Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah pandangan peribadi aku sahaja..
Jika ada yang sama pendapat dengan aku, baguslah.
jika tidak sama pendapat .Tidak perlu gusar kerana ini hanya pandangan peribadi aku.
Membaca tajuk Kosmo! pada hari ini(25/2/09), tajuknya adalah seperti berikut.
Kena Lempang Kerana Bawa Telefon Bimbit.
Apa yang aku nyatakan di bawah adalah ulasan sahaja. Sesiapa yang hendak membaca berita penuh boleh rujuk disini.
Kosmo:Kena lempang bawa telefon bimbit
Gambar di atas menunjukkan seorang pelajar memegang laporan perubatan berkenaan kecederaan yang dialami setelah ditampar oleh guru disiplin.
Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin.-Kena lempang itu merupakan salah satu hukuman. Nanti kalau kena rotan pun mungkin pelajar ini buat laporan kena rotan.
-Yang melempang adalah guru disiplin. Mereka bukan sengaja pergi melempang atau merotan orang yang tidak bersalah.Ada orang buat salah sebab itu mereka mengambil tindakan.
-Pelajar yang dilempang memang melakukan kesalahan.
“Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan."- Wahai cik adik oi, jangan meletakkan kesalahan di bahu orang lain jika diri sendiri buat silap.
-Guru disiplin tahu yang mereka bawa telefon bimbit, mesti la mereka yang kena tindakan.
-Kalau guru disiplin pun tahu ada orang lain bawa telefon bimbit, kemungkinan besar guru disiplin itu juga akan mengambil tindakan.
PELAJAR SEKARANG SEMAKIN MANJA..Kenapa aku kata demikian.?1)Aku juga pernah ditampar/dilempang lebih teruk dari itu, aku pernah dihantuk ke dinding, aku pernah dirotan, aku pernah dipukul dengan penyangkut baju sehingga terluka dibelakang badan.
-Semua tindakan yang aku kena itu sebab aku melakukan kesalahan.
-Terimalah bahawa kalau kita melakukan kesalahan kita akan dihukum
2) Aku pernah memegang jawatan ketua disiplin asrama.
-Memang sesiapa yang buat salah akan dikenakan tindakan. Bergantung pada kesalahan.
-Tidak semua pesalah aku dapat ketahui/ditangkap. Ada juga yang terlepas.
-Bukan sengaja dilepas,tetapi pelajar juga licik menyembunyikan kesalahan mereka.
3)Aku pernah bertugas sebagai pensyarah latihan selama 3bulan di politeknik semasa latihan mengajar, disebelah meja aku ketika itu adalah pensyarah bahagian disiplin.
-cara didikan untuk murid sekolah menengah tidak sama dengan cara didikan mereka yang sudah melebihi umur 18 tahun.
-Tindakan tetap juga akan diambil jika pelajar melakukan kesalahan.
-Malah ada pelajar yang terpaksa dirujuk kepada pihak polis.
-Tidak semua pelajar yang membuat salah dapat ditangkap oleh pensyarah tersebut.
>>Aku tidak pernah salahkan guru disiplin melempang,menampar dan berbagai lagi. Semua sebab aku melakukan kesalahan. dan aku terima hukuman yang dikenakan.Malahan aku berterima kasih kepada mereka kerana menyedarkan aku.
-------------------------------------------------------------------------------------

contoh kesalahan pelajar.
Memang terdapat ibu bapa yang agak memanjakan anak mereka. Silap sikit terus serang pihak sekolah. Sayang sangat anak mereka. Lepas anak sudah besar, tengoklah apa yang jadi pada anak itu. Kalau baik, baguslah. tetapi rata-rata anak yang dimanjakan tidaklah jadi baik apabila sudah besar.
-Lihat sekarang sudahlah, semakin guru disiplin pula yang takut untuk mengambil tindakan kepada pelajar. Tujuan guru murni, ingin membentuk diri pelajar menjadi orang yang berguna.
-Kalau tiada guru disiplin bagaimana keadaan budak sekarang.
-Rata-rata yang manja adalah pelajar melayu
sebab kita di Malaysia-Kemudian lihatlah apa jadi kepada orang melayu sekarang.?
tidak sedar lagi ke?Bukankah cukup untuk aku katakan bahawa pelajar kita semakin manja sekarang.?---------------------------------------------------------------------------------------
Banyak pula yang aku membebel kali ini..:)
Sudahlah..
Aku bukan apa.
kasihan pada bangsa sendiri..
semakin dimanjakan..
Aku ada lagi yang hendak diperkatakan pasal orang melayu ini.
tetapi aku tidak akan katakan sekarang.
tunggulah untuk post lain..:)