Friday, December 18, 2009

Hendak Bayar, Tetapi Duit Tidak Cukup. Bagaimana Ek.?


Andaikan anda pergi ke sebuah pasaraya,(bukan kedai runcit ek)
Memang dengan tujuan untuk membeli pelbagai barang keperluan anda, tidak kira la samada korang student, pekerja, atau suri rumah.
Sebelum anda pergi tu, memang beranggapan dompet anda memang cukup duit walaupun anda sudah lama tidak tengok berapa duit yang ada dalam dompet tersebut.
Kiranya anda yakin duit yang ada cukup untuk membeli barang dipasaraya.

So seperti biasalah, pilih sana, pilih sini.
Ambil milo, sabun, biskut, snek, pencuci muka, dan pelbagai lagi jenis barang yang terlintas dipikiran anda sebelum ini.
Ondaway pergi ke kaunter, ambil pula maggi dan chipsmore sebungkus dua.:)

Kemudian apabila sampai dikaunter disambut dengan senyuman cashier yang begitu menawan.
"ini je bang.?"
"aahh. ini je" jawab anda..


Sekadar gambar hiasan


Selepas habis cashier scan harga, terpapar la RM80.02 (aku reka je ni.:)
"erm, lapan puluh ringgat bang". Bagitahu gadis tadi dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.


"ok, jap ek"
Anda pun membuka dompet yang anda ambil dari poket belakang..
apabila buka dompet, bagai hendak menjerit anda rasa..Hanya ada RM40.00!..
"Apa..!!.. biar betul ni..
Apa aku hendak buat ni.?"


FULLSTOP.. Itu situasinya..:)

So, pertanyaan aku pada korang semua.

Pernahkah korang mengalami situasi seperti ini.?
Jika pernah, apa tindakan yang telah korang ambil.?
Jika tidak pernah, apa yang korang rasa akan buat.?..


p/s: Aku terpikir hendak buat entri ini bila aku pergi beli barang dan bayar tadi. Weh, duit yang aku bawa cukup la..:). Boleh pula Idea untuk menaip dalam blog datang masa tu.:)




Suka entri ini.?

22 comments:

4L-F4Ri3D on December 18, 2009 at 8:18 PM said...

"kalau aku la kan,aku akan asingkan barang2 yang tak berapa penting dan yang terlalu mahal,sehingga cukup untuk aku bayar dengan wang yang ada,pastu minta maaf ngan org yang tengah tunggu belakang kita tu,maklumlah emergency"...amacam??..hehe

zaradgreat on December 18, 2009 at 8:25 PM said...

pernah!
hahahaha
wat malu je..

masa tuh aku amek cadbury berbondong2 banyak gila.
sekali aku de 10hinggit je..
terpaksa tahan malu kick coklat sikit
akak cashier dah wat muka
cess!

Nescafe ais on December 18, 2009 at 9:24 PM said...

Nasib gua belum pernah kena macam ni lagi. Malu juga kalau ramai yang beratur kat belakang. Mau juga gua mintak plastik pada cashier, kasi bungkus kepala dengan plastik. Haha

FAIZ FARISH on December 18, 2009 at 9:42 PM said...

Hahaha, akupon pernah alami... B4 keje dulu... masa masih blajar kot... hahaha. memalukan.....

unwanted on December 18, 2009 at 10:05 PM said...

4L-F4Ri3D,
cara yang agak baik.:). Tak pun, pinjam duit orang belakang jap. Nanti p bank keluarkan duit bayar balik.:)

zaradgreat,
aku rasa akak tu kata dalam hati dia,
'kurang hajar budak ni main2."..ha3.

Nescafe ais,
ha2. bungkus kepala dengan plastik, kemudian tangan capai apa yang cukup bayar dan berlalu pergi..ha3

FAIZ FARISH,
masa ko kena macam tu dulu, apa tindakan yang ko buat.?..:)

oRkId eDyLiYnE on December 18, 2009 at 10:39 PM said...

pernah jugak jadi macam ni...

dengan muka tak malunya berkata...
'tak jadilah nak beli... nak pergi tengok kedai lain...'
dan dengan muka sposennya terus keluar dari kedai tu...
setahun tak datang kedai tu...

malu tu ada juga walaupun waktu tu tak berapa nak malu...
bila fikir balik...
memang terasa amat malunya...

cesss....

5rux on December 18, 2009 at 11:09 PM said...

selamba jela suruh dia cancel brg smpi ngam2/sama amount duit yg kte ada...tp sure muka cashier muka ketat hahaha

Jard The Great on December 18, 2009 at 11:12 PM said...

hmmm. kalo aku.. aku kuarkan kad bank... ahaha.. takpon kad kredit.. =)

Syeeda Sobbihi on December 19, 2009 at 12:30 AM said...

Pernah jugak terpikir kalau incident cmtu benar2 jadi.Klu cmtu, pinjam duit org blkg jap, then mintak dia ikut smpai atm, then byr blk duit dia. Harap2 org yg kt blakang tu baik ati! :-)

Melz on December 19, 2009 at 2:33 AM said...

hoho tak pernah lagi aku kena camnie sebab aku nei tak kuat shopping maihahaha

'AQILAH on December 19, 2009 at 9:02 AM said...

malu nyer kalau jadi. emm, kalau aku, aku jalan je terus cakap sori tak jadi beli. hahaha

Anonymous said...

aku sblm nak pi bayar tu scan dulu harga (cam kat giant)lepas tu tgk kat wallet cukup tak baru bawak ke kaunter. xpun bawa kalkulator kecik.

muffler on December 19, 2009 at 2:56 PM said...

pengalaman aku lak(bkn aku org lain aku ekot je org tu shopping)... erm.. pergi beli banyak2 lepas tu kat kaunter nak bayar.. kira2 punya kira... dah siap kira... tau pe jadi.. keluar lah kad kredit.. bab memalukan kat tempat tu tak boleh lak trima kad kdit.. duit kat dompet tak da pulak...so dgn selamba tanyalah.. mana atm bank kat gadis casher tu, dia cakap kat level bawah.. ok nanti saya dtg balik.. lepas tu tak muncul2 hahaha....

unwanted on December 19, 2009 at 3:39 PM said...

oRkId eDyLiYnE,
fuh. sampai setahun tak pergi tu..
tak pe, cashier tu dah tak ingat kot.:)

5rux,
kalau muka ketat takpe lagi.
klu tersenyum sinis..lagi malu.:)

Jard The Great,
kad kredit lagi selamat.:)

Syeeda Sobbihi,
mintak2 la orang belakang tu cukup duit gak nanti, klu tak dia pun naya..:)

Melz,
tak perlu sampai tahap shopping,. takut beli barang kruang 10 pun dah tak cukup. bahaya tu..ha3

'AQILAH,
jalan terus takut nanti dia panggil suruh letak barang balik je..ha3

Anonymous,
aku kadang tu congak je. tak la sampai bawa kalkulator. ganas sangat tu.:)

muffler,
aku rasa dalam bank pun tak cukup tu.:)
eh, pikir posotif, atm tu rosak..ha3

eimad said...

pinjam duit cashier la..ltak la fon ke jam buat gadaian..
pastu g atm ke..
tp kalu da kompom duit dlam atm x de gak..cabut~

Anonymous said...

hmm... ak penah tp len skit situasi nye... kat kedai mkn..ngan pakwe ku.. dh melantak puas2, dh kenyang sume, ble time nk byr 2..nsb bek x g kaunter lg, kat meja lg ni.. cek la dlm beg dlu, skali tgk wallet x bawak daa.. n yg lg panik 2, pakwe ak lak duit x ckup sbb x korek duit lg.. mse 2, kteorg dh x termampu nk ckp pape.. alih2 pnggil kwn suh dtg kedai tlg byrkn... so moral of the story, sblum g mne2 pastikan jgn lpe bwk wallet.. penting 2...

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ on December 20, 2009 at 1:37 AM said...

kl aku la dlm situasi cmtu, aku wat2 angkat call (wlpun hp xbunyi)..pastu jerit kuat2..APA??.smbil wat muke cemas gile tahap cipan.then ckp kt cashier, sori saya ade emergency, kjp lg sy dtg blk..pastu wat2 la lari lelaju..hahaha..xpyh la dtg blk..g bank.cocok duit, g pasaraya len pulak.hahaha.

Dak Wan on December 20, 2009 at 3:08 AM said...

Pernah kad kredit offline (cam cilaker).... pastu soping complex takder ATM plak tu(Lagi aram) Sudahnya start keter gi withdraw kat bank jewr. Pengajaran, kad kedit pon tak leh harap gak.

Anonymous said...

kalau aku lari sambil ketawa kuat2. menjadi jgk tips ni tp brg2 kne tggl kt kaunter la...bru mujarab.HAHAHA

Aniem on December 21, 2009 at 9:50 AM said...

skrg dah ada alat yang blh swap atm kad tuh..so, kalo tak cukup duit bagi je la atm kad. tapi mesti la duit dalam bank tu jgn kering..;-)

Anonymous said...

ak penah kna dlu,skali nk byr x ckup 80sen, nsib baek akk cashier ngn bro 2 baik hati,ak ckp x ckup duit nk tolak 1 brang,pas2 cashier 2 amik 60sen kt bwh msin duit tu,tebal muka ak,nsib baik msa tu ak budak2 lg..hehe
tp bila igt blik,maluuuu..;)

Anonymous said...

wakaka..dasyat la..aku ms time kecik mak suh beli telor 10 bijik..duat xcukup...p.cik kedI kate utang..haha mmg setahun aku xpegi kedai tu..bkn stakat tu..time melintas pon xpandang kedai tu..waaa derita nya zaman bdk2 aku gara2 telor 10 bijik jek...

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted