Tuesday, June 30, 2009

Michael Jackson.....

2 comments


Entri kali ini bukanlah untuk sisipan khas untuk Michael Jackson.
Sebab ramai yang sudah mengetahui MJ sudah pun meninggalkan dunia yang fana ini.
Kalau hendak baca pasal kehidupan, dan bagaimana dia mati dan cerita terbaru ada banyak dilaporan dalamn akhbar dan lain2 dalam ruang maya ni.
Tidak perlulah aku untuk ulas semua itu.

Untuk kali ini sebenarnya aku ingin berkongsi 2 lagu dari MJ yang aku suka juga la.:)
Walaupun lagu lain2 bagi aku bukanlah best sangat.(kurang seni aku ni.ha3)
mungkin sebab tariannya yang agak unik terutamanya moonwalk.

Sebelum aku kongsi lagu tu, suka untuk aku letak sebuah video juga(ah, ini dah berjumlah 3 video.:)

Sebelum ini MJ ada buat persembahan di Malaysia.
Dan sebelum video persembahan tersebut, aku suka dengan permulaan video tersebut.
Gempak habis dia punya entri.
Kat jepun aku rasa
Tapi bila aku tengok yang dekat Malaysia, aku rasa kelakar pun ada..ha3.
Macam sambutan dia biasa je walaupun ratyat Malaysia ni minat kat MJ.
Tiada jerit2..ha3
(oh, baru aku teringat, rakyat Malaysia ni baik2..ha3).
Dah, malas aku taip banyak2. tengok je la..ha3.


Dan ini video yang aku kata yang bagi aku ok la.
maaf sebab yang lain2 aku kurang suka lagi MJ ni..ha3

Michael Jackson - They Don't Care About Us (Prison Version)



Michael Jackson - Earth Song

Brazil vs USA (3 - 2) Final FIFA Confederations Cup

Comments

Memandangkan aku tidak berpeluang untuk tengok perlawanan ini, terpaksalah aku merangkak di youtube untuk mencari videonya.
Tidak boleh tengok full pun, highlight pun jadila.:)

Sememangnya sudah dijangka yang Brazil akan menang.
Tetapi bukan mudah rupanya.
Pada separuh masa pertama Brazil sudah ketinggalan 2-0
Aku rasa siapa yang tengok live masa ini mesti dah anggap Brazil akan kalah.:)

Tetapi bola itu bulat.
Selagi wisel penamat belum berbunyi, tidak boleh dikatakan menang lagi.
Separuh masa kedua Brazil menyumbat 3 gol untuk memastikan mereka menang 3-2.

World Cup nanti siapa lah yang akan menang.
Itali lagikah?


Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

3 comments

Siapa kata cemburu hanya milik wanita sahaja.?
Lelaki juga ada cemburu.
Itu adalah satu yang sejak azali lagi.
Cuma setinggi mana tahap cemburu seseorang itu.

Untuk kali ini apa kata kalu kita baca dan nilai tahap cemburu seorang lelaki berdasarkan horoskop.
Kalau hendak baca tahap mana cemburu aku, korang perlu baca sampai habis sebab aku akn komen pada bahagian last..:)


Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks:x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks : xxx


-----------
Horoskop aku adalah aries.
Ada la juga sama dengan aku.
Dan aku juga ada persamaan dengan Leo.
Mungkin sebab index cemburu yang sama kot..:)

Dan aku suka leo sebab aku pun akan cuba untuk kontrol kemarahan aku.
tetapi berbalik kepada aries, adalah bersifat diktator semulajadi.
Aku merancang untuk mengusai dunia dalam masa terdekat..ha3..(gelak jahat..ha3)

Bagaimana pula dengan anda.?

Monday, June 29, 2009

Lelaki Memang Jahat.?

15 comments

Sebelum aku taip dengan lebih panjang.
Suka untuk aku kemukakan satu soalan.

Berapa ramai perempuan yang anggap lelaki boleh dipercayai.?
Kalau bf/suami atau orang terdekat boleh la dipercayai.
Keseluruhannya.
Aku rasa ramai yang berpikiran seperti ini.
Ala, lelaki sekarang ini bukan boleh dipercayai sangat.
Lagi² bila sudah jumpa perempuan lain yang lebih baik.
(Betul ke macam itu.?)


(gambar ni aku rembat kat google. gambar sape la ni.ha3)

Untuk mencari masalah, tidak susah. Buka sahaja metro bahagian tanya pakar.
Barikut aku tunjukkan masalah yang melibatkan lelaki (walaupun perempuan ada juga)
Dan aku tidak juga menuduh semua lelaki seperti itu, cukuplah untuk bagitahu wujudnya golongan pemusnah nama lelaki.

Contoh yang pertama ini ada ayat yang sesuai.
LELAKI, WALAU BANYAK MANA DIA MENODAI PEREMPUAN, TETAPI KALAU BAB KAHWIN MEREKA KALAU BOLEH HENDAK KAHWIN DENGAN PEREMPUAN SUCI...(mereka ini patut dikasi sahaja kemaluannya)

Nodai gadis pertama, mahu nikah orang lain

SAYA berusia 25 tahun dan pernah bercinta dengan gadis sebaya selama tiga tahun. Kami sudah dua tahun terlanjur.

Masalah sekarang, saya terpikat pula dengan seorang gadis lain yang masih suci. Gadis ini sanggup menerima saya walaupun mengetahui keterlanjuran sebelum ini dan hati saya lebih menyayanginya walaupun baru beberapa bulan mengenalinya.



Isteri balik kampung, suami tiduri janda

SAYA isteri yang sudah 11 tahun berkahwin dan ada tiga anak perempuan. Sekarang saya hamil anak keempat. Masalah saya ialah suami buat perangai yang memeningkan kepala saya.
Pada mulanya, kawan dia suruh tolong ‘cover line’ dia. Kawan dia nak putus dengan kekasih dia, jadi dia suruh suami saya mengurat wanita itu. Masalah timbul bila wanita itu suka kepada suami saya.

Suami saya pun suka kat dia. Baru dua minggu berkenalan, suami saya merancang mengambil wanita itu sebagai isteri keduanya.

Bila suami menyatakan hasrat hatinya, saya menjadi tidak tentu arah. Paling menyedihkan saya, masa saya balik kampung, suami berlaku curang dengan meniduri wanita itu.



Tiduri isteri orang

SAYA lelaki berusia 30 tahun dan menjalin hubungan dengan wanita berusia 38 tahun. Masalahnya, dia isteri orang. Kami terlalu kerap terlanjur tanpa diketahui suaminya.



Kekasih ugut edar adegan ranjang

SAYA berusia 20 tahun dan ada teman lelaki berumur 22 tahun. Saya terlalu sayang pada dia sehingga kami kerap terlanjur kerana dia terlalu memaksa. Saya menyesal dengan apa yang berlaku.


Kini saya dalam dilema kerana teman lelaki tidak lagi mempercayai saya. Saya sedikitpun tak pernah tipu dia tapi disebabkan jarak yang memisahkan kami, dia lebih percayakan cakap orang lain.

Kini, dia mengugut akan mengedarkan VCD mengandungi aksi ranjang saya dengannya yang dia rakam tanpa pengetahuan saya jika saya tidak mengaku ada hubungan sulit dan lakukan hubungan seks dengan orang lain.




Tertekan suami curang

SAYA isteri berusia 33 tahun dan ada empat anak. Suami bekerja di luar negara. Dia bertanggungjawab dan penyayang. Kami berkahwin 10 tahun lalu dan selama ini kehidupan kami bahagia.

Bagaimanapun, baru-baru ini saya dapat tahu suami menyimpan perasaan pada seorang wanita berstatus janda yang pernah bekerja di tempat sama.



-------------------
Sukar sebenarnya untuk aku bagitahu bagaimana perangai lelaki ini.
Kadang tu buat pereangai yang tidak bersanngkutan dengan perempuan.
Kadang tu buat perangai disebabkan perempuan (gf/isteri)

Walau apapun alasan, contoh di atas cukup menunjukkan bagi seorang lelaki yang boleh aku anggap DURJANA

Dan aku akan anggap perkara ini akan terus berlaku dan semakin teruk melainkan undang-undang tegas diwujudkan.

Bagi yang sudah beristeri/bersuami, jika berlaku zina dengan cukup bukti dan saksi.
REJAM SAMPAI MATI.

Kenapalah manusia baik hati sangat melihat hukuman tersebut sebagai kejam.?

Sunday, June 28, 2009

Rosmah Perempuan Puaka

2 comments

you tube videos of rosmah mansor slur campaign 250609

Sebut sahaja nama Rosmah, siapa yang tidak tahu.
Rosmah Mansor, lagi la orang tahu.
Tidak perlu diperkenalkan lagi.
Isteri kepada perdana menteri kita sekarang.
Bukan Rosmah yang tinggal belakang rumah Kak Esah ye (nama ni aku reka.:)

Kali ini aku ingin berkongsi sesuatu yang sangat panas untuk dibincangkan.
Silap2 aku boleh kena tangkap polis,
tak pun aku boleh kena ISA nanti.

Bermula 9 jun lalu, ada video clip yang telah dipost ke laman Youtube.
Klip video berkenaan diletakkan dengan tajuk : Rosmah Perempuan Puaka
Memang agak 'keras' tajuknya.

you tube videos of rosmah mansor slur campaign 250609


text kredit:malaysiakini.com

Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampung lamanya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.

Satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk dan terbiar yang didakwa kediaman asal ibunya di Kampung Mertang, Seri Menanti.

--------------







-----------------
Pertimbangan dengan akal fikiran yang waras diperlukan untuk menonton video ini.
-----------------

Tips Untuk Buat Pasangan Anda Marah

11 comments

Kalau anda baca tajuk ini dan rasa ada ksilapan pada tajuk, ini bermakna anda salah.
Kerana tajuknya aku sudah pikir dua tiga kali dan memang betul tajuk tu.:)

Kalau sebelum ini kia selalu dihidangkan bagaimana untuk mengawal kemarahan, bagaimana untuk menjaga perhubungan dan pelbagai lagi perkara yang positif,
tapi kali ini kerana aku ada rasa jahat sikit, aku akan berkongsi beberapa tips untuk buat pasangan anda marah..ha3.JAHAT AKU NI.HA3

Dan semestinya aku sangat tidak menggalakkan untuk sesiapa untuk mengikuti apa yang aku taipkan disini,cuma untuk berkongsi pikiran jahat sekejap.:). Manalah tahu kot² ada pasangan di luar sana yang terlalu baik sehingga tidak pernah marah/bergaduh.:)

Dan kepada yang sudah berumahtangga, anda ditegah untuk membuat semua ini, kerana kehidupan suami isteri ni lain sikit. Tak boleh gurau² sangat pasal benda macam ini.
KEna pikir anak, mak mertua, pak mertua dan banyak lagi. Kalau yang bercinta, biasanya mereka berdua je. mak ayah pun jarang tahu. Kalau yang tahu pun sedikit je.:)

Tips² jahat dari aku adalah seperti berikut.,,,memang jahat aku ni.ha3

1)Keluar makan dengan orang lain tak sejantina
Ini boleh dikatakan antara cara paling cepat untuk buat pasangan anda marah. Lagi bagus kalau anda makan berdua. Kalau yang perempuan makan je dengan sesiapa kawan lelaki anda, dan kalau yang lelaki ajak je mana² kawan perempaun anda untuk makan bersama. Kalau Si dia tanya, jawabla, 'ala, takkan makan dengan kawan pun tak boleh'..

2)Jangan ikut sangat cakap pasangan anda.
Kalau ikut cara ini, biasanya kemarahan akan datang secara perlahan². Mungkin kali pertama anda tidak ikut ok lagi, cuba anda buat selalu, makin marah dibuatnya.
Nanti akan keluar ayat seperti ini' awak sekarang sudah tak dengar sangat cakap saya'
kemudian anda jawab je 'takkan saya selalu je nak dengar cakap awak, saya pun boleh berpikir juga'.

3)SMS/call dengan orang lain.
Aku tidak pasti samada cara ini cepat atau tidak. tetapi kalau anda yang sms anda anda balas je.Kalau yang perempuan ada lelaki sms, kata la ada lelaki hendak bertanya khabar, kalau lelaki pula, cuba telefon kawan perempuan anda di depan si dia dan bagitahu hendak bertanya khabar sebagimana kawan lelaki pasangan anda bertanya khabar. Adil bukan.:)

4)Berkenalan dengan seorang ketika program
Bagi yang suka join program atau aktiviti, anda boleh luangkan masa seketika untuk berkenalan dengan sesorang yang tidak sejantina ketika program. Anda berkenalan tu pastikan bf/gf dia tak ada ye.:). KAlau ditanya tidak cukup ke dengan akwan yang ada, anda jawab sahaja 'jauh berjalan luas pandangan, banyak kawan luas pikiran'.
Kan siap peribahasa lagi tu.:)

5)Add kawan yang tak sejantina dalam web sosial.
Bagi mereka yang memiliki akaun myspace, friendser, tagged dan macam2 lagi, Add je kawan yang tidak sejantina banyak² dalam profile anda. Permulaannya mungkin si dia tidak tahu, lama-kelamaan dia akn perasan juga. So nanti kalau dia tanya kenapa banyak sangat kawan lain, anda jawab la "dorang yang add, saya approve je", dan kalau anda kantoi, anda buat pula alasan ini "la, saya ingatkan kawan lelaki yang letak gambar perempuan kat profile dia."..tiba² idea jahat mencurah²

6)Selalu tinggalkan pasangan anda ketika keluar bersama.
Cuba anda bayangkan, gf kata hendak pergi tandas, so lepas dia keluar tandas cari anda sudah tidak anda, rupanya anda pergi main game.:)
ataupun kalau perempuan, kalau bf anda main game, sedang dia best main game tu, anda tinggalakan dia dan pergi shopping.:)

7)Buas ketika keluar ke bandar.
Tidak kira la lelaki atau perempuan, apabila anda sampai ke shopping complex, cuba jatuhkan barang yang ada berdekatan anda. tetapi awas, jangan jatuhkan barangan yang cepa pecah. nanti anda kena bayar.:)
Jatuhkan barangan seperti sudu ke, roti ke, berus gigi ke dan macam² lagi.
Kemudian anda merungut "kenapala la dorang susun barang maca ini"
Kalau tiap² kali keluar macam itu, tidak ke berbulu pasangan anda.:)

8)Tengok orang lain ketika keluar dengan gf/bf anda.
Kalau anda lelaki senang sahaja, anda tengok je semua perempuan yang ada di sekeliling anda semasa anda berjalan dengan gf anda. kalau yang cantik tu anda tengok je sampai hilang dari pandangan. Kalau gf anda tanya kenapa tengok anda jawab "dah dorang yang lalu depan kita"
Kalau yang perempuan kalau anda berjalan dengan bf anda, bila ada jumpa lelaki lain anda cakap kat bf anda "hensem la lelaki tu"..ha2. mahu operang besar ni.


-------------------------------------------------------------------
Sudah, aku rasa setakat itu sahaja tips aku kali ini.
kalau diteruskan lagi makin berjela2 pula entry bersifat jahat ini.
Kalu hendak buat jahat bukannya susah pun kan.?

Sekali lagi diingatkan anda sama sekali tidak digalakkan untuk membuat apa yang telah aku taipkan.Nanti susah aku dipersalahkan.ha3.

Oh, satu lagi, memandangkan kadang tu aku ni hipokrit juga (ada orang kata ke.?:). maka aku dan gf aku terkecuali dalam tip2 di atas..ha3..

Saturday, June 27, 2009

So Happy Together - The Turtles

4 comments

Ceritanya macam ini.
Ketika aku sampai ke bilik setelah pulang dari langkawi, terdengar la pula member aku pasang lagu ni.
Aku dengar best juga.
Orang lain aku tidak tahu la.
kalau hendak tahu best atau tidak, dengar dahulu baru nilai.
Sesuai untuk pasangan bercinta kot..ha3.



terasa macam berjiwa orang lama2 pula aku ni.:)

Sunday, June 21, 2009

Pesanan Untuk Perokok

5 comments

rokok

Sebut sahaja asal rokok, semua orang tahu.
Budak kecil tadika pun sudah tahu apa itu rokok, cuma mungkin mereka tidak tahu apa kegunaan rokok dan mengapa rokok ini dihisap oleh orang besar sehingga kadang tu mereka pun terikut sama.
rokok

Untuk entri kali ini, aku bukanlah hendak bercerita panjang pasal sejarah rokok, keburukan, kebaikan atau banyak hal lagi berkaitan rokok.
Cuma beberapa perkara yang aku boleh anggap sebagai teguran atau pesanan atau luahan rasa dan apa2 sahaja yang berkaitan dari aku yang merupakan seorang yang tidak merokok.
Dan juga mungkin mewakili sesiapa sahaja yang tidak merokok.(itu jika mereka sependapat dengan aku.:)

Di sini aku ada senaraikan beberapa perkara yang datang dari pikiran aku sendiri samada berdasarkan pengalaman,pemerhatian,kajian,bacaan dan pelbagai lagi yang berkaitan 'masalah' yang dibawa oleh perokok samada mereka sedar atau tidak sedar.

Semuanya aku rangkumkan dalam satu tajuk, pesanan untuk perokok.


rokok

1)Jangan merokok di tempat awam
Aku tidak tahu samada perokok tahu atau tidak berkenaan larangan merokok di tempat awam.Rasanya semua tahu. Antara tempat yang aku lihat selalu adanya perokok ialah di kedai makan atau warung atau dimana sahaja yang disifatkan tempat yang 'kurang formal'.Masalah akan timbul jika asap yang dihisap oleh perokok ditiup angin dan menuju ke tempat orang yang tidak merokok. Tahukan anda wahai perokok bahawa asap rokok sangat menyakitkan hidung kami(yang tidak merokok).?
Berdasarkan pengalaman aku apabila keadaan ini berlaku terpaksalah aku beralih arah sedikit atau kadang tu bernafas secara perlahan2 untuk mengurangkan asap yang masuk ke hidung. Adakah hendak disalahkan angin yang bertiup atau salah aku berada ditempat awam.?

2)Jangan 'tap' abu rokok merata-rata.
Sebenarnya aku tidak tahu la istilah yang aku guna untuk 'tap' tu betul tidak. tetapi perlakuannya ialah apabila sudah sedut dalam 3/4 kali, kemudian abu rokok dibuang dengan cara 'ketuk' secara perlahan. Masalah akan timbul apabila mereka yang tidak bertanggungjawab 'tap' abu rokok di lantai walaupun terang lagi nyata ashray berada di depan mata.!. huh. pelik dan ajaib. Kalau la abu tu dikumpul dan diletakkan dalam rumah sendiri kemudian suruh sapu, mungkin baru sedar abu rokok itu mencacatkan pandangan.
rokok

3)Jangan buang puntung rokok merata-rata
Puntung rokok senang untuk dikenalpasti. Kalau tidak warna kuning warna putih.(warna lain aku tak tahu la ada tak).Kalau anda hisap rokok di atas jalan ketika menunggang atau memandu, boleh la dikatakan tiada tempat untuk buang puntung rokok. Tetapi kalau dah ashray ada depan mata, kenapa hendak dijentik lagi puntung yang anda hisap ke tanah atau tempat lain.? Itu tidak termasuk lagi dengan yang menyelitkan puntung rokok dimana sahaja tempat yang ada sedikit ruang walaupun sebesar duit 5 sen!.


rokok

4)Jangan merokok di dalam bilik orang yang tidak merokok.
Ini aku tidak pasti samada banyak berlaku atau tidak. kalau bilik anda sudah memang ada perokok aku tidak boleh kata apa. tetapi kalau semua dalam bilik semuanya tidak merokok, kemudian datang perokok hendak hisap rokok. Agak janggal la sikit.Tetapi macam dalam bilik aku berlaku juga sekali sekala. Dan biasa bila dorang tanya boleh hisap rokok tak.? Aku akan jawab hisap kat luar ah..Bagaimana pun ada ketikanya juga aku benarkan mereka hisap sebatang dan apabila dah habis aku akan buang ashray(biasanya botol) ke dalam tong sampah supaya susah untuk cari ashray lagi selepas itu.

5)Jangan galakkan/ajar orang lain merokok.
Adat berkawan. Ada kawan yang merokok dan tidak merokok. Tidaklah menjadi masalah besar untuk berkawan dengan sesiapa. Kalau anda merokok, merokoklah. Itu untuk diri anda selagi tidak menysahkan orang lain. dan jangan cuba untuk megajar kawan anda yang tidak merokok untuk turut sama merokok. Kawan kawan juga, kesihatan masing-masing.(Boleh ke aku kata begitu.?)

rokok

6)Kalau boleh jangan pinjam duit untuk beli rokok.
Sepatutnya kekurangan duit boleh dijadikan alasan untuk berhenti merokok. Tetapi lain pula penyelesaiannya. Sanggup pinjam duit untuk beli rokok. Bukanlah hendak kata tiada duit langsung. tetapi bukankah itu satu alasan yang bagus untuk kurangkan merokok. Contoh cam aku, kalau kawan pinjam duit untuk beli makanan, aku tidak kisah pun. kadang tu aku sahaja lupakan wang yang aku pinjamkan, kira halal. Ala, dengan kawan takkan seringgit dua pun hendak berkira kan.Makanan OK.
Tetapi bila ada kawan yang hendak pinjam duit nak beli rokok, aku pun tegur la juga walaupn secara direct atau indirect.

rokok

7)Kalau boleh jangan suruh kawan yang tidak merokok untuk membeli rokok.
Alah, pesan beli pun hendak berkira..alasan untuk ini sama seperti alasan untuk atas. Sepatutnya ini juga boleh dijadikan alasan untuk kurangkan merokok, tetapi keadaan itu digunakan untuk membeli rokok yang membawa kesan kepada diri sendiri dan orang ramai.

8)Anda rasa pasangan/kekasih anda suka orang merokok.?
Cuba anda tanya pasangan anda,. mereka suka atau tidak. kalau mereka pun merokok, apa boleh buat. konferm la jawapannya sehati dan sejiwa. Kalau yang tidak kisah, mungkin juga dia tidak kisah apa yang akan berlaku pada anda dan mungkin juga dia sudah puas menasihati anda tetapi anda je buat tidak kisah.
So kalau dalam keadaan seorang merokok dan seorang tidak merokok,
siapa yang menjaga hati siapa.?


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.








---------------
Aku tahu ramai perokok di luar sana yang tahu keburukan dan kesan yang dibawa oleh rokok.
Dan banyak juga daripada mereka yang sudah berusaha sedaya upaya untuk berhenti merokok walaupun terlalu sukar untuk mereka kerana sudah berada di tahap ketagih.
Walau apapun alasan anda, rokok tetap rokok. Kesan yang dibawa olehnya bukanleh sedikit, tetapi makin bertambah kerana ia melibatkan anda dan juga melibatkan orang lain disekeliling anda.
rokok


Berusahalah untuk berhenti sedikit demi sedikit.
Kerana dengan berhenti merokok, banyak yang anda selamatkan. duit anda, diri anda, orang sekeliling, persekitaran anda. Anda sedar bukan.?

Kemahuan,keazaman dan usaha akan menentukan samada anda akan berhenti merokok ataupun terus merokok seterusnya menyusahkan banyak pihak.

rokok


---------------------------------

Anda seorang perokok.?
Atau
Anda bukan seorang perokok.?
Anda ada sesuatu yang ingin dikongsi samada cadangan teguran, peringatan atau apa2 sahaja.?
Tidak kira samada anda seorang perokok atau tidak.
Jangan malu untuk kemukakan pandangan dari perspektif anda:)

--------------------------------

Saturday, June 20, 2009

Hang Pa La Hang 2 [Movie]

Comments

Bagi sesiapa yang masih belum lagi melihat lakonan Zizan dan Johan dari Raja Lawak,
cerita ini sangat sesuai untuk anda samada untuk menilai lakonan atau menilai apa sahaja berkenaan mereka dan juga pelakon² lain termasuklah Zaibo (ini juri masa raja lawat tu.:).cerita ni dalam kategori cerita hantu yang lawak(boleh ke aku kata camtu:)

Pada mula² aku baca tajuk cerita ni, cam pelik juga.
lepas seketika baru lah nampak,
klu dalam bahasa biasanya tajuknya dalah "engkau la hantu" (betulkan wahai orang kedah.:)



Kalau diikutkan sinopsisnya, aku bukanlah pandai sangat bab buat sinopsis.:)
tetapi cerita ini mengisahkan Zizan dan Johan adalah bekas banduan dan pulang ke kampung.Dahulu mereka pernah membuat jenayah dan pada masa yang sama menyamar sebagai hantu.

Selepas mereka pulang ke kampung, berlaku lagi kes kecurian. dan sekali lagi mereka dituduh mencuri.Mereka cuba membuktikan bahawa mereka sudah berubah kepada penduduk kampung.Nasib baik lah mereka mendapat sokongan dan bantuan dari ketua kampung (Zaibo)
Berjayakah mereka.?

Hang Pa La Hang 2 : part 1

Hang Pa La Hang 2 : part 2

Hang Pa La Hang 2 : part 3

Hang Pa La Hang 2 : part 4

Keseluruhan cerita ini dikreditkan kepada uploader asal dari mysahabat.org. aku tak tahu le siapa uploader asalnya.:

p/s: video dengan audio cerita ini lari sikit. Tetapi layan je la.:)

Photo of the Month - June 2009

2 comments

Sebenarnya aku bukanlah pandai sangat bab seni dan gambar2 ni.
klu x silap aku kawan aku, apex pandai gak bab² cam ni.:)

untuk photo of the month bagi bulan Jun, gambar Angkor Wat yang terletak di Kemboja

Divining Angkor

After rising to sublime heights, the sacred city may have engineered its own downfall

By Richard Stone
Photograph by Robert Clark

Monday, June 15, 2009

Jangan Tegur [ Movie ]

5 comments

Rasanya mood filem seram belum habis.:)
Kalau sebelum ini aku post cerita seram dari thailand, coming soon.

Kali ini kita seramkan lagi diri kita dengan cerita seram dari Malaysia pula, Jangan Tegur..
Mana satu yang lebih seram itu aku tidak tahu.
Bergantung kepada citarasa sendiri.:)


Kita tengok dahulu trailernya.. Ambil mood sikit:)


SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR

JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua?

DOWNLOAD LINK.

Jangan Tegur : Part 1

Jangan Tegur : Part 2

Jangan Tegur : Part 3

Saturday, June 13, 2009

Coming Soon [ Movie ] 2008

6 comments

Sebuah lagi cerita seram dari Thailand.
Bagi peminat cerita seram, jangan tunggu lama². download je terus.:)


Kalau anda msih ragu² untuk download, apa kata tengok dahulu trailer cerita ni.


Sedikit sinopsis cerita ini.

Chain, a young projectionist, decides to join Yod’s mission to illegally film a new release horror movie. Chain falls asleep during the screening and wakes up to find out that Yod has already disappeared and left his camera behind. Chain is starting to feel the fear creeping inside him.

DOWNLOAD LINK.
Coming Soon : Part 1

Coming Soon : Part 2

Coming Soon : Part 3

Thursday, June 11, 2009

AXL'S : Andai Dapat Ku Undur Masa

Comments

Sekali sekala layan balik lagu lama²..:)
Aku tidak pasti la lagu ni dalam golongan rockkapak atau rock slow atau rock leleh atau apa² je la yang berkaitan rock.

tapi yang penting lagu ni pun best apa.:)
bagi yang belum dengar ataupun sudah lama tidak dengar lagu ni, apa kata anda dengarkan kembali lagu yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu.:)
(aku sudah tidak ingat darjah berapa aku mula dengar lagu ni.:)



DOWNLOAD NOW

AXLs - Andai Dapat Ku Undur Masa

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri


Tuesday, June 09, 2009

Worst Of Britains Got Talent 2009

2 comments

Ini merupakan siri video terakhir untuk Britains Got Talent 2009.
Sebab lepas ni aku dah nak delete semua video² BGT 2009 dalam pc aku.:)

ada juga bahagian yang kelakar dalam Britains Got Talent ni,
tak tahu la hendak kata mereka ini tidak sedar bahawa mereka ni tak best, atau sekadar mencuba nasib.
Tetapi lawak juga melihat 'bakat' mereka.:)


DOWNLOAD LINK : Volume 1

DOWNLOAD NOW


Photobucket
DOWNLOAD LINK : Volume 2

DOWNLOAD NOW

Sunday, June 07, 2009

Best Of Britains Got Talent 2009

3 comments

Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan aku sendiri sahaja.
Tiada unsur² juri profesional..:)

DOWNLOAD LINK : volume 1

DOWNLOAD NOW



DOWNLOAD LINK : Volume 2

DOWNLOAD NOW

Saturday, June 06, 2009

Guinness World Records [2008] :The Top 100

4 comments

Jika anda seorang yang suka untuk melihat sesuatu yang pelik, aneh, jelik, ganjil, jarang dilakukan, dan pelbagai lagi ragam dan kelakuan manusia, guiness world record adalah jawapannya.

