Saturday, December 19, 2009

UTHM Drift Auto Challenge


Kali ni aku hendak promot sedikit program yang bakal berlangsung di BP Mall, Batu Pahat yang akan berlangsung pada bulan Januari 2010 nanti. Program ini dikendalikan oleh member aku (duk sebelah meja aku je ni.ha3),.

Program ini merupakan salah satu program yang berada dibawah payung program yang lebih besar iaitu Engineering Festival yang akan diadakan di UTHM pada bulan Januari nanti.( Tidak perlu la aku cerita sejarah dia kan.:)

Ini sedikit maklumat ringkas berkenaan program ini.

    Tempat : Batu Pahat Mall (BP Mall), Batu Pahat, Johor
    Tarikh : 29 -31 Januari 2009
    Masa : 10.00am - 11.00pm.



Korang kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh tengok di blog http://uthmdrift.blogspot.com/
(baru buat ni)

Ini poster yang digunakan untuk program ini.(Klik untuk besarkan)


So, bagi sesiapa yang berada di Batu Pahat, atau kawasan sekitar bolehlah beramai-ramai datang pada hari tersebut untuk memeriahkan lagi acara yang akan diadakan.
Ajak la seberapa ramai kawan-kawan ke, saudara mara ke atau sesiapa sahaja.
Sambil pergi shopping, sambil tengok autoshow, drift, dan lain2 acara yang diadakan. Kan bagus tu.:)

Dan bagi sesiapa yang rasa kereta atau motor korang hendak masuk bertanding, bolehlah menghubungi member aku seperti yang tertera pada poster tersebut. Mana la tahu kot-kot korang ada bakat drift (macam dalam kl drift.), dan mungkin juga korang boleh berpeluang untuk memenangi acara-acara lain.:)


p/s: Aku juga mengendalikan satu program dibawah Engineering Festival ini. Aku handle program The Awakening. Kem motivasi untuk pelajar teknik tingkatan 4 dan 5.Program aku ini tak boleh la jemput korang ek, sebab buat dalam universiti..:)
Dan tawaran aku terbuka kepada sesiapa pelajar UTHM yang berminat untuk menjadi fasilitator untuk program ini. Jadi, siapa student UTHM yang berminat untuk jadi fasilitator(dan mungkin juga ajk) bolehlah hubungi aku.:)


Suka entri ini.?

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted