Ops....
Adakah anda tersalah masuk blog.?
Mencari mana blog unwanted86.blogspot.com yang bertemakan jeans dahulu.?
Ini blog lain ni..
Sudah hendak keluar.?
Sabar-sabar...
Anda tidak salah masuk.
Inilah blog yang anda cari tadi.
anda sudah masuk ke tempat yang betul,
Memang tidak salah lagi..:)
Mungkin anda hairan dengan suasana persekitaran yang jauh berbeza dari dahulu kan..:)
Sukacitanya hendak dimaklumkan bahawa template asal blog ini telah ditukar secara rasminya. Kalau sebelum ini, rupa template blog ini adalah seperti gambar dibawah, tetapi sekarang rupa bentuk baru adalah seperti yang anda lihat sekarang.
Template lama.
Template sekarang.
Kalau dahulu tema jeans lebih kepada warna biru, sekarang aku pilih warna oren atau warna jingga.:) Mulanya hendak pikir warna hitam, tetapi rasa macam tema jeans dahulu pun sudah gelap. Kalau pilih warna pink, ish, tak sesuai dengan jiwa pula. So, warna jingga inilah aku rasa warna yang sesuai untuk kali ini.:)
Oleh kerana template ini masih baru, ada lagi beberapa perkara yang masih belum lengkap. Kalau anda tengok di sidebar pun nampak masih kosong lagi. Aku juga sedang dalam pemantauan untuk pastikan samada ok atau tidak background template ini yang aku upload dari blogger sahaja. Maklumlah, tiada server sendiri.:)
Cuma sekarang ini aku perasan ada 2 masalah disebabkan entri2 lepas semasa menggunakan template jeans.
Masalah pertama, semasa menggunakan template jeans dahu, kebanyakan perkataan yang aku tekankan dan sesuatu entri aku akan warnakan dengan warna hijau dan kuning. Kerana hijau dan kuning nampak jelas dalam warna gelap. Masalah sekarang warna kuning tersebut 'sukar dibaca' apabila background bertukar kepada warna putih.
Masalah kedua, juga pada entri-entri lepas, apabila aku post gambar, template jeans akan automatic menghalang gambar yang bersaiz besar dari melebihi kawasan entri. Tetapi untuk template ini, apabila gambar besar ia akan tetap dibuka melebihi kawasan entri.
Secara keseluruhan, apa yang ok bagi aku template ini adalah:
1). Entri lebih senang dibaca,
2). Size template yang tetap memudahkan aku untuk membuat entri dengan susunan baris dan perenggang dengan lebih berkesan.
3). Persekitaran blog yang lebih happening dengan warna yang lebih cerah berbanding jeans dahulu yang agak kusam.:)
Apa pendapat korang tentang template ini.?
aku perlukan komen korang untuk nilai template aku ni mana yang lebih, mana yang kurang, mana yang perlu dibaiki.
So nanti boleh la aku buat penambahbaikkan.
Cadangan dan pendapat korang amatlah diperlukan..:)
Suka entri ini.?


12 comments:
salam menziarah...
nice one!blog nmpak lebih teratur..sedap n sejuk mata memandang..
kadang-kadang warna dan tema memainkan peranan penting dalam menyampaikan msg2 dalam entry..
so,this is a better one compared to previous!=D
wa~ cun2
Salam Ziarah..........
Tahniah bertambah mantap dan ceria
wah, mesra pengguna lah wajah baru nih..=)
waaa tema kayu, leh jadi tokei perabot ni :D
1 comment jer..user friendly like nokia phone...hahaha, better dr sebelumnya..
tu kayu jati ke cengal...?
hahaha...
To alls,
thanx.:)
Best Of Me 321,
tokei perabut macam mana, belajar pun tak habis lagi ni.:)
ariyon176,
aah, better than before..:)
padLoque
aku bab mengenal jenis kayu ni memang lemah sikit...ha3
better..tahniah..klu tak yg dulu selalu kena kacau dgn nuff kat kanan tu..
Background kau terlalu keras bro mari ym aku bagi kau background yang lembut + kayu dan tulisan merah membuatkan susah dibaca . kita talk ym na
yaaa...sukaaaa....
memang trgezut gak tadi tetiba masuk sini, tukar..2,3 x tengok tab...nasib betul..bukan berada di alam mimpi lagi...
this is better than before laaa....pembaharuan untuk new year :)
komen dari saya:
memula terkejut gak, ingatkan dah link ke blog lain. hehe..
lebih suka template yang ini, sebab nampak teratur dan sedap mata memandang.
kalau template dlu, terpaksa besarkan mata dan mata kena lebih fokus sebab background gelap dan tulisan pulak cerah..
huhu.. maaflah, sebab rabun jauh saya ni agak kuat. kalau mata terlebih fokus, mata ngan kepala leh saket sikit..
anyway, this template much more better than the jeans template. keep it up. dan saya akan sentiasa bace blog ini.. hihi. peace.
Post a Comment
Setiap komen anda amatlah dihargai.:)