Thursday, December 03, 2009

Blogger Otai vs Blogger Baru.?


Kusangkakan musim hujan-hujan ini tiada apa yang dapat memanaskan ruang udara yang sejuk.
Kusangkakan musim cuti sekolah ini tiada berita hangat yang hendak diperkatakan.
Kusangkakan blogger-blogger juga kemalasan untuk menaip memandangkan persekitaran yang agak 'perlahan'.
Kusangkakan aku juga tidak akan menaip panjang menjelang buka semester baru nanti.

Rupa-rupanyanya aku silap..
Kerana kali ini aku terasa pula hendak menaip panjang memandangkan ada isu yang hangat diperkatakan.
Semakin hangat membakar ruang blogosphere yang agak 'sejuk' kebelakangan ini.
Aku juga menaip dalam kesejukan, tetapi apa yang aku taip bukanlah isu yang sejuk.
Semakin hangat diperkatakan..

Ini gara-gara tindakan blogger yang dikategorikan sebagai 'otai', telah membuat entri berkaitan permasalahan yang timbul kebelakangan ini disebabkan tertubuhnya satu team untuk klik nuffnang ahlinya. Rasanya eloklah jika aku tidak bagitahu secara detail sesiapa yang berkenaan untuk entri aku ini. Cukuplah jika sekadar aku berkongsi pendapat dan pandangan aku, mungkin anda juga ingin berkongsi pendapat yang mana anda boleh berkongsi di ruangan komen.:)

Sebelum ini, telah wujud satu blog yang membentuk satu team, bertujuan untuk tolong menolong sesama ahli yang ada dalam blog tersebut. Blog yang bertujuan untuk klik pada iklan nuffnang yang ada dalam blog ahli2nya.
Dan blog tersebut dikendalikan oleh orang yang boleh dikatakan baru dalam dunia blogger ini.
Segalanya berjalan lancar sehinggalah admin mendapat 'amaran' daripada nuffnang dimana mereka melarang untuk membentuk satu team (dalam erti kata lain, blog) yang bertujuan untuk klik sama klik iklan yang ada dalam senarai blogger yang menjadi ahli. Bagi aku pada ketika ini, tiada masalah sangat, kerana aku pun tidak tahu tidak boleh tubuhkan satu team. Itu tidak pernah termaktub dalam terma dan syarat nuffnang pada awalnya. Dan yang aku tahu boleh menggalakkan untuk kawan2 klik iklan yang ada dalam blog kita. Dan sampai sekarang, nuffnang tiada masalah lagi kalau kita menggalakkan kawan untuk klik.

Bila yang dikatakan blogger baru diserang.?


Sebelum ini aku ada baca satu entri yang ditaip oleh seorang blogger yang bolah dikatakan 'otai' dalam dunia blogging ini.Dan aku pun tidak nafikan bagi aku dia sudah pun memasuki tahap 'otai'.:) Pada permulaan aku baca, sudah terdetik dalam hati aku, 'ish, agak kasar bahasa, kan terasa pula blogger2 baru yang ada'. Sehari berlalu, apabila aku buka blog2 lain, pun memperkatakan perkara ini. Biasalah, ada pro dan ada kontra.

Selepas itu, aku membaca beberapa kali lagi untuk aku pula buat penilaian penulisan beliau (lepas ni korang pula buat penilaian penulisan aku..:). So, ini pendapat, pandangan dan komen aku kepada blogger baru dan juga kepada 'otai' (jangan ingat status otai aku tak komen.:)


Kepada otai blogger

Aku tahu engkau layak digelar sebagai otai dalam dunia maya ini. Dan aku juga selalu berkunjung di teratak-teratak engkau yang ada. Tetapi walaupun begitu, tidak wajar membuat entri yang pada hemat aku seperti menghina blogger baru yang ada. Kesalahan yang dilakukan oleh blogger baru ini dengan menubuhkan team bukanlah layak untuk engkau gelarkan mereka sebagai blog sampah dan kehadiran mereka umpama najis di sungai yang bersih. Mereka tidak tahu perkara itu. Aku pun tidak tahu. Dan aku juga jangka engkau juga tidak tahu walaupun engkau layak digelar 'otai'. Dan aku pasti perkara ini hanya diketahui apabila pihak nuffnang memberi 'amaran'kepada admin tersebut. Kalau tidak, perkara ini sudah engkau bangkitkan awal-awal lagi. Aku bukanlah salahkan engkau dengan teguran yang dibuat. Bagus teguran yang engkau untuk dunia blogging yang lebih baik. tetapi berwaspadalah dengan kata-kata engkau. Aku bimbang banyak hati blogger baru yang terguris dek perkataan yang engkau keluarkan.

Aku pun bukanlah baik sangat. Tetapi lihatlah bagaimana keadaannya. So, aku tanya pada engkau (jika la engkau membaca entri aku ini),layakkah kesalahan yang dilakukan oleh blogger2 baru ini engkau gelarkan blog mereka sampah dan kehadiran mereka umpama najis.?..

Dan juga kepada otai-otai lain yang dilihat mahu mengamuk. Sudahlah hendak mengamuk2. Malu status korang sebagi otai blogger yang sudah lama ada dalam dunia blogging ini. Macam korang hendak bermusuh pula dengan blogger2 baru yang berkenaan.
Apakah korang juga perlu membuat satu 'team' untuk menyerang blogger2 yang baru ini.?
Ini kerana aku lihat sudah wujud beberapa entri dalam blog yang berbeza yang aku lihat menghentam blogger2 baru ini secara berlebihan. Menegur tidak salah, tetapi apa yang aku lihat dan baca, kebanyakan entri adalah bersifat 'menghentam'.(Betulkan kalau aku salah)

Aku tengok cara korang 'menyerang' macam kesalahan yang blogger baru buat ini teramat berat je, Lainlah kalau mereka tubuhkan team untuk merekrut peragut atau perogol.Aku pun tahu aku dengan korang jauh berbeza. Tetapi tidak salah rasanya aku menitipkan kata-kata untuk korang.Bukankah baik untuk kita saling ingat mengingati walau setinggi mana status kita.?

Kepada blogger baru.

Aku tidak tahu samada korang membaca entri tersebut atau tidak. Kalau sudah membaca tidak mengapa.Kalau korang belum membaca, rasanya tidak perlu mencari kot. Tapi lambat laun aku rasa korang akan jumpa juga, lagipun dunia blogging melayu ini bukanlah luas sangat pun. Mungkin pada blogger baru, ada yang terasa apabila dikatakan sedemikian. Tetapi, jangan jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang melemahkan semangat korang untuk berblogging. Mana yang salah kita akui dan betulkan, mana yang tidak elok,kita hindarkan. Biasalah adat berblogging,. Takkan hendak semua yang indah2 je kan..:)

Apa.? ada lagi blogger2 baru yang terasa.? Tidak mengapa, aku ada buah pikiran yang positif untuk semua.:)

  • Kan best juga sekali sekala kena marah, takkan hendak kena puji je.:)

  • Ini menunjukkan, blogger2 otai sudah menyedari kehadiran korang dalam dunia blogging.:)

  • Pikir positif lagi, mungkin juga otai2 ini rasa tergugat dengan kehadiran blogger baru yang mantap2 kot..:)

  • Inilah masanya untuk menonjolkan diri sebagai blogger baru yang tegar yang tahan kritikan. (kalau salah kena betulkan juga, jangan buat tak nampak je.)

