HJ-Split merupakan salah satu lagi aplikasi yang digunakan untuk menceraikan dan mencantumkan file-file yang bersaiz besar terutamanya yang melebihi 100MB (Biasanya movie). Selain HJ-Split, aplikasi lain yang sering digunakan secara meluas adalah winzip, winrar (walaupun tujuan asalnya untuk compress) dan juga 7-zip
File yang di'split'kan menggunakan HJ-Split, dapat dikenalpasti dengan melihat pada extention sesebuah file. Bagi yang menggunakan HJ-split, extentionnya adalah bermula dengan .001, .002 dan seterusnya, bergantung besar mana file yang telah displit. Antara kelebihan Hj-split adalah aplikasi yang bersifat 'stand alone' dan juga size file yang kecil (334Kb)
Download Hj-split dengan klik ikon dibawah.

Untuk entri ini, aku akan tunjukkan cara (yang mudah:), untuk joinkan file yang telah di'split'kan menggunakan HJ-Split.
1. Kenalpasti file dan letakkan dalam satu folder.
2. Buka Hj-Split, kemudian klik pada 'join'
3. Klik pada input file
4.Seterusnya buka folder dimana file diletakkan, kemudian pilih file yang berakhir dengan .001 (memang file ini sahaja yang muncul, tak perlu bimbang file2 lain, yang penting adalah .001). Kemudian klik open
5.Langkah terakhir, klik start. Tunggu siap proses dan lihatlah hasilnya di folder asal.:)
Senang Bukan..:)
Suka entri ini.?


3 comments:
kalau nak join kan lain2 video yg tak sama boleh ker??? mcm 1 citer pendek ngan citer yg lain...
ariyon176,
klu cam tu x boleh.
boleh join file yg di'split' dari hj-split je, extention start .001
Salam.bro, saya dh cuba praktis tutorial berkenaan letak subtitle dalam movie, tp tak leh pun..tlg saya..
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)