Untuk watermark gambar, sebenarnya terdapat banyak cara dan software yang boleh digunakan. Secara online pun boleh. Tetapi bagi yang ingin selalu post gambar yang ber'watermark', eloklah untuk install software.
Antara software yang paling mudah dan ringkas untuk watermark gambar adalah photoscape
(terdapat juga berbagai fungsi lain untuk software ini)
Oleh itu, sebelum memulakan langkah meletakkan watermark ini, anda hendaklah mempunyai software ini.
anda boleh dapatkan software ini disini.
Photoscape (install) atau Photoscape(portable)
Langkah² meletakkan watermark adalah seperti berikut.
- Apabila anda buka photoscape, pilih 'editor'

- langkah seterusnya sila rujuk gambar di bawah (klik untuk besarkan gambar)

- apabila keluar kotak untuk masukkan text, masukkan text dan anda boleh ubah beberapa perkara berdasarkan apa yang dipaparkan seperti font, outline dan shadow

- apabila sudah siap, akan keluar preview, dan jika anda berpuas hati, 'save' hasil kerja anda.:)

p/s:
1)Jika anda ingin watermark atau pape dalam kuantiti yang banyak, anda boleh gunakan 'batch editor'
2)Anda tidak perlu bimbang jika anda tesalah edit, kerana file asal akan berada dalam folder 'original'
3)Ada beberapa perkara lain yang anda boleh lakukan menggunakan photoscape ini,kalau anda explore sendiri, anda akan tahu.:)












