  • korang juga dapat mengenali otai2 dengan lebih rapat, kan bagus tu..:)


Bagi aku tiada siapa yang salah sepenuhnya. Aku hanya menaip untuk menyuarakan pendapat aku berkaitan hal ini. Otai-otai cuba untuk menjernihkan keadaan yang dilihat sebagai semakin kurang sihat. Itu bagus untuk semua. Bagus untuk blogger2 baru, dan juga blogger2 lama. Blogger2 baru pula bukan buat salah yang mereka sengajakan. Mereka tidak tahu pada awalnya kerana tiada peraturan untuk itu. Lainlah kalau sudah ada peraturan itu dan mereka melanggarnya.

Disini aku simpulkan beberapa perkara dari pandangan aku berkaitan hal ini.

  • Otai-otai yang berada diluar sana sebenarnya ingin menolong blogger-blogger baru yang ada, biasalah sekali sekala ada yang tersilap kata (aku pun tidak telepas dari tersilap kata). Mereka ingin melihat persekitaran blogosphere yang 'bersih'. Kerana mereka lebih lama dan lebih berpengalaman.

  • Kalau hendak menegur sesiapa,biarlah bersesuaian dan berhemah. Lagi2 macam kes sekarang, aku bukan apa, kasihan kat blogger2 baru.(aku pun bukan lama sangat, tp aku dah lali kot.:)

  • Blogger2 baru, jangan terasa sangat. Keraskan hati. Otai2 dahulu pun begitu, mereka bukan naik dengan pujian semata2. Mereka juga bersusah payah dari bawah

  • Ambillah pengajaran dan perkara positif. Jangan nampak ianya negatif semata-mata,ada juga perkara positif yang terkandung.

  • Betulkan mana-mana yang salah,perbaiki mana-mana yang kurang

  • Jangan bermusuhan sesama kita (blogger-blogger) disebabkan perkara sebegini. Banyak lagi perkara positif yang boleh terbina antara otai-otai dengan blogger-blogger baru.


Tambahan (kepada sesiapa yang masih kurang jelas)
  • TIDAK DIBENARKAN untuk membentuk satu team (blog) yang bertujuan klik iklan nuffnang antara ahli-ahlinya
  • DIBENARKAN untuk memberi galakan kepada pelawat blog untuk klik iklan pada blog sendiri. Contoh:'datang klik la ye' (aku punya 'ai, takkan tengok je' tu korang nampak tak.:)


  • Sebagai kata-kata akhir.

    Aku juga seperti blogger-blogger lain, ingin melihat persekitaran yang bersih untuk semua blogger, tidak kira la korang otai ke, blogger baru ke.. Tidak perlulah kutuk mengutuk, tetapi tidak salah untuk ingat mengingati.

    Jom kita membangun bersama-sama. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

    Happy blogging.:)

    -------------------------------------


    p/s: Korang hendak tambah kebarangkalian klik iklan nuffnang pada blog korang..?
    Apa kata kalau korang letak iklan nuffnang secara statik macam blog ini. (sebelah kanan-bawah)
    Kalau hendak tahu rujuk tutorial ini. Letak Iklan Nuffnang Statik.




Suka entri ini.?

32 comments:

Jogger on December 3, 2009 at 10:51 AM said...

unwanted..

bagus ko wat entry camni... atleast ada blogger2 tahu gak apa yg berlaku skrg nih.

yang kedua, Rakan BlogJog ditubuhkan utk membuat satu group dimana dorang (para blogger) ada sasaran utk buat blogjog@blogwalking setiap hari. Dan setiap berita atau hal yg berkaitan dgn ahli akan dipost di BlogJog. Cth: ada ahli masuk kontest yg memerlukan undian, kita akan seru ahli2 utk tlg vote.

Itulah tujuan baru yg menggantikan rakan klik Nuffnang sbb mmg sy tau Nuffnag x benarkan buat group utk klik.

So, anda boleh judge sendiri apa itu Rakan BlogJog

Along25 on December 3, 2009 at 11:09 AM said...

Wow! isu yang bagus... kalau tak baca, tak tahu apa yang berlaku sekarang ni... Saya juga boleh dikategori kan blogger baru walaupun da lame blogging... tak bleh dikategorikan otai lagi.. hehehehhh... Segala nasihat yang diberi sungguh bagus & memberi semangat utk ahli blogger baru utk berblogging... So kawan2 yang baik kita ikut, yang tak elok jadikan pengajaran ok :)

rAtu saLju™ on December 3, 2009 at 11:13 AM said...

x payah gado..peace no war...

||| PöJìé PööH ||| on December 3, 2009 at 11:15 AM said...

Salam unwanted..

Cool..
Thanks atas nasihat dan kata² semangat nih..
Jangan risau, blogger baru cam POjie nih akan lebih byk belajar pasnih..
Setiap yg blaku ada pro n kontra..
dah setahun lebih blogging macam² halangan, rintangan dan cubaan yang telah Pojie hadapi..

Biasalah walaupun hidup dalam dunia maya, tapi tetap berkomuniti kan, biasalah tuh..
Xsemua itam dan xsemua putih..
Macam² warna ada, itu yang meriah dan indah walaupun kadang² sakit mata..
Tapi itu semua pengalaman yg berharga..

Masing² ada salah..
Kesalahan blogger baru sbb xalert dan aware dgn mende² nih..
Kesalahan blogger otai sbb mengeluarkan kata² kesat walaupun tujuan hanya 1; NASIHAT..
Xmengapalah, perkara sudah berlaku, kita buang yg keruh, amik yg jernih..
SAma² membangunkan dunia maya ni, menyalurkan info yg bguna..

Hoyeahhh!!

notso_violet : seindah bunga seri pagi on December 3, 2009 at 11:35 AM said...

ouh bnde camni pon bley jd kontroversi ek hohoh.
eh nuffnang tuh amende ek? haha habisla kne maki pasni nuffnang pon xtau.

kuyie on December 3, 2009 at 11:41 AM said...

hahaha~ aku baru nk tubuhkan team(baru semalam aku wat entri tu) ...hmmm~
k maklumat yg penting..sbb aku pon xtau xbleh tubuhkan team..wahahaha~ papepon thanks kpd OTAI2 sume..... last skali aku klik disney kt iklan statik ko...wahahahaha~

Anonymous said...

bloggers yang kononnye OTAI tu sebenarnya dengki ngan bloggers baru, diorang 1 tahun baru nak dapat first cek, bloggers baru ni tiap2 bulan dah boleh keluar earning, tu yang dorang jeles tu. pastu sound orang tak agak2, bajet otai dalam internet boleh la, kat luar lembut jugak

'AQILAH on December 3, 2009 at 12:46 PM said...

aku baru buat nuff.

Anonymous said...

betul cakap unwanted..dunia blog malaysia (khasnya melayu) agak kecik...kecik sgt..xluas..ko jln2 mesti jumpa..n aku da jumpa pasai otai2 tersebut(yang aku jumpa ade 3otai)...entri tersebut xla kasar sgt bak blog azwan ali tu..tapi alangkah bagus kalo ditegur baik2 dolu...
aku pon xtau kalo benda tu salah....sbb aritu aku ader terbaca kalo nk promote kwn kita soh klik tu xmendatangkan masalah...n skrg kate kne banned plak....bek aku tnye sndiri dgn nuff lagi senang....

Encik Azizan on December 3, 2009 at 1:53 PM said...

bgs bro..nk aku bnje teh tarik?hahaha....bia la dorg nk menyalak sorg2..wat bodo je..nanti snyp la dorg...bnda kecik je..hahaha

Putra Al-Maliki on December 3, 2009 at 2:09 PM said...

saudara, jom klik iklan advertlets saya.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Budak Kuning on December 3, 2009 at 2:20 PM said...

salam singgah;
otai dan baru sama sahaja. Yang penting adelah smangat professionalisme tu mesti ada.. :)

TQ

nursarah87 on December 3, 2009 at 2:47 PM said...

aku taktau citer pasal nuff tuh..sebab aku tak tempel nuff dalam blog..

otai vs baru?..ermm..yg dah otai jgn rasa tinggi diri...yg baru kgkdg jauh lbh bagus..

apa la berblog pun nak gaduh2.tak matured langsung..

