Yahooo....ha3..
Gembiranya aku...
Malaysia menang juga akhirnya..ha3
Gembira sekali perasaan aku ketika aku menaip untuk post ini.
Rasa hendak peluk je kesemua pemain2 Malaysia termasuklah K Rajagopal sekali.ha3.
Perlawanan akhir antara Malaysia melawan Vietnam, akhirnya memihak kepada Malaysia dengan keputusan Malaysia 1, Vietnam 0.
Berakhir sudah penantian selama 20tahun.
Gembira seluruh rakyat Malaysia.:)

90+6 minit yang begitu mendebarkan sekali,bukan hanya pemain2 yang berjuang dipadang, tetapi juga peminat bola sepak tempatan yang dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan Malaysia menewaskan Vietman. Kekalahan sebelum ini kepada Vietnam tidak lagi bererti. Kemenangan ini telah menutup segalanya..
Walaupun gol kemenangan disebabkan oleh gol sendiri oleh pemain Vietnam, tetapi dengan gol itulah Malaysia ditabal juara.
Inilah stadium yang menjadi saksi kemenangan pasukan Malaysia.

"Akhirnya kita telah berjaya.."
Mungkin itu kata-kata Rajagopal kepada pemain2nya dan juga kepada suma rakyat Malaysia.
Aku rasa inilah hadiah yang paling bererti dari Sukan Sea di Vientiane, Laos disamping kehebatan alit-atlit kolam renang.
Kita sudah boleh berbangga dengan kemenangan kita kali ini..
Kita sudah menewaskan pasukan handalan, Thailand
dan kita juga telah menewaskan pasukan yang menewaskan kita dalam peringkat kumpulan sebelum ini,Vietnam.
Padam muka Thailand dan Vietnam..ha3.
Berbalik kepada perlawanan Malaysia lawan Vietnam,
secara keseluruhannya ok.
Ada masa Malaysia menyerang, ada masa Vietnam menyerang.
Tapi apabila Malaysia menyerang dan diserang, gempak gempita la warung yang aku tengok bola ni.
Biasa akan dengar la kata-kata macam ni.
"passing la kat orang depan tu"
"rambat la terus, passing apa lagi"
"Apa la, passing pun tak lepas"
"aduh, tanduk pun tak kena"
Marah betul jika ada pemain yang melakukan kesilapan..ha3
Sebenarnya seronok apabila berada dalam keadaan ini, walaupun tahu dorang bukan dengar..ha3.
Berdebar ada, suka ada, marah pun ada..
Lagi2 bila sudah hendak habis masa, perh berdebar tidak ingat..ha3
(update) Ini video gol yang memberi pingat emas kepada Malaysia bagi bola sepak.
Apapun, tahniah kepada skuad bola sepak negara.
Paling tidak, buat masa ini terkunci rapat mulut2 pengkritik bola sepak.
Terima kasih kerana telah membuatkan seluruh rakyat malaysia bergembira dengan kemenangan ini.
Terima kasih kerana membawa khabar gembira dari Sukan SEA di Vientiane
Majulah Sukan Untuk Negara.
----------------
Eh, jap.
aku hendak bayang aku sebagai penulis akhbar.
aku hendak pikir tajuk untuk muka depan esok..:)
"Harimau Malaya mengamuk di Vientiane"
"Kita telah menang, Kita adalah Juara"
"Harimau Malaya bangkit dari tidur"
"Vietnam mangsa kebangkitan Malaysia"
"Skuad Rajagopal bawa hadiah paling berharga dari Vientiane"
"Harimau Malaya kembali bertaring, Vietnam menjadi mangsa amukan"
Korang rasa ok tak tajuk2 ni.
ke korang ada idea lain..:)
Suka entri ini.?


13 comments:
hadiah berharga setelah 20 tahun penantian :)
Tahniah Malaysia!
n3 ke 5 ke 6 yang post psl bola msia menang!
ahhaha...
chayokk unwanted..
*mcm ko yg maen kn!*
tonton gak tadi, resah menanti gol, akhirnya gol juga walaupun gol tak cun mana, gol semi final lg cun..hehe
tapi 2,2 pasukan main sama hebat..!
~@k1 is @utuMn!~,
aku kena apply main untuk Malaysia la lepas ni.ha3.
nursarah87,
betul tu, gol masa lawan thailand n laos cantik.:)
kedua-dua pasukan hebat.
Malaysia lebih kepada counter attack
Laos dorang punya control ball agak baik.:)
malaysia masih ketinggalan dari segi kualiti permainan
Malaysia harus terus bersaing dengan pasukan handalan lain. Jangan mudah puashati
Alhamdulillah...
Akhirnya hujan turun jugak...
Tapi jangan la gembira sangat...
Terutama kepada pemain2 tu...
Kang terleka kena kritik balik...
Jangan plak lepas ni ada orang kata menang nasib...
Apapun tahniah kat Malaysia...
Cayok2...
AHKIRNYA MALAYSIA MENANG JGK.............AKU BANGGA DGN MALAYSIA...........................HIDUP MALAYSIA......VIETNAM BLEH PA
Malaysia Boleh
zarulyo4,
betul tu. secara keseluruhan, kualiti Malaysia kurang sikit dari Vietnam.
Papepun, buat masa sekarang ni, Malaysia menang..:)
p/s:aku rasa pemain yang buat gol sendiri tu mesti tengah meratap kesedihan lagi.:)
KAYO PLAYER MALAYSIA BLIK NI...RAMAI TU YANG DAPAT GALARAN DATO'.....HEHEHEHE
hahah.. tjuk tuk muka depan tu mmg sesuai.. hahaha..
kelakar la anymous tu.. dorg x layak lgi nk dpt title dato' tu.. uhuk..
kalo dapat msuk final olympik mugkin kot.. (macm dato' lee chong wei..) hehe
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)