang member²..:)..aku tidak tahu la samada ingin menguji kesetiaan atau apa, memang pada permulaan agak jarang untuk iklan keluar tetapi kalau nampak iklan kawan² keluar, kliklah untuk support mereka.
KESIMPULAN.
Kesimpulan yang aku dapat buat melalui perbandingan antara nuffnang, adsense, dan adverlets adalah:
p/s: Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pendapat dan apa yang aku perolehi sedikit sebanyak dari internet. Keputusan untuk menentukan mana satu pengiklanan adalah terletak di tangan pemilik blog. Dan aku ingin pinjam sikit kata-kata dari nuffnang.:)
Suka entri ini.?


28 comments:
yes yes lah . saya pun masih baru lagi .. ;)
aku pernah nak try adsence tu.. lepas tu dia reply dia cakap blog aku in malay.. ooo.. ok.. x pe..
advertlets tu pula... mmg x terfikri nak join sbb member2 cakap bayaran dia lama gila nak dapat..
yup.. aku join nuffnang.. Alhamdulillah.. :)
isk..incik unwanted ni kan..pndai seduce org join nuffnang hahaha..
thanks for the info..nak join nuffnang gakla ;)
huhuhu..
sebab nak uji saye kot sebab tuh takde iklan..
takpe..
akanku hadap nuff jer pas nih..
atyn, nnt lama² ok la..:)
sI tEDI, blog aku lepas je. tp cam aku kata la, iklan jarang keluar.
Aku ada trick yang boleh buat iklan adsense keluar sentiasa, tp bimbang dia dapat detect lak. kn kena ban aku..:)
::alwaniamalini::, bukan seduce, tp bagi information sikit..:). Lagipun bukan aku dapat bonus klu cakap pasal ni.:). tp puas hati la kalau pengunjung tahu..:)
acap2405(1169), dah kena uji ke.:). x pe, klu da iklan nnt aku klik ko.:)
klo google adsense kene pakai paypal eh??
kene ade kredit kad??
klo cek x leh eh??
ak x berapa paham..
tapi..nuffnang adalah terbaik..hehe
d|n, klu x silap aku tak perlu kad kredit, paypal.
pembayaran dia buat melalui cek..
Adsense akan bayar kite samada dengan cek atau western union.
Mudah je buat adsense ni. setiap bulan aku boleh dpt $USD 300.. Kire RM1k.. Tapi kalau nak buat adsense target kat visitor US n Canada lah.. Malaysia xdpt bnyk.. Nuffnang sesuai untuk target visitor dari malaysia
huh RM1K evry month??? $$$$$.Biar betik ko ni aizat.share la ngan member trick nak dapat RM1K tu.bak kata tuan rumah Sharing is caring..right?hehe
adik unwanted..akak baru blajar blog..then haritu after baca ur entry pasal buat duit dgn nuffnang tu, akak pun try la guna link yg awak buat..tp at last xjd pon..can u pls tell me, or cite details sket camne nak create a/c noffnang ni memandangkan akak buta benda2 tuu..hehe..
da try adsense, tp sebab malay xbley..sian kan?ahhaaaa
la ye ke guna cek je??
ko penah dapat dari pak cik google x??
kalau pernah n dapat guna cek..
aku nak try gak..huhu
iklan nuff yang keluar tu automatik ke?
xpon kena ada syarat visitor or follower yang ramai?xpaham la...huhu
@AIZAT....ckp saje xde gune....ape yg kamu buat sampai dapat byk mcm tu....sharing is caring rite...
tq tq..tengah jd peminat nuffnang
mcmana kalau ter click nuff sendiri?
klau adsense terklik sendiri bahaya "fraud click" jadinya. Akibatnya di banned
hehe, tadi baru je join nuffnang :)
adsense ni senang kena ban kalau tak hati2.
saya dah dibanned.haa..haa
skrg layan nuffnang jer
nuffnang ni kena byk yek.xfaham laaa!
salam, saya da lame ade blog, p baru je nk earn money, blog ni pun da lame saya follow p xclick pada "follow" je cz xtaw, hari ni baru taw n baru register "ADVERTLETS", so kalo nk mintak tunjuk ajar sket2 bleh???
xtau lak cmtu..so camne nk delete account addsense..da search google..tutorial nye rumit sgt..=(
aku masih xletakan lagi mana2 iklan dalam web aku
Many thanks to the nice web site Ray Ban. There are quite a lot of excellent images. Maintain sharing this sort of concepts within the future too RayBan. This was in fact what I was searching for, and I'm glad to arrived right here Ray Ban 3025 Aviators! Thanks for sharing the this sort of info with us .
maaf saya maseh baru dan trus terang banyak kali cuba utk nuffnang tp hasilnya tataw arr cm blurr2 jep..cm tadew papew pon..cube tgk blog saya n tlg bg nasehat dan pandangan.... saya amat memerlukan pertolongan anda..iklan tu cm salah letak ke ? cara yang betul macam mna? http://luniadolceqaxerra.blogspot.com/
aku pernak guna adsense tapi dah kener ban sebab aper tah. dahla nak dapat susah kener ban pulak tension aku.
OWH MACAM TU.. TERIMAH KASIH
tq for info..hehhehehe
salam...boleh tolong tengok tak...?? Macam blog saya ni ada peluang tak em...??
http://kelikkb.blogspot.com/
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)