Melz on December 3, 2009 at 3:30 PM said...

yeap kita menegur ada caranya .

zaradgreat on December 3, 2009 at 6:19 PM said...

hahahaha
tak tau plak menda nih.
tak payah la gado2.
wat tambah pening kpl
wat gemukkan syaiton je.
hahahahaha

sI tEDI on December 3, 2009 at 6:42 PM said...

yuP! aku ada komen di blog mereka yang otaiiii sangat tu sampai sanggup menghina org lain!!

namapun blogger baru.. kalau mereka tak tau ajarlah secara berhemah.. bukan tunjuk lagak dengan mengeluarkan kata2 yg jijik aku mahu baca. tak respect langsung!!

TQ unwanted..
entry macam ni lah yg kita perlukan untuk membantu blogger baru supaya bersemangat menulis!!

:)

Akmal Rahman on December 3, 2009 at 7:38 PM said...

salam...
1st time komen kat sini..
thanx bebanyak la n2k tips2 yg ad kat blog nie.. =)

mello on December 3, 2009 at 9:02 PM said...

sape blogger otai tu? tak nak gtau ke? huhu

yup btol tu, kita kena fikir positif.. blogger2 baru pun nnt ada yg akan jd otai.. otai tu general.. bleh jadi otai dari macam2 sudut..

entri yg bgs! =)

p/s: bc entri smbil mkn potato..hehe

sukiminna on December 4, 2009 at 1:15 AM said...

oh..'otai' yang gelar blogger "najis" tu Khai, penulis blog 'just khai[dot]com'. Tp artikel tu ditulis di blog lain iaitu arjuna.net.Dia memang ada cabar blogger yang tak puas hati dengan artikel tu datang komen di blog
just khai' dia.Tapi tak tau lah samada ada blogger baru yang pergi komen di blog dia pasal isu tu atau tak.tp dekat arjuna.net ada 2 3 anonymous yang serang.Setakat ni itulah artikel teguran yang paling harsh sekali pasal isu klik2 tu.

Selain tu ada blogger lama lain jugak yang tegur macam topotato(topotato.com),kakjie(kujie2.com),beliamuda(beliamuda.com)
mostly cerita pasal macam mana susah dia orang usaha nak dapat first cash out , nak bina trafik.Macam kakjie siap bagi tips macam mana penting bina trafik yang stable .macam tu lah baru teguran yang betul bukannya main lepas saja perkataan-perkataan yang buruk.

acap2405(1169) on December 4, 2009 at 8:36 AM said...

saya tau kat blog maner ngan saper yang wat entri tuh..
saye terkejut tengok entri tuh bro..
saya terkilan bile dier gelarkan kami nih seumpama najis didalam sungai..
saya tau title dier ialah otai tapi kami yang newbie nih dengan taktau aper apernya tetiba jer diserang..
saper tak sedih+marah bro..??

a1zudd1n on December 4, 2009 at 9:51 AM said...

tembak nuff..haha

Anonymous said...

takpayah takut la dengan bloggers yang kononnya otai tu, tak otai mana pun die takut newbie nanti lagi top dari die, tu yang menyebabkan die mengelabah tu, kalau kita nak klik2, apa dia mahu sibuk, bukan pakai duit bank dia nak bayar earning nuff tu, TERUSKAN KLIK

blueCITY on December 4, 2009 at 12:28 PM said...

salam tuan rumah,
dapat duit erk kalo klik2 nufnang tuh
den malas lak nak baca pasal wat2 duit nih
huwaaaaaaaaaaaa
kalo senang leh gak belajo kan kan

blueCITY on December 4, 2009 at 12:29 PM said...

uik, ada gadoh2 ker
den juga bloger baru
tapi tak buat duit,
so tak ganggu2 depa erk
hoho

miera on December 4, 2009 at 2:24 PM said...

saLam menziarah..pendapat peribadai_
perlu ke kes tembak menembak,kutuk-mengutuk,hentam-menghentam ni berlaku?mcm x perlu jer..
berbalik pada niat dan tujuan utama kite nk ber'blogging'..bukankah rezeki ade di mana2?
jgn pndang serong kat blogger2 baru spt sya ni..ade yg di antara blogger ni just nk isi masa lapang je,bukan nk ambik fulltime job pun sbg blogger..=D

miela77 on December 4, 2009 at 8:51 PM said...

daku x pasti wajar ke tak? tp sewajarnya sesama blogger muafakat... bukannya berbalah... thanks for ur info.. daku dalam kategori blogger baru...dan berjaya memanfaatkan kegunaan blogging nie...alhamdulillah...peace no war...SHARE WITH ME BECAUSE I CARE....

Precious on December 5, 2009 at 12:13 AM said...

Ramai jugak yg tulis pasal team klik2 ni, kan!
Eh, jom join kontes Hidup Berani Untuk Gagal ...

Mr. Cuz on December 5, 2009 at 4:36 PM said...

aku baru je bace ni..huhu mmg panas isu yg lepas tu..bg aku ambllah g jernih dan teruskan usaha membloggingkan diri..haha

amoi on December 7, 2009 at 4:24 AM said...

kalau ko nak tahu, klik2 NN neh secara berterusan NN boleh detect ur IP. bukan org yg klik tu kena. Tapi org yang klik iklan blog orang tu yang kena. Automaik NN akan blacklist dia punya IP dan ACC NN. sampai bila-bila dia tak boleh nak sign up lagi utk NN. NN bukan bodoh. Dorang macam adsense Google. boleh detect IP yang klik byk-byk kali. Kalau NN tak detect pung, masa org tu nak cash out mesti problem sebab dpt click fraud. so berhati2 la newbie utk klik2 neh. lagipun apa la sgt sen yg dpt utk klik2 neh berbanding dgn unique visitor yg dpt tu? Is better pakai traffik blog dari tunggu org klik-klik sampai kena blacklist. hoho

Nescafe ais on December 8, 2009 at 1:38 AM said...

Thumbs up bro.

Gua sokong apa yang lu tulis. Kita blog sudahlah. Buat apa nak gaduh-gaduh.
Dah lah komuniti blogger Malaysia kecik. Pusing-pusing jumpa orang yang sama. Lagi mau gaduh.

foart_jb on December 9, 2009 at 6:16 PM said...

aku nie blogger baru... tp aku rase aku xde kot wat team 2... cume yg aku jeles kat otai2 blogger or unwanted nie sndrik.. camne layout korg cantek2?? aku nye xcantek pon.. huhuhu.. camne nk bg layout cantek?? ajar la.. hehehe

Admin on November 15, 2010 at 8:42 AM said...

Salam Blogger,
Blogger Otai VS Blogger Junior? Menarik Topic! Haha... Ala.. Apa2 pon.. Kita manusia.. Buat apa nk gadoh2.. Masing2 ada maklamat dalam blog masing2... Ada yang Malas.. Ada yang rajin... So kalau yang rajin tuh yang selalu TOP.. disebabkan selalu berkunjung blog-blog yang ada ini.. Ku dah 10 thn dah masuk dalam bidang ini.. Dan dah ada lebih kurang 30 lebih blog..

Ku ingin menjemput korang semua.. Join our community Blogger Crew.. Ia baru saja 2 minggu lebih publish.. So, Join lah.. [+_+]

Admin Blogger Crew
http://bloggercrew.in-malaysia.org

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted