Wednesday, July 29, 2009

Bagaimana Untuk Backup Template Blog

51 comments

Template adalah antara element yang paling penting bagi sesebuah blog.
Template yang menyimpang semua maklumat berkaitan rupa bentuk blog anda.
Biasanya template dalam bentuk xml.

Anda letak background ke, ubah colour ke, letak fungsi 'read more' atau pape, kebanyakkannya adalah di template.
Beza page element dengan template adalah, page element sudah tersedia, dan anda boleh masukkan sahaja mengikut layout yang disediakan dan apa yang dimasukkan adalah agak terhad.
Kalau di template pula, ada boleh ubah sedikit berbeza dengan page element.
Boleh dikatakan template ni untuk user yang lebih advance.

Biasanya kita akan backup template jika ingin mengubah apa² yang melibatkan html blog. Oleh itu adalah penting untuk anda buat satu backup untuk blog anda setiap kali sebelum anda mengubah apa² kod html anda. Kalau menjadi apa yang anda ubah, ok la. kalau tidak.? kan susah. So, itulah sebabnya kita buat backup untuk template kita.

Disini aku akan tunjukkan langkah yang sungguh mudah untuk backup template blog anda.

1)Login seperti biasa. Kemudian dari dashboard klik layout

2) Dari layout, klik edit html dan dibawah sedikit anda akan jumpa 'download full template'

3)Keluar paparan, klik save..Siap.:)


Tips: anda boleh rename template yang anda download dengan tarikh anda download. seperti 29julai2009.xml. Ini untuk memudahkan anda kenalpasti tarikh anda buat backup untuk template blog anda.:)



*post ini diwujudkan sebelum entri bagaimana letak icon pada blog. tujuan buat asing untuk mengelakkan berserabut.:)

Best Photo Of Animal World

2 comments

Sebenarnya hari ini sepatutnya aku post tutorial bagaimana untuk buat icon bagi blog. Tetapi memandangkan terlalu banyak kerja, so tak sempat aku habiskan tutorial itu.Mungkin entri lepas ni tutorial tu boleh diadakan. Sebelum itu, apa kata layan koleksi gambar-gambar binatang ini..:)
Gambar² ini aku ambil dari email yang dihantar oleh kawan aku. Lama juga aku rasa tersimpan dalam inbox. So, hari ini aku post la kat sini. So, sape² yang rasa dalam hardisk pc atau inbox email dia ada yang menarik untuk dikongsi, apa kata kalau email kat aku, soft_one86@yahoo.com. Nanti ada masa boleh la aku post kat sini.:)

Jom layan 15 lagi koleksi gambar yang ada..:)
Sesiapa yang pandai bab² fotografi tu, komen la sikit. aku tak pandai sangat. Mana yang aku rasa cantik, aku kata cantik.:)

Siapa yang rasa gambar tak cukup besar, anda boleh right klik, kemudian open link in new tab untuk paparan yang lebih jelas.:)

















Tuesday, July 28, 2009

Two Opposite Suicides

2 comments

Aku tidak tahu la ini patut masuk dalam kategori lawak atau tidak.
Tetapi rasa kelakar bila ikan pun hendak bunuh diri, tetapi arahnya ke atas.
Manusia hendak bunuh diri arahnya ke bawah..:)




Inilah ragam dunia sekarang..
gambar ini umpamakan dengan kerja sekarang.
kerja sakit, tak kerja pun sakit.:)

Ini kira macam peribahasa melayu la,
ditelan mati emak, di luah mati ayah.(betul kan ni.:)

tak pun,
lari dari mulut harimau,
jatuh dalam mulut buaya,.:)

Monday, July 27, 2009

Lilia Stepanova - Amazing Archer

Comments

Siapa yang tidak kenal Lilia Stepanova.?.
Aku pasti ramai yang tidak kenal, kerana aku pun baru tahu namanya semasa entri ini hendak dimasukkan dalam blog ini.:).

Dengan kata lain, apa ada disebalik wajah yang cantik ini.?ah, lelaki pantang nampak perempuan cantik sikit, macam² la ayat yang keluar.


Untuk yang belum mengetahui, dia ni merupakan salah seorang peserta untuk America got talent season 1, tahun 2006 tak silap aku apa la post benda² lama.
Aku tak tahu sangat perkembangan untuk season 1 ni. Tapi oleh kerana video ni ada dalam hardisk aku, so aku post la kat sini.:)

Hendak tengok pula aksinya.?
Ok, korang tengok video ini. Tak tahu korang teruja tak, tapi aku mula² tengok teruja juga.:)



Amacam.? ada rasa teruja tak.?.:)
aku bukan pe, rasa kagum masa pose dia cam ni je.(tak sangka pula boleh buat camtu. cam dalam cite dongeng je.:)


Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

3 comments

Ini boleh dikatakan update terawal yang pernah aku buat pasal satu² perkara.
Update ini telah diberitahu kepada aku oleh si comel ini, IXORA, (jemput la ye buka blog ixora.:)

Sebelum ini seperti yang kita ketahui, Yasmin Ahmad telah dikejarkan ke hospital tersebut selepas tidak sedarkan diri semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Farisha Pawanteh di Sri Pentas, TV3 di sini.

Selepas itu, Yasmin Ahmad, 51, yang tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara masih lagi dilaporkan stabil.. Kalau tidak silap aku disebabkan pembuluh darah dalam otak pecah.

Dan ketika entri ini ditaip, khabar terbaru yang diketahui adalah Yasmin Ahmad telah meningal dunia.Khabar ini diperolehi dari twitter khairy (ada ke yang tak kenal khairy.?) dan juga akhbar utusan.
twitter Yasmin ahmad meninggal dunia



KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama



Takziah diucapkan kepada kaum keluarga, saudara dan waris. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini, dan semoga roh beliau dicucri rahmat.. Al-fatihah..

Sedikit informasi berkaitan beliau.

Yasmin, 51, dilahirkan di Muar, Johor. Yasmin memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan sebagai penulis copy di Ogilvy & Mather, kemudian menjadi Pengarah Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Iklan televisyennya khususnya untuk kempen Petronas selalu mendapat sambutan.

Selepas berjaya dalam dunia pengiklanan, Yasmin melangkah ke dunia perfileman dan filemnya menimbulkan kontroversi namun mendapat banyak pengiktirafan luar negara.

Antara filem arahannya ialah Rabun (2003) Sepet (2004) Gubra (2006) Mukhsin (2007), Muallaf (2008) Talentime (2009).

Kempen "JOM MEROKOK"..:)

17 comments

Untuk kali ini, aku secara terang-terangan ingin memanaskan dan menghangatkan ruang udara Malayasia yang sejuk kebelakangan ini dan secara terang dan tidak berselindung ingin menentang kempen berhenti merokok yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan sebelum ini tidak kira la kerajaan atau NGO.

Dan aku akan usulkan untuk kempen "JOM MEROKOK" berdasarkan pandangan dan pendapat yang aku nyatakan yang lahir dari aku sendiri. Ini kerana, aku merasakan terdapat banyak juga kesan positif yang diperolehi dari merokok. Ah, bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang semua ini. Adakah kerajaan terlalu sibuk dengan pembangunan tanpa sedar kepentingan rokok.?

Berikut adalah sebab yang tersangatlah kukuh kenapa kempen JOM MEROKOK perlu diadakan. Anda hendaklah baca dahulu, kemudian baru anda akan faham dan anda boleh komen.

1.) Perokok dan Penyakit.
rokok

Perokok senang dapat sakit. Itu semua orang tahu. Tahukah anda bahawa doktor² di hospital mendapat gaji dari merawat orang sakit..? Oleh itu, jika perokok bertambah, maka pesakit pun bertambah. Dan semestinya permintaan untuk doktor semakin bertambah. Kan itu bagus untuk mereka yang berada dalam bidang medic.?

2.) Perokok dan Penyakit kronik.

Sakit kronik seperti sakit jantung, paru², kanser dan sebagainya amat mudah menjangkiti para perokok. Apabila berlaku masalah kronik seperti sakit jantung, maka doktor pakar diperlukan. anda tahu berapa gaji seorang doktor pakar.? Lagi bertambah kronik sesuatu penyakit, lagi bertambahlah gaji doktor pakar. Jika doktor pakar dari kalangan orang melayu, maka secara automatiknya taraf hidup orang melayu semakin meningkat.

3.) Perokok dan Ekonomi Negara.
Anda tahu kan ekonomi merosot dan turun mendadak sebelum ini. anda tahu siapa antara penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara untuk kembali stabil ketika ekonomi kita tenat.? Perokok. ini kerana dengan cukai yang tinggi, dan harga yang mahal, perokok sanggup berkorban untuk membeli rokok demi menaikkan kembali ekonomi negara. Mereka sanggup lakukan untuk negara walaupun mereka tahu mereka bakal menerima penyakit yang akan menguntungkan doktor pula. Sungguh mulia hati mereka bukan.?

4.) Perokok dan ekonomi orang melayu

Kalau di kampung², kedai runcit yang menjual rokok terus mendapat permintaan. Kalau jual komputer, tak ramai yang beli. sebab dorang bukan pandai guna sangat. Tetapi dengan menjual rokok, pekedai runcit terus dapat bertahan. Anda nampak.? perokok sanggup membahayakan diri mereka untuk kampung mereka. Untuk menaikkan ekonomi kampung sendiri.

5.) Perokok dan Diet
adakah anda tahu, ada perokok yang sanggup tidak makan, asalkan dapat membeli rokok.?
Walaupun tidak ada duit,mereka sanggup diet untuk rokok. Mereka tidak perlu membazirkan duit untuk pergi ke gym untuk turunkan lemak kerana melalui program diet perokok, sudah cukup untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas obesti. Bukankah itu sangat bagus.?

6.)Perokok dan kebakaran.
Kebakaran selalu dianggap negatif. Cuba bayangkan, kalau rumah terbakar disebabkan rokok. Anda tahu apa kesannya.? Dapat rumah baru, bantuan kerajaan pun dapat. Entah² dapat rumah baru yang jauh lebih baik dari dahulu.. betul kan.. So, kebakaran pun ada side positifnya.

7.)Perokok dan anak.
budak kecil merokok

Ini kes perokok yang ada anak. Kita tahu, perokok banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. So, dengan adanya anak, amalan merokok itu dapat diwarisi dengan lancar. Kerana kita tahu, kanak-kanak mudah mengikuti perlakuan orang yang lebih tua. Seterusnya si anak juga turut membantu menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.Oleh itu, para perokok dicadangkan untuk menunjukkan cara merokok kepada anak mereka nanti.

8.)Perokok dan Kelahiran bayi pramatang dan keguguran (perokok perempuan)
merokok

Ini sepatutnya menjadi berita baik kepada perokok wanita. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang. Mempunyai anak kadang tu juga menjadi satu kesusahan. Contoh la mengandung, hisap rokok banyak², mudahan senang keguguran. Kerana kalau keguguran haram menggunakan ubat, tinggi kosnya. Dengan rokok ok la.

9.) Perokok dan dadah.

Permulaan penagih dadah adalah bermula dengan rokok. Tidak semua perokok penagih dadah, tetapi semua penangih dadah adalah perokok. Adakah anda nampak peningkatan taraf hidup mereka.? dadah lebih jauh mahal dari rokok, dan selepas lama bergelumang dengan rokok, mereka naik taraf kepada dadah pula. dan selepas ditangkap mengedar dadah, dihukum mati pula. apa la kerajaan ni. ekonomi baru je meningkat dah kena hukum mati.

10.) Perokok dan kemandulan.

Ya, perokok mudah terdedah kepada kemandulan. cuba pikir dari segi positif, adakah anda tahu berapa bilangan rakyat Malaysia sekarang ini.? 25/26juta. Terlalu pesat untuk berada di bandar² besar. Selalu sahaja trafic jam. dan melalui proses kemandulan semulajadi ini, kadar kelahiran pesat juga dapat dikekang.
Kemandulan juga amat berkesan untuk sesiapa yang kahwin tapi tidak mahu mempunyai anak. Nampak tak jimat.? tak perlu beli kondom, x perlu beli pil perancang keluarga. Hisap rokok pun boleh mandul. Nampak kebaikkannya.?

11.) Perokok dan kematian.
Fakta: 10,000 orang maut setiap tahun kerana merokok di Malaysia.

Diketahui penduduk di Malaysia bertambah saban tahun. sekarang ini rasanya berjumlah 25/26 juta. Sangat pesat untk berada dibandar². Oleh itu, anda tahu siapakah yang sedikit sebanyak mengimbangkan jumlah kelahiran dan kematian.? Perokok. Mereka mudah mendapat kemandulan, itu sudah mengurangkan kelahiran. dan mereka juga mudah dijemput kematian.
Dengan kata lain, mereka sangat effektif dalam mengimbangkan pertambahan yang terlalu ramai penduduk Malaysia ini. Oleh itu, kita tidak perlukan penghapusan etnik. Kita sudah ada kaedah yang bagus. Bagi mereka hisap rokok banyak², lagi berbahaya rokok itu, lagi bagus..
Cepat mandul dan cepat pula dijemput maut.

Dan yang terakhir.

12.)Perokok dan....
HOI, perokok bukan binatang la..Sape yang buat gambar ni..kurang ajar betul..
(apa.? yang Nik Aziz kata perokok macam lembu.? ah, itu nanti kita bincang.)

Aku sebagai pengasas kempen JOM MEROKOK berasa sungguh marah dengan gambar ini. Aku tahu perokok bukan binatang. Perokok adalah manusia biasa. Cuma mereka merokok je. Mereka mempunyai akal. Binatang tiada akal.. Oleh itu aku rasa siapa yang buat gambar binatang hisap rokok ni memang tak betul orangnya..
Wahai perokok, jangan bimbang kerana aku tahu kamu semua adalah manusia..Dan aku berdiri teguh dibelakang kamu.

-----------------------------------------------------------------

Ini adalah sedikit sebanyak pandangan aku kepada perokok.
Gambar yang diperoleh adalah dari internet, aku tidak tangkap sendiri sebab aku tidak merokok.ha3..

Saranan aku kepada kerajaan.
1) Naikkan harga rokok. naik setiap bulan pun ok. Bagus untuk perkembangan ekonomi yang agak lembab sekarang ini.
2)Import rokok yang berbahaya. Kalau boleh yang ada pelbagai jenis racun. Ini kerana rokok yang berbahaya dapat memberi kesan yang lebih cepat kepada perokok di luar sana.
3)Bersedia dengan banyak doktor. Tambah bidang² medic di universiti. Tahu sebabnya kan.?

Adakah aku kisah dengan perokok.?
Tidak sangat. Kalau disebabkan rokok, hendak sakit ke, hendak pengsan ke, hendak keguguran ke, hendak mandul ke, itu bukan berkaitan dengan aku, dan juga bukan badan aku.
Cuma aku akan kisah sedikit jika perokok ada berdekatan dengan aku pada tempat dan waktu yang tidak betul.

Setelah banyak "kebaikan" yang aku bongkar pasal perokok ini.
Adakah anda berasa panas.?
adakah anda berasa suam-suam kuku.?
Adakah anda berasa cool.?
Semuanya terletak pada diri anda.

Oleh itu, Tidak kira samada anda adalah seorang perokok, ataupun bukan seorang perokok,
jika anda ada pendapat, cadangan, makian, kutukan, sokongan, dan apa² sahaja berkaitan post ini...
Dengan segala hormatnya dipersilakan untuk komen..

Saturday, July 25, 2009

Weblog Popular 1Malaysia

7 comments

Weblog Popular 1Malaysia



Buat yang kali pertama tengok tajuk ini, mesti ada yang terkejut.
Apahal la pula dengan owner blog ni, demam ke apa bukan H1N1 ye. tetiba buat tajuk pelik semacam je.ha2.

Ok la, untuk menjernihkan keadaan yang dah nampak nak kelam kabut, post aku kali ini berkaitan dengan satu contest yang telah dianjurkan oleh http://denaihati.blogspot.com, contest yang dianjurkan oleh beliau adalah Weblog Popular 1Malaysia (sekarang dah jelas kan kenapa tajuk post ini macam ini.:)., Contest ini menjadi menarik kerana jumlah hadiah yang ditawarkan berjumlah RM5000..!!
Weblog Popular 1Malaysia

Malahan cara hendak menyertai pun teramatlah senang. yang penting ada blog je.. Ye, ada blog sahaja..
Hendak tahu apakah syarat dan hadiah yang ditawarkan serta kenapa contest ini diadakan.?

Ok, menurut penganjur, tujuan dia buat contest ini adalah untuk menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia.(Itu kata dia lah.:)

Sebelum aku tunjukkan apakah syaratnya yang sungguh mudah, suka untuk aku tunjukkan hadiahnya.(Bagi korang semangat sikit, sebab ini hadiah paling tinggi pernah aku jumpa dalam dunia blog.:)
Anda perlu tengok betul² untuk pastikan kesahihan angkanya.:)
Weblog Popular 1Malaysia


Macam mana.? begitu menarik bukan.?
Untuk pengetahuan, hadiah² ini ditaja oleh webmaster yang sungguh kaya iaitu SAUDACARE dan juga ANISHA ONLINE MALL (kaya kan mereka.:)

Ok, Apa pula syarat²nya yang sungguh mudah itu.?

1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.
  • Ok, ini aku sudah lepas. Aku warganegara Malaysia dan blog bahasa melayu.:)

2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.
  • Buat masa sekarang, antara yang selalu aku suka dan selalu lawat adalah http://mazidulakmal.blogspot.com/, Apa yang best bagi aku dalam blog Mazidul adalah beliau membuat pendedahan berkaitan isu semasa.Dan dari blog beliau banyak yang aku tahu pasal karenah dan ragam rakyat Malaysia ni.:)

3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog....
  • dah da perkataan Weblog Popular 1Malaysia kat atas tu kan.:). dan saya tahu contest weblog Popular 1Malaysia dari blog http://kidzoasis.blogspot.com
    (Kalau yang baru tahu dari blog ini, jangan lupa linknya, unwanted86.blogspot.com..:)

4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
  • Aku dah letak nama sponsor yang kaya kat atas tu kan.:)

5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.

6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.

7. Peserta wajib subscribe blog denaihati.blogspot.com melalui email dan diaktifkan.

8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
  • korang akan perasan di sebelah kanan blog ini.:)

9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
  • lama lagi ni..:)


10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.

11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.

12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.

13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

-------------------------

Ok, apabila anda sudah sampai disini maknanya sudah selesai..:)
Tunggu je lah bila tarikh pengumuman siapa yang menang nanti.
Dan sambil² tu ajak la kawan² join. Mana la tahu kawan join menang, leh share separuh-separuh..:)
Cam aku pun bukan mudah, kat luar sana ramai giler otai² yang power, tapi apa salahnya mencuba..Lagipun free je kan.:)

p/s:dapat kenal ramai orang gak.:)

Weblog Popular 1Malaysia



Aurora Wallpaper

Comments

Rasanya sudah lama aku tidak post wallpaper.
Bukan sebab apa, takut loading gambar lambat sangat.
Kalau 10 wallpaper, tak ke jenuh hendak tunggu habis kalau anda buka dari page utama.
sekarang ni dah tak bimbang sebab kan sudah ada function 'read more'.:)

Untuk kali ini, wallpaper yang bakal menghiasi blog ini adalah Aurora.
Aurora ni adalah sejenis fenomena alam.
Kalau anda hendak tambah ilmu pengetahuan apa kata baca apa itu aurora di sini.
Ini 'banner' aku amik dari wiki.:)


Ini baru wallpapernya..
rasanya cukup la untuk 10 wallpaper dulu.:)

klik untuk besarkan, kemudian right click, save images as.














Gambar B*gel Mawi

3 comments

Gambar Bogel Mawi


Ah, heboh pula pasal gambar bogel mawi..
Macam-macam la sekarang..
tetapi gambar tu ramai yang kata superimpose.
aku pun rasa macam tu..
kasihan pula kat mawi.
Sebelum ini dikatakan punca keretakan rumah tangga seorang artis di Indonesia (Rossa aku rasa)

Papepun, kalau hendak tengok gambar klik link bawah ni.
*gambar tidak mempunyai unsur kelucahan yang melampau.


gambar bogel mawi

Rasanya ini kerja² sesiapa yang tidak suka dengan mawi.
mungkin seseorang yang 'jatuh' disebabkan mawi.?
maklumlah, dunia kita sekarang ini penuh dengan orang yang berhasad dengki.


Banner X-Change

aizuddin.com

.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Edited by Unwanted