Berbeza dengan video² lain yang 'pelik', guinness world record adalah dilakukan oleh mereka yang betul² profesional dan mereka begitu komited dengan apa yang mereka lakukan.
Oleh itu, anda yang menonton video ini dilarang sama sekali secara rambang dan samberono untuk meniru gaya mereka.:)
Guinness World Records

Sebelum anda download video ini, apa kata kalau anda tengok dahulu senarai rekod yang ada dalam video ini. Mana la tahu kalau sebelum ini anda kurang berminat tetapi bila tengok tajuknya terus berubah pikiran.:)

100. MOST BEES ON A HUMAN BEING
99. HIGHEST SLACKLINE WALK
98. WORLD'S TINIEST WAIST
97. HIGHEST DIVE INTO 12 INCHES WATER
96. WORLD'S BIGGEST WAVE SURFED
95. WORLD'S MOST TATTOOED MAN
94. WORLD'S MOST WORMS EATEN
93. WORLD'S TALLEST MAN
92. WORLD'S SHORTEST MAN
91. WORLD'S LONGEST HAIR
90. MOST DOMINOS TIPPED
89. GREATEST DISTANCE FLOWN IN WING SUIT
88. WORLD'S LONGEST TOE NAILS
87. LONGEST WALK OVER HOT COALS
86. MOST RATTLE SNAKES WITH HUMAN IN BATH TUB
85. FASTEST CLIMB WITH PIANO ON BACK
84. MOST GLASS PANES SMASHED WITH HEAD
83. HEAVIEST AIRCRAFT PULLED BY ONE MAN
82. MOST CLOTHESPINS ON FACE
81. WORLD'S UGLIEST DOG
80. FASTEST SPEED DRAGGED BY A MOTORCYCLE
79. MOST PEOPLE CRAMMED INTO A CAR
78. MOST RHINESTONES ON A BODY
77. WORLD'S ARGEST BLING
76. LARGEST GATHERING OF ELVIS IMPERSONATORS
75. MOST T-SHIRTS WORN AT ONCE
74. LONGEST BEARD ON A LIVING FEMALE
73. LARGEST SCORPION HELD IN MOUTH
72. FASTEST CUP STACKER
71. HEAVIEST VEHICLE PULLED BY EARRINGS
70. MOST KNIVES THROWN IN ONE MINUTE
69. LONGEST FINGERNAILS ON BOTH HANDS
68. HIGHEST SKY WALK AT 21,400 FEET
67. MOST CRIMINALS IDENTIFIED FROM ONE SKETCH ARTIST
66. MOST GUINNESS WORLD RECORDS HELD
65. WORLD'S LONGEST HOT DOG
64. WORLD'S HEAVIEST TWINS
63. WORLD'S FASTEST CLAPPER
62. FASTEST SPEED IN AIR
61. WORLD'S FASTEST OFFICE
60. WORLD'S FASTEST RAPPER
59. WORLD'S MOST FLEXIBLE MAN
58. LARGEST GATHERING OF PEOPLE DRESSED AS GORILLAS
57. MOST EGGS CRUSHED BY WRIST
56. WORLD'S LONGEST TONGUE
55. LONGEST SKI FALL SURVIVED
54. MOST TATTOOED SENIOR CITIZEN
53. LARGEST BIKINI PHOTO SHOOT
52. DEEPEST SCUBA DIVE BY A DOG
51. MOST CHILDREN FROM A SINGLE BIRTH
50. LARGEST SYNCHRONIZED SKY DIVE
49. LONGEST SPAGHETTI NASAL INJECTION
48. FURTHEST WASHING MACHINE THROW
47. FURTHEST EYEBALL MILK SQUIRT
46. MOST ARROWS CAUGHT BY HAND
45. DEEPEST DIVE WHILE HOLDING BREATH
44. MOST BRAS UNHOOKED IN ONE MINUTE
43. LONGEST WEDDING DRESS TRAIN
42. LONGEST ROOF TO ROOF JUMP ON A MOTORCYCLE
41. MOST PEOPLE IN A BOX
40. HIGHEST PARACHUTE FALL FROM SPACE
39. WORLD'S TALLEST LIVING HORSE
38. WORLD'S SMALLEST LIVING HORSE
37. WORLD'S OLDEST HUMAN
36. HUMAN WITH A THIRD FOOT
35. MOST KICKS TO THE HEAD
34. MOST WATERMELONS SMASHED BY A HEAD
33. MOST WEIGHT LIFTED WITH TEETH
32. MOST NEEDLES IN HEAD
31. MOST BEER KEGS BALANCED ON A HUMAN HEAD
30. MOST BUILDINGS SCALED WITH BARE HANDS
29. FASTEST DOUBLE DUTCH ROPE JUMPING
28. MOST JALAPENOS EATEN
27. LONGEST WALK ACROSS HOT PLATES
26. LONGEST FLYING JUMAN CANNONBALL
25. MOST CHAIN SAWS JUGGLED
24. HIGHEST TIRE-CLIMB BY A DOG
23. MOST CRASH TEST BY A HUMAN
22. LARGEST RELIGIOUS GATHERING
21. MOST COCKROACHES IN A COFFIN
20. MOST REVOLUTIONS ON A SKATEBOARD
19. WORLD'S LARGEST FOOD FIGHT
18. WORLD'S SMALLEST DOG
17. WORLD'S LARGEST OBJECT REMOVED FROM SKULL
16. MOST BUBBLES BLOWN WITH A TARANTULA IN MOUTH
15. LONGEST SNOWMOBILE RAMP JUMP
14. MOST BODY PIERCINGS IN ONE SESSION
13. HEAVIEST VEHICLE PULLED BY HOOKS WITH SKIN
12. LONGEST SWIM UNDER ICE WITH HELD BREATH
11. WORLD'S STRETCHIEST SKIN
10. WORLD'S HEAVIEST MAN
9. WORLD'S MOST SWORDS SWALLOWED AND TWISTED
8. WORLD'S FURTHEST EYEBALL POP
7. WORLD'S STRANGEST DIET
6. HIGHEST FREE FALL FROM A CRANE
5. MOST TRUCKS TO RUN OVER A MAN
4. WORLD'S LONGEST NAILS
3. LARGEST TUMOR REMOVED IN TACT
2. WORLD'S HAIRIEST FAMILY
1. LONGEST MOROTCYCLE TUNNEL OF FIRE

Guinness World Records


DOWNLOAD LINK.

Guinness World Records [2008] :The Top 100 : PART 1
Guinness World Records [2008] :The Top 100 : PART 2
Guinness World Records [2008] :The Top 100 : PART 3
Guinness World Records [2008] :The Top 100 : PART 4
Guinness World Records [2008] :The Top 100 : PART 5
Guinness World Records [2008] :The Top 100 : PART 6

p/s:Pastikan anda downlaod semua part (1-6) kemudian extract menggunakan winrar

Friday, June 05, 2009

The quick brown fox jumps over the lazy dog

6 comments

Pelik semacam je tajuk post aku kali ini.:)

Adakah anda perasaan apa keistimewaan ayat di atas.?
cepat pikir sambil tengok gambar ni...:)

.
.
.
.
.
.
Boleh tak.?
Tak boleh.?
ok la,senang cerita. untuk pengetahuan , ayat di atas mempunyai kesemua huruf bermula dari A hingga Z.
Tidak percaya.? cuba anda semak semula ayat di atas.

Ayat di atas digunakan untuk menguji mesin taip(ini masa zaman agak kuno dahulu.:)
Pada zaman moden, digunakan untuk menguji keyboard samada berfungsi atau tidak. (ini untuk expert ni, kalau aku tekan je satu² dari kiri ke kanan..:)

Satu lagi fungsinya adalah untuk memperlihatkan sampel font.

kalau anda masih tidak percaya cuba anda buka folder font dalam komputer anda.
kat mana.?
P kat C > Windows > Fonts


Thursday, June 04, 2009

After 20 years , 'Tank Man' still a mystery

1 comments

Bantahan Dataran Tiananmen 1989 merupakan siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan, dan aktivis buruh di Republik Rakyat China (PRC) dari 15 April 1989 hingga 4 Jun 1989. Walaupun bantahan ini tidak mempunyai pemimpin yang jelas, mereka yang terlibat keseluruhannya mengutuk pemerintahan Parti Komunis China dan menyuarakan bantahan sehingga ke permintaan demokrasi penuh dan lebih kebebasan. Bantahan ini berpusat di Dataran Tiananmen di Beijing, tetapi bantahan secara besar-besaran juga berlaku di bandaraya China lain termasuk Shanghai..



Ini sedikit sebanyak maklumat apa yang berlaku pada masa itu.


Di Beijing, ramai rakyat awam yang cedera atau menjadi korban akibat dari tindakan keras kerajaan PRC terhadap penunjuk perasaan. Kehilangan nyawa dianggarkan berjumlah antara 200-300 orang (angka kerajaan PRC), 400-800 orang (The New York Times), kepada 2,000-3,000 orang (persatuan pelajar China dan Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa).

Selepas tindakan ketenteraan, kerajaan PRC melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut mereka di seluruh China, mengharamkan media asing dari membuat liputan serta mengawal segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Ahli parti yang menunjukkan simpati dihapuskan dengan beberapa ahli berjawatan tinggi berada dalam tahanan rumah seperti Setiausaha Agung Parti Komunis China, Zhao Ziyang. Tindakan kerajaan PRC ini dikutuk masyarakat antarabangsa.

Asal nama insiden

Dalam Bahasa Cina, peristiwa ini sering dikenali sebagai Pergerakan Empat Jun (Cina Tradisional: 六四運動, Cina Ringkas: 六四运动), Peristiwa Empat Jun (bahasa Cina: 六四事件), atau hanya Enam-empat (bahasa Cina: 六四). Sebelum ini Dataran Tiananmen pernah digegarkan dengan bantahan besar seperti Pergerakan Empat Mei dalam tahun 1919 dan Pergerakan Lima April pada tahun 1976. Dalam konteks ini, Pergerakan Empat Jun merujuk kepada para pelajar dan pergerakan lain di seluruh China, termasuk bantahan yang berlaku di Beijing khasnya di Dataran Tiananmen. Kerajaan PRC merujuk kejadian ini kepada Huru-hara Politik di Musim Bunga dan Musim Panas 1989. Di luar China, kejadian ini diberi nama berdasarkan lokasi pergerakan tersebut iaitu Dataran Tiananmen, Beijing. Ia juga dipanggil Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmem dan Pembunuhan Beramai-ramai Beijing.



Menariknya,
sampai sekarang tidak siapa yang mengetahui siapakah lelaki tersebut dan apakah nasib dia selepas itu.

Baca selanjutnya untuk versi bahasa melayu di sini.Bantahan Dataran Tiananmen 1989
terima kepada rizal90 kerana link yang diberi.:)

Selain daripada maklumat di atas, anda juga boleh baca banyak lagi berkenaan perkara ini dalam link² berikut.

http://en.wikipedia.org/wiki/Tiananmen_Square_protests_of_1989

http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/tankman/

http://lens.blogs.nytimes.com/2009/06/03/behind-the-scenes-tank-man-of-tiananmen/

Diversity : Winner of Britain’s Got Talent 2009.

Comments



Aku merupakan salah seorang dari berjuta peminat bagi rancangan Britain's Got Talent.
Aku suka rancangan ini sebab mengetengahkan pelbagai bakat yang unik, dan bukan hanya nyanyian semata².

Untuk tahun 2009 ini, aku juga telah mengikuti dari sejak awal lagi rancangan ini.terdapat berpuluh² video dalam pc aku pasal ini sahaja.:)

Kalau di awal rancangan ini, Susan Boyle dianggap calon pilihan untuk menang, tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam rancangan realiti. Kemenangan mutlak jatuh kepada kumpulan Diversity.
Memang hebat kumpulan ini. dianggotai oleh pelbagai lapisan umur, dan dianggap pesaing hebat kepada kumpulan flawless.

Bagi yang masih belum mengenali kumpulan ini, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk tengok video bermula dari awal sehinggalah mereka dinobatkan sebagai juara.

Memang berbaloi untuk anda luangkan masa seketika untuk tengok aksi mereka.:)

(klik pada link atau gambar untuk tengok video dari youtube.)


Diversity - Dance Act - Britains Got Talent 2009


Diversity - Semi Final 1 - Britains Got Talent 2009


Diversity - Final - Britains Got Talent 2009



Britains Got Talent 2009 - Final Results




DOWNLOAD: DIVERSITY : Dance Act

DOWNLOAD NOW


DOWNLOAD FINAL RESULT

DOWNLOAD NOW


----------
Sudah tengok.?
amacam betul tak aku kata team ni memang best.:)
----------

MASUM 2009 : UUM, Sintok, Kedah

11 comments



MASUM 2009 sudahpun melabuhkan tirainya.
Majlis penutupnya telah diadakan pada 27/5/09.( dah lama ek.:)

Tetapi kerana aku baru sahaja ambil gambar dari kawan aku, sebab itulah lambat sikit aku post pasal ini. Suka untuk aku ceritakan sedikit sebanyak dari bermulanya aku bertolak dari UTHM sehingga kembali semula ke UTHM.

untuk pengetahuan,
MASUM adalah singkatan kepada Majlis Sukan Universiti Malaysia.
MASUM tahun ini (2009) di adakan di UUM, Sintok , Kedah.
dan aku menyertai sukan sepak takraw.

BERTOLAK PERGI
Kami bertolak dari UTHM pada 20/5/09 pada pukul 9.00malam. Dalam satu bas team takraw seramai 12 orang dan juga ada team teakwando. Aku sudah tidak ingat team dorang brape.
Jurulatih, En Pian, pengurus En. Azizi

sebelum bertolakMASUM 2009 UUM SINTOK

Dalam bas. Aku duk sorang je, boleh tahan la selesanya.:)MASUM 2009 UUM SINTOK

Dalam perjalanan ada berenti 3 tempat, tetapi semuanya aku tidak tahu dimana. Yang aku ingat memang ada berhenti.:)MASUM 2009 UUM SINTOK

Sebelum sambung perjalanan dari 'satu tempat'.:)MASUM 2009 UUM SINTOK


TIBA DI UUM
tiba dalam tengah hari pada 21hb setelah hampir 12 jam perjalanan.
tiba sahaja disana, ada satu perkara yang aku tidak puas hati. Kemudahan asrama.
SANGAT TERUK. aku tidak tahu la team universiti lain macam mana. tetapi asrama yang aku tinggal dalam pembinaan apa entah. Ada ke patut tempat sebegitu diberi kepada tetamu.?
Aku bukanlah berkira sangat, tapi nanti dorg datang suruh UTHM letak kat stor baru tahu.:)
Satu aras, hanya ada 3 bilik mandi,

Lain² ok, cafe pun murah, koperasi cukup makanan, akak koperasi pun cantik..ha3.
cuma satu, ada ke patut satu malam tu bilik member aku digangu pondan. Nasib baik aku tido masa tu, kalau tak aku yang gangu dia..ha3
tetapi daripada apa yang kawan² aku cerita(sebelum tu dorg layan cakap² ngan pondan tu.)
Bila pondan tu hendak balik kawan aku tanya, kenapa hendak balik cepat sangat.
Tahu apa pondan tu jawab,
"dan awak tak ajak masuk bilik".
Ha3. gile. tak ke terkedu kawan aku..ha3.

Tarikh perlawanan pertama adalah 25/5.
So hari² yang kosong sebelumnya di isi dengan latihan ringan.

Ini coach
MASUM 2009 UUM SINTOK

Masa ni aku jadi ref.:)
MASUM 2009 UUM SINTOK

Tempat berkumpul
MASUM 2009 UUM SINTOK

Aku : tekong.
MASUM 2009 UUM SINTOK

Salah seorang killer team UTHM, Sarawak
MASUM 2009 UUM SINTOK


TEST COURT
Test court sehari sebelum perlawanan. tujuan test court adalah untuk membiasakan diri dengan tempat pertandingan. Ukur net tinggi mana, lantai court ok tak dan amik mood pun ada.:)

MASUM 2009 UUM SINTOK

mana la tau kot² aku leh jadi duta bola takraw.ha3MASUM 2009 UUM SINTOK


PERLAWANAN.
Secara ringkasnya, team aku di kumpulan F, bersama USIM dan UMT.
Perlawanan pertama melawan USIM, Menang 3- 0
Lawan UMT, kalah 1-2 , tetapi sudah layak untuk menjadi johan kumpulan.
Peringkat seterusnya lawan UPM, menang 2-1
Suku akhir, lawan USM, menang 2-0.
Separuh akhir, lawan UM, kalah 0-2
Penentuan tempat ketiga dan keempat, kalah kepada UPSI, 0-2.
so, UTHM di tempat keempat.

Walaupun di tempat keempat, itu adalah pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh team takraw UTHM. Tahun sebelumnya peringkat awal lagi sudah balik.
kali ini begitu berbangga berada satu tempat dengan kuasa² besar seperti UiTM, UM dan UPSI.
dan juga menjadi kebanggaan apabila berjaya menewaskan UPM dan USM.

Sebelum pergi gameMASUM 2009 UUM SINTOK

Sebelum mula sesuatu perlawananMASUM 2009 UUM SINTOK

semasa perlawanan, lawan UPM niMASUM 2009 UUM SINTOK

Terima kasih kepada penyokong yang menyokong kuat pasukan kami.:)MASUM 2009 UUM SINTOK
MASUM 2009 UUM SINTOK

Habis game : ini baru semangat kesukanan.:)
MASUM 2009 UUM SINTOK
MASUM 2009 UUM SINTOK


MAJLIS PENUTUP.
Masa majlis penutup tu aku tidak endah siapa yang berucap. yang penting makan.
Majlis makan² kat luar, ucapan kat dalam.

Mula² sebat sate la, apa lagi..ha3
MASUM 2009 UUM SINTOK

Apa.? sate kena kongsi.? Ok la. (sate goreng, bukan bakar.ha3)
MASUM 2009 UUM SINTOK

Bergambar kenangan di atas pentasMASUM 2009 UUM SINTOK

MASUM 2009 UUM SINTOK
"
MASUM 2009 UUM SINTOK


PENGHARGAAN
Setinggi² penghargaan ditujukan khas kepada jurulatih dan pengurus atas segala tunjuk ajar dan jasa yang dicurahkan.
Terima kasih juga kepada semua pemain takraw UTHM atas kerjasama dan komitmen yang diberi.
Tidak dilupakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted