Apakah settings yang sepatutnya tidak ada dalam sesebuah blog.?
Atau dalam kata lain, setting tersebut sepatutnya tidak diperlukan oleh pemilik blog untuk diaplikasikan pada blognya.
Untuk kali ini, aku akan cuba bagi sedikit tips berkenaan apakah setting yang sepatutnya tidak ada dalam blog. Semestinya tips yang aku tunjukan ini bagi sesiapa yang menggunakan platform blogger.com. Kerana semua tips² ini terkandung dalam akaun blogger (log in > dashboard > setting)
Untuk part 1 ini, aku tunjukkan 2 dahulu setting yang aku rasa paling penting.
Sebenarnya aku hendak buat dalam satu post sahaja, tetapi memandangkan aku buat ulasan juga, bimbang takut entri terlalu panjang nanti. So, aku buat part 1 ini dahulu.
Berikut setting yang aku rasakan tidak perlu dalam blog..
1. Word Verification For Comment.
Ini adalah perkara yang paling penting untuk diketahui oleh pemilik blog. Untuk default, setting ini didatangkan dalam keadaan "Show word verification.?--> YES".
Perkara ini sebenarnya untuk mengelakkan spam. Tetapi dalam keadaan sekarang, kehadiran word verification adalah MENYUSAHKAN kepada pengunjung2 yang ingin menghantar komen.
Perkara ini banyak tidak disedari oleh pemilik blog kerana pemilik blog tidak perlu isi word verification. So, ramai yang terlepas pandang perkara ini dengan beranggapan blognya sudah tidak ada word verification, sedangkan setting masih lagi dalam keadaan YES dan word verification ini perlu diisi oleh pengunjung.
Oleh itu, jika anda pemilik blog, sila pastikan blog anda telah disablekan fungsi ini untuk memudahkan pengunjung anda menghantar komen.:)
(Setting > Comments > Show word verification for comments? - NO)
2. Comment Moderation.
Comment moderation adalah setting kedua yang aku rasakan tidak perlu bagi sesebuah blog. Ini kerana, dalam keadaan 'biasa' anda tidak perlu baca dahulu komen untuk diapprovekan. Biarkan pengunjung post dahulu komen, dan kalau anda hendak balas boleh balas kemudian. Kerana ada pengunjung yang suka kalau apa yang dikomen olehnya terus muncul.

Kadang tu, aku terpikir juga. Adakah pemilik blog ini bimbang ada komen negatif seperti "blog ko tak cantik la", "ko punya entri tak best la", dan lain2. Kalau ini yang dibimbangkan, aku rasa agak tidak wajar. Kerana sebagai pemilik blog, kena ada persiapan untuk menghadapi perkara-perkara 'kurang menarik' bagi blognya.
Walau bagaimanapun, aku faham juga ada sesetengah blog yang mempunyai musuh sendiri. dan kebanyakan blog yang mempunyai musuh sendiri ini adalah blog perempuan. Percaya atau tidak.?..(perkara ni mungkin aku akan ulas kemudian.:). Kalau dalam keadaan seperti ini aku no komenlah kalau di enablekan comment moderation.
Tetapi jika blog anda berjalan seperti biasa, tiada masalah apa-apa, baik anda disablekan sahaja comment moderation.Biarkan komen itu keluar terus.
Sedikit sumber inspirasi, cuma korang tengok blog-blog mereka-mereka yang 'power' dan 'otai' dalam dunia blogging ini, ada mereka perlukan comment moderation.? Tidak perlu..
Cara untuk disablekan pun mudah sahaja.:)
(Settings > comments > Comment moderation --> NEVER)
Setakat itu dahulu untuk tips untuk part 1 bagi setting yang tidak diperlukan bagi sesebuah blog. Walaupun hanya 2 je isi kandungannya, tetapi boleh tahan panjang juga aku menaip. nasib baik buat part 1 dan part 2.Kalau aku buat satu entri, jenuh korang membaca nanti.:) Untuk part 2, nanti aku akan buat entri baru.
Tips2 ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku yang aku alami dan untuk kemudahan bersama. Pemilik blog berhak sepenuhnya untuk menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Aku cuma beri tips berdasarkan pengalaman untuk kemudahan semua.:)
Happy Blogging..:)
Suka entri ini.?


29 comments:
betol aku dulu pasang , sekarang dah disable, menyusahkan pengunjung kalau enable
ok, aku mmg dah apply tips ni beberapa bulan lalu..
weyh,nanti part 2 jgn lupa masukkan pasal background music..aku rasa tak best klu nk buka blog org,pastu dia ada pasang lagu2 tu..alah..rimas lah..niat baik nak baca entry dia jadi malas terus sebab bising tiba2..masukkan tw perihal tu..penting aku rasa..(klu kau setuju dgn aku lah..)
Memang nak ucap tq very much la sebab beritahu,
Yup, org klu komen, pastu nak cek balik komen tu klu ada silap pon susah.... Rasa macam tak puas hati. Then ada yg komen box takleh komen.... lagi parah.
salam....fafau nk tny nih, cane lau nk tkr skin blog, tp kiter xnak ads ke, hape ke yg ader dlm blog kite tu ilang???
ak x ske men masukkan code tu..
ampeh je..hehe
wow siap gambar gitu :P
terima kasih!
baru tadi saya tercari-cari kat mana nak change setting supaya komen boleh keluar terus tanpa perlu saya approve..tenkiuk3x!
.
Sendra,
Semestinya perkara tu sudah bermain-main dipikiran aku.:)
Tetapi aku akan masukkan dalam entri lain, sebab aku ingatkan untuk part 2, aku masih lagi berkisar pada setting.:)
kamal,
sama-sama.:)
Dak Wan,
yang ada komen box tu tp x leh komen biasanya berlaku pada blog yang embeded komen. ada setting yang tertinggal.
shininghepiness=),
cara paling selamat adalah backup secara manual.
copy setiap code html/javascript dalam notepad.
Dulu aku ada baca cara backup berdasarkan id,
tetapi kurang selamat.
paling selamat backup manual. (lagipun sekejap je tu.:)
Melz,
kalau gamabr senang faham.
nampak terus..:)
tips ni sangat bagus untuk newcomers cam saya! TQ!
semua betul....betul sangat-sangat
ada blog yang keluh kesah sebab tak ada pengunjung tinggalkan komen tetapi nak komen pun seksa.
lagi satu , ada ramai yang letak iklan gerak2...tiap kali kita scroll.... mcm mana nk tulis komen kalau benda tu dok kacau comment box?
oH! aku tidak meletakkan password dan tidak mengeset coment moderation!!
ya! aku mengikut tema.. ekekekke
banyak blog bercerita pasal ni skang ni hehe..
thanks for the tips!
aku p check setting sekarang jugak!!.... :D
sgt setuju! xperlu la comment moderation & word verification tu.. buat sakit jiwa je.. hilang nafsu nk membaca n comment kdg2 huhuhu
tq tentang info ni...
Salam Ziarah......
Info yang menarik
Peringatan!!!..disini saya ingin kongsi pengalaman sebenarnya comment moderation dan Word Verification For Comment adalah penting. Ikut juga rating blog anda. Jika blog anda ramai kunjungan dari luar contoh US, china, jepun dan sebagainya anda akan dapat msg SPAM yang banyak dalam satu-satu masa. Selalu link2 yang tidak berkaitan dengan entry yang anda tulis di dalam blog serta akan dijadikan tempat iklan yang bahasanya kurang anda fasih. Ini akan menyusahkan anda untuk membuang comment SPAM2 tu.
Tapi terpulang kepada bloggers nak on ke tidak, Seperti mana yang saya nyatakan tadi, mengikut rating blog pengunjung luar dari malaysia. Bagi saya pengunjung malaysia masih ditahap yang baik. Ini adalah langkah untuk berjaga2.
Terima kasih
regards,
ur follower http://silentmuffler.blogspot.com
sI tEDI ,
bagus2..:)
::alwaniamalini::,
bercerita pasal ni bukan sebab apa, untuk memudahkan semua.:)
muffler,
Kalau diluar negara mmg kena berhati2 sikit,
tetapi dalam keadaan kita sekarang, perkara sebegini tidak perlu kerana lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan..
Dan aku pasti kebanyakan blog-blog kita ini pelawatnya adalah datangnya dari Malaysia
Satu soalan.
bagi yang on benda ini, berapa kali kena spam.?
Mungkin sekali dua, dan mungkin tidak pernah..:)
Tetapi jika kita on benda ni, secara tidak langsung telah menyusahkan pengunjung setiap kali pengunjung melawat blog kita..:)
yup..memang betul tapi. macam saya kata tadi mengikut kunjungan jugak.. pengalaman saya haritu stiap 1 entry kat blog saya mempuyai 6 comment yang berbeza tetapi dalam 40 entry comment yang sama..nak delete punya lah susah... dulu saya macam awak jugak off smua penyekat ni, tapi apabila telah terjadi situasi seperti diatas jadi saya terpaksa onkan balik...
saya just nak tambah...
tips bagi blog beginners tak perlu onkn filter nie bagi orang mengenali blog anda.
tips bagi yang ramai pengunjung dari malaysia pun tidak perlu onkn filter nie sebab saya yakin 100% orang malaysia tak buat SPAM.
tips bagi kunjungan yang ramai dari negara asing/luar dari malaysia terpulang pada anda untuk mengonkan filter ataupun tidak bagi menggelakkan situasi yang tidak di ingini.
terima kasih :)
aku buat semua yg mu cadangkan ni ats sebab yg sama..
kite sekepala boss...
hoho
soffya cik bulan,
ha2. bagus2.:)
aQ suka ini!!
saya just nak tnya . kenapa kotak komen box saya tak keluar after komen2 ney . then kwn2 nak post komen tak bole ? bila wt pop up baru ada box utk komen . help me please !
bgos2....lpas aq bce trus aq tkar...
mintak share yea..
http://miss-dya.blogspot.com
TQ! Ur sharing is caring works!
thanks bro. banyak yang i belajar dari blog nie ;). memang sangat2 membantu
thank u 4 sharing....im a newbie in blogging :)
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)