Thursday, December 24, 2009

Tips : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Entri


Adakah anda ambil kisah bilakah anda post entri untuk blog anda.?
Atau anda tidak kisah bila-bila masa asalkan ada mood.?

Jika anda ambil masa yang tertentu untuk post entri,
Bilakah waktu itu.?
Adakah ketika mood menaip anda sedang memuncak.?
Adakah ketika internet 'tengah laju'.?
Pukul 1 pagi?, 2 pagi?, atau pukul 3pagi.?.

Bagi sesetengah orang, mungkin ianya tidaklah penting.
Tetapi bagi sesetengah orang, masa untuk post entri adalah penting.
Aku akan terangkan kenapa masa untuk post entri juga penting dan bilakah masa yang sesuai untuk post entri.

waktu sesuai untuk post entri


Untuk waktu yang paling sesuai untuk post entri (publish), aku sudah kenalpasti 3 waktu yang boleh dikatakan paling ideal. Ini berdasarkan statistik yang masuk ke blog ini pada waktu-waktu yang tertentu.


Post entri yang aku maksudkan ini bukanlah masa anda mula menaip atau mula mencari bahan, tetapi masa yang aku bagitahu ini adalah masa yang sesuai untuk tekan button PUBLISH. Jadi aku andaikan pada masa-masa ini, anda sudah ada apa yang anda hendak post. Menaip entri mungkin anda boleh buat bila-bila masa yang anda lapang, dan anda boleh 'save' dahulu untuk tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting adalah waktu untuk PUBLISH.


Pukul 7.30pg - 8.00pg.
Waktu ini adalah waktu yang paling ideal untuk publish post. Boleh dikatakan pukul 8.00pagi rakyat Malaysia memulakan harinya. Bagi yang bekerja atau tidak, apabila ada masa lapang je(ye ke lapang.:), pagi-pagi lagi sudah mengadap komputer. Betul tak.:).
Bagaimana hendak publish post pada ketika ini sedangkan diri sendiri pun sibuk.?
Senang sahaja, gunakan AUTOPOST. Anda boleh taip bila-bila masa, malam mungkin, dan setkan untuk post pada waktu antara 7.30 hingga 8.00 pagi ini.:)


Pukul 1.00ptg - 1.30ptg..
Waktu seterusnya adalah antara pukul 1 dan 1.30. Kalau ikutkan dari pukul 8pagi tadi,
jika anda sudah ada post, biasanya trafik tiada masalah. Cuba kalau pada hari itu anda ada 2 entri hendak publish, selain pukul 8.00 pagi, pukul 1 hingga 1.30 adalah jawapannya. Ini kerana pukul 1.00 hingga 1.30 (dan mungkin 2.00) adalah waktu rehat. Ada yang makan atau apa, dan ada juga yang rehat di hadapan pc. Dan bagi yang baru balik dari rehat, lepas siap makan takkan hendak buat kerja terus kan, ada la yang melencong buka pc buka internet dulu.:)

Pukul 7.30-8.00mlm..
Waktu ketiga sesuai untuk buat entri adalah pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Kerana biasanya aktiviti sebelah malam akan bermula selepas maghrib. Jarang orang online pada pukul 7.00. Biasanya pukul 8.00 atau 8.30malam mula start untuk online semula. (Bagi yang ada internet kat umah atau tak balik lagi dari pejabat kot.:). So, untuk penutup pada sesuatu hari, pukul 7.30 hingga 8.00malam adalah masa yang sesuai.:)


Bagaimana jika ada lebih dari 3 entri sehari.?
Kalau ada lebih entri, dicadangkan untuk post mana-mana waktu antara pukul 8.00pagi hingga 4.00 petang. Biasakan untuk post pada waktu siang kerana masa yang ada untuk post itu panjng sebelum habis hari tersebut.

Kalau entri urgent.?
Sudah namanya urgent..:) Kalau urgent, bila-bila masa sahaja boleh post. Urgent tidak kira waktu.:)

Kenapa waktu untuk post entri juga penting.?
Bagi sesetengah orang, mungkin tidak penting. Asalkan ada post pada hari tersebut.
Lagi-lagi bagi yang sudah ada pelawat tetap atau memang blog sudah glemer. Tetapi perkara ini juga penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengaplikasi trend visitor pada sesuatu blog.

Satu lagi.
Tahukah anda betapa pentingnya untuk anda berada dalam kedudukan di atas seperti gambar apabila ruang trafik maya di Malaysia tengah tinggi..?..:)


list kredit:http://kotakbeg.blogspot.com/



Suka entri ini.?

20 comments:

sI tEDI on December 24, 2009 at 3:10 PM said...

YUP! AKU SETUJU DENGAN WAKTU2 YG KO CADANGKAN.

AKU PUN SEKITAR AREA TU JUGA..

CUMA AKU SELALU POST 4 KALI SEHARI..

KOL 8.. KOL 11 KOL 3 N KOL 8 MALAM.

AKU TEKAN PUBLISH BERGANTUNG PADA KELEWATAN BLOGGER MENGELUARKAN ENTRY TERBARU KITA DI DASHBORD.

SELALU MAKAN 1 JAM GAK KAN?

JARANGLAH DALAM 10MIN 20 MIN DIA LEH KUO.. AKU TAK TAHULAH ORG LAIN!!

SO!! TIPS KO MMG AMAT BERGUNA. tq

SORI CAPLOCK AKU!

TENGAH MENAIP!!

EKEKEKEKE+

atyn on December 24, 2009 at 3:13 PM said...

iyelah . kalau aku ikot suka aku ke nak publish time bila . suka-suki aku jugak . tak penting pon bagi aku semua ni . tapi aku macam nak cuba aplikasikan apa yang bro cakap neh . hehe . sebab tu la tak ramai sambutan , :) hehe . takdelah seglamor unwanted86 . , k bye

lagenda on December 24, 2009 at 3:19 PM said...

Salam Ziarah.....

Terima Kasih atas tips2 yang berguna ini.......

Pejuang Kesenian Extreme on December 24, 2009 at 4:31 PM said...

Info menarikk
Aku biasa pandang ringan sahaja benda ni..

a1zudd1n on December 24, 2009 at 8:41 PM said...

ak bese kol 12mlm..
time org tido kot..haha..sengal

notso_violet : seindah bunga seri pagi on December 24, 2009 at 10:15 PM said...

haha kite main post jer bila bila. patut la kurang yg datang.

'AQILAH on December 25, 2009 at 7:14 AM said...

thanks! aku selalu main post jek..huhuh

unwanted on December 25, 2009 at 3:24 PM said...

sI tEDI,
wah. mantap ko sampai 4 post sehari.
susah aku hendak sampai 4.:)
X de masalah sekali sekala caps lock.:)

atyn,
tak salah kalau hendak aplikasikan.:)

lagenda,
sama²..:)

Pejuang Kesenian Extreme,
bagi aku penting juga la waktu untuk publish.
Macam aku kata la, kena tahu bagaimana trend visitor.:)

a1zudd1n,
waktu malam adalah biasa untuk blogger² menaip.
Aku pun kadang tu taip malam, tapi tak semestinya terus publish.:)

notso_violet : seindah bunga seri pagi,
Lepas ni boleh la try.:)

'AQILAH,
sama²..:)

Kujie on December 26, 2009 at 11:17 PM said...

hari juga penting -

acap2405(1169) on December 27, 2009 at 8:21 PM said...

sib baik saye post entri saye kul 8 tadi..
sib baik..
tq bro

anys on March 20, 2010 at 4:12 PM said...

tq for sharing this info unwanted..
pasni owg tau la waktu mn yg sesuai untuk post entry...

jemput ke blog
http://anyshazwanie.blogspot.com

cermin mata on July 24, 2010 at 12:41 PM said...

cermin mata get many info from this site tq admin

Tomato Gurl's Life on August 19, 2010 at 8:25 PM said...

Ooo rupa2nya ada waktu jugak nak publish..thank info ni ye :)

kaer on August 22, 2010 at 8:28 AM said...

Masa pose, entri aku semua sblum subuh...
Boleh ke??hehe...nice info...

.::: Princess MOMOY :::. on November 23, 2010 at 3:02 AM said...

oh...baru Momoy tahu...salah 1 cara nak tgkatkan trafik ke blog baru juga
berguna entry nih
thx bro...

deqdeq on December 29, 2010 at 10:34 AM said...

dapat ilmu baru la hari ni...tima kasih...

nana_picanto83 on March 24, 2011 at 2:31 AM said...

selama neh main balun sesuka hati jer bila nk post entry.. dah dapat ilmu yg berguna neh, boleh lah diaplikasikan sepenuhnya.. ten q, ten q

Umar Faruq on June 21, 2011 at 1:55 AM said...

bagus nie.. hehe..

http://www.umarfaruq.com/2011/06/review-9-tips-diorang-best-weyh.html

dream3r on October 18, 2011 at 9:56 PM said...

terima kasih untuk tips tuh! nice info la bro !

http://dak-os.blogspot.com/

hasrizal kamardin on March 25, 2013 at 1:27 AM said...

thanx sharing...

jemput2 la tgk blog saya ye:
www.zarrazparamedical.net

Post a Comment

Setiap komen anda amatlah dihargai.:)

